Tuesday 27 September 2016

Menangis dalam hati siapalah yang tahu

Hmmmmmmmmmmm....

Mengeluh itu tidak baik, betul? Tapi aku mengeluh juga hari ini. Sebab aku terlalu letih. Sebab kerja, juga sebab kerenah manusia.

Hari ini aku menangis lebih dari setengah jam di dalam tandas di pejabat. Menangis seorang diri, cuba mengawal sedu-sedan. Bimbang didengari oleh orang di tandas sebelah. Selepas sedikit lega barulah aku keluar, menyambung semula kerja dengan senyuman.

Bukan semua orang boleh faham apa yang kita rasa. Hanya menangislah yang mampu memberi sedikit kelegaan. Sambil itu kita berdoa semoga segalanya dimudahkan. Sungguh, kita ini hanya hambaNya yang tiada daya upaya atas sesuatu.

Saat ini aku sedang makan seorang diri. Sesuatu yang sudah biasa aku lakukan. Tiada apa yang nak dimalukan. Malah lebih tenang rasanya. Cuma aku ralat. Aku ralat sebab tak dapat pergi ke kelas. Aku bukan sengaja tidak mahu ke kelas. Hambatan kerja membuatkan aku tak mampu nak berkejar ke kelas. Aku berharap sangat-sangat, aku dikurniakan masa lain untuk study sendiri. Subjek terakhir ini agak susah. 😩😩😩

Hari ini aku belajar sesuatu:

1) Gembira hati mudah dikongsi, sayu hati belum tentu ada yang sudi berkongsi.

2) Apapun yang terjadi, jangan sesekali kita ketepikan kawan yang selalu di sisi kita.

Ciao.

Wednesday 21 September 2016

Menegur dengan adab itu adalah pendidikan

Tren LRT buat hal lagi. Ramai orang kini di platform. Aku sudah beratur untuk menaiki tren seterusnya.

Akhirnya sampai sebuah tren ke Putra Heights. Tiba-tiba datang beberapa budak sekolah menengah memotong barisan di depan aku. Aku geram dan terus berfikir yang mereka ini harus diajar sedikit adab.

"Excuse me. Next time please queue ya. Thank you".

Mereka memandang aku, mengangguk dan terus berlalu ke belakang barisan.

Rasa puas hati? Mungkin.

Tapi yang lebih penting bagi aku adalah mereka perlu diajar. Kita jangan memandang mereka masih muda, tak mengapa, masih ada masa untuk faham dan sebagainya. Nilai-nilai murni mesti diterapkan dari muda. Lagipun, bukankah  pendidikan itu tidak hanya terbatas di dalam kelas?

Tegurlah jika kalian melihat perbuatan yang kurang elok. Tegur dengan niat mahu menolong insan yang ditegur dan insan lain yang mungkin ditindas atau menerima akibat dari perbuatan itu. Tegur dengan adab. Jangan memalukan.

Alhamdulillah a'la kulli hal. Wallahua'lam. Kalian pun boleh menegur aku apa adanya, OK? Kita sama saja di sisi Tuhan.

Sunday 18 September 2016

EdTalk 1.0 versi Cik Fairuz

Holla. Dah agak lama aku tak terlibat dalam program TFTN. Tahun ini aku sibuk dengan 3 benda: Exam, kerja dan cinta(???). OK yang ke-3 itu abaikan. Saja bikin diri sendiri panas. 😅😅😅

Aku terpaksa hold dulu kehadiranku ke kelas di  Darul Fuqaha. Kelas aku selalunya hujung minggu. Aku dah target WAJIB lulus ACCA tahun ini. Target aku 50 markah sahaja. Cukup. Doakan aku ya.

Terus ke topik EdTalk 1.0, please.

EdTalk 1.0 telah diadakan pada 17 September 2016 (Sabtu), bertempat di PJ Live Arts, Jaya One. Demi Allah, ini pertama kali aku ke Jaya One. Tak sesat, tapi blur sebentar. Tapi tempatnya kategori 'boleh lepak' jugalah. Heheh.

Apa yang ada dalam EdTalk 1.0?

People talking to people tentang realiti pendidikan di Malaysia. Setiap speaker mengambil masa selama 20-30 minit untuk bercakap. Sesi pagi dipenuhi dengan cikgu-cikgu. Sesi petang pula dipenuhi dengan Non-cikgu. Penonton duduk dalam gelap, hanya pentas disinari lampu, ala-ala stand up comedian.

Aku tak mahu cerita siapa speaker, tajuk apa dan sebagainya. Kalian boleh rujuk ke FB page TFTN atau EdTalk 1.0. Aku cuma nak senaraikan key takeaways atau mesej-mesej penting yang aku rasa aku akan ingat dan gunakan:

1) Setiap kita adalah cikgu

Hidup kita bukan untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata. Kita jadi bijak pandai kerana cikgu. Kita perlu ingat ini dan mesti mahu menjadi cikgu juga, sekurang-kurangnya untuk keluarga kita dan masyarakat terdekat. Kita bukan harus selamanya menjadi kuli kepada pekerjaan kita yang sekarang. 

