Tuesday 30 May 2017

Umur bukan penghalang: 33 tahun kehidupan

Umur aku 33 tahun ini. Biarlah, aku memang tak ada konsep sorok umur.  Bandingkan umur 33 tahun dengan 23 tahun aku boleh simpulkan:

1) Likes

-Hidup makin tenang
Fokus hanya pada orang atau benda yang penting. Buat semua aktiviti seorang diri pun tak jadi masalah.

-Kurang mencarut, mengarut dan seumpama dengannya
Aku dah tak follow page-page keras dan judgemental di FB. Selektif dalam berkawan dan hanya ambil perkara positif dari semua kejadian.

-Lebih empathy iaitu cuba memahami situasi orang lain sebelum menilai atau membuat kesimpulan
It's OK to be defensive tapi cuba juga untuk memahami keadaan orang lain.

-Sabar dalam marah
Ini dulu susah beb untuk aku! Maknanya ialah diam bila marah. Contoh bila orang membebel, cepat sangat judge aku: aku diam dan hanya menjawab dalam hati. Kalau aku jawab juga, boleh meletup dunia agaknya.

-Kenal diri sendiri dan tahu objektif hidup Contohnya aku dah kerja 10 tahun. Aku kenal ramai staf senior berpangkat manager, head dan presiden di pejabat. Kalau aku nak naik lebih tinggi, boleh saja buat muka tak malu minta kerja dengan mereka. Tapi aku tak boleh go dengan mereka. Aku rela mingle dengan orang bawahan, tanpa protokol dan tanpa after work whatsapp tentang kerja. Aku tak sesuai dengan dunia korporat dan sedang usaha keluar secepat mungkin.

-Kita define sendiri kebahagiaan
Contohnya kalau dengan berkahwin, beranak dan bercucu buat kita bahagia, silakan. Lepas apa yang berlaku, aku lebih rela single dulu. Cinta itu memenatkan. Bahagia aku bila dapat berbakti kepada orang sekeliling, tak semestinya hanya bakal suami dan keluarga mertua.

-Let by gone be by gone
Perkara lepas tak boleh diubah lagi. Ambil masa untuk reflect, kemudian move on. Walau ianya melibatkan banyak titisan air mata, hidup perlu diteruskan.

2) Dislikes

-Kurang peluang dalam sesetengah aspek Contoh terdekat program Fellowship anjuran Teach for Malaysia. Aku tak layak apply sebab umur atas dari 32 tahun. Sedih! I wish I knew it earlier. Sabar.

-Pandangan negatif orang
Ini apply untuk orang yang berfikiran lama dan judgemental. Perempuan bujang, 30an, duduk seorang (belum dapat penyewa lain). Nak berbaik-baik dengan jiran pun kena hati-hati. Tersalah baik atau terlebih senyum dengan suami jiran takut dikata lain pula. Mungkin aku yang negatif, tapi lebih baik mencegah, bukan? Oh, belum lagi kes skandal lama mencari aku semula, walaupun dia dah beristeri dan beranak ramai. Fikirnya aku desperate agaknya. Blocklah jawapannya.

-Mudah diserang penyakit
Bukan penyakit berat, tapi penyakit macam demam, pening, sakit tekak dan sebagainya. Mudah sangat nak kena ambil cuti MC. Tak boleh stress lebih, memang akan jatuh sakit. Kenalah ambil supplement untuk kuatkan antibodi.

Age is just a number. Grow and experiment life more often! No limit!

Ramadhan 2017 dan memori Seri Petaling

Tahun lepas, aku lost sepanjang Ramadhan. Ramadhan tahun lepas juga aku lost dalam dunia lain dengan seseorang. Jadi, aku dah nekad: Ramadhan tahun ini harus lebih baik dari tahun lepas. Harus!

Sebulan sebelumnya, aku dah plan baikk punya:

Telekung baru dua pasang: Beli dari seller dari Maybank.

