Bukan senang nak melalui hidup kita ini. Banyak cabarannya. Setiap orang ada dugaan masing-masing. Walaupun aku selalu diuji dengan macam-macam hal, tak semestinya aku