Sunday 30 October 2016

Drama Cinta Kasih

Sejak zaman drama Melayu macam Selamat Hari Jadi Su, Cinta Si Penggali Kubur dan Nur Kasih dulu, aku memang dah tak kuasa nak tengok drama Melayu. Kalian mungkin tahu kenapa. Murahan. Tiada mesej. Kering idea. Jual rupa dan kontroversi. Bosan.

Hari ini pula aku tertonton drama Melayu bertajuk Cermin Kasih. Sambil makan maggi, demi Allah aku menangis tersedu-sedu OK. Tak tahan melihat jalan cerita dan lakonan yang sangat-sangat mantap dan natural.

Masa aku mula menonton, dramanya dah separuh jalan. Marina (Tiz Zaqyah) dah berada di dalam penjara dan dalam proses menyerahkan anaknya Maryam kepada ibu bapa Marina. Aku difahamkan suami Marina iaitu Amran (Shaheizy Sam) dah meninggal sebab ditembak polis. Amran merupakan seorang pengedar dadah. Akibat cinta dan juga disuntik dadah oleh Amran, Marina pun sama-sama mengedar dadah hinggalah dia diberkas polis dan Amran ditembak.

Sejak Maryam diserahkan kepada datuk dan neneknya, Marina hanya mampu bersalam dan mencium Maryam melalui cermin di penjara. Babak-babaknya ringkas tapi entah, sayu betul hati akulah. Bayangkan Maryam membesar sambil berulang-alik ke penjara sebab nak jumpa maknya. Terasa macam kuat pula naluri keibuan aku. Miahahah.

Dialog-dialog dalam drama ini pun power. Contohnya dialog Kak Rock(kawan rapat Marina di penjara) semasa dia bercerita kepada Marina tentang perbuatannya membunuh suaminya sendiri, yang nak merogol anaknya sendiri. Lepas itu ada babak Marina menerima surat dari Kak Rock(Kak Rock keluar penjara awal sebab dapat pengampunan), berserta gambar Kak Rock dengan anaknya yang sudah menjadi hafizah Al-Quran. Syahdunya aku rasa. Huhuhu.

Babak akhir yang aku menangis pastilah babak Marina yang terkejut melihat anaknya Maryam yang baru saja meninggal, pada hari Marina dibebaskan dari penjara. Aku keliru sikit sebenarnya sebab sebelumnya, hanya ayah Marina yang batuk-batuk. Tiba-tiba Maryam yang meninggal, sebab kesan pengambilan dadah oleh Marina dulu. Sistem badan Maryam tak kuat dan akhirnya Maryam pergi dijemput Illahi pada usia yang sangat muda.

Cinta mampu membuat manusia hilang pedoman. Tapi cinta jugalah yang membuat manusia bertahan dan meneruskan kehidupan. Semoga kita beroleh cinta sejati kurniaanNya. Amin.

Terima kasih En Murali Abdullah (pengarah) yang telah menjadikan drama ini begitu bermakna sekali. Aku difahamkan yang drama ini dibuat berdasarkan kisah benar.

Adios.

Friday 28 October 2016

Learning and sharing is always caring

Let's talk about learning and sharing. Once, my former boss gave me an illustration on how a person who does not have a high level of formal education but is willing to learn more will have a fair chance of moving up to a better position in his/her work, compared to another person who is highly qualified but is too comfortable in his/her current position.

The key to achieving good things in our life is the willingness to learn. The willingness to be humble of what we have already achieved. The willingness to accept the fact that we do not know about everything in this world. Different people knows different stuff. If we are willing to learn and also share our knowledge to others, imagine how far we can move towards a better person, group, organisation or even country.

We do not own this world no matter how genius we are. Hence whatever knowledge that we have is actually coming from the owner of this world. The creator. The most knowledgeable of all. Thus, be humble and always appreciate other people's inputs. Do not quickly jump into conclusion. Think before we talk. Ask before we conclude. It's always wise to look at both pros and cons, before deciding.

What if the people we ask is not happy, or are defensive of their opinion? Stick to the main objective. Explain why we ask. Let go of all emotions when answering or replying. The main objective is to find solution, not to find fault or to show-off that we are better.