Terawih semampu mungkin: Balik rumah mak di Seri Petaling dan terawih di surau Seri Petaling.

Mengaji semampu mungkin: Baca sikit-sikit setiap hari. No specific target, janji baca.

Masuk hari kelima puasa, Alhamdulillah I'm feeling good. Bila di surau, jiran-jiran teruja melihat aku.

"Dah lama tak jumpa Kak Long. Last jumpa masa di hospital,  Kak Long operate kaki dulu".

Wow. Memang lama. Aku rasa macam filem Sweet Home Alabama pula. Haha.

Sejak aku masuk ke sekolah menengah berasrama, aku memang lost contact dengan kawan-kawan sekolah rendah. Seri Petaling juga dah terlalu berlainan sekarang. Paling aku sedih adalah banyaknya jalan yang ditutup dari akses awam, disebabkan faktor keselamatan. Maknanya hanya orang yang tinggal di situ boleh keluar masuk dengan mudah.

Aku rasa macam di zon perang. Rumah makin besar dan cantik, tapi hidup makin tak selamat. Dulu aku dan kawan-kawan selamba saja berlari-lari di jalan-jalan itu. Selamba berjalan kaki pergi ke rumah kawan-kawan. Kami bebas bermain, syaratnya beritahu ibu bapa dahulu dan patuh dengan masa untuk habis bermain dan pulang ke rumah.

Ironi. Wang boleh beli keselamatan (pondok sekuriti dan CCTV) tapi tidak boleh beli ketenangan. Anak-anak terpaksa dikawal 24 jam. Kalau di rumah-rumah flat, anak-anak bebas berlari tanpa halangan. Tapi itu dikatakan bebas melampau hingga anak menjadi liar. Pokok pangkalnya adalah didikan dari rumah. Kuat iman, kuat jati diri dan rasa self esteem yang tinggi, Inshaallah anak-anak tak hanyut.

Apapun Seri Petaling tetap menjadi  tempat yang paling dekat dengan aku. Bagaimana mak dan ayah dahulunya mengenalkan kami dengan padang permainan, jalan-jalan, kedai-kedai, jiran-jiran dan surau.

Keluarga pakcik Wahab dan arwah auntie Laila/Umi Wati, Uncle Zack dan Auntie Razidah,  Uncle Usop dan makcik Ruby, Uncle Rahman dan Cikgu Jamilah. Keluarga Uncle Khairuddin dan Cikgu Halimah. Jiran sebelah rumah, Mr Lim dan keluarga.

Pakcik Zali dan makcik Asmah, Pakcik Jusoh dan Makcik Ju, Arwah Pakcik Alias dan Makcik Sarah. Kawan-kawan sekolah rendah seperti Azalea, Nik Mohd Azran, Yong Sher Li, Linda Pang (kalau tak silap), Tan Kien Teong, Lee Jer Rald, Low Boon Seng, Rohaizad, Saufi, Zulkhairi, Nurli, Andrew Lim Soon Huat.

Cikgu-cikgu sekolah rendah seperti Cikgu Muhammad, Cikgu Bakar, Ms Pang, Ms Tan, Cikgu Onn, Ustaz Shahrir, Cikgu Rosli, Cikgu Aziz.

Sungguh, wang ringgit tak mampu beli segala kenangan pahit manis sebegini. Aku abadikan semuanya dalam post begini. Mudah-mudahan ada hikmahnya.

Peace!

Friday 26 May 2017

Lagu Snug as A Bug in a Rug

Minggu ini entah kenapa aku asyik teringatkan lagu Snug as a Bug in a Rug. Lagu ini aku belajar masa sekolah rendah dulu. Cikgu muzik aku masa itu kalau tak silap ialah Ms Pang.

