Wednesday 31 January 2018

K.A.W.A.N

Aku tak punya ramai kawan sebenarnya. Kawan bagi aku, suatu title yang bukan calang-calang. Tak ada istilah BFF (Best Friends Forever) atau kawan baik bagi aku. Sebab itu aku tak hairan dengan situasi kawan yang berkepentingan, kawan masa senang saja dan sebagainya. Sebab nak dapat title sebagai kawan kepada aku pun sebenarnya susah. Hoho.

Bukan senang nak jadi kawan aku. Aku biasanya reserved kalau jumpa pertama kali. Hanya senyum dan tegur sikit-sikit. Tapi benarlah orang kata, kalau kita berniat baik, tak erti mendengkikan orang, kawan akan datang sendiri kepada kita. Kawan itu pula, adalah yang sama macam kita.

Kawan-kawan aku Alhamdulillah, baik-baik belaka. Bukan kaki gossip makcik bawang. Bukan jenis menyampaikan cerita. Bukan jenis berpura-pura, depan cakap lain belakang cakap lain. Tahu bila perlu simpan rahsia, bila boleh kongsi cerita.

Dalam berkawan, kita tak boleh hanya nakkan kawan kita saja yang terima baik buruk kita. Kalau kita berkawan dengan ikhlas, dengan sendirinya kita akan tolerate dengan kelemahan kawan kita. Dengan sendirinya kita akan duduk dengan kawan kita, saat dia berdepan dengan masalah. Tak perlu berlakon, tak perlu rasa terpaksa.

Satu lagi, tak ada satu rule untuk membataskan siapa kawan kita. Hari ini kita boleh berkawan dengan A, minggu depan kita boleh berkawan dengan B. Tahun depan kita boleh berkawan dengan C. Yang penting kita ikhlas.

Kalau dalam berkawan ada konflik yang menyakitkan hati kita hingga kadang-kadang sampai putus kawan, jangan dipanjangkan lagi. Lepaskan saja kawan itu. Bila hati sudah tenang, baru fikir semula samada nak berkawan semula atau cari kawan baru.

Jadi diri sendiri. Kawan yang sesuai dengan kita akan datang dengan sendiri. Jangan risau OK. Kalau tak ada kawan, kita masih ada keluarga dan paling penting masih ada Allah S.W.T.

Peace!

Tuesday 30 January 2018

Nukilan Sayang Buat Sahabat Mia Aurora

Sahabat Mia Aurora dan keluarga,

Seminggu juga aku memerhatikan post-post tentang arwah Fayyadh. Leka aku membaca post-post itu, hingga aku sendiri mampu merasai pedihnya kehilangan bintang hati sekecil Fayyadh.

Tak tahulah orang lain. Tapi aku tak erti nak mengucapkan kata-kata takziah dan menyuruh kau bersabar. Sedang aku belum mampu nak menjiwai apa yang kau sedang rasa, terutamanya masa mula-mula arwah Fayyadh pergi. Memang kehilangan itu perit, tapi bagi aku biarlah seisi keluarga kau mengambil masa untuk menerima dan mengerti dahulu hakikat perpisahan di dunia.

Tenanglah wahai sahabat. Sudah lama aku kenal peribadimu. Kau seorang yang kuat. Perpisahan ini sementara. Semoga kalian sekeluarga bertemu di syurgaNya, bisa bermain lagi di alam yang lebih abadi. Jangan ditahan air mata yang mengalir, kerana ianya adalah kesan dari rasa yang sangat tulus, yang tak mungkin dibuat-buat.

Love you, as always.

Cik Fairuz

Saturday 27 January 2018

Limitless Life

Satu lagi post bertajuk English tapi ditulis bahasa Malaysia. Bacalah kalau rajin hehe.

Aku tak pasti sejak bila hidup aku berubah. Aku teka lepas umur aku 30an mungkin. Aku mula jadi explorer. Ada saja benda baru aku nak cuba. Ada saja benda baru aku nak belajar.

Aku pernah pergi seminar self-publish buku. Pernah juga pergi seminar melukis. Ada juga aku pergi seminar keagamaan. Belum lagi yang aku pergi talk dan terlibat sebagai sukarelawan TFTN dulu. Hari ini pula aku subscribe untuk course Digital Nomad, dengan niat nak tahu cara nak travel sambil buat duit, macam mat saleh dan minah saleh buat.

