Sunday 31 January 2016

Aku sedang diuji

Aku sedang diuji.

Ya. Aku tahu aku memang sedang diuji.

Ujian kali ini amat berat.

Melibatkan maruah dan peribadi.

Aku lemah.

Tewas.

Aku bangkit sekejap.

Tewas lagi.

Ya Allah, tolonglah aku.

Aku buntu Ya Allah.

Buntu kerana ianya melibatkan hati.

Hanya Engkau yang maha mengetahui Ya Allah.

Hanya Engkau.

Lembutkanlah hati kami dalam menerima petunjukMu.

Jadikanlah kami hamba yang melihat kebaikan dan tahu halal haram.

Jangan Kau jadikan kami buta oleh kasih sayang yang belum pasti.

Aku lemah Ya Allah.

Tolong aku Ya Allah.

Tuesday 26 January 2016

Nilai diri atau self-worth: Kita yang menentukannya

Apakah itu nilai diri? Atau dalam bahasa Inggeris kita sebut sebagai self-worth. Bagaimanakah kita menilai diri kita sendiri? Adakah orang lain boleh menilai diri kita sesuka hati mereka?

Nilai diri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti dalam lingkungan keluarga dan saudara-mara, rakan-rakan, di pejabat dan di kalangan masyarakat. Ada nilai diri yang boleh diukur dengan wang ringgit, sebagaimana yang selalu kita lihat pada pemain bola terkenal dunia. Begitu juga dengan artis, yang khidmat mereka boleh dinilaikan dengan wang ringgit setiap kali mereka beraksi di media. Nilai diri kita di mata majikan dalam bentuk gaji dan manfaat lain juga boleh termasuk dalam kategori nilai diri yang dimaksudkan.

Selain nilai diri dalam ringgit, kita juga perlu meneliti nilai diri kita yang bersifat intangible, iaitu yang tidak boleh dilihat. Nilai diri yang ini kadangkala kita panggil sebagai darjat atau martabat. Bagaimanakah orang sekeliling melihat kita? Adakah mereka senang dengan kehadiran kita?  Atau mereka hanya berpura-pura senang? Adakah kita disegani di kalangan mereka?

Nilai diri kita sebagai seorang Muslim juga perlu dititikberatkan. Apakah kita sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Allah semata-mata untuk mencapai matlamat kita? Baik dalam mencari rezeki, lulus peperiksaan ataupun meraih cinta insan yang kita puja? Adakah itu benar cinta, atau nafsu semata-mata? Sedarkah kita, bilakah cinta bertukar menjadi nafsu? Atau kita langsung tidak peduli?

Dalam menilai diri kita, banyakkan bertanya soalan-soalan begini:

1) Siapakah kita?
2) Apakah yang kita mahukan?
3) Apakah peranan kita?
4) Siapakah pemilik kita?
5) Di manakah kita sekarang?
6) Ke manakah kita nanti?
7) Adakah apa yang kita lakukan ini betul?
8) Jika kita telah tersilap, mahukah kita membetulkannya, atau kita tidak peduli?

Semoga kita berjaya meletakkan nilai diri yang betul. Yang pasti ianya tidak murah. Allah tidak menciptakan kita secara sia-sia. Pasti ada sebabnya. Wallahua'lam.

Monday 25 January 2016

Mari menjadi opportunis amal jariah

Aku masih ingat, semasa kecil kami diajar untuk mengutip sampah yang kami jumpa di tengah jalan. Juga bahawa membuang sampah dari dalam kereta itu salah. Banyak lagi perkara positif yang aku belajar, yang masih aku cuba amalkan sedaya upaya.

Zaman kampus aku dipenuhi dengan tabiat membaca. Masih segar di ingatan, aku membaca kisah seorang suami menyatakan rasa  terharu dan bangga dengan sifat prihatin dan ikhlas isterinya. Isterinya telah membayarkan bil seorang 'homeless' untuk makan set McDonalds secara senyap-senyap. Tetapi suaminya tahu. Malah suaminya kata itulah sebab dia memilih isterinya itu. Alolololo. Syahdu kan...

Kini, dengan lahirnya ikon-ikon aktiviti sosial seperti Syed Azmi(FreeMarket), Raja Shamri(The 3rd Force), Hairey(Papa Hero), Puspa Rani(MIAR), Razeef(SI Shelter) dan arwah Pak Mie(Pak Mie Shelter), peluang untuk kita menjadi opportunis dalam melakukan amal jariah terbuka luas. Sudah pastilah niat kita harus betul.