Do not be afraid to make mistake when trying. The worst thing that will happen is people will be mad at us but trust me, it should not last long. Keep trying, keep asking around for ideas or opinions. But better if we can do some own research first, so that we can have a basic understanding of the matters and will be able to lead the discussion in a focused manner.

Traditional 5 questions to ask when we do things:

1) What?
2) Who?
3) When?
4) Why?
5) How?

Try them out. You'll be surprised at how you understand about things. Never limit yourself to certain context. Knowledge is borderless.

Good luck!

Wednesday 26 October 2016

Trip Uber buat kali pertama

Bila kita terdesak kita pasti akan mencari jalan untuk keluar dari sesuatu situasi. Betul? Malam tadi aku terdesak. Sebab kerja sampai tengah malam, LRT dah tamat operasi. Macam mana nak balik rumah?

Uber lah.

Aku download aplikasi Uber dan terus dapat 1 trip dalam masa 2 minit. Proses registration pun cukup senang samada menggunakan FB atau Google+. Aku menikmati apa yang dikatakan teknologi yang menyelesaikan masalah orang. Alhamdulillah perjalanan aku bukan saja selamat malah berpatutan harganya.

Lepas ini boleh cuba Grabcar pula. Boleh bandingkan harga. Aku ini dikira ketinggalan sebenarnya dalam bab teknologi. Kalau dalam strategi pemasaran, aku termasuk dalam kategori laggard iaitu mereka yang terakhir sekali dalam menerima sesuatu benda yang baru.

Cuma kelebihan aku, sekali aku puas hati dengan benda baru yang aku cuba, aku akan stick dengan benda itu. Malah aku akan promote pula kepada orang lain. Maka, jangan sekali-kali kalian mengabaikan insan-insan laggard macam aku bila berniaga OK. Hehehe.

Adios.

Saturday 22 October 2016

Ad hoc GILA dengan Mr Kuan Chee Heng

Pukul 4.45 petang, aku baru nak berehat lepas seharian mengemas rumah. Scroll FB, mata tertancap pada post Mr Kuan Chee Heng atau Mr Kentang. Keluarga Melayu tak makan di PPR Pinggiran Bukit Jalil. Aku komen, Mr Kuan suruh call dia. Aku call, tak sampai 1/2 jam aku sampai di lokasi.

Tak ada selfie, tak sempat berkenalan terus tour serata blok-blok di PPR tersebut. Rupa-rupanya terdapat Melayu, Cina dan India yang hidup susah di sini. Di bandar besar Kuala Lumpur dan Selangor, ternyata ada lagi yang masih tak cukup keperluan asasnya. Aku memang tahu akan fakta ini sebelum ini tapi ini kali pertama aku betul-betul melihat di depan mata aku sendiri. Allahu.
Aku bukan dari keluarga kaya. Tapi syukur cukup serba-serbi. Masih ada mak ayah. Masih mampu bekerja. Melihat mereka ini begini, aku macam masuk ke suatu dunia lain. Sungguh. Tapi syukur berkat pergi ke seminar-seminar tentang pendidikan warga terpinggir dan sebagainya, aku cepat adapt. Aku berjaya untuk tidak cepat menilai kehidupan dan persekitaran mereka.

Mr Kuan memang betul-betul fokus. Main hulur saja, terus ke point.  Malah aku belajar untuk tidak cepat menyalahkan orang lain dalam situasi begini. Aku akan ingat kata-kata Mr Kuan:

1) Ada ramai orang miskin. Kita bersyukur sebab kaya. Kaya dengan kesihatan. Duit RM2 juta pun kalau sakit tiada guna.

2) JKM dan Baitulmal tak boleh disalahkan jika bantuan lambat. Mereka memang berusaha keras untuk membantu tetapi ramai sangat orang yang susah. Perlu vet kes yang betul-betul susah.

Bila memberi, jalan terus. Dari nak tidur di katil empuk, aku ke PPR sudahnya. Aku beri semua yang ada di dapur. Malah telekung yang aku beli untuk terawih tahun depan(ambitious kan aku? 😅😅😅) pun aku beri. Sebab pada akhirnya apa yang bukan milik kita tetap bukan milik kita. Wallahua'lam.