Aku juga join group kucing kat FB. Siap kenal ex-boipreng dari page kucing. Lepas itu join pula group backpackers. Kenal lagi orang lain pula, erkkk suami orang. Tapi sebenarnya ramai lagi kawan-kawan baru yang aku kenal dari group-group ini, yang ternyata baik-baik belaka. Tak limit pada calon jodoh saja OK. Hehe.

Aku ada pengalaman live dengan ikon charity di Malaysia, Kuan Chee Heng. Antara pengalaman paling menarik bagi aku. Banyak aku belajar dari team dia. Memberi tanpa menerima. Ada benda lebih bernilai dari nilai duit.

Tak serabutkah?

Setakat ini aku happy dengan limitless life yang positif begini. Aku tak restrict diri aku dengan hanya satu genre ilmu atau pengalaman. Cumanya, aku alergik sikit dengan isu politik sekarang. Malas nak ambil tahu (padahal dah nak mengundi tak lama lagi). Nanti-nantilah aku fikir.

Jangan sesekali letakkan batas/limit dalam kehidupan kita. Kalau nak belajar memasak, silakan. Kalau nak belajar fotografi, just go for it. Kalau nak belajar berkuda atau memanah, just do it. Ada gunanya ilmu-ilmu yang kita belajar itu nanti OK.

Live a limitless life!

Thursday 25 January 2018

Aku dan Teknologi

Shopping barang keperluan di Giant hari ini. Usai membayar, aku tengok tak ada plastik diberikan.

"Dik, nak plastik" minta aku.

Plastik dihulurkan begitu saja. Aku mengisi barang-barang belian sendiri. Cashier meneruskan kerjanya dengan pelanggan seterusnya.

Serius, aku macam bercakap dengan robot. Langsung tak ada human touch. Perasaan yang sama aku rasa kalau aku membuat pembelian online melalui Lazada atau Taobao.

Mungkin aku yang sentimental. Tapi makin canggih teknologi, makin kurang emosi yang terlahir dari fizikal dan susuk manusia. Yang ada cuma emosi yang terlihat dalam hashtag, post, tweet, thread dan yang seangkatan dengannya.

Aku berjiwa lama. Susah sikit nak adapt dengan perkembangan teknologi yang terlalu pesat. Lebih-lebih lagi yang menghakis nilai kemanusiaan dan moral kita.

Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Ini kata-kata lama yang aku amalkan sampai sekarang. Maaflah, tapi tak ada teknologi yang boleh mengubah mesej dari kata-kata ini.

Bagi aku teknologi tetap teknologi, yang juga dicipta oleh makhluk bernama manusia, dengan izin Allah jua.

Peace!

Trip Ho Chi Minh 3 Hari 2 Malam

Aku ke Ho Chi Minh (HCM) bulan Oktober 2017. Trip adhoc plus nekad aku. Trip redah tanpa saving langsung.

Amaran keras:
Tak digalakkan untuk kalian ikut cara aku OK. Sebab lepas trip ini, kalian mungkin kena puasa berhari-hari. Macam aku. Haha.

It's a calculated risk, I would say. Just do it! ✈✈✈

Amaran kedua keras:
Post agak panjang tapi Inshaallah cukup untuk rujukan kalian.

Itinerari:

1) Day 1 ( 28/10/2017)

a) Sampai di HCM @ 8.30 pagi (masa Vietnam).

Waktu di Vietnam lambat 1 jam dari Malaysia. Jangan lupa setting masa di jam tangan dan smartphone (termasuk apps untuk solat) kepada masa Vietnam OK!

Kami beli simkad Viettel 2GB data dengan harga VND 105,000 (RM20). Di hotel dan restoran di Malaysian Street memang ada wi-fi tapi kami fikir senang nak contact kawan atau keluarga di Malaysia sewaktu di luar contohnya semasa shopping atau melawat tempat menarik di sana. 

b) Naik Bus 152 ke Ben Thanh (keluar airport, jalan ke kanan sampai depan Burger King). Dalam 30 minit sampai ke stesen bas Ben Thanh.

Tambang bas: VND 5,000 (RM1) /pax  tanpa beg besar. Kalau ada beg besar yang makan seat orang lain, extra VND 5,000 (RM1) /pax lagi.

c) Big breakfast di Restoran Ay Sah (Nasi goreng seafood dan air buah).

d) Check-in hotel Thanh Thu @ 11.00 pagi yang terletak di Malaysian Street.