Kita boleh belajar dari pengalaman mereka dan bergerak sendiri, atau kita juga boleh menyertai NGO-NGO seperti Kindness, Feeding The Needs, The Telekung Project, Teach For Malaysia, Teach For The Needs dan sebagainya. Ruang untuk kita begitu luas. Cuma google dan tadaaaaa.... Maklumat di hujung jari.

Hidup akan lebih bermakna bila kita lebih banyak memberi. Percayalah.

Mari menjadi opportunis amal jariah. Dalam hati hanya  Allah SWT tahu. Wallahua'lam.

Thursday 21 January 2016

Belajar dari orang yang merendah diri

Dalam bekerja, aku memang menghormati orang-orang yang berpengalaman tetapi baik hati dan tidak kedekut ilmu. Tidak memandang rendah pada orang lain dan sabar dalam menjelaskan sesuatu.

Minggu ini aku belajar benda baru. Tentang bagaimana bank menerima dan mengedarkan wang tunai fizikal. Selama ini aku hanya tahu bank menguruskan segalanya tentang wang. Tak pernah aku terfikir untuk tahu tentang prosesnya secara terperinci.

Alhamdulillah, walaupun aku begitu blur sepanjang perbincangan dengan pihak pengurusan wang tunai fizikal, mereka begitu sabar menjelaskan, siap dengan dokumen sokongan. Walaupun mereka bertaraf ketua-ketua dan aku hanya bertaraf macai.

Semoga aku pun akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Berdedikasi, sabar dan amanah dalam menjalankan tugas, bersama sifat rendah diri dan menghormati orang lain.

Amin.

Sunday 17 January 2016

Allah bekerja dengan caraNya yang tersendiri

Seperti bulan-bulan sebelumnya sejak aku mula membayar pembiayaan rumah, aku selalunya akan agak 'kering' pada hujung bulan. Bulan ini aku 'kering' habis.

Puncanya, bajet aku lari akibat perlu membayar kos pengangkutan dan parkir untuk pergi ke kelas pada hujung minggu. Selain itu, aku juga membayar beberapa perbelanjaan tambahan yang bersifat sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.

Lalu dahi aku berkerut berhari-hari bila memikirkan tentang duit. Dengan kenaikan tambang LRT, aku bakal 'muflis' jika aku topup kad Touch n Go nanti. Baki kad sekarang tidak mencukupi untuk perjalanan sehingga hujung minggu ini. Aduhai sedihnya memikirkan tentang duit.

Beep..beep...beep...

Mesej Whatsapp masuk, dari kawan sepejabat. Dia meminta tolong aku temankannya ke Nu Sentral untuk membeli jam buat suaminya. Paling penting, dia mahu menggunakan kad kredit aku untuk membuat pembayaran, sebab harganya yang agak mahal. Rancangan kami, menaiki LRT ke sana pada waktu makan tengahari.

Dalam hati aku sudah pening. Makan tengahari apakah yang murah di sana nanti? Kad Touch n Go aku bakal digunakan, bermakna bakinya akan berkurang. Ughhh. Rasa miskinnya saat ini.

Sesampainya kami di sana dan kawanku selesai membuat pembayaran untuk jam suaminya, kawanku bersuara:

"Fairuz makan sushi?"

Aku menjawab ringkas, masih buntu memikirkan keadaanku yang kekeringan.

"Makan. Kenapa?"

"Wxxx nak makan Sakae Sushi. W'xxx dah niat nak belanja Fairuz. Jom!"

Jumlah bil sushi RM90. Purata seorang makan RM45. Ditambah pula pencuci mulut aiskrim kelapa Sangkaya RM3.40 seorang.

Kawanku membayar separuh dari bil kad kreditnya secara tunai. Separuh lagi lepas kami dapat gaji. Bermakna aku kini mempunyai tunai di tangan. Boleh aku gunakan untuk top-up kad Touch n Go. Boleh makan. Dapat gaji nanti aku bayarlah bil kawanku itu melalui M2U.

Allah beri aku lebih dari yang aku mampu fikirkan. Di saat aku kerisauan, Allah hadirkan bantuanNya. Dari kemungkinan tak makan, aku makan makanan berharga RM45 secara percuma. Dari hanya beberapa puluh ringgit tunai di tangan, aku kini memiliki beberapa ratus ringgit di dalam poketku. Nampak ringkas tapi kesannya menusuk jiwa aku yang sedia lemah ini.

Berlagak makan mahal-mahal? Bukan duit aku, duit kawan aku. Apalah yang perlu dibanggakan.

Allah Maha tahu isi hati hambaNya.

Allah bekerja dengan caraNya yang tersendiri.

Jangan lelah untuk berusaha.

