Monday 29 August 2016

Anak Dara Emas: Mari berbicara

Dah beberapa hari tangan aku gatal nak menulis tentang topik Anak Dara Emas (ADE) ini. Disebabkan aku pun sudah menginjak usia 30an, bekerja dan masih bujang maka isu ini sebenarnya dekat sangat dengan aku. Hehe.

Straight to the point.

1) Berhenti menilai

Jangan kerana anda kahwin awal dan bahagia, anda menilai ADE setaraf sampah. Bila bab ekonomi, cukai tak pula anda kecohkan. ADE sudah menyumbang kepada negara. Itu fakta. ADE bukan saja-saja tak mahu berkeluarga. Pasti ada sebabnya.

2) Langit tak selalunya cerah

Hari ini anda bahagia berkeluarga. Esok tak siapa yang tahu. Begitu juga ADE.  Ada masa di atas, ada hari di bawah. Pada akhirnya semuanya sama, diuji dengan cara berbeza.

3) Naluri yang sama

ADE bukan tak mahu kahwin. Samada mereka tidak biasa bercinta lalu berkahwin atau mereka sudah terlalu biasa bercinta dan dikhianati. ADE juga mahukan anak, cuma belum berkesampaian. Dari duduk diam menunggu, lebih baik mereka membuat perkara yang lebih produktif seperti bekerja, melanjutkan pelajaran dan lain-lain.

4) Kurang nilai kepimpinan dalam lelaki

Tolong aku sekali ini sahaja. Tolong jangan menafikan yang lelaki kini kurang sikap kepimpinan. Sebahagian lelaki lebih mementingkan diri sendiri dan ego. Gagal menerima hakikat yang perempuan juga sudah semakin maju, namun masih perlukan pimpinan. Gagal menjadi teladan. Terlalu banyak isu peribadi yang entah apa-apa. Banyak clash dengan perempuan dalam segenap isu. Sudahnya masing-masing lebih selesa menyendiri.

5) Bukan memilih dan cerewet

Sebahagian ADE bukan cerewet secara semulajadi. Banyak yang boleh dikompromi. Tapi terlalu banyak bukti yang menunjukkan lebih banyak berkompromi, lebih banyak lelaki mengambil kesempatan. Sebab sebahagian lelaki kurang jati diri. Tak malu dilihat ditanggung perempuan sampai mati. Nak kahwin pun tak kisah pakai loan. Sudahnya perempuan juga yang makan hati. Baiklah ADE mengelak saja dari awal. Betul tak?

Dah habis zaman meratap dengan nasib diri yang belum berumahtangga. Membazir air mata. Lebih baik pandang ke depan dan cari cara untuk meningkatkan ilmu duniawi dan ukhrawi. Lebih baik cari masa untuk lebih berbakti kepada ibu ayah. Lebih baik muhasabah diri atas segala khilaf dan cuba perbaiki apa yang patut.

Semakin menginjak umur, siapa pun boleh masuk dan keluar dari hidup aku pada bila-bila masa. Terpulang. Tiada yang memaksa. Malah aku lebih matang dalam menghadapi konflik-konflik hidup.

Alhamdulillah a'la kulli hal. Wallahua'lam.

Ayah: Cinta pertama dan terakhirku

Semalam ayah meminta aku membayar segala bil-bilnya secara online. Telah lama aku mencadangkan supaya bil-bil bulanan ayah dibayar secara online, tapi ayah lebih suka membayar secara fizikal di pejabat pos. Apabila ayah sendiri yang meminta aku membuat pembayaran online, hatiku berdetik "Ayah sudah penatkah? Terukkah demam ayah baru-baru ini, hingga ayah tidak lagi larat ke pejabat pos?"

Minggu ini aku bermalam di rumah keluarga. Aku kurang tenang kerana seseorang, maka aku mahu mendapatkan ketenangan dengan melihat ayah dan mak setiap hari. Tahun ini menyaksikan aku beria-ia cuba membuka hati dengan cinta baru. Akhirnya aku terjelepuk di dinding seorang diri, menyedari suatu hakikat yang paling penting: Tiada seorang lelaki pun bisa menyayangi aku seperti ayah di dunia ini.