Hotel Thanh Thu terletak di sebelah hotel Saigon Pink 2. Hotel-hotel ini memang hot spot bagi orang Malaysia. Boleh berlari-lari turun naik shopping OK. Tak tipu!

Sempat beli kopi Vietnam tepi jalan yang ada logo Halal. Syiok gila! Harganya RM3 saja, maka 3 kali jugalah kami minum sepanjang di sana.

e) Melawat Cu Chi Tunnel dan Handicapped Art Shop (ambil dengan Bismillah Tours-depan hotel).

Kami gerak ke Cu Chi Tunnel pukul 1.30 tengahari, bergabung dengan geng-geng tourist lain dari Malaysia, Ireland, Canada dan lain-lain. Tour guide kami namanya Khoi. Muda dan sangat syiok! Berbaloi rasanya dengan bayaran yang kami beri. Jangan lupa stand  by mosquito repellant ya. Kami pakai yang jenis patch (lekatkan di baju/tudung) jenama Guardian saja hehe. 

Jarak dari hotel ke Cu Chi Tunnel: 2 jam

Sesi melawat Cu Chi Tunnel dan Handicapped Art Shop: 2 jam

Sampai hotel pukul 7.30 malam.

Kalau kalian nak save bajet, boleh naik dua bas (Bas 13 dari HCM dan Bas 79 ke Cu Chi Tunnel) untuk ke Cu Chi Tunnel. Tapi, make sure kalian balik sebelum pukul 4.00 petang. Sebab aku difahamkan susah nak dapat bas lepas pukul 4.00 petang. Maklumlah kawasan luar bandar. 

Maknanya kalian kena sampai di Cu Chi Tunnel selewat-lewatnya pukul 1.00 petang. Ding dong ding dong melawat dalam 2 jam, habis pukul 3.00 petang. Buffer 1 jam just in case ada apa-apa hal berlaku.

f) Dinner di Restoran Halal Amin (Pho Daging dan Nasi ayam).

g) Shopping di Night Market (terletak di luar Ben Thanh Market) dan kedai-kedai di Malaysian Street (terletak di depan hotel kami).

Kena pandai-pandai bandingkan harga OK! Macamlah tak biasa, kan.

2) Day 2 (29/10/2017)

a) Breakfast di hotel apa yang ada saja; milo 3 in 1 dan cereal.

b) Melawat Sungai Mekong  (ambil pakej dengan Bismillah Tours melalui FB Selamat K. S. Islam)

Tour guide kami namanya Tam a.k.a Mawi. Aktiviti-aktiviti kami dalam trip Sungai Mekong:

- Singgah di kedai baju murah (aku beli t-shirt Polo lelaki pada harga 3 helai=RM50).

Tak semua barang murah OK. Kena pandai-pandai juga, tau.

- Sungai Mekong trip: melawat proses produk berasaskan kelapa (coconut candy dan lain-lain)  +  naik kuda padi + melawat proses produk berasaskan madu lebah + pegang dan bergambar dengan ular sawa + makan tengahari halal (menu nasi putih, kari ikan, udang, sayur tauge dan air mineral) + makan buah-buahan sambil mendengar nyanyian + naik sampan kecil. 

- Singgah di kilang Danny's Shop: macam-macam ada, tapi aku cuma beli telekung Siti Khadijah untuk mak aku dan baju untuk anak-anak buah aku.

Tak semua barang murah. Kena pandai-pandai bandingkan dengan harga di Night Market Ben Thanh dan Malaysian Street.

Kami sampai di Malaysian Street lebih kurang pukul 6.00 petang.

- Dinner di restoran Hajah Basiroh (nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung, air nescafe dan lemon suam).

- Shopping di Night Market (terletak di luar Ben Thanh Market) dan kedai-kedai di Malaysian Street (terletak di depan hotel kami).

- Sempat beli kebab sedap di depan hotel. Ada macam-macam perisa ikan, ayam dan daging. Suka sangat rotinya. Sedap banget!

3) Day 3 (30/10/2017)

a) Breakfast di restoran Halal Amin (roti telur dan roti kari).

b) Tour bandar HCM.

Naik Grab ke Saigon Central Post Office. Dari situ kami jalan kaki ke Independence Palace dan War Remnants Museum menggunakan apps Google Maps.

