Friday, 23 February 2018

Kita Wajib Bersyukur

Saat lahirnya kita ke dunia
Pergi insan lain ke barzakh
Saat ibu memanjakan kita
Ibu lain membuang anaknya
Saat kita membesar cukup segala
Ibu bapa lain pergi selamanya
Saat kita membenci ibu ayah kita
Anak lain kepingin ibu ayah memarahi mereka
Saat kita mengeluh sesaknya jalanraya
Si buta berjalan sambil melanggar segala
Saat kita mengeluh zuriat tak dikurnia
Bayi lain dibom nun di sana
Saat kita merasa zalimnya dunia
Kita sebenarnya punya segala
Berhentilah meratap hina
Lihatlah serata kita
Mereka yang tak seperti kita
Kita wajib untuk bersyukur
Sempurnanya kita
Bukankah untuk menyempurnakan kekurangan makhluk yang lain?

Saturday, 17 February 2018

Life Outside Social Media Is Real Life

Sometimes when we get too excited and attached with social media platforms, we forgot about one thing: We might end up living a life not ours. We crave respect from unnecessary people. We expect understanding from strangers. We love being praised by thousands of people who might exist just virtually, acting like they care.

Keep your private life private. Communicate with your family and close friends in the correct platform. Resolve conflicts with people by meeting personally face to face. Do not act behind mere words.

Live a real, existing life outside social media as much as possible.

Peace!

Saturday, 10 February 2018

Sheila On 7 Live in KL 2018

10.2. 2018.

Tarikh aku pergi konsert buat kali pertama dalam hidup aku.

Kegilaan yang tercetus dari stress bekerja. Bersama kawan pejabat yang juga gila dan stress bekerja. Haha.

Maaflah, tak semua lagunya boleh aku ikuti sambil badan digoyangkan tanda asyiknya menghayati. Jujur, aku bukan peminat tegar Sheila on 7.

Tapi, harga yang aku bayar untuk tiket Gold rasanya begitu berbaloi. Konsert dalam pusat ekspo tertutup, sejuk, berdiri tak jauh sangat dengan pentas. Paling penting showmanship yang Sheila on 7 berikan memang terbaik. Vokal Duta memang sumpah, masih macam zaman aku sekolah dulu.

Kata Duta, lagu Sheila on 7 berjaya menembusi peminat yang muda 20 tahun darinya. Kenapa ya?

Jawab aku dari bawah pentas:

"Kerna musik kamu ikhlas!"

Ikhlas itu penting dalam menyampaikan sesuatu. Niat yang ikhlas akan menghasilkan output yang ikhlas dan bermutu. Usah risau akan penerimaan orang yang pelbagai ragamnya. Tak semua orang akan sukakan hasil kerja kita. Itu biasa.

Aku mahu Melompat Lebih Tinggi, Seberapa Pantas yang aku boleh.

Peace!

Wednesday, 7 February 2018

7 Sebab Kenapa Kita Kena Travel

Biasa tak nampak ahli keluarga atau kawan kita travel ke sana sini? Sepanjang tahun ada saja port mereka berjalan, baik dalam Malaysia mahupun luar Malaysia.

Tahukah kalian, travel sebenarnya banyak  manfaat kepada kita. Tak percaya, baca 7 sebab kenapa kita kena travel:

1) Manusia cepat bosan

Sampai satu masa, kita nakkan perubahan dalam hidup kita. Travel ke tempat lain dari kediaman kita akan beri kita idea atau perspektif baru dalam hidup kita.

2) Belajar benda baru

Travel buat kita belajar banyak benda baru. Dari step nak beli tiket, buat itinerari hinggalah kita sampai di tempat yang dituju, ada saja ilmu baru yang kita belajar. Kalau duduk lama sikit, boleh belajar bahasa dan budaya orang dengan lebih mendalam. Kalau duduk sekejap pun pasti ada saja pengalaman dan ilmu baru untuk kita teroka.

3) Fokus pada trip

Biasa tak kita diganggu semasa sedang buat kerja-kerja di pejabat? Walaupun ada deadline, ada saja bos mengganggu dengan kerja-kerja tambahan lain. Betul kan? Tapi kalau kita travel, kita hanya akan fokus pada trip kita saja. Tak ada siapa-siapa boleh ganggu kita. Kecualilah jika kita memang travel sambil bekerja, hmm tak berapa nak fokuslah. Tak syiok.