Kalau kalian cari di Youtube, banyak video lagu ini versi piano. Tapi Ms Pang ajar kami semua menyanyi tau. Lirik dia begini:

Here's a little bug
Sitting on a rug
He feels pretty snug
Silly little bug

Untuk makluman kalian:

Bug = Kutu
Rug = Karpet
Snug = Selesa
Silly = Bodoh

Jom kita translate lagu ini ke Bahasa Malaysia (suka-suka saja OK, memang dah lama aku translate begini dari aku kecil lagi hahahah):

Ada seekor kutu
Duduk di atas karpet
Dia merasa selesa
Bodoh punya kutu

Hidup kena ada senyum OK! Tak boleh stress 24 jam. Haha.

Wednesday 24 May 2017

Review restoran peribadi: Good Meowning Cafe

Kali ini aku nak review kafe kucing pula OK. Kafe kucing ini memang special sampai aku sanggup singgah walaupun selepas penat dek kerana seharian memandu seorang diri. Kafe kucing yang manakah itu?

Good Meowning Cafe. Baca dulu review aku OK! Hehehe.

1) Hiasan dalaman kafe

Signboard kafe memang besar, menarik dan menyerlah. Senang nampak dalam perjalanan. Dinding kafe dipenuhi dengan segala lukisan warna-warni bermotifkan kucing. Masuk saja kafe, boleh nampak ada section berbeza untuk main kucing dan tempat makan. Bayaran untuk main kucing adalah RM6 untuk 30 minit. Percayalah, tak cukup masa 30 minit untuk main dengan kucing-kucing gemuk  di sana. Minimum 1 jam OK!

2) Kebersihan

Tempat makan memang best dan selesa, tanpa sebarang bau kucing. Lantai tempat makan juga bersih dari sebarang sampah.

Tandas dan surau juga bersih. Sebelum bermain dengan kucing, wajib buka kasut (ada sandal khas disediakan kalau nak pakai, aku berkaki ayam saja) dan cuci tangan dengan sanitizer.

Section main kucing juga bersih, dengan air-cond dan beberapa penapis udara diletakkan. Sesekali ada bau najis kucing tapi very minimum. Just that hidung aku memang peka sikit bau sebegitu haha. Siap cari lagi mana litter box. Nampak kucing-kucing masuk dalam satu pintu kecil, itulah dia tempat litter box. Hehe.

3) Kualiti makanan

Aku beli nasi ayam Good Meowning dan kek carrot. Portion memang besar, rasa juga OK. Kek carrot serius sedap dan mengenyangkan! Puaslah aku makan haha.

4) Layanan staf dan pemilik kafe

Staf di kaunter makanan dan section kucing baik dan peramah. Kebetulan masa aku ke sana, Kak Noraziyah Mansor, pemilik kafe juga ada. Aku terharu betul bila dia minta staf bawa keluar Alankahsuka, kucing favorite aku. Kucing baka oriental yang sangat manja. Kacaknya! Memang manja habis! Seekor lagi kucing favorite aku iaitu Koh I Noor bad mood sikit. Next time kita jumpa lagi OK!

Makluman:

Selepas raya nanti, section makanan akan digantikan dengan section catshop. Apa-apa boleh rujuk di FB page Good Meowning Cafe OK!

Tuesday 23 May 2017

Review Hotel Peribadi: D Boutique Hotel, Dengkil

Kali ini aku akan review hotel D Boutique yang terletak di Dengkil, Selangor. Kalian pernah pergi ke Dengkil tak? Kalau tak pernah, Dengkil sebenarnya sebuah pekan kecil. Di sini hotel-hotelnya stail bajet. Hotel D Boutique ini antara hotel yang agak grand di Dengkil. Tapi harga biliknya agak murah juga, tau. Baca review aku di bawah ini:

1) Proses booking

Aku berjaya dapat kadar yang paling murah untuk bilik Queen bed iaitu RM138 (termasuk breakfast). Booking melalui Bookings.com, melalui app TripAdvisor.