Ayah membelikan aku jajan ketika kecil. Ayah mendukung aku di bahu bila aku berebut dengan adik mahu didukung. Ayah mengikat rambut aku lebih lembut dari mak aku. Ayah sentiasa menyediakan duit untuk aku membayar yuran sekolah, tanpa aku ketahui lelahnya ayah mencari rezeki. 

Ayah sentiasa mengajar aku yang ilmu lebih penting dari pakaian cantik. Ayah mengingatkan aku dalam hidup ini budi bahasalah yang paling penting. Ayah menunjukkan pada aku bahawa kita harus kasihkan haiwan, makhluk Allah selain manusia.

Hingga kini suatu perkara masih tak berubah: Aku anak ayah. Muka aku fotostat ayah. Dalam diri aku seakan ada ayah. Ayahlah satu-satunya lelaki yang menerima aku tanpa curiga. Ayahlah yang tak pernah berjanji seluas dunia lalu pergi menjauh. Ayahlah yang kurang berkata-kata tapi murni hatinya jauh menusuk jiwa.

Ayah, saya sayang ayah. Saya cinta ayah. Ayahlah cinta pertama dan terakhir saya. Syukur ke hadrat Allah yang menganugerahkan insan yang mulia seperti ayah di sisi.

Semoga aku mampu berbakti untuk kedua-dua orang tuaku hingga akhir nafas. Amin.

Saturday 27 August 2016

Projek Review kembali lagi

Dulu Projek Review aku dibuat dalam FB dan IG. Sekarang aku dah malas terlibat secara aktif di media sosial. Kalian hanya boleh jumpa aku di blog ini saja muehehe.

Hari ini kita ada tudung soft awning paling best pernah aku pakai. Nama tudung ini Saffiya.Sebab apa best? 

1) Bila pakai saja mukanya terus terbentuk elok.

2) Sesuai dipakai oleh orang yang berkaca mata.

3) Labuhnya menutupi dada.

4) Harga yang agak menarik, berbaloi dengan kualitinya.

5) Layanan yang superb dan cepat. Siap boleh bayar deposit sikit, bayaran penuh lepas gaji.

Kalian boleh jenguk FB: Colourful Collections.

Dah 2 kali aku beli tudung dari seller ini. Memang puas hati dengan layanannya.

Selamat membeli! Semoga kedua-dua seller dan pembeli-pembeli murah rezeki. Amin.

Thursday 25 August 2016

Inspirasi dari abang jual sushi di Amerika Syarikat

Baru lepas membaca kisah seorang rakyat Malaysia yang berjaya membuka bisnes menjual sushinya sendiri di Amerika Syarikat. Beliau bermula dari bawah sebagai pencuci pinggan. Banyak kesusahan yang beliau hadapi sebelum impiannya tercapai.

Aku?

Impian sebenar aku ialah berjalan ke tempat orang dan melaporkan keadaan di sana. Wartawan. Atau pemberita.

Tapi aku sekarang dalam misi menjadi akauntan bertauliah. Lagi 1 subjek sahaja. Kisah aku mengambil peperiksaan ACCA bermula dari tahun 2008. Memang banyak cabaran yang aku hadapi. Antara yang paling teruk adalah berdepan dengan hakikat bahawa aku sebenarnya boleh menjadi akauntan bertauliah, dalam keadaan aku yang bencikan nombor suatu ketika dahulu. Malah aku tak suka membaca artikel-artikel berkaitan akaun dan kewangan. So not my type of reading materials haha.

Barangkali aku membenci sesuatu padahal ianya baik buat aku. Barangkali aku menyukai sesuatu sedangkan ianya bukan untuk aku.

Allahu. Satu persatu cabaran aku redah. Susah mana pun aku tetap teruskan perjalanan. Sebab apa? Sebab aku harus menghabiskan apa yang telah aku mulakan. Sebab aku rasa ada misi yang lebih penting dalam bidang ini berbanding jika aku berada dalam bidang kewartawanan.