Jom gila bersama!

Friday 21 October 2016

Kenapa kita tidak boleh memandang rendah kepada makcik 'Cleaner'

Hari ini aku mendapat suatu pelajaran luar buku yang hebat. Nak tahu bagaimana?
Aku membasuh tandas yang digunakan oleh penyewa rumah aku. Sebab di mata aku tandas itu terlalu kotor untuk digunakan oleh seorang perempuan.

Bayangkan jamban yang terdapat sisa-sisa najis padanya, aku tenyeh kuat-kuat dengan berus jamban. Bukan najis aku pun, OK!

Kemudian aku tenyeh pula dinding tandas sampai hilang segala kesan hitam. Baunya tak payah ceritalah. Nama pun tandas!

Lepas itu aku basuh pula lantai. Akhir sekali aku basuh pula selipar tandas yang begitu 'kepam' sekali di mata aku. Hisshhhh! Benda ini pun aku kena jaga ke?

Selepas siap membasuh tandas, aku snap gambar tandas yang bersih berseri itu. Puas hati aku. Aku memang marah betul tadi masa tengok tandas itu kotor. Tapi bila fikir semula, aku rasa aku belajar sesuatu yang nampak kecil tapi sangat bermakna untuk aku.

Kita biasa bekerja di pejabat, KPI kita terlihat begitu gah sekali. Dengan paperwork, deadlines, reports dan segala benda canggih dan peliklah. Tapi akhirnya, najis kita tetap busuk juga. Siap ada yang bersepah-sepah lagi. Ewwwwww!

Kadang-kadang kita biarkan begitu saja najis kita itu. Sebab? Sebab ada makcik cleaner yang akan basuh. Betul tak? Dan makcik cleaner itu dibayar, bukan percuma. Betul tak? Itulah kerja dia, basuh najis orang.

Pernahkah kita bayangkan kita di tempat makcik cleaner itu? KPI kita ialah memastikan tandas bersih dan wangi. Jika tidak, dapatlah seribu satu complain nanti. Tiada paperwork dan reports, hanya sisa tahi dan air kencing ribuan manusia yang menanti. Setiap hari benda yang sama. Bau busuk dan hancing yang sama.

Mampukah kita bekerja seperti mereka, walaupun sehari? Lupakan pakaian korporat, hanya uniform yang akan busuk dengan bau peluh dan terkena sisa najis. Malangnya, sedikit dari kita yang berterima kasih kepada mereka. Kadang-kadang kita marah pula bila makcik cleaner tutup tandas untuk kerja mencuci yang hanya 15 minit.

Bukan semua makcik cleaner muda-muda. Kalau di pejabat aku, siap ada yang dah bongkok. Allahu, bayangkan jika mereka adalah ibu kita. Sedih, bukan?

Mulai hari ini aku mengajak kalian semua untuk:

1) Senyum kepada makcik cleaner
2) Tanya khabar kepada makcik cleaner
3) Flush jamban selepas digunakan
4) Minimumkan penggunaan air. Jangan sampai banjir pula tandasnya. Fikirkan pengguna lain selepas kalian juga. Kalian pun pasti tak suka tandas banjir, bukan?
5) Jangan tamak tisu. Orang lain pun nak guna juga.

Amacam, boleh? Kita cuba OK!

Thursday 20 October 2016

Tenang Hidup Berseorangan

Baru lepas makan nasi goreng USA ayam,  berseorangan di dapur. Hari-hari lain pun makan seorang. Di pejabat, di restoran makanan segera, di kedai makan, pun seorang.

Pergi kelas ACCA, seorang. Pergi seminar, seorang. Pergi volunteering, seorang. Pergi shopping mall, seorang. Pergi servis kereta, seorang. Pergi mana-mana pun seorang. Hanya bila bersama keluarga saja aku tidak keseorangan. Dengan kawan adalah juga sekali-sekala aku tak keseorangan.

Dulu aku risau hidup akan kusut andai keseorangan. Sekarang tak ada apa yang boleh menahan aku dari berseorangan. Percaya atau tidak, aku malah tidak pernah menonton TV lagi sekarang, kecuali kalau di rumah mak ayah aku. Itu pun aku selektif dengan rancangan-rancangannya.

