Wednesday, 10 May 2017

Penyakit Tonsilitis

Pernah dengar tentang tonsilitis? Aku dah pernah kena dulu, masa sekolah menengah. Siap masuk wad 3 hari lagi. Huhu. Disebabkan minggu lepas aku diserang lagi tonsilitis, aku fikir perlu untuk aku kongsi serba sedikit dengan kalian. Tapi ini versi simple tau, versi bahasa aku hehe.

1) Apa itu tonsilitis?

Kita semua ada tonsil di belakang lidah, sebelum masuk ke tekak. Fungsi tonsil sebenarnya untuk defend kita dari virus dan bakteria.

Tapi benarlah, tonsil juga umpama lilin yang membakar diri hoho. Kadang-kadang tonsil pun tak tahan penyakit. Maka tonsil pun jadi merah dan bengkak dan kita pun dapatlah penyakit tonsilitis.

Tonsilitis tahap teruk ialah bila tonsil kita mula bernanah akibat jangkitan /infection.
2) Kenapa boleh dapat tonsilitis?

Sebab tonsil kita tak tahan melawan virus dan bakteria. Tonsil juga manusia, OK! Maksud aku sebahagian dari manusia. Ngee...

3) Bagaimana nak tahu kita dijangkiti tonsilitis?

a) Tekak rasa cepat haus, mula membengkak
b) Susah menelan, walaupun air liur sendiri
c) Demam, kadang sampai menggigil

4) Di mana nak dapatkan rawatan untuk tonsilitis?

Bila mula ada simptom, cepat-cepat banyakkan minum air dan makan makanan sejuk macam aiskrim dan puding.

Kalau tak berkesan, pergi klinik. Doktor akan beri antibiotik (ubat makan atau injection), ubat demam dan mungkin ubat kumur.

Jika tak berkesan juga, kena rujuk ke pakar Ear, Nose and Throat (ENT) di hospital.

5) Makanan apakah yang elok dimakan?

Bayangkan nak telan air liur pun sakit yang amat. Ini sajalah senarai makanan yang boleh aku cadangkan:

a) Mushroom/chicken soup (Instant-tak larat nak monitor sup yang tak instant, sebab demam. Huhu)
b) Aiskrim vanila (Beli sebekas besar terus. Ini saja masa kita rasa nak makan aiskrim seumur hidup! Haha)
c) Yogurt (sama macam aiskrim)
d) Bubur nasi (Instant atau home made)
e) Air kosong (Wajib! Walaupun tekak sangat sakit nak telan)

Jangan makan/minum:

a) Benda pedas dan berminyak
b) Susu atau produk berasaskan susu (untuk elakkan lendir/phlegm dalam hidung dan tekak. Percayalah, susah nak bernafas plus menelan bila ada phlegm).

5 hari aku bersabar. Alhamdulillah dah sembuh. Kawan-kawan tegur aku nampak susut. Tak tahu nak happy atau tak. Cuma bersyukur dapat sihat kembali.

Sharing is caring!

4 comments:

  1. Salam kenal cik fairuz.

    Saya pun pernah kena tonsilitis ni. Bertahun-tahun. Makan segala ubat klinik tetap juga kena sebulan sekali. Sampailah satu waktu saya give up, saya makan bawang putih je. 2 ulas saya bakar, makan selama 5 hari. Alhamdulillah kecut terus bengkak dan jarang dah kena tonsilitis lepas tu 😊

    ReplyDelete
  2. Salam kenal juga Zaila!

    Thanks a lot for the tips. Tak terfikir pun pasal bawang putih tu. Inshaallah sy amalkan.=)

    ReplyDelete

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...