4) Buka luas minda

Masa mula-mula kita travel, kita selesa bersama-sama kawan rapat atau keluarga saja. Tapi lama-lama kita akan lebih terbuka untuk berjumpa kawan baru yang boleh dijadikan teman travel. Lebih-lebih lagi kalau kawan-kawan kita seorang demi seorang dah kahwin, meninggalkan kita yang masih hmmm, single ready to mingle always available.

5) Jadi lebih baik

Travel sepatutnya menjadikan kita manusia yang lebih baik. Kenapa? Sebab kita boleh belajar nilai moral dari orang luar dari kelompok kita. Bila kita jumpa orang yang kurang bernasib baik dari kita, kita akan insaf dan lebih bersyukur. Bila kita jumpa orang yang lebih hebat dari kita, kita akan rasa rendah diri dan mungkin berinspirasi nak jadi hebat juga.

6) Kenal diri sendiri

Semakin kita travel, kita akan lebih kenal diri kita sendiri. Sebab itu ada traveller yang memilih jadi backpackers dan ada pula yang memilih untuk jadi diva/king. Ada orang travel lepas putus cinta dan akhirnya memilih menjadi solo sampai tak tahu bila. Tapi itulah yang travel berikan kepada kita: Kenal diri kita, tahu minat kita dan sebagainya.

7) Memang kena travel

Komitmen kerja atau pelajaran memang selalu memerlukan kita travel. Bagi yang dah mula travel, semacam ada dadah yang meracun supaya kita pergi lebih jauh. Kita sanggup berjimat makan dan shopping, janji dapat travel.

Tapi ingatkah kita yang Nabi kita Muhammad S.A.W juga travel dalam proses dakwah baginda? Kalau kita kaji sejarah perkembangan Islam, semuanya bermula dengan travel. Orang kata travel with a mission.

Sambil travel sambil dakwah melalui nilai-nilai murni yang kita praktiskan. Jangan buat perangai tak elok di tempat orang.
Jangan buat sombong dengan penduduk tempatan mahupun rakyat Malaysia sendiri. Jangan bataskan ilmu yang kita boleh belajar di tempat orang. Semua itu sebenarnya dah diajar kepada kita sebagai orang Islam.

Orang agama lain pun belajar nilai murni juga. Pada akhirnya, kita hanya mahu menjadi manusia yang baik dan penuh dengan kasih sayang sesama kita. Betul?

Dah baca, apa tunggu lagi? Mulakanlah travel. Yang dah mula, jangan berhenti. Yang rasa travel hanya untuk orang kaya, mulakan dengan destinasi yang dekat dengan rumah kita. Lama-lama kita pasti akan travel lebih jauh. Inshaallah.

Sunday, 4 February 2018

Review Restoran Peribadi: Kantin-Nasi Bajet

Hari ini jumpa ejen insuran Prudential aku Cik Azimah di Ampang. Sebelum jumpa dia, lepak di restoran Kantin-Nasi Bajet dengan geng single ladies. Lama juga kami lepak berbincang tentang masa depan (sembang kencang haha).

Nah review syok sendiri aku:

1) Hiasan dalaman dan luaran

Signboard restoran memang besar-KANTIN. Dari luar nampak biasa. Bila berada di dalam baru rasa syiok. Bersih dan ada usaha untuk menghias walaupun restorannya berkonsep bajet. 3 jam juga kami lepak tadi. Layan...

2) Kebersihan

Restorannya bersih, cuma biasalah ada kucing-kucing yang buat muka kasihan dan manja datang kepada kita. Kucing bawa rezeki, Inshaallah. Cuma, kalau boleh dipasang extra pewangi lagi best rasanya. Kucing memang ada bau semulajadi mereka. Cat lover macam aku memang terus boleh cam bau kucing di meja kami tadi hoho.

3) Kualiti makanan

Jumlah yang perlu kami 3 orang bayar tadi ialah RM15. Menu nasi berlauk untuk 2 orang (aku ambil lauk ayam masak merah + daging goreng + sayur). Kami bertiga minum air yang sama iaitu limau ais. Seorang geng aku tak makan langsung. OK lah kan harganya. 