Kalau jadi apa-apa yang buruk pada diriku saat berseorangan?

Aku serahkan pada Tuhan.

Sebagaimana Tuhan mentakdirkan aku untuk masih menyendiri tanpa teman hidup, seperti itu jugalah aku menyerahkan nasibku kepadaNya.

Yang penting aku kini lebih gemar bermonolog dengan diri sendiri. Psiko? Mungkin. Tapi ingat, ramai juga yang berteman hidupnya, namun masih psiko. Sekurang-kurangnya aku tak mengganggu hidup manusia lain.

Tak mudah menyayangi dan akhirnya tak dipedulikan.

Tak mudah setia dan akhirnya dikhianati.

Tak mudah berteman dan bersahabat dan akhirnya dipinggirkan akibat prasangka.

Tak mudah melafazkan maaf dan akhirnya gagal meneruskan hidup dengan tenang.

Tak mudah untuk mengharapkan manusia dan akhirnya mengetepikan Tuhan.

Aku kuat sebab Tuhan. Aku seorang sebab Tuhan.

Akhirnya aku nanti seorang, saat kembalinya aku kepada Tuhan.

Selamat malam.

Sunday 2 October 2016

Analisis sindrom 4K di kalangan mahasiswa versi Cik Fairuz

Aku sebenarnya dah lama tak baca akhbar. Tapi mata aku tertancap pada suatu topik yang agak panas.

Hari ini akhbar Berita Harian mengulas mengenai sindrom 4K di kalangan mahasiswa.

Apakah itu 4K?

1) Kuliah-Ponteng kuliah

2) Katil-Tidur berlebihan

3) Kafeteria-Lepak melampau

4) Komputer-Ketagih dengan aplikasi internet

Kenapa pula 4K ini jadi isu?

Kerana dikatakan 4K inilah punca kepada merudumnya prestasi akademik mahasiswa. Malah sindrom 4K ini juga dikatakan telah menyebabkan mahasiswa malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

OK. Siapakah yang come up dengan teori 4K ini sebenarnya?

Jawapannya: Hasil kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kita biarkan pakar akademik melakukan kerja mereka OK.

Now, analisis versi aku. Mungkin tak akademik malah hampas bagi kalian.

Maha-Yang paling. The most.

Siswa-Orang yang belajar, biasanya di kolej atau universiti.

Mahasiswa bererti orang yang paling banyak belajar.

Belajar-Perbuatan mahu menerima pelajaran.

Pelajaran-Ilmu. Samada dari buku, aktiviti fizikal, kuliah, tutorial, tazkirah malah pengalaman kita atau orang lain.

Apakah yang kita harapkan dari mahasiswa ini sebenarnya?

Bahawa mereka dapat memenuhi kuota pekerjaan dalam sektor awam dan swasta?

Bahawa mereka ini harus selepas habis universiti, terdidik fizikal dan mental? Boleh berdikari? Boleh membuat keputusan? Boleh membuat presentation?  Boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik?

Terlalu ideal. Agak too good to be true, memandangkan mahasiswa itu adalah manusia biasa, sama macam kita yang lain.

Aku teringat kata-kata Dr Maszlee Malik dalam EdTalk 1.0 baru-baru ini. Anak-anak kita sebenarnya perlu diajar tentang tanggungjawab.

Tanggung-Menerima kesan dan akibat dari sesuatu perbuatan.

Jawab-Menjelaskan apa yang kita telah buat.

Inilah sebenarnya punca kepada 4K di atas.

Anak-anak kita kurang rasa tanggungjawab.

Bila ada rasa tanggungjawab, mereka akan faham ini:

Setiap perbuatan pasti ada kesannya. Baik kepada diri mereka sendiri ataupun orang lain. Biasa orang sebut berani buat, berani tanggung. Betul tak? Kalau kita tak bersedia untuk menerima kesan buruk sesuatu perbuatan, janganlah buat. Kalau dah bersedia? Teruskan. Jangan pula kemudiannya lari dari tanggungjawab, OK.