Harga tiket Independence Palace: VND 40,000 (RM8) /pax

Harga tiket War Remnants Museum: VND 20,000 (RM4) /pax

Hajat nak ke Musulman Mosque dan Maybank Ho Chi Minh (bajet nak jupe kawan-kawan Maybanker sana) tak kesampaian huhuhu.

c) Last minute shopping di kedai-kedai di Malaysian Street. Tapau nasi goreng seafood di dari Restoran Ay Sah untuk makan di airport nanti.

d) Check-out hotel pada pukul 12.30 tengahari (patut pukul 12.00 tengahari tapi kami minta extend sikit masa, untuk kemas dan solat).

Please take note:
Di airport HCM tiada surau. Samada kalian solat di hotel atau singgah di masjid di HCM. Melainkan kalian tak kisah solat di sudut-sudut di airport.

Kami naik Grab ke airport. Boleh saja naik bas 152 ke sana tapi sebab barang berat maka kami naik Grab saja.

e) Naik flight dan sampai di KL pada pukul 7.00 malam.

Kami berjaya shopping tanpa beli baggage yeayyyyy! Tapi jenuh jugalah bawa barang atas bahu dengan beg Deuter.

f) Naik Grab balik ke Kinrara.

Bajet (termasuk yang VND convert ke RM):

Tiket flight = RM661.80 (2 pax, termasuk insuran)

Hotel Than Thu (sebelah hotel Saigon Pink 2), Ben Thanh = RM246 (bilik Queen, 2 malam)

Personal driver (adik ipar kawan) ke KLIA2 = RM50

Sim kad Viettel = RM40 (RM20 x 2 pax)

Bas 152 ke Ben Thanh = RM2 (2 pax)

Trip Cu Chi Tunnel (Bismillah Tours) = RM 100 (RM50/pax)

Trip Mekong River (Bismillah Tours) = RM120 (RM60/pax)

Tiket Independence Palace = RM16 (RM8/pax) 

Tiket War Remnants Museum = RM8 (RM4/pax)

Makan-makan = RM110 (Lunch=Average RM15 x 2 pax x 3 kali + Breakfast = Average RM10 x 2 pax)

Kopi Vietnam Best = RM18 (RM3 x 2 pax x 3 kali)

Kebab Vietnam = RM12 (RM6 x 2 pax)

Grab di HCM = RM35 (5 trip termasuk 1 trip ke airport)

Grab dari KLIA2 ke Kinrara = RM70 (RM65 + tol RM5)

Jumlah besar = RM1,488.80

Jumlah per pax = RM744.40

Not bad untuk trip adhoc, huh? Tapi tak masuk personal shopping OK. Pandai-pandailah kita tambah bajet sendiri hoho.

Kalau google, biasanya trip HCM mesti 4 hari 3 malam. Kami buat 3 hari 2 malam sebab kurang cuti.  Alhamdulillah sukses, plus objektif trip kami lebih kepada lawatan sambil belajar. Shopping jadi second objective. Betulkah? Boleh percayakah? 

Tips-tips:

1) Currency yang digunakan

Untuk makan: VND atau RM

Untuk pakej tour Cu Chi Tunnel dan Sungai Mekong: RM

Untuk pengangkutan (bas, teksi dan Grabcar): VND

Untuk shopping: RM

Untuk tips contohnya di tempat makan buah sambil mendengar nyanyian: VND atau RM

2) Memilih hotel

Antara hotel yang dekat dengan shopping spot dan makanan halal: Thanh Thu, Saigon Pink 2 dan Cat Hotel. Masa cari hotel, letak criteria near to Ben Thanh market atau near District 1. Inshaalllah dapat yang dekat dan tak perlu banyak berjalan.

3) Membeli baggage tambahan

Kena firm apa objektif trip samada shopping like mad atau kombinasi antara shopping dan lawatan sambil belajar. Juga kena tengok bajet shopping kita.

Kalau bajet dalam RM2,000 dan hanya beli tudung, telekung dan baju: 2 beg hand luggage 7kg dah cukup (beg galas deuter atau beg tarik 20 inci).

Kalau bajet lebih dari RM2,000: Kira sendirilah. Hahahah. Yang pasti, sila beli awal OK. Pembelian baggage secara last minute akan jadi sangat mahal.

