Thursday 31 August 2017

Merdeka: Note to Myself

I was on the way to Putra Heights to pick up a cake from my usual baker. As I drove through the housing areas, I noticed one thing: All of the houses were gated and guarded. No sign of kids playing. Silence everywhere, except for the sound of car engines.

After picking up the cake, I used Waze application to head back to Sri Petaling. Waze directed me to village roads, around Kampung Tengah area. Here, I saw many kids playing and laughing. Some of them rode their modified bicycles while waving Malaysian flag. Houses here do not have security guards to take care of them.

I was unsure which housing area was safer though. Or which housing area was the kind of place I would choose to live. But I know for sure about one thing: We cannot buy freedom. Not in a place where we have to pay to be safe. In this regard, I would choose to be one of the kids on bicycle, as they are living their life the way they should, as kids.

Peace!

Wednesday 30 August 2017

Selamat Hari Kemerdekaan

Kereta meluncur dari KLCC ke pejabat kami di Pudu. Pemandu Grab petah bertutur, dengan dialek Sabah yang sangat-sangat pekat. Kawanku di sebelah melihat telefon. Aku sajalah yang melayan pemandu bersembang.

"Tahun 1990an dulu aku kerja di KL bah. Hari merdeka di masa itu tak sama dengan sekarang. Susah mahu tengok orang bawa bendera sekarang. Agaknya kenapa kamu rasa?".

"Entahlah. Saya pun tak pasti" aku memberi jawapan selamat.

"Pemimpin kita terlalu kuat berpolitik aku rasa. Bergaduh sana sini. Lepas itu aku tengok yang kaya masih lagi mahu kaya. Sampai berapa keturunan pun tak habis hartanya. Pelik aku bah".

Dia bertanya, dia juga yang menjawabnya.

"Mungkin betul lah itu. Sampai hilang semangat mahu sambut merdeka" jawabku ringkas.

Wang dihulur kepada pemandu. Kami keluar dari kereta dan menuju ke pejabat.

Mungkin saja kita keliru dengan banyak hal di negara kita. Tak mengapalah. Janji kita tak berpecah-belah. Kita yang mengharungi 'rat race' setiap hari. Jangan sampai hilang nilai manusiawi dan jati diri.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun.

Kita semua adalah businessman dan businesswoman

Agak lama juga aku berfikir tentang hal ini. Tentang betapa kecilnya ruang lingkup kita tentang bisnes. Di mata kita bisnes harus punya entiti. Bisnes online juga lama-kelamaan akan mewujudkan entiti. Di mata kita juga seorang pekerja yang bergaji harian, mingguan atau bulanan itu adalah si pemakan gaji, bukan ahli bisnes. Bukan sedikit polemik berkaitan berbisnes vs makan gaji yang kita baca di sana sini.

Kita semua sememangnya adalah businessman dan businesswoman. Sekurang-kurangnya di mata akulah. Biarlah kalau lain di mata orang lain pun.

Orang di jalanan yang mempamerkan tisu dan menadah tangannya:

Mereka businessman dan businesswoman, menjual produk tisu dengan harga seikhlas hati.

Orang buta yang menyanyi sambil menadah tangannya:

Mereka businessman dan businesswoman, menjual suara buat hiburan kita.

Orang yang bekerja di pejabat setiap hari dan mendapat gaji bulanan:

Mereka businessman dan businesswoman, menjual khidmat tenaga dan mental dengan harga yang tetap setiap bulan.

Jadi apa yang nak disampaikan sebenarnya?

Kita sudah lama menjadi bos untuk diri sendiri. Setiap jalan hidup kita hanyalah 'tools' untuk kita berubah dan lebih maju. Yang terlihat gah tak mesti yang terbaik. Ada beza antara penjual tisu dengan peminta sedekah. Di pejabat, kalau kita tak mampu lagi melayan 'customer cum boss' kita, angkat kaki sajalah. Lebih-lebih lagi bagi Gen Y, yang percaya 'Customers are not always right'.

Banyak komitmen sampai tak mampu nak tukar 'customer cum boss' yang tip top dengan 'perks' yang hebat?

Tepuk dada tanya selera. Selesa? Teruskan. Bosan? Tukar hala tuju bisnes kita. Jual khidmat kita kepada 'customer' atau 'customer cum boss' baru pula. Rezeki Allah itu luas. Janji jangan kedekut dengan mak ayah, rajin bantu orang dan haiwan yang memerlukan.

Peace!