Aku sedang cuba memahami apakah peranan aku itu. Aku telah memberikan tempoh hingga hujung tahun ini sahaja untuk menghabiskan baki 1 subjek lagi. Selepas itu aku sudah boleh menarik nafas lega dan buat apa yang aku mahu.

Aku nak menjadi seperti tauke sushi itu. Berjaya mencapai cita-citanya. Aku boleh. Pasti ada caranya. Yang pasti, aku harus percaya bahawa Allah sentiasa bersamaku. Allahlah yang menentukan aku berada di jalan ini. Inshaallah segala kebaikan datang dariNya.

Aku kongsikan kata-kata semangat yang digunakan oleh staf Group Human Capital kami:

I can, I will, Now!

💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪

Serius. Sangat bermotivasi dengan kata-kata ini. Semoga ianya bermanfaat buat kalian juga.

Jalan terus!

Wednesday 24 August 2016

Diam-diam ubi berisi

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

Lebih baik kita relax, cool dan natural tanpa terlalu mencuba untuk membuktikan kelebihan diri.

Kecualilah jika kita memang jenis gemarkan persaingan dan mahu menjadi nombor 1 dalam semua perkara. Yang pasti, aku bukan jenis begitu. Aku hanya nak jadi nombor 1 di hatinya yang masih misteri. Boleh? 😆😆😆

Tenang dan sabar dalam mengejar impian. Redha dan tabah menghadapi ujian. Allah bersama kita. Inshaallah kita boleh!

Sunday 21 August 2016

Motivasi buat diri dan yang di luar sana

Bukan senang nak melalui hidup kita ini. Banyak cabarannya. Setiap orang ada dugaan masing-masing. Walaupun aku selalu diuji dengan macam-macam hal, tak semestinya aku betul-betul kuat. Aku juga perlukan kata-kata perangsang untuk back on track.

Jangan putus asa.

Kelebihan aku, aku tak pernah putus asa dalam setiap perkara. Walau teruk mana pun rasa down, pasti ada cara untuk bangkit semula.

Oleh itu, kalian semua pun harus percaya pada diri sendiri. Yakinlah, semuanya akan baik-baik saja. Masa akan menentukan segalanya. Yang baik jadikan tauladan dan ikutan, yang kurang baik jadikan sempadan dan ingatan.

Buat seseorang:

Pada ketika ini aku masih marah. Masih mendoakan agar kamu diberikan balasan setimpal atas perbuatanmu. Semoga suatu hari aku akan memaafkanmu 100%. Semoga hati ini bersih dan mampu mendoakan seribu kebaikan buat kamu.

Benarlah, hati manusia itu sukar diduga. Dalam lunak berbahasa, kamu berlalu begitu sahaja. Semoga aku bisa memahami percaturan Allah untukku melalui perkenalan denganmu.

Wallahua'lam.

Ayuh semua, jangan putus asa. Teruskan hidup. Banyakkan bersabar. Inshaallah kita boleh.

Friday 19 August 2016

Nasihat buat perempuan

Kali ini aku ingin menulis tentang nasihat.
Nasihat apa?

Nasihat dari perempuan kepada perempuan. Errr..mungkin lebih kepada nasihat dari perempuan lebih berumur kepada perempuan lebih muda. 😅😅😅

Umur aku 32 tahun sekarang. Aku tak sensitif tentang umur sebenarnya. Aku akan dedahkan saja umur aku jika ditanya.

Baiklah. Straight to the point.

1) Jangan malu mengaku lemah

Adakalanya kita rasa tak kuat untuk meneruskan kehidupan. Rasa down. Rasa bodoh. Rasa hodoh. Rasa hina.

Tak ada masalah. Teruskan dengan rasa-rasa itu. Syaratnya mesti beri satu tempoh untuk kita bangkit kembali contohnya 3 hari. Lepas itu teruskan kehidupan macam biasa.