2) Jangan terlalu menjadi hamba media sosial yang laparkan perhatian

Bila kita tamakkan perhatian, perbuatan kita mungkin melangkaui batas dan norma-norma yang positif. Konon mahu menjadi trend setter atau hero. Sudahnya insan lain menjadi mangsa atau hubungan sesama manusia menjadi keruh. Itupun kita tidak sedar, kerana hasilnya mungkin telah pun kita tuai separuh jalan. Tapi rasanya bukan semua orang boleh faham tentang hal ini. Tak mengapalah. Perlahan-lahan berubah, Inshaallah.

3) Bercakap itu mudah, berbuat itu payah namun tak mustahil

Cakap kita ini biar berisi. Atau tak perlu bercakap tapi idea, kaki dan tangan terus bergerak ke arah matlamat yang hendak dicapai. Fokus kepada original intention dan action. Bukan hanya attention. Sebab attention akan mencetuskan pula distraction. Sudahnya kita yang tension, akhirnya no action.

4) Orang matang akan agree to disagree

Dalam banyak hal pasti ada khalayak yang tak sama pendapat dengan kita. Jangan kita membuang masa untuk memujuk mereka menerima pandangan kita. Sebaliknya, biarkan perbezaan itu menjadi batu loncatan untuk kita melihat sesuatu dari sudut pandang berbeza. Kita fikir begini sebab begini. Dia fikir begitu sebab begitu. Begitu begini inilah yang mungkin sebenarnya mencetuskan idea yang luar biasa hebatnya. Bukankah dunia dan kehidupan kita ini harus punya banyak warna? Fikirkan.

5) Kita baik, bakal dapat kawan yang baik juga

Baik itu subjektif bagi aku. Fizikal boleh baik tapi hati boleh jahat. Begitu juga sebaliknya. Isunya ialah hati tak mudah ditafsir. Jadi, baik itu janji mampu membantu kita dalam kesusahan, menunjukkan kesalahan kita, bersedia menerima kita seadanya dan jelas niatnya terhadap kita. Untuk dapat kebaikan, kita perlulah memiliki dan memberi kebaikan dahulu. Adil, bukan?

6) Jangan berhenti bertanya soalan

Dalam setiap momen kehidupan kita, akan wujud momen di mana seseorang akan menjawab persoalan-persoalan kita. Tidak kira samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Sentiasalah bertanya kepada orang lain atau diri sendiri tentang diri kita, keluarga kita, kawan kita, bos kita, kucing kita, manusia-manusia yang kita jumpa di jalanan, takdir Tuhan dan ribuan lagi persoalan. Cepat atau lambat, kita pasti akan mendapat jawapannya.

Kenapa tak ada cerita tentang realiti pendidikan, seperti yang dibincangkan dalam EdTalk 1.0 itu?

Suka hati akulah. Ini blog aku. Haha.

Yang sebenarnya, poin-poin di atas itu adalah rumusan perbincangan pada hari itu, dari sudut pandang aku. Aku bukan cikgu untuk bercakap siang malam tentang pendidikan, Linus, PBS dan sebagainya. Aku cuma insan profesional bekerja yang diberikan kesedaran untuk mencetuskan setitis perubahan barangkali.

Percayalah, aku berseorangan saja dalam perjalanan ini. Ajaib juga jika dikenangkan apa yang dah aku buat, walaupun masih bertatih. Contoh mudah ialah page FB aku, Mudahnya Belajar Akaun. Likes tak banyak pun. Tapi bila aku kongsi ilmu, banyak perkara baik yang datang sedikit demi sedikit. Dalam kesibukan aku bekerja, aku mampu juga uruskan page berseorangan. Post tidaklah setiap hari, tapi adalah juga beberapa kali dalam sebulan. Bila dikenalkan dengan pasukan EduNation semasa EdTalk 1.0, aku melihat dimensi baru untuk merencanakan matlamat aku berkongsi ilmu secara percuma. Tunggu dan lihat OK. Sikit-sikit menjadi bukit.

Terima kasih kepada pasukan TFTN yang menganjurkan EdTalk 1.0 ini. Semoga kita bisa mencapai apa yang kita harapkan; authentic education, students' autonomy, seni sebagai cabang penting pendidikan, masyarakat yang kaya budi bukan kaya kebendaan dan lain-lain yang sama pentingnya. Amin.

Saya Yang Menurut Perintah di blog sendiri,

Cik Fairuz.

*Kredit gambar kepada page FB TFTN dan EdTalk 1.0.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...