Jangan lokek memberi bantuan dan memudahkan urusan orang lain.

Inshaallah ada hikmahnya. Iaitu kita kenal siapa yang berkuasa ke atas setiap mahklukNya. Dan kita hanyalah seorang hamba.

Wallahua'lam.

#Projek review barang oleh Cik Fairuz

Dulu masa aku belajar subjek Marketing, aku faham bahawa teknik pemasaran yang terbaik dan tak luput dek zaman adalah words of mouth. Iaitu kebaikan atau keburukan yang disampaikan melalui mulut manusia.

Dalam kecanggihan teknologi masa kini, definisi words of mouth diperluaskan lagi melalui kata-kata atau komen yang diluahkan di laman sosial, blog dan laman sesawang. Selalu kita dengar tentang review dan testimoni produk. Impak words of mouth ini memang besar sekali kepada para peniaga, terutamanya peniaga kecil yang baru nak mula berbisnes.

Selaras dengan misi menyumbang kepada masyarakat dengan apa cara sekalipun, aku terfikir untuk membuat words of mouth versi aku sendiri:

#projekreviewbarang

Caranya? Aku akan meluangkan masa untuk menulis review tentang produk yang aku beli atau guna. Yang aku rasa puas hati. Atau yang aku ada komen jujur dari hati, untuk kebaikan peniaga tersebut.

Selain #projekreviewbarang, aku akan hashtag juga mengikut jenis produk. Contohnya untuk tudung/shawl: #shawl, review buku: #reviewbuku dan sebagainya. Jadi lebih ramailah warga Instagram yang akan nampak review aku itu.

Setakat ini aku telah membuat review tentang buku, tudung dan servis laptop. Inshaallah aku rancang nak perluaskan lagi projek review aku. Walaupun aku bukan artis yang ada ramai follower, aku buatlah apa yang mampu untuk circle of family and friends aku.

#projekreviewbarang setakat ini hanya mengandungi post-post review dari aku sahaja. Hehe. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semoga words of mouth aku akan bermanfaat untuk para peniaga. Aku pun ada niat nak berniaga juga sebenarnya. Inshaallah suatu hari nanti. Amin.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang penuh keberkatan. Amin.

Kalau kalian ada produk best yang bermanfaat dan berpatutan harga dan kualitinya, bolehlah approach aku hehe (bajet macam artis popular buat review konon hahahah). Setakat ini review aku percuma saja. Sesuailah dengan taraf rakyat marhaen dan bukan selebriti. Hoho.

Adios!

Friday 15 January 2016

Annual dinner 2015-Group Finance

Malam tadi kami seramai lebih kurang 270 orang staf Group Finance telah melapangkan masa dari 'year end closing' untuk pergi ke Annual dinner 2015-Group Finance. Lokasinya? Di Casa Heliconia, Keramat. Casa Heliconia terletak di kawasan Dewan Perdana Felda. Malah Casa Heliconia memang milik Felda D'Saji pun.

Tema kali ini adalah An evening in Mumbai. Boleh agak tak baju apa kami pakai? Dah tentulah tema Bollywood beb. Aku sendiri pakai saree OK. Haha. Semangat kan. Seumur hidup aku, ini kali kedua aku pergi ke annual dinner. Kali pertama adalah semasa aku di kampus. Itupun sebab aku join kumpulan puisi buat persembahan. Lepas itu aku sentiasa mengelak, atas alasan aku seorang anti-sosial. Hehehhe.

Makanan? Dengan bajet ketat, dapat makan kambing yang superb lazat pun dah cukup bersyukur. Hoho.

Doorgift? Selendang pashmina berwarna hijau. Untuk tema malam itu, sesuai jugalah. Boleh juga aku pakai buat jadi tudung nanti. Syukur.

Cabutan bertuah? Masih meneruskan legasi tidak bertuah. Macam manalah orang boleh senang saja dicabut nama atau nombornya. Aku tak pernah memenangi sebarang cabutan bertuah selama 32 tahun aku hidup. Hukhuk. Sedih. Hehe.

Layanlah gambar-gambar kemeriahan kami malam tadi OK. Ada gambar dengan kawan-kawan dan ada juga gambar dengan big boss kami. Sesekali lari dari kesibukan kerja bukankah bagus untuk kesihatan mental? Fikirkan.

Adios.

Sunday 10 January 2016

Sesi menghapuskan aura negatif di FB

Selesai 'unfollow' page FB yang tak berfaedah.

Page yang kelihatan 'cool' dan penuh makian dan carutan. Penuh 'bashing' dan bikin sentap.

Page yang menangguk di air keruh.