Jangan sesekali melawan arus. Kita memang lemah, sebab kita hanyalah ciptaan Allah. Di sisi Allah kita ini sama, tiada beza. Cuma ingat, di sebalik setiap kekecewaan dan kesedihan, PASTI ada kegembiraan menyusul. Aku bercakap dari pengalaman sendiri. Kuncinya? Sabar. Sabar. Sabar.

2) Jangan takut menjadi pelik

Sesetengah dari kita mungkin dipandang pelik oleh orang lain. Puncanya? Mungkin kita suka buat semua benda seorang diri. Atau kita suka bercakap dengan diri sendiri. Mungkin juga kita sukakan sesuatu yang semua orang di sekeliling kita tak suka.

Jangan risau. Teruskan menjadi diri sendiri. Kejar apa yang kita hajati. Syaratnya? Jangan mengetepikan hakikat bahawa ada masa memang kita perlukan pertolongan. Kita bukan robot, bukan manusia sempurna.

No man is an island. Hargai diri sendiri serentak dengan penghargaan kita kepada keluarga dan kawan-kawan rapat kita.

3) Hidup bukan perlu sentiasa dirancang

Orang perfectionist selalu kecewa bila usaha mereka kurang berhasil. Mereka selalu rasa hanya diri mereka menentukan segala-galanya. Bagi kita yang percayakan kekuasaan Allah, ada ketika hidup ini berjalan dengan sendiri sebenarnya.

Yang dirancang tak menjadi, yang ad hoc pula serba menjadi. Biasa dengar, bukan? Maka bertenanglah. Jangan risau sangat dengan hasil. Janji kita usaha. Inshaallah hidup kita lebih mudah nanti.

4) Jaga apa yang ada di dalam poket kita

Apa yang kita ada sekarang sebenarnya sesuai dengan diri kita. Contoh kita mahukan duit jutaan ringgit macam Dato' yang biasa keluar di kaca TV dan media sosial. Bersediakah kita untuk berkorban masa, tenaga malah wang modal seperti Dato' tersebut? Tanyalah Dato' itu. Jawapannya pasti begini: Bukan mudah mencapai tahap sekarang. Banyak kesusahan yang perlu dihadapi.

Sebahagian kita begitu ingin berkahwin tapi belum juga berpeluang. Soalnya, bersediakah kita untuk menjaga hati suami, mertua dan ipar duai? Bersediakah kita bersengkang mata menjaga anak-anak kelak? Jika ditakdirkan susah untuk mengandung, kalis sedihkah kita dengan soalan-soalan cepumas orang ramai tentang anak?

Ingat, soalan bila mahu kahwin hanya mati di situ. Soalan tentang anak berlarutan seperti bila mahu beranak, bila mahu tambah anak, berapa A anak dapat, bila anak nak kahwin dan sebagainya.

Maka lihatlah apa yang kita ada sekarang. Ianya sudah bagus untuk diri kita. Perlahan-lahan usaha untuk memperbaiki diri dan mencapai tahap yang lebih tinggi.

5) Jagalah kehormatan kita

Aku bukan orang alim. Malah aku banyak sangat dosa. Terus terang aku cakap sangat-sangat susah untuk menjadi perempuan baik sekarang. Macam-macam dugaan datang. Rakan sebaya ajak enjoy, konflik keluarga, boyfriend ajak dating selalu, kucing kesayangan mati, bos maki kita, segala-galanyalah.

Habis, lelaki tak ada masalahkah?

Ada. Tapi perempuan menghadapi masalah dengan cara yang berbeza berbanding lelaki. Perempuan menggunakan EMOSI.

Sewaras mana pun perempuan, dia tetap dipengaruhi emosi. Samada dia berjaya mengawal emosi itu atau tidak.

Apa kaitan emosi dengan menjaga kehormatan sebenarnya? Keliru pula.

Bila diasak dengan emosi tak kira gembira, sedih, marah malah terlalu cinta: Fikir sejenak KESAN atau AKIBATnya.