Monday 28 August 2017

Pelajaran dari semut

Minggu lepas aku beli coklat sebotol. Ada coklat Bounty, Milky Way dan lain-lain yang sedap-sedap belaka. Balik dari pejabat mesti aku capai beberapa biji buat pemanis tekak.

Malam tadi, bila saja aku capai botol coklat itu, aku terkejut sebab di dalamnya penuh semut. Semut mayat yang berbau busuk, OK. Paling tak seronok bila aku termakan semut dalam coklat Bounty kegemaran aku. Ughhhhhh...memang pelik rasanya.

Aku mula marah dan melambakkan coklat di atas meja makan. Aku ketuk-ketuk coklat-coklat, supaya semut-semut bertempiaran lari. Ikutkan hati mahu saja aku buang coklat-coklat itu, tapi kawan aku cakap 'packaging' coklat itu kukuh, semut takkan boleh masuk. Kawanku yang memasukkan coklat-coklat ke dalam peti ais, sebab aku masih bengang dengan perangai semut.

Bila dah tenang sikit, aku mula membuat analisis. Aku perhatikan semut-semut itu. Hmm..aku tahu, walaupun 'packaging' coklat itu kukuh, semut tetap dapat masuk dan menikmati kelazatan coklat. Sebab apa? Sebab semut adalah binatang yang kuat berusaha. Semut bekerja sebagai sebuah pasukan, bukan berseorangan. Buktinya kes akulah! Makan entah berapa ekor semut dalam coklat Bounty. Semut tak boleh masuk konon. Hahaha.

Semut binatang yang hebat. Kecil tapi kuat semangat. Seekot semut di dalam air atau makanan boleh membuatkan seorang manusia meradang. Jadilah seperti semut.

Peace!

Saturday 26 August 2017

Keletah Anak-anak Buah

Aku belum berkahwin, maka tak adalah anak sendiri. Tapi Alhamdulillah setakat hari ini aku sudah ada tiga orang anak buah yang manja kededek dan selalu buat aku rindu. Anak-anak buah aku dua orang lelaki (Fateh dan Aqeef) dan seorang perempuan (Mawaddah).

Fateh, hmmm...petah bercakap, bijak berfikir dan rapat dengan atuk dan nenek. Mungkin sebab atuk dan nenek jaga dia dalam tempoh yang agak lama.

Aqeef pula, ayam kampung. Haha. Kecil, tapi sekali menangis boleh bikin haru-biru. Disebabkan ayahnya tauke aiskrim, maka bakatnya memakan aiskrim pun terserlah. Ish ish ish...Aqeef oh Aqeef.

Mawaddah, the only princess buat masa ini. Muka macam Cina, Jepun dan seumpama dengannya. Kalau senyum, alahai comel betul. Kalau menangis pun, sorry, tak comel langsung! Haha!

Kanak-kanak memang ada super power yang menarik kita ke arah mereka. Kata-kata dan tingkah laku mereka sangat jujur. Ikutkan pengalaman aku dengan anak-anak yatim sebelum ini, sama saja perangai mereka. Cuma mungkin anak-anak yatim lebih clingy dan sensitif.

Apapun, merekalah penghibur di dunia yang serba serabut ini. Pandang saja wajah mereka, hati jadi tenang. Tapi pandang wajah mereka masa happy saja OK! Masa meragam, parents masing-masing sila ambil anak anda sekarang! Hohoho.

Semoga semua kanak-kanak di dunia ini membesar menjadi orang yang baik-baik dan berbakti kepada masyarakat. Semoga kanak-kanak yang kebuluran dan miskin kuat semangat dan bantuan Allah sampai kepada mereka dengan mudah sekali. Amin.

Wednesday 23 August 2017

Kisah 'Pasang Telinga' dengan Kawan

Terpukul dengan kejadian seakan-akan 'kawan makan kawan' yang berlaku siang tadi. Seorang kawan sepejabat (kugelarkan sebagai B) masuk ke dalam bilik bos. Tiba-tiba datang seorang lagi kawan sepejabat (kugelarkan sebagai C) datang kepadaku sambil berbisik:

"Tolong pasang telinga".

Aku faham. Sebab meja kerja aku betul-betul di depan bilik bos. Aku dalam keadaan yang sangat-sangat sesuai untuk 'pasang telinga'.

Yang aku tak faham adalah ini:

Mereka berdua sebenarnya berkawan baik, bersama beberapa orang lagi. Geng makan, geng kerja, geng whatsapp, geng FB.

Aku? Aku adalah orang luar bagi geng mereka. Menyuruh aku 'pasang telinga' dengan hal kawan baik sendiri itu bagi aku agak sukar diterima.

