Monday, 27 February 2017

Review filem peribadi: Appa

Appa merupakan sebuah filem Tamil yang betul-betul deep. Tak perlu hero kacak, heroin cantik dan keluarga kaya-raya. Cukup watak seorang Appa(ayah), dan watak 5 orang kanak-kanak yang tak cute pun. Hitam dan adakalnya comot.Tapi lakonan mereka perghhh..mantap!

Appa mempunyai seorang anak bernama Vetri. Disebabkan isterinya seorang yang gila meroyan, mereka berpisah semasa Vetri masih kecil. Vetri kekal dijaga oleh Appa. Appa percaya anak bukan perlu diasuh dengan acuan ibu bapa, tetapi perlu dibantu untuk berjaya dengan apa yang mereka suka. Vetri digalakkan untuk belajar berenang, berbasikal, berlari tetapi masih berjaya dalam pelajarannya. Vetri membesar menjadi anak yang sangat baik seperti bapanya.

Chakravathy(Chakra) pula merupakan kawan baik Vetri. Ayah Chakra tak sukakan cara Appa mendidik anaknya Vetri. Maka ayah Chakra membawa keluarganya berpindah rumah dan memaksa Chakra belajar 24 jam. Chakra lulus cemerlang dalam pelajaran, namun akhirnya tewas dengan tekanan perasaan. Chakra membunuh diri selepas dibogelkan dan dipukul oleh warden asramanya, akibat fly untuk berjumpa kawan-kawannya Vetri, Mayil, Nandhini dan Banu.

Mayil merupakan pelajar paling corot di antara semua watak kanak-kanak di dalam filem ini. Fizikalnya kerdil, kecil tak sepadan umurnya. Mayil dihalang dari mengambil peperiksaan, kerana ditakuti akan menjejaskan reputasi sekolah.

Di saat Mayil kecewa dengan hal itu, Vetri membawa Mayil ke sekolah swasta milik kawan ayahnya dan mula belajar, dengan azam mengambil peperiksaan secara sendiri dan lulus. Appa melihat potensi Mayil yang suka menulis sajak dan membantu menghantar sajak-sajak Mayil kepada karyawan-karyawan terkenal. Akhirnya sajak Mayil berjaya diterbitkan bersama sokongan karyawan-karyawan terkenal dan Mayil juga lulus peperiksaan.

Watak Nandhini dan Banu tidak difokuskan sangat. Cuma Nandhini ditakdirkan sudah kehilangan ayah dan hidup dengan kakak dan ibunya. Banu pula hidup dalam keluarga Islam, ayahnya sentiasa memakai kopiah dan menyokong persahabatan anaknya dengan kanak-kanak lain. Kedua-dua Nandhini dan Banu menganggap Appa seperti ayah mereka sendiri. Ada sedikit elemen cinta tapi digambarkan dengan begitu minimum dan sesuai dengan umur mereka yang masih muda belia. Nice...

Antara dialog yang aku ingat adalah semasa Appa membalas kata-kata ayah Chakra yang menyalahkan Appa selepas anaknya ditangkap kerana fly:

"Kau hanya hidup dalam dunia kau. Kau tak pernah beri makanan kepada orang miskin pun. Kau tak pedulikan nasib orang lain. Anak kau akhirnya cemerlang dalam pelajaran tapi kosong dalam kehidupan".

Juga dialog Appa semasa majlis pelancaran sajak Mayil:

"Anak bukan perlu diasuh tapi dibantu. Setiap orang memiliki sesuatu yang mereka suka dan mampu berjaya dengan cara mereka sendiri. Tak ada kaitan khusus antara pelajaran (akademik) dan kehidupan. Anak yang berjaya di dunia kebanyakannya merupakan golongan yang sederhana saja pendidikan mereka".

Filem Appa hanya membuatkan aku terus menerus sukakan karya filem Tamil. Mesejnya terlalu tinggi dan mendalam. Mungkin setaraf dengan filem Laskar Pelangi. Kalau aku duduk seorang menonton filem ini tadi, confirm menangis! Tapi sebab aku menonton dengan keluarga, aku tahan saja emosi aku. Huhu.

Semoga nasib anak-anak yang kosong jiwa, anak-anak terbiar, anak-anak yatim dan miskin, anak-anak mangsa peperangan dan kebuluran akan terbela. Bantulah kami yang mampu ini untuk membela nasib mereka, ya Allah. Jangan Kau jadikan kami termasuk dalam golongan yang lemas dengan kekayaan duniawi dan lupa akan nasib mereka ya Allah. Amin.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...