Page yang menggunakan 'follower' untuk menjual buku berisikan 'post' yang menghentam khilaf manusia lain.

Hanya tinggal page yang menonjolkan solusi tanpa banyak bicara.

Page yang mengajar cara berniaga.

Page yang mempromosi buku yang membawa kisah penuh makna dan penuh inspirasi.

Page yang penuh aura positif.

Kerana dalam bising hiruk dunia dengan segala cacamarbanya, hanya hikmah dan pengajaran yang kita perlukan. Hanya kasih sayang dan nasihat.

Semoga hati kita menjadi lebih lembut dan mudah memaafkan.

Semoga kita mudah mendoakan.

Semoga kita melihat kebaikan melebihi keburukan dalam setiap insan.

Amin.

Friday 8 January 2016

Aku bersekolah semula

Bermula hari ini 9/1/2016, aku kembali ke sekolah. Hehehe. Maksud aku sekolah ACCA. Mengambil satu subjek sahaja iaitu P6 Advanced Taxation. Lokasi kelas adalah di sekitar tempat kerja lama aku, iaitu di Megan Avenue 2.

Sudah agak lama aku bersekolah iaitu dari tahun 2008 lagi. Setakat ini sudah empat kolej/universiti aku belajar. Menduduki peperiksaan sebenar pula sudah tiga tempat aku merasa. Jadi tak wujud isu kolej ini susah lulus, kolej itu senang gagal dan lain-lainnya. Ianya berbalik kepada soal usaha, tawakal dan takdir.

Aku sudah berniat untuk menghabiskan baki dua subjek terakhir dalam tahun ini juga. Pertama, sebab aku mahu menghabiskan apa yang dah aku mulakan. Kedua, sebab aku sejujurnya sudah bosan dengan apa yang aku buat sekarang. Aku mahu melakukan sesuatu yang baru. Jadi dengan lulusnya aku, hati aku akan lebih tenang untuk benar-benar fokus kepada perkara baru itu. Inshaallah.

Fokus. Itu yang aku perlukan. Semoga perjalanan ini dimudahkan olehNya.

Rindu. Tiada kaitan dengan sekolah. Moga Allah melindungi kita sentiasa. Amin.

Sunday 3 January 2016

Kun Anta: Review buku peribadi

Seseorang pernah bertanyakan kepada aku apakah maksud 'Kun Anta'? Yang biasa didengarinya adalah 'Kun Fayakun'.

'Kun Anta' bermaksud be yourself atau jadilah diri sendiri. Mulanya 'Kun Anta' adalah hasil penangan lagu 'Kun Anta' nyanyian Humood Al Khuder. Seterusnya terhasillah buku 'Kun Anta' pula. Ada beberapa penerbit mengeluarkan buku dengan tajuk 'Kun Anta', tetapi aku akan buat review untuk buku terbitan Nur El Hikmah saja kali ini.

Buku 'Kun Anta' ini bagi aku adalah pocket guide untuk kita menghadapi kehidupan. Bagaimana dalam dunia yang begitu kompleks dan menuntut banyak pengorbanan, kita harus tetap menjadi diri sendiri, mengikut acuan Islam.

Isi kandungannya adalah kisah-kisah pendek yang sangat mudah difahami. Antara kisah-kisah yang paling aku suka adalah 'Kun Anta', Berdoa Tapi Tidak Dimakbulkan dan Jangan Hina Pendosa. Sebenarnya semua kisah pun aku suka. Sebab apa? Sebab sudahlah isinya ringkas dengan poin-poin dan diagram, penuh pula dengan grafik-grafik yang indah. Terbuai sekejap membaca buku ini.

Kisah-kisah di dalam buku ini sangat dekat dengan kisah hidupku sendiri. Seronok sebab ayatnya tidak sekali pun terasa seperti menuding jari kepada sesiapa atau merendahkan mana-mana manusia. Semua manusia dikira sama dan istimewa. Hatta pendosa juga masih ada ruang untuk memperbaiki diri. Pendek kata ianya sangat menginspirasikan!

Apa tunggu lagi? Belilah. Bacalah. Jom. Dan selamat menjadi diri kita sendiri. Yang istimewa. Di akhirat jua lebih utama. Mudah-mudahan. Inshaallah.

Oh ya. 'Kun Fayakun' bermaksud begini:

'Kun':Jadilah
'Fayakun': Maka jadilah

Surah Yasin ada ayat 'Kun Fayakun' ini. Apa yang telah ditetapkan oleh Allah akan tetap berlaku walau apa pun terjadi. Allah jualah yang maha berkuasa. Wallahua'lam.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...