4) Bawa international socket berkaki dua

Beli saja international socket berkaki dua di Mr DIY. Sebaik-baiknya beli yang ada 2 USB port, senang nak charge telefon dan powerbank sekali. 

5) Menawar harga masa shopping

Tanya harga saja dulu. Jangan tawar tanpa membeli. Memang kena maki dengan penjual di sana nanti. Cool saja, jangan nampak desperate sangat OK. 

6) Memilih tour guide

Kalau malas nak naik bas ke Cu Chi Tunnel dan Sungai Mekong, boleh survey pakej di kedai-kedai travel agent di Malaysian Street. Walaupun aku ambil pakej dengan Bismillah Tours, aku tetap cadangkan kalian bandingkan harga untuk lebih jimat.

7) Teksi dan Grabcar

Untuk teksi:
Ambil yang bertulis Vinasun dan Mailinh sahaja OK. Yang pemandunya pakai smart dengan kemeja dan tie. Jangan ambil teksi sapu. Habis duit kita nanti. Huhu.

Untuk Grabcar:
Kalau tak faham mesej yang pemandunya send kepada kita, boleh minta pekerja hotel atau penjual di kedai-kedai terjemahkan.

Aku cuma reply 1 ayat saja:

am at/ in front of <nama tempat, contohnya Thanh Thu Hotel>.

Lepas itu cuma alert lah dengan kelibat kereta yang sampai, mengikut nombor kereta yang diberikan oleh Grabcar.

Senang, bukan?

Oh, tambang teksi/Grabcar yang dekat-dekat sepatutnya cuma antara VND 21,000 - VND 40,000 (RM4 - RM8).

Tambang Grabcar kami ke airport (balik ke KL) adalah VND 88,000 (RM16).

Kena convert ke RM dan fikir logik tak dengan jarak dan masa. Macam di KL jugalah, kan.

8) Salinan pasport

Masa trip kami, hotel Thanh Thu cuma minta pasport asal untuk verification. Tapi kita stand by lah 2 salinan pasport untuk kecemasan. Macam aku, memang aku sentiasa bawa pasport asal (wajib, sebagai pengenalan diri) dan salinan  sepanjang di sana.

9) Keselamatan; ragut, harga tipu

Jaga beg kita. Jangan dedahkan sangat. Jangan nampak sangat kita berduit.

Untuk harga barang atau servis, jangan cepat sangat bayar. Convert dulu ke RM dan fikir sendiri logik atau tidak. Contohnya, ada orang Malaysia kena caj sampai VND 268,000 (RM50) untuk servis kilatkan kasut. Logikkah?

Mencegah lebih baik, betul?

Download app ini: Malaysia Currency Converter. Terbaik dan simple. Tak perlu print rate untuk rujukan. Masukkan saja nilai samada RM atau VND, tadaaaa... dah siap convert.

10) Makanan halal

Jangan risau tentang makanan halal. Banyak pilihan di Malaysian Street. Cuma kena atau tak saja dengan tekak. Kalau nak yang rasa macam Malaysia, boleh cuba di restoran Ay Sah. Aku tak boleh pergi dengan rasa Vietnamese roll di HCM ini (restoran Halal Amin). Pelik sungguh. Huhu. Mungkin citarasa kalian berbeza dari aku. 

Harga makanan di sini tak murah sangat tau. Sekali makan boleh pergi ke RM20. Jadi, samada kalian masukkan dalam bajet siap-siap sebelum pergi atau kalian masak atau makan maggi. Aku tahu ada orang kita yang berjimat bab makan ini, tapi dah sampai di tempat orang rugilah kalau tak merasa makanan mereka. Betul tak? Apapun, terpulang pada pandangan masing-masing OK.

11) Makanan tambahan seperti Fitbar, biskut dan lain-lain

Trip ke Cu Chi Tunnel dan Sungai Mekong memakan masa yang lama. Wajib bawa makanan tambahan macam Fitbar, biskut dan lain-lain sebagai bekalan OK. Nanti lapar hilang mood susahlah kan.

12) Ubat-ubatan

Ubat-ubatan asas yang perlu dibawa:

- Gastrik/angin/cirit
- Selsema
- Minyak angin/balm
- Panadol Actifast
- Ubat sakit tekak (kualiti air di HCM kurang memuaskan)

Jangan risau, ada farmasi di Malaysian Street. Malah ubatnya sangatlah murah berbanding di Malaysia.