Kawan aku orang Kelantan. Dia cakap sedap juga lauknya. Dalam skala 5, dia beri 3.5. Bolehlah, kan. Apa lagi yang kita mahu dengan bajet RM5-RM7 seorang termasuk air? Betul?

4) Layanan staf

Masa kami pergi, tak ramai orang. Hari Ahad pukul 12 tengahari. Tak adalah nak berjamu bagai, konsep pun bajet maa. Layan diri OK. Orang isikan nasi pun dah cukup baik. Tak gitu?

Share sikit info tentang restoran:

Kantin-Nasi Bajet
Alamat: 8, Jalan 13B, Kampung Melayu Ampang, 68000 Kuala Lumpur.
FB: Kantin-Nasi Bajet

Selamat menjamu selera!

Wednesday, 31 January 2018

K.A.W.A.N

Aku tak punya ramai kawan sebenarnya. Kawan bagi aku, suatu title yang bukan calang-calang. Tak ada istilah BFF (Best Friends Forever) atau kawan baik bagi aku. Sebab itu aku tak hairan dengan situasi kawan yang berkepentingan, kawan masa senang saja dan sebagainya. Sebab nak dapat title sebagai kawan kepada aku pun sebenarnya susah. Hoho.

Bukan senang nak jadi kawan aku. Aku biasanya reserved kalau jumpa pertama kali. Hanya senyum dan tegur sikit-sikit. Tapi benarlah orang kata, kalau kita berniat baik, tak erti mendengkikan orang, kawan akan datang sendiri kepada kita. Kawan itu pula, adalah yang sama macam kita.

Kawan-kawan aku Alhamdulillah, baik-baik belaka. Bukan kaki gossip makcik bawang. Bukan jenis menyampaikan cerita. Bukan jenis berpura-pura, depan cakap lain belakang cakap lain. Tahu bila perlu simpan rahsia, bila boleh kongsi cerita.

Dalam berkawan, kita tak boleh hanya nakkan kawan kita saja yang terima baik buruk kita. Kalau kita berkawan dengan ikhlas, dengan sendirinya kita akan tolerate dengan kelemahan kawan kita. Dengan sendirinya kita akan duduk dengan kawan kita, saat dia berdepan dengan masalah. Tak perlu berlakon, tak perlu rasa terpaksa.

Satu lagi, tak ada satu rule untuk membataskan siapa kawan kita. Hari ini kita boleh berkawan dengan A, minggu depan kita boleh berkawan dengan B. Tahun depan kita boleh berkawan dengan C. Yang penting kita ikhlas.

Kalau dalam berkawan ada konflik yang menyakitkan hati kita hingga kadang-kadang sampai putus kawan, jangan dipanjangkan lagi. Lepaskan saja kawan itu. Bila hati sudah tenang, baru fikir semula samada nak berkawan semula atau cari kawan baru.

Jadi diri sendiri. Kawan yang sesuai dengan kita akan datang dengan sendiri. Jangan risau OK. Kalau tak ada kawan, kita masih ada keluarga dan paling penting masih ada Allah S.W.T.

Peace!

Tuesday, 30 January 2018

Nukilan Sayang Buat Sahabat Mia Aurora

Sahabat Mia Aurora dan keluarga,

Seminggu juga aku memerhatikan post-post tentang arwah Fayyadh. Leka aku membaca post-post itu, hingga aku sendiri mampu merasai pedihnya kehilangan bintang hati sekecil Fayyadh.

Tak tahulah orang lain. Tapi aku tak erti nak mengucapkan kata-kata takziah dan menyuruh kau bersabar. Sedang aku belum mampu nak menjiwai apa yang kau sedang rasa, terutamanya masa mula-mula arwah Fayyadh pergi. Memang kehilangan itu perit, tapi bagi aku biarlah seisi keluarga kau mengambil masa untuk menerima dan mengerti dahulu hakikat perpisahan di dunia.

Tenanglah wahai sahabat. Sudah lama aku kenal peribadimu. Kau seorang yang kuat. Perpisahan ini sementara. Semoga kalian sekeluarga bertemu di syurgaNya, bisa bermain lagi di alam yang lebih abadi. Jangan ditahan air mata yang mengalir, kerana ianya adalah kesan dari rasa yang sangat tulus, yang tak mungkin dibuat-buat.

Love you, as always.

Cik Fairuz

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...