Aku banyak melalui pengalaman dikecewakan. Macam tak ada hentinya. Orang datang, kemudian pergi. Pergi bukan kosong tapi dengan kesan di hati. Kesan itu pula sangat-sangat sukar dibuang. Kekal di situ.
Melihat wajah sendiri menangis pagi ini, aku bertanya sendiri:
Sampai bila harus begini? Wajah ini sudah terlalu kerap begini. Adakah kerana hatinya terlalu rapuh lantas mudah dihancurkan berkali-kali? Adakah kerana hatinya terlalu sukar membenci hingga kerap sekali terseksa sendiri?
Manusia memang kejam. Dengan manusia aku sering bertanya:
Kenapa kita harus berjumpa?
Kenapa kita harus ada kemudian tiada?
Kenapa hari ini kau kata begini, esoknya jadi begitu?
Kenapa begitu mudah mulut berbicara sedang hati tak sekata?
Mengapa manusia begitu kejam hingga membuat manusia lain sengsara?
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Aku tiada jawapannya.