2) Proses check-in

Check-in sangat smooth. Kali ini kad kredit aku tak dicaj SEBELUM sampai ke hotel. Aku cuma perlu bayar refundable deposit RM50 di hotel. Duit hotel keseluruhan, aku swipe kad kredit SEMASA check-in.

3) Ciri-ciri keselamatan

Kena scan kad akses bilik sebelum lif boleh bergerak naik ke tingkat yang kita mahukan. Sekali tengok macam selamatlah.Tapi, aku kemudiannya ternampak tangga di tepi pintu lobi hotel. Mungkin tangga untuk kecemasan?

Aku boleh naik tangga itu sampai ke tingkat 1 dan menuju ke bilik aku. Jadi aku tak berapa faham fungsi scan kad akses bilik di lif untuk keselamatan sebenarnya. Lainlah kalau tangga kecemasan itu lokasinya di belakang hotel, kan? Entah.

4) Hiasan dalaman hotel dan bilik

Memang cantik. Konsep minimalis yang digunakan memang menarik hati aku. Biliknya luas, dengan meja untuk aku membuat kerja. Juga TV flatscreen dengan rancangan Astro yang minimum.

5) Kemudahan di hotel

Untuk hotel berharga RM138 dengan breakfast, aku rasa sangat--sangat berbaloi. Sebab biliknya ada iron dan iron board, kopi dan krimer, open wardrobe, laci-laci, TV dan Astro, malah toiletries di dalam tandas. Lengkap! Oh, cuma aku tak jumpa sejadah untuk solat. Tanda kiblat ada, untuk rujukan.

Di lobi hotel ada vending machine dan coffee maker, kalau tak silap. Lupa pula aku nak tengok betul-betul.

6) Kualiti makanan

Untuk breakfast, menunya terhad tapi berbaloi dengan harga yang dibayar. Ada nasi goreng, bihun, crab stick, cereal, roti bakar dan kopi/teh. Rasa makanan pun OK. Again, berbaloi dengan harga yang dibayar. Hehe.

7) Kemudahan di luar hotel

Parking percuma saja, open parking di kawasan deretan hotel dan kedai. Ada kedai makan mamak, kedai makan masakan Melayu dan ada kedai 7 Eleven. OK jugalah kan.  

Keseluruhannya, aku suka! Panjang umur boleh repeat di sini.  Oh yeah!

Sunday 21 May 2017

Maybank Group Awards Night 2017

Bermula dari hari Sabtu 20/5/2017, hari minggu aku kali ini sangat padat. Ditolak waktu pagi yang malas, aku kemudiannya check-in di hotel D Boutique, Dengkil.

Buat apa di hotel tu cik Fairuz oii...

Saja je...mendapatkan sedikit privacy untuk membuat sedikit kerja. Selebihnya sebab malamnya aku ada Maybank Group Awards Nite 2017 (MGAN 2017).

MGAN ini sebenarnya annual dinner. Setahun sekali. Temanya kali ini A Touch of Gold. Ada macam-macam award diberikan contohnya Best Employee, Best Business Unit, Best Corporate Responsibility dan lain-lain.  MC malam itu Harith Iskander, The Funniest Person in the World. Tapi yang buat aku sudi menunggu hingga ke hujung majlis sebenarnya benda lain.

Benda lain itu adalah persembahan artis-artis. Tahun ini ada Amy Search, Sonaone dan Joe Flizzow. Paling seronok masa Amy Search menyanyi 6 buah lagu iaitu Rozana, Gadisku, Isi dan Kulit, Pawana, Kerja Gila dan Isabella. Legend habis!

Masa Sonaone dan Joe Flizzow nyanyi, aku suka tengok penari-penarinya. Semuanya perempuan berbadan kecil, menari muka ketat, movement yang sangat sharp dan baju serba putih yang labuh menutup punggung. Tapi tak bertudunglah. Hahaha. Rambut macam-macam warna. Tapi OKlah. Seronok juga persembahan mereka. Antara lagu yang aku ingat This Ain't No More, Hakeleh, Havoc, dan Aku Tanya Apa Khabar.