Kalau kita aplikasikan konsep tanggungjawab ini pasti kita mampu fikirkan semua ini:

Selamba ponteng kuliah, peduli apa dengan pensyarah, betul? Bila dah kena gantung kuliah dan tak boleh ambil exam barulah menyesal.

Tak cukup tidur sebab buat assignment minit terakhir. Dating sana-sini dengan pasangan seharian, boleh pula? Atau main game tengah-tengah malam, dapat apa? Melainkan kita mampu menjana duit dengan mencipta pula game baru. Itu aku setuju.

Duduk melepak di kafeteria dengan kawan-kawan. Bersosial? Baik buat bisnes MLM. Sekurang-kurangnya dapat pengalaman mencari duit dan mungkin juga dapat pengalaman ditipu.

Laptop on 24 jam. Main game? Bisnes online? Chatting? Tengok drama Korea? Tak salah. Siapkan assignment dahulu. Fahamkan topik yang diajar dahulu. 

Selain kurang rasa tanggungjawab, semacam ada pemikiran bahawa menjadi mahasiswa itu adalah suatu privilege. Diberikan pendidikan, ada segala kemudahan, hingga terlalu asyik dan mudah distracted.

Di luar sana, terlalu ramai orang yang merecik peluhnya (bukan merecik hawau), membuat 2-3 kerja untuk mencari rezeki. Masih muda, sebaya para mahasiswa. Tanyalah mereka ini, pasti terselit keinginan untuk menjadi mahasiswa juga. Punya pekerjaan hebat dan hidup senang, walaupun tidak kaya-raya.

Sudah-sudahlah hidup dalam angan-angan. Kehidupan selepas universiti lebih mencabar. Kalau masuk dunia korporat, tak perform jangan harap peluang kedua. Nak buat bisnes sendiri pun, kalau tiada hala tuju dan kerja keras confirm bisnes kita tak tahan lama. Banyak sudah kes-kes graduan muda yang bankrap akibat tak pandai mengawal kehendak yang melampau mengatasi keperluan sebenar.

Aku tak suruh mahasiswa score A berlambak. Aku cuma suruh untuk sedar diri dan tanggungjawab. Hidup di universiti, kerja kalian cuma belajar. Belajar akademik. Belajar tentang kehidupan. Belajar tentang adab sopan. Belajar dan terus belajar. Kalian ingat habis universiti tak payah belajar lagi? Maaflah. Zaman sekarang siapa yang malas belajar dan tak nak menerima perubahan, mereka pasti akan tertinggal di belakang. Dunia berubah begitu pantas. Ingat itu.

Sekian analisis 4K aku. Tak ada unsur akademik pun. Cuma pandangan biasa-biasa di blog kerdil aku ini. Aku dulu pun mahasiswa. Tak perfect pun. Dari pengalaman, aku usaha untuk mengingatkan. Semoga bermanfaat untuk kalian.

Salam.

Bagaimana Untuk Menambah Pendapatan-Part 2

Kali ini aku kongsikan tips Tuan Shazly tentang cara menambah pendapatan melalui internet.

5 cara untuk menambah pendapatan melalui internet (tak semua cara sesuai dengan kita):

1) Product Affiliate

Jual produk yang sedang trending dan dapat komisyen.  Tuan Shazly beri contoh produk ubat kuat dan ubat kuruskan badan. Berlambak promosi tentang produk sebegini di Instagram dan FB. Tapi carilah yang betul-betul dapat kelulusan Kementerian Kesihatan, ya.

Tuan Shazly juga kongsi tentang pasaran luar negara yang boleh kita cuba:

- www.clickbank.com
- www.amazon.com

Kenapa pasaran luar negara ini menarik? Sebab foreign exchange rate mereka yang tinggi berbanding Malaysia. Tapi kena kaji dululah bagaimana nak menjual dan dapat untung dari conversion di pasaran ini. Inshaallah boleh.

2) Cipta produk atau informasi

Aku terjumpa iklan tentang jualan pendrive yang mengandungi rancangan kartun kanak-kanak macam Shin Chan, Doraemon dan sebagainya. Sekali fikir, kelakar pula. Tapi memang ada market, OK. Sebab alasan mereka menjual sangat logik: Supaya anak-anak tak kacau smartphone ibu bapa. Brilliant!