Contoh mudah bila kita sedang asyik bercinta, adakalanya boyfriend kita mengajak kita membuat perkara yang di luar batas agama. Jika kita mampu, elaklah. Jika masih tewas, paling teruk pun TOLONGLAH! Tolonglah jaga dara atau keperawanan kita. Bacalah tentang ilmu seksual dan reproduktif perempuan dan lelaki. Gabungkan dengan benteng ilmu agama. Inshaallah kita tahu menilai yang mana lelaki spesis kaca dan permata.

Ingat, jika termengandung belum tentu teman tersayang mahu bertanggungjawab. Aku yakin. Hanya 1 dalam 1,000 lelaki sanggup bertanggungjawab dan memilih untuk bernikah segera. Tiada makna lagi kata-kata cinta sayang masa ini. Belum lagi dimarahi ibu ayah dan dipandang serong oleh masyarakat.

Jika termengandung juga? Bertenang. Jangan menambah dosa dengan membuang kandungan itu. Dapatkan bantuan dari NGO-NGO atau individu yang sudi membantu. Bertaubat dan teruskan kehidupan. Allah tahu jerih payah setiap hambaNya. Inshaallah ada hikmah di atas setiap kejadian.

Aku bukan menggalakkan couple, seks dan mengandung luar nikah OK. Benda hakikat kita tak boleh buat tidak nampak. Tak guna mahu menuding jari kepada sesiapa.

Ingatlah wahai perempuan. Lelaki yang sayangkan kita akan ringan untuk bertemu keluarga kita dan akan berusaha ke tahap seterusnya iaitu berkahwin.

Panjang berjela nasihat tentang kehormatan. Harap kalian faham. Hormat diri sendiri, hormat orang lain Inshaallah kita juga dihormati.

6) Jangan putus connection dengan Allah

Sekali lagi, aku bukan alim. Solat pun setakat wajib. Yang sunat ikut mood. Tapi aku tetap percaya connection dengan Allah itu sangat penting. Banyakkan bercakap dan mengadu dengan Allah. Allah bukan macam manusia, yang adakalanya tak lapang untuk mendengar masalah kita. Allah sentiasa ada. Allah tak boleh dilihat tapi kita percaya, dekat dengan kita sentiasa.

7) Belajar mendoakan semua orang yang kita temui setiap hari

Ini sebenarnya Ustaz Don yang ajar. Tapi aku dah buat dan akui, memang sangat-sangat bagus. Sebab mendidik kita untuk bersangka baik dan mengasihi orang lain. Kita juga akan lebih prihatin dengan nasib orang lain.

Contoh nampak peminta sedekah, kita doakan semoga dia murah rezeki. Nampak makcik cleaner, kita doakan mudah untuk dia mencuci tandas. Nampak orang buat jahat, kita doakan dia bukan saja dibalas oleh Allah sebagai pengajaran malah supaya dia berubah menjadi orang baik.

Mula-mula agak susah. Cuba dahulu. Inshaallah jiwa kita lebih tenang.

Cukup dahulu. Semoga bermanfaat. Perempuan boleh samada maju atau jatuh bukan sebab lelaki, tetapi sebab perempuan juga. Sama-samalah kita menasihati sesama kita. Inshaallah.

Wednesday 17 August 2016

100 Likes untuk Page FB: Mudahnya Belajar Akaun

Calling for 100 Likes please! 😆😆😆

Setakat ini sudah 90 Likes untuk page yang aku buat untuk kongsi ilmu akaun cara mudah, dalam bahasa Malaysia.

Lebih ramai yang Like, lebih ramai yang dapat manfaat Inshaallah. Oh, aku takkan kongsi benda-benda pelik yang sudah dikongsi oleh page-page lain OK. Yang aku kongsi biasanya samada ilmu akaun atau kata-kata inspirasi.

Pakat-pakat kempen kepada kawan-kawan OK!

Target 100 Likes untuk minggu ini. Ayuh!