Habis saja persembahan mereka, aku terus balik ke hotel dan tidur. Esok aku perlu membuat kerja dan juga ke tempat lain pula. Nak tengok Hafsah dan newborn baby nya Malique Idrissi. Selamat malam dunia. Salam!

Tips memandu seorang diri

Pertama kali memandu seorang diri (aku kurang diberi kebebasan dalam bab berjalan seorang diri ini):

Dengkil (Selangor)-Bandar Sri Sendayan (Negeri Sembilan)-Good Meowning Cafe (Kuala Lumpur)-Kinrara (Selangor).

Memandu memang boleh 'release tension'. I love it! Sebelum ini pun aku dah banyak kali 'volunteer' untuk memandu dengan kawan-kawan antaranya ke Johor, Taiping, Kuala Kubu Bharu, Seremban dan Melaka. 

Looking forward for more roadtrips either alone or with partners. Terbaca di group backpackers yang ada orang drive dari Malaysia ke Bangkok. Menarik!

Memandu memang best tapi dengan syarat:

1) Tiada atau kurang traffic jam. Usahakan mencari laluan yang lancar. Teknologi di hujung jari, betul?

2) Sediakan air kopi, buah, jajan dan gula-gula secukupnya.

3) Rehat sekejap bila mula rasa 'lost' semasa memandu. Maksudnya bila kita mula rasa macam di awangan dan tak 'alert' dengan kereta-kereta lain di kiri dan kanan kita. Itu tandanya kurang oksigen dan sangat-sangat merbahaya! Berhenti sekejap untuk berehat OK!

4) Peka dengan keadaan sekeliling contohnya motor atau kereta yang mencurigakan. Paranoid sikit tak mengapa. Itu lebih baik dari menjadi mangsa samun dan sebagainya.

5) Bagi pemandu wanita, elakkan jalan yang sunyi walaupun dikatakan dekat. Biar jauh sedikit asalkan kita selamat Inshaallah. Kalau ada orang berniat jahat pun, sekurang-kurangnya ada pemandu lain yang boleh menjadi saksi dan membantu.

Peace!

Wednesday 10 May 2017

Penyakit Tonsilitis

Pernah dengar tentang tonsilitis? Aku dah pernah kena dulu, masa sekolah menengah. Siap masuk wad 3 hari lagi. Huhu. Disebabkan minggu lepas aku diserang lagi tonsilitis, aku fikir perlu untuk aku kongsi serba sedikit dengan kalian. Tapi ini versi simple tau, versi bahasa aku hehe.

1) Apa itu tonsilitis?

Kita semua ada tonsil di belakang lidah, sebelum masuk ke tekak. Fungsi tonsil sebenarnya untuk defend kita dari virus dan bakteria.

Tapi benarlah, tonsil juga umpama lilin yang membakar diri hoho. Kadang-kadang tonsil pun tak tahan penyakit. Maka tonsil pun jadi merah dan bengkak dan kita pun dapatlah penyakit tonsilitis.

Tonsilitis tahap teruk ialah bila tonsil kita mula bernanah akibat jangkitan /infection.
2) Kenapa boleh dapat tonsilitis?

Sebab tonsil kita tak tahan melawan virus dan bakteria. Tonsil juga manusia, OK! Maksud aku sebahagian dari manusia. Ngee...

3) Bagaimana nak tahu kita dijangkiti tonsilitis?

a) Tekak rasa cepat haus, mula membengkak
b) Susah menelan, walaupun air liur sendiri
c) Demam, kadang sampai menggigil

4) Di mana nak dapatkan rawatan untuk tonsilitis?

Bila mula ada simptom, cepat-cepat banyakkan minum air dan makan makanan sejuk macam aiskrim dan puding.

Kalau tak berkesan, pergi klinik. Doktor akan beri antibiotik (ubat makan atau injection), ubat demam dan mungkin ubat kumur.