Fikirkan apa yang kita pandai buat, dan bagaimana kita boleh membantu orang ramai. Tuan Shazly beri contoh seorang cikgu yang buat servis pembersihan. Dalam masa hanya 2 bulan, cikgu ini telah mendapat kerja membersihkan sebuah masjid yang agak besar di Selangor, dan mempunyai 2 orang pekerja.

Fikir-fikirkan.

3) Media visual untuk hasil kerja tangan

Kita boleh post hasil kerja tangan kita di Pinterest dan Instagram dan buat duit.

Baru-baru ini aku dapat tahu sepupu aku yang masih bersekolah telah mendapat income ratusan ringgit. Bagaimana? Hanya dengan meletakkan gambar hasil kraftangannya di laman sosial. Ada mat salleh telefon dia, suruh buat video tentang cara menghasilkan kraftangan tersebut dan poofff, dapat duit!

Tuan Shazly kata boleh cuba letak link ke laman web ini dalam post-post kita: senangpay.com. Tapi aku cadangkan kalian study dulu caranya OK.

4) Promosikan servis

Ini ada sedikit kaitan dengan no 2). Tapi lebih kepada servis coaching atau consultancy. Contohnya kalau kita bagus dalam membuat kek, kita coach orang lain untuk buat kek. Kalau kita bagus dalam event management (macam Tuan Shazly) kita consult orang untuk pastikan event mereka berjaya.

Tips penting dari Tuan Shazly:

Promosikan servis kita kepada 3 orang ini saja sebagai permulaan:

a) Saudara-mara
b) Kawan baik
c) Kawan pejabat

Tapi aku pernah baca tips lain kata avoid orang-orang di atas, atas faktor nak murah, free dan sebagainya.

Apapun, tak salah mencuba, betul?

5) Cipta komuniti khas yang berbayar

Cipta private group yang mahukan servis kita secara extra dan berbayar. Macam Tuan Shazly, program Saku Penuh ada 2 kategori: percuma dan berbayar.

Contoh lain yang aku boleh fikir, idola aku Silvia Mahutova pun ada buat servis begini. Dia post artikel IFRS secara percuma di laman web ifrsbox.com, tetapi dia offer IFRS Kit yang kena bayar. IFRS Kit itu lengkap dengan segala penerangan dan contoh, yang sangat-sangat extra berbanding artikel-artikel percuma.

Selesai sudah perkongsian aku. Semoga bermanfaat buat semua. Inshaallah.

Jom tambah duit!

Nak tahu tentang program Saku Penuh?

Klik sini.

Salam.

Bagaimana untuk Menambah Pendapatan-Part 1

Hari ini aku kongsikan sedikit ilmu dari webinar anjuran Sakupenuh.com bertajuk Bagaimana untuk Menambah Pendapatan.

Untuk pengetahuan kalian, pengasas Sakupenuh.com ialah Tuan Shazly Khan, yang juga pengasas iMuslim Academy. Seingat aku, lebih dari 2 kali aku pergi ke seminar anjuran iMuslim. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.

Bagaimana untuk menambah pendapatan sebenarnya?

Boleh cuba 8 cara ini. Untuk makluman, tak semua cara ini sesuai dengan kita. Terpulang kepada kita sendiri OK.

1) Melabur dalam saham yang stabil

Stabil bermaksud saham syarikat yang telah banyak tahun dan tidak pernah jatuh merudum harganya. Sebaiknya cari yang patuh syariah.

Tak pandai? Sertailah seminar untuk belajar ilmu pelaburan saham.

Pelaburan saham sekarang lebih mudah. Siap boleh beli saham melalui online banking. Yang penting, cari ilmu dulu. Selain itu, jangan tamak jika telah mula mendapat hasilnya. Konsistensi itu penting.

2) Membeli aset untuk disewakan

Beli rumah lalu kita sewakan kepada orang. Dalam keadaan harga rumah mahal sekarang, memang agak susah (kos mahal, kadar sewa belum tentu cover) tapi tak mustahil. Boleh jenguk-jenguk geng-geng property agent kita. Mereka ada tips berguna untuk pelaburan sebegini.