Jika kalian ada sebarang komen dan cadangan untuk menambahbaik page, boleh ajukan di page atau di sini. Nak email pun boleh:

fairuzyasminramli30@gmail.com

cikfairuzyasminramli@gmail.com

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Amin. 💪💪💪

Monday 15 August 2016

Hari terakhir dengan bos yang baik hati

Tahun 2012 aku mula bekerja di Maybank. Aku satu-satunya staf di bawah seorang 'lady boss' bernama Miss Tong Sheau Shan. Hari ini pula hari terakhir dia bersama aku. Mencari peluang belajar ilmu baru di tempat lain.

Aku gembira dalam sedih. Baiknya dia mengalahkan sebahagian manusia sebangsa aku. Semoga dia dilindungi Allah sentiasa. Amin.

Sampai masa aku pun akan menyusul juga. Inshaallah.


Sunday 14 August 2016

Berhentilah menganiaya insan lain

Dalam sebuah hubungan yang tidak berjaya, adalah penting untuk tetap memiliki nilai kemanusiaan. Bayangkan diri kita di tempatnya. Bagaimanakah kita mahu dilayan? Wajar bagi kita berusaha untuk mengurangkan impak negatif dari keputusan kita.

Bagaimana jika kita tidak peduli? Angkuh meninggalkan si dia tanpa sebarang makluman. Fikir kita, pedulikan saja  nasibnya. Suatu hari nanti dia akan faham dan teruskan kehidupan. Diri kita lebih penting.

Kasihan. Akibat sikap mementingkan diri kita, orang yang menyayangi kita sepenuh hati kini terkapai-kapai mencari jawapan. Hidup bertemankan air mata. Keliru setiap masa. Ambil masa yang lama untuk mendapatkan kekuatan. Bergelut dengan 1,001 rasa. Merelakan, namun masih wujud kekesalan. Memaafkan, namun masih ada kemarahan. Berharap agar masa cepat berlalu. Kerana hanya masa mampu mengubah segalanya.

Belajarlah untuk berkomunikasi secara berkesan. Terus terang jika tidak mahu meneruskan. Semasa belum mendapatkan, segala usaha dilakukan. Bila mahu ditinggalkan, sepatah haram pun tiada dimaklumkan. Ingatlah, kita tidak tahu bagaimana si dia mendoakan kita. Doa yang baik atau sebaliknya. Yang pasti, ada bonus dari Allah bagi doa orang yang teraniaya.

Semoga kita tidak menganiaya orang lain. Lebih penting lagi, kita tidak menganiaya diri kita sendiri, dan keturunan kita di masa hadapan. Wallahua'lam.

Wednesday 10 August 2016

Bangkit semula selepas kejatuhan

Post kali ini 'simple'. Aku bangkit dari kejatuhan dan kekecewaan. Sebab pada akhirnya, hidup tetap perlu diteruskan. Tetap menguntum senyuman. Tetap tenang. Habis sudah tempoh bersedih. Sekarang masa untuk menghabiskan apa yang telah dimulakan. Ayuh!

Thursday 4 August 2016

Soalan-soalan dari minda

Kecewa. Kenapa dalam hidup kita selalu dikecewakan? Rasa seperti buat itu tak jadi, buat ini tak jadi. Sehingga sampai satu tahap kita dah tak mahu buat apa-apa lagi.

Rindu. Kenapa perlu rindukan insan yang telah pergi? Atau yang memilih untuk pergi. Tak cukupkah meluahkan rasa dengan insan yang ada di depan mata?

Benci. Kenapa adakalanya susah nak mengelak dari membenci sesuatu atau seseorang? Baik sangatkah kita hingga kita merasa ada hak untuk membenci orang lain?

Sedih. Kenapa setelah lelah berusaha untuk gembira, yang kita dapat akhirnya kesedihan juga? Yang kita harapkan hanya tinggal kenangan. Sedih tak terkata.

Begitu banyak soalan yang tak terjawab. Tenangkah kita tanpa bertanya atau memikirkan soalan-soalan ini? Bolehkah kita meneruskan hidup sambil berpura-pura segalanya baik-baik sahaja?

Penat.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...