13) Check-in di kaunter luar airport HCM

Jangan lupa check in di kaunter luar di airport HCM walaupun dah buat
 web check-in. Macam kami, ingatkan dah web check-in kira settle lah. Terus masuk kaunter dalam sampailah ke boarding lounge (lepas pula, tak sangka haha). Sekali nama masing-masing kena panggil di kaunter sebab macam masuk secara haram hohoho. Belajar dari pengalaman kali pertama. Hehe.

Done.
 Harap post ini membantu kalian yang nak ke HCM.

Peace!





Review Food Delivery Peribadi: Jiju's Cakes To Share

Ini review terlewat namanya. Sebab dah agak lama aku kenal dengan owner nya. Memang biasa beli produk dia. Cuma baru sekarang sempat buat review.

Check them out!

1) Proses membuat order
Macam online food delivery lain juga, boleh whatsapp Jiju. Senang saja nak order, sebab Jiju dah ada material yang jelas tentang jenis-jenis produknya.

2) Proses delivery oleh seller
Delivery dibuat sendiri oleh Jiju dan suaminya. Sila grab peluang free/promo delivery, jimat sikit. Hehe. 

3) Kuantiti dan kualiti produk

Setakat ini aku boleh komen 4 jenis produk Jiju:

Brownie coklat & Brownie coklat karamel
Untuk aku cuma satu perkataan: Heaven. Kali pertama makan aku terus stick sampailah sekarang.
Manis tapi kuat rasa coklatnya. Rasanya sebab dia guna dark chocolate. Aku agak sajalah hehe.

Congo bar
Sangat moist, banyak chocolate chips. Manis juga, tapi OKlah untuk sejenis kek. Sinful! Haha.

Pandan gula melaka squares
Juga sangat moist, sangat manis. Aku suka kombinasi gula melaka dengan krim dan keknya. Tapi ada family aku yang tak berapa gemarkan kemanisannya. Terpulang pada citarasa masing-masing OK.

Brownie chocolate orange
Setakat tarikh post ini, brownie chocolate orange ini baru saja launch. Tell me about it! Macam orang mengantuk disorong bantal OK. Aku memang suka sangat chocolate orange dari kecil (dulu suka bedal coklat Zip perisa oren).

Harga?
Masih murah berbanding seller lain. Tak tahulah orang lain. Untuk aku, harganya berbaloi-baloi dengan kualitinya.

Info tentang seller:

FB : Jiju's Cakes To Share
IG :  jijuscakestoshare

Selamat mencuba!

Cake makes us happy.

Memang betul pun. Tapi berpada-padalah dalam memakannya OK. ❤





Saturday 20 January 2018

Trip #workcation-Temerloh, Pahang

Holla!

Kali ini aku roadtrip ke Temerloh, Pahang. 1st time drive ke area Pantai Timur. Aku ditemankan oleh kawan single ladies, Aini.

Alhamdulillah, selepas 2 jam memandu kami sampai ke pekan yang terkenal dengan ikan Patin ini.

Objektif trip?

1) Kenduri aqiqah Malique Idrissi, baby boy Hafsah.

2) #workcation: Jalan-jalan sambil membuat kerja. Gigih aku membawa laptop OK. 😅😅😅

Itinerari:

1) 20/1/2018 (Sabtu)

-Bertolak ke Temerloh pukul 2.00 petang (Gombak-Karak-LPT-Temerloh).

-Sampai di Merrinton Hotel, Temerloh pukul 4.00 petang.

-Rehat di hotel

-Makan malam di restoran Sawadee Tomyam.

-#Work di hotel

2) 21/1/2018 (Ahad)

-Sarapan di D Rouz Cafe (seberang jalan dari hotel kami).

-#Work di hotel

-Check-out hotel dan pergi kenduri aqiqah.

-Singgah di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang.

-Balik KL

Bajet:

1) Hotel - RM108 (Deluxe twin)

2) Minyak - RM60

3) Tol -

KL-Temerloh: RM6 + RM3.50 + RM6

Temerloh-Lanchang-KL: RM3.40 + RM 2.80 + RM3.50 + RM6 + RM2.50

4) Makan malam - RM62.60 (Menu nasi putih dengan 3 jenis lauk termasuk ikan siakap 3 rasa)

5) Jajan di RnR dan kedai runcit bawah hotel - RM13.90 + RM9

6) Sarapan pagi (Ahad) - RM9

Jumlah besar - RM296.20

Jumlah per pax - RM148.10

Tips:

1) Rancang perjalanan. Tahu nak pergi season apa, ikut jalan mana, berapa tolnya, di mana RnRnya. Jangan stuck dalam traffic jam pula.

