Holla!!!!!!!
Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh….
Well, Alhamdulillah semasa pandemik ini ada sedikit ruang untuk aku dan mak travel ke Kelantan, selepas hampir 2 tahun kami gersang tanpa sebarang trip huhuhu. Malah trip SilangitXLaketoba yang aku rancang dengan geng single ladies pun terpaksa dibatalkan sebab pandemik Covid-19. Covid oh Covid..huhuhu.
OK kita straight to the point berkaitan trip Kelantan 2021. Oh ya, suka aku nak ingatkan trip ini bukan trip bajet rendah, sebab aku bawa mak aku yang kurang sihat dan kurang fit untuk berjalan kaki jauh-jauh. Maka banyak benda aku terpaksa settle dengan duit tambahan semata-mata untuk kemudahan dan keselesaan mak aku.
1) Itinerari
- 30/11/2021 (Selasa)
1. Drive dari Melaka, park kereta di KLIA2 (Blok A) dan depart ke Kelantan (Flight pukul 12.15 tengahari)
2. Tiba di airport Sultan Ismail Petra, Kelantan dan sewa kereta di airport
3. Lunch di Yati Ayam Percik
4. Check in di Ibis Style Kota Bharu
5. Lepak di kafe hotel
6. Rehat di hotel dan order Grabfood untuk dinner
- 1/12/2021 (Rabu)
1. Breakfast di hotel
2. Jalan-jalan dan shopping di Pasar Siti Khadijah
3. Rehat di hotel
4. Melawat kawan-kawan mak di Wakaf Bharu (Pakcik Zaly) & Kampung Laut (Pakcik Ajis)
5. Rehat di hotel dan order in-room dining untuk dinner
- 2/12/2021 (Khamis)
1. Breakfast di hotel
2. Melawat Bank Kerapu
3. Singgah beli baki barang di Pasar Siti Khadijah
4. Check out hotel
5. Lunch di restoran Hadramawt Town (Nasi Arab)
6. Pulangkan kereta sewa di airport dan depart ke KLIA2 (Flight pukul 4.05 petang)
7. Ambil kereta di car park KLIA2 dan balik Melaka
Aku dan mak |
Bilik Twin Bed di Ibis Style Kota Bharu |
Hotel Ibis Style Kota Bharu |
Pasar Siti Khadijah |
Bank Kerapu |
Pintu gerbang wajib bergambar di Kota Bharu |
Hasil trip Kelantan 2 beranak hihihi |
3) Nota Penting
- Semasa post ini dibuat, swab test Covid-19 tak wajib untuk flight domestic kecuali Sabah. Tapi digalakkan untuk buat swab test Covid-19, sekurang-kurangnya self-test punya. Sila rujuk laman web Airasia untuk SOP Covid-19 terkini OK.
- Untuk perjalanan yang selesa, kalian perlu usahakan berada di KLIA2 4 jam sebelum masa flight berlepas (domestic). Sebab proses nak check-in dan drop baggage mengambil masa yang boleh tahan lama di saat pandemic ini, lebih baik jangan ambil risiko OK.
Untuk flight dari negeri lain masih OK jika kalian berada di airport negeri 3 jam sebelum masa flight berlepas, Inshaallah. Sebab airportnya pun kecil dan tak terlalu sibuk macam di KLIA2.
- Ada beberapa alternatif lain yang lebih murah untuk parking tau, boleh google saja nanti. Janji kalian selesa OK. Kalau nak cuba parking kereta dengan kawan travel aku, boleh klik sini.
- Jika kalian kurang larat berjalan jauh di airport, tahan saja buggy OK. Gunakan kemudahan yang ada 😎.
- Di Kelantan, jarak antara satu tempat ke tempat yang lain mungkin agak jauh, jadi sangat digalakkan untuk kalian sewa kereta berbanding menaiki teksi/Grab.
- Makanan dan minuman di Kelantan majoritinya manis-manis belaka. Aku warning awal-awal je ni ahhahahah. Tapi makanan di restoran Hadramawt Town tak manis, rasa standard nasi arab. Dari segi harga di kedai makan, masih agak murah. Tapi harga makanan Grabfood atau in-room dining adalah harga standard, boleh tahan mahal juga.
- Hotel Ibis Style memang sangat best, tapi biliknya agak sempit. Toilet pun sempit. Mungkin kurang sesuai book 1 bilik jika kalian berkeluarga besar.
- Orang Kelantan rata-ratanya mesra dan sentiasa sudi membantu kita. Kalau kalian shopping banyak, boleh cuba upah sesiapa di lokasi shopping tersebut untuk angkat barang kalian ke kereta.
Travel lah kalian sementara boleh travel huhuhu.
Janji patuh segala SOP, Inshaallah semuanya OK Aminnn.