Aku sendiripun lepas beli rumah, aku sewakan 2 bilik kepada orang. Aku duduk di bilik master. Memang tak sepenuhnya cover kos keseluruhan loan instalment, apatah lagi nak dapat untung. Tapi bolehlah juga mengurangkan sedikit beban hutang aku.

Boleh rujuk  post tentang tips beli rumah di sini. Ada 3 post tentang tips sebelum, semasa dan selepas membeli rumah. Selamat membaca dan moga bermanfaat. Inshaallah.

3) E-book

Tak semestinya pandai menulis. Janji mahu menulis. Kumpulkan idea dalam bentuk Microsoft Word, hantarkan ke laman web klikjer.com. Mereka buat semua proses E-book, kita tunggu saja income masuk.

4) Ruang iklan

Cara ini boleh kita buat kalau kita ada blog atau page FB yang banyak follower. Kena study sikitlah bagaimana orang biasanya arrange tentang ruang iklan ini. Yang penting kita yakin dan berani untuk mendapatkan pelanggan dan negotiate harga.

Contoh harga yang dikongsikan Tuan Shazly untuk negotiate adalah RM500 untuk 4 kali posting dalam page FB kita. Tapi ini semua bergantung kepada tahap populariti page FB atau blog kita juga, tau.

5) Cipta apps atau upah orang untuk cipta apps

Aku tak pandai bab teknologi. Tapi Tuan Shazly kata, cari masalah orang ramai dan cipta apps yang boleh selesaikan masalah itu.  Aku boleh fikirkan tentang masalah menabung. Ada apps tentang bajet dan tabung yang boleh bantu kita monitor simpanan kita. Masalah teksi yang tak menggunakan meter pula boleh diselesaikan melalui apps Grabcar dan Uber.

6) Uber dan Grabcar

Ini memang tengah trending. Kalau boleh buat duit why not, betul tak? Aku difahamkan, kalau buat betul-betul, boleh menjana pendapatan lebih kurang RM4,000 sebulan. Itu pun dilakukan oleh orang yang bekerja, tau. Maknanya mereka buat Uber dan Grabcar ini secara part time, di luar masa bekerja.

Untuk perempuan, kena kaji timing dan lokasi sebelum buat. Kena fikirkan aspek keselamatan juga OK.

7) Personal shopper

Ini pun dah ramai orang buat. Set pinggan mangkuk, beg tangan, kasut malah perabot, you name it. Gunakan platform Instagram, FB dan lain-lain untuk promosi.

Kita dapat income dari servis yang kita berikan. Contoh harga barang RM500, kita ambil tambahan RM50 jadi pelanggan kita bayar RM550 kepada kita. Ini hanya contoh saja OK. Kalian kajilah bagaimana personal shopper yang dah top level buat OK. Ada rezeki tak kemana. Inshaallah.

8) Homestay

Cara ini macam berkaitan dengan cara no 2) di atas. Cuma Tuan Shazly kongsikan cara untuk buat homestay melalui rumah yang disewa dari pemilik asal.

Caranya adalah:

a) Kaji lokasi; tengah bandar, dekat dengan LRT dll.

b) Minta izin pemilik asal untuk buat homestay.

c) Jika diizinkan, buat sajalah. Kenakan caj yang boleh dapatkan pendapatan lebih dari kos kita sewa rumah itu.

d) Promosikan homestay kita di:

-AirBnB
-Homeawayasia
-Booking.com
-Lain-lain platform yang sesuai

Ingat sesuatu: Sasaran kita mesti pelancong, samada tempatan ataupun warga asing. Seingat aku ada juga yang mensasarkan orang yang menghantar anak ke universiti dan sebagainya. Terpulang. Janji buat kajian yang mencukupi sebelum buat, OK.

Cukup dahulu di sini. Post seterusnya aku akan kongsikan tips dari Tuan Shazly untuk menggunakan internet, untuk menambah pendapatan.

Nak tahu tentang program Sakupenuh.com?

Boleh klik sini.

Salam.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...