Jika tak berkesan juga, kena rujuk ke pakar Ear, Nose and Throat (ENT) di hospital.

5) Makanan apakah yang elok dimakan?

Bayangkan nak telan air liur pun sakit yang amat. Ini sajalah senarai makanan yang boleh aku cadangkan:

a) Mushroom/chicken soup (Instant-tak larat nak monitor sup yang tak instant, sebab demam. Huhu)
b) Aiskrim vanila (Beli sebekas besar terus. Ini saja masa kita rasa nak makan aiskrim seumur hidup! Haha)
c) Yogurt (sama macam aiskrim)
d) Bubur nasi (Instant atau home made)
e) Air kosong (Wajib! Walaupun tekak sangat sakit nak telan)

Jangan makan/minum:

a) Benda pedas dan berminyak
b) Susu atau produk berasaskan susu (untuk elakkan lendir/phlegm dalam hidung dan tekak. Percayalah, susah nak bernafas plus menelan bila ada phlegm).

5 hari aku bersabar. Alhamdulillah dah sembuh. Kawan-kawan tegur aku nampak susut. Tak tahu nak happy atau tak. Cuma bersyukur dapat sihat kembali.

Sharing is caring!

Tuesday 9 May 2017

Pak Ngah Kesayanganku

Pagi Isnin sekitar pukul 11.15 pagi, ayah menitipkan mesej bahawa pakcik kesayanganku, Pak Ngah akhirnya pergi menghadap Illahi. Usai siap sedikit baki kerja di  pejabat, aku bergegas pulang. Jenazah Pak Ngah akan dikebumikan di kampung kami di Masjid Tanah, Melaka.

Sampai di Melaka, aku menatap tubuh Pak Ngah yang bertutup kemas. Masih segar saat nurse di HUKM bertanya samada aku ini anak Pak Ngah, lantas kami sama-sama gelak. Pak Ngah masih kuat masa itu. Aku pula kadang-kadang datang seorang diri melawat Pak Ngah. Kami borak berjam-jam lamanya.

Pak Ngah telah menjadi antara sumber kekuatan aku masa year end closing baru-baru ini. Pak Ngah kata stress bekerja itu ada di mana-mana. Kalau tak tahan pergi saja tempat lain. Pak Ngah siap bercerita dengan aku, pengalamannya stress bekerja dulu-dulu. Malah dari aku kecil Pak Ngah sentiasa memberi nasihat untuk kami anak-anak buahnya.

Allah, aku rindu sangat senyuman Pak Ngah. Rindu nasihat Pak Ngah. Rindu mendengar kisah Pak Ngah dan kucing-kucingnya. Rindu dengan pandangan Pak Ngah yang penuh kasih kepada anak-anak buahnya. Aku mahu menulis lebih panjang lagi tentang dirimu, Pak Ngah. Tapi biarlah semuanya kekal dalam ingatanku. Semoga Pak Ngah aku ini tenang di bawah perlindungan Allah. Sampai masa kita berjumpa lagi OK!

Al-Fatihah buat Pak Ngah.

-Kak Long-

Monday 1 May 2017

Naik motor dengan ayah

Hari ini aku naik motor dengan ayah. Sesuatu yang dah lama aku tak buat. Aku MC hari ini dan tak mampu nak bawa kereta dan cari parking. Seronok sangat rasanya, walaupun sekejap. Aku perasan yang kudrat ayah tak macam dulu.

Harapan aku, semoga aku masih punya banyak waktu untuk bersama ayah. Aku sayang sangat ayah. Dalam pada aku masih bersedih merindukan seseorang, aku masih punya ayah. Sedang dia, hidup sendirian tanpa ibu dan ayah. Hidup dengan kepentingan sendiri setiap masa. Orang lain tak penting. Tak mengapalah. Inshaallah aku boleh hadapinya. Allah tak uji hambaNya saja-saja.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...