2) Temerloh agak ke dalam lokasinya. Line internet mungkin kurang baik. Kalau agak-agak sesat terutama malam, jangan sesekali panik. Berhenti di tepi jalan yang terang (ada jalan yang gelap tanpa lampu jalan), cuba setting semula Waze dan Google Maps serentak. 

3) Banyak restoran ikan Patin di Temerloh. Yang famous ialah Kancil Ikan Patin dan Go' Bang Ikan Patin. Tapi aku tak pergi, sebab tak sempat. Lagipun lauk kenduri dah ada lauk ikan patin masak tempoyak. Sedap, homemade lah katakan.
4) Ada taman rusa (katanya macam Deer Park di Nara, Jepun) berdekatan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah. Kami tak sempat singgah sebab dah penat hoho.

5) Berhenti rehat jika mengantuk. Roadtrip memang best, tapi bahaya memandu lama sangat. Terutamanya kalau ada seorang saja driver, macam kes aku. Hehe.

Work hard, play hard. Repeat.

Play = Travel.

Peace!

Monday 8 January 2018

Travel Makes You Happy

The only time when I am absolutely and genuinely happy are the times I spend to travel. Then I will write. Not so many pictures, just words.

I pray that I will get to do these as many times as possible. I started small, but I have a big heart and ambition to see places I have never been.

Because happiness is not to be seen but to be felt inside. Some people choose to be happy by not traveling. Rather they accumulate wealth. Personally, balance is the key. If we can get both even at a moderate level and be happy, why not?

Peace!

Friday 5 January 2018

Depression: Bila Kita Sendiri Merasai Simptomnya

Malam tadi menjadi sejarah buat aku. Meletup dengan jeritan dan tangisan depan bos dan kawan sepejabat. Puncanya? Tak tahan dengan beban kerja yang terlalu banyak.

Aku tak pandai sangat bab psikologi. Tapi aku rasa aku memang mengalami simptom-simptom depression. Masa aku menjerit aku rasa macam ada sharp pain di kepala. Kawan-kawan aku sudah mengundurkan badan mereka. Bos cuba memujuk tapi aku tetap berkeras mengatakan aku sudah tak tahan lagi.

Bos memujuk aku masuk ke biliknya. Aku akur. Pintu ditutup dan dia memulakan sesi slow talk dengan aku. Pada mulanya aku macam susah nak mulakan bercakap. Macam masih rasa nak menjerit dan menangis. Bila dah tenang sedikit barulah aku membalas soalan bos.

Bos ini bukan bos aku sebenarnya. Bos aku dah dua kali bertukar ganti, meninggalkan aku seorang diri di unit ini. Tuhan saja tahu perasaan aku selama ini, menumpang bos orang lain. Nak mengadu tak cukup masa. Bos sibuk memanjang.

"You should tell me that you want to see and talk with me. Don't keep quiet" jelasnya.

Sembang. Hakikatnya bebanan kerja dan deadlines membuatkan masa dengan staf bawahan sangat-sangat terhad. Ini bukan kali pertama aku cuba meluahkan rasa.

"Do not become another XXX that got depression. Not worth" jelas bos itu lagi.

"One of the reason people got depressed further is because they already highlighted their concern but ended up feeling like talking to the wall" balas aku.

Akhirnya dia bersetuju untuk relook beban kerja aku. Tunggulah dan lihatlah bagaimana nanti.

Sampai di rumah aku hanya mahu tidur. Bila terjaga sekejap aku akan menangis dan rasa sharp pain di kepala.

Depression datang tanpa disedari. Sesiapa pun boleh menghadapinya. Aku hanya mampu mengharap ada sinar di sebalik semua ini. Yang pasti, aku hanya bertahan untuk bonus, bayar hutang dan trip Kashmir saja. Demi masa depan dan kesihatan mental dan fizikal aku, demi Allah aku kena menukar haluan kerjaya. Moga Allah mudahkan. Amin.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...