Petang sedikit aku ditebak dengan soalan follow up:

"Apa status 'pasang telinga' awak?"

Aku menjawab ringkas:

"Business as usual. Nothing fancy".

Ada atau tiada gosip panas, itulah saja jawapan aku.

Maaf, aku punya prinsip hebat tentang menjaga kerahsiaan sahabat. Walau sahabat ini berkata tentang sahabat itu, takkan sesekali aku mudah menyampaikan. Malah mungkin saja aura kerahsiaanku ini menyerlah, hingga ramai yang bercerita kepadaku tentang apa sahaja. Pecahlah perutku, mulut aku tetap bisu dari bercerita.

Fikir sebelum berkata-kata. Fikir sebelum menyebarkan cerita. Fikir akan nasib dia yang menjadi mangsa. Fikir jika itu adalah kita. Kita semua tak sempurna. Itu bukan alasan menganiaya atau membuat angkara.

Semoga kita dijauhkan dari hasad dengki dan seumpama dengannya. Aminnn.

Saturday 19 August 2017

YOLO Day

1) Pukul 5.00 pagi-Buat presentation deck

2) Pukul 8.00 pagi-Send out presentation deck dan gerak ke pejabat.

3) Pukul 10.30 pagi-Meeting dengan task force members, dengan presentation deck yang dibuat pada pukul 5 pagi itu.

4) Pukul 1.10 petang-Ambil cuti half day. Balik rumah dan lunch.

5) Pukul 3.30 petang-Pergi Ariani Bangi untuk belikan inner tudung mak.

6) Pukul 4.30 petang-Gerak ke KL dalam hujan angin ribut untuk jumpa ex-boss.

7) Pukul 5.30 petang-Bincang perihal masa depan dengan ex-boss.

8) Pukul 8.30 malam-Gerak ke Mali"s Corner Danau Kota. Lepak dengan kawan-kawan lama.

9) Pukul 12.00 pagi-Balik ke rumah. Solat, terus tumbang. Zzzzzzzzz

Memang YOLO!

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Peace!

Wednesday 16 August 2017

Review Food Delivery Peribadi: De' Safiyah GG Hokkaido Cake Bajet

Aku tak pernah merasa kek Hokkaido  sebelum ini. Jadi, bila kawan aku Fithrah (Fith) beritahu dia jual kek Hokkaido aku pun teruslah order. Nah, ini review ikhlas aku OK!

1) Proses membuat order

Sebab dah tahu nak order apa dan dah biasa dengan Fith, order jadi sangat smooth lah. Whatsapp saja Fith dengan butiran order, bila nak deliver, lokasi delivery dan harga. Terbaik!

2) Proses delivery oleh seller

Fith sendiri hantar kek, ditemani mak dan ayahnya. Kerlassss kan! Smooth delivery, tak sesat jalan. Haha.

3) Kuantiti dan kualiti produk

Aku jamah sebiji saja sebenarnya, sebab busy dengan meeting. Selebihnya aku beri pada officemate untuk makan. Semua puji keknya sangat cute, dengan bunga kecil. Saiznya just nice untuk dimakan. Bila disusun dalam kotak putih, memang nampak sweet sangat!

Keknya sangat fluffy/gebu dan krimnya pun bursting like heaven bila digigit. Rasa krim tak terlalu manis, jadi tak muaklah bila makan. Nyams!

Harga? Untuk 12 biji pada RM20, sangatlah berbaloi OK! Ditambah dengan kepuasan hati tentang tekstur dan rasa kek, aku boleh cakap it is a not to be missed deal and taste.

Kepada Fith: Jalan terus! Mana tahu suatu hari nanti income dari aktiviti baking jadi double dari gaji bulanan. Kipidap!

FB : Nur Fithrah Samuri
IG :  de.safiyah

Kredit gambar: Fithrah dan Weeda (Whatsapp)

Monday 14 August 2017

GERABA(K)ATA@LRT Masjid Jamek

Buat kalian yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT, pakat-pakatlah singgah di pameran GERABA(K)ATA: Puisi di Jalan Raya di laluan pejalan kaki bawah tanah, stesen LRT Masjid Jamek. Kurator untuk projek ini adalah Projek Dialog, Zikri Rahman dan Allie Hill. 

Ada banyak puisi pendek yang menarik untuk tatapan kita semua. Ada yang kelakar, tapi masih penuh dengan mesej. Ada puisi dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Khayal jugalah membaca bait-bait puisi yang ada di sini. 

Puisi-puisi di GERABA(K)ATA adalah hasil nukilan Usman Awang, Pyan Habib, A. Samad Said, Muhammad Haji Salleh, Malachi Edwin Vethamani, Siti Zainon Ismail, Marian Wells, T. Alias Taib, Fan Yew Teng, Shirley Geok-Lim, Zurinah Hassan, Nuruddin dan Ee Tiang Hong.

Masa terbaik untuk membaca puisi-puisi ini adalah pada pukul 8.00 malam ke atas pada hari bekerja. Sebab pada masa ini orang dah tak ramai, senang nak membaca puisi dan mengambil gambar. Kalau hari minggu, tak pasti pula. Orang cuti, kan. Bolehlah cuba juga OK. 

Oh, sebelum terlupa. Pameran GERABA(K)ATA ini adalah sebahagian daripada projek Art on the Move oleh RapidKL. Boleh ikuti perkembangan pameran-pameran terkini di page FB RapidKL, OK! Tak silap aku, tak lama lagi akan ada projek KUCINGTA MU pula, khas buat penggemar kucing. Tunggu! 

Nota kaki:

Tahun ini bajet untuk travel sangat ciput. Maka kita fokus pada benda-benda murah dan percuma.

Next project: Tunggu lanskap di area Hang Tuah siap. Inshaallah nanti sampai aku ke sana. Nampak macam menarik, berwarna-warni.

Peace!


Saturday 12 August 2017

Manusia dan Babi

"Oiii...janganlah babi!"

Sambung menyidai baju.

"Kau memang babi!"

Menjeling tajam kepada penuturnya.

Hmmm...budak kecil rupanya. Ringan sekali mulutnya membabikan kawannya. Dia berani menjerit begitu, bermakna dia tak takutkan amarah ibu ayahnya atau jiran-jiran. Sudah biasa.

Bugarnya budaya maki hamun dalam komuniti kita memang tak boleh ditahan lagi. Bukan sekarang saja. Lama dah. Dari pemimpin sampailah kepada anak-anak, babi dan babi dan babi jadi zikir.

Kasihan pula pada si babi, mangsa dalam budaya tidak sihat ini. Aku dengar mereka ada cakap nak main tembak anjing jiran. Kalau kantoi dengan aku memang siap. Anjing dan babi tak salah. Mereka tak erti memaki hamun macam manusia. Mereka cuma makhlukNya jua, macam kita.

Aku pun tak baik mana. Semoga aku pun beringat selalu hendaknya.

Friday 11 August 2017

A Story of My Dream

I am changing path towards doing what I love: sharing of knowledge and experiences. It started out as a child where I wanted to become a journalist. Over the years, life has proven to me that I should instead become what I am today: an accountant.

But because I strongly have a passion to share things, I have developed a rather crazy but possible dream: I want my name to appear as accounting and financial reporting trainer, like Mr Tan Liong Tong, Mr David Meow and Mr Danny Tan.

I know these people are legends in our field. I myself have attended their courses and have learned a lot of stuffs. Somebody has pointed to me that because my field is very technical, it will take a long and tough time to reach their level. Not to mention also, whether I can reach to the level of those 'taiko' in the big audit firms, who constantly speaks at courses and conferences. But it's OK. So long as I have shared my knowledge and experiences to deserving people, I am grateful enough.

Miss Fairuz Yasmin Ramli.

One fine day, Inshaallah.

You gotta love what you do. Else you will keep being in hunger, searching for the purpose of life. Just do it.

Peace!

Tuesday 8 August 2017

Aku: 10 Tahun Yang Lalu

Kawan aku share gambar ini dalam group whatsapp kami. Hmmm...buat aku rindukan zaman naif aku. Zaman hanya tahu belajar, belajar dan belajar. Aku anak sulung maa...harapan keluarga. Masa itu ada orang ajak couple (seorang saja muehehhe) pun aku reject. Sebab nak fokus pada study.

Sepuluh tahun dah berlalu sejak gambar ini diambil (2007). Banyak pengalaman yang aku dah lalui. Dari seorang yang kurang yakin dan selalu menangis mengenangkan kekurangan diri. Dari seorang yang tertutup minda akibat kurangnya exposure dengan orang sekeliling.

I have reached this stage by Allah's grace, by my parents' prayers. Walaupun aku tak mampu nak memahami setiap inci perjalanan hidupku, cukuplah untuk aku bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya.

Semoga aku lebih kuat untuk mengharungi cabaran mendatang. Semoga aku menjadi hambaNya yang baik. Semoga semua insan di sekelilingku beroleh rahmatNya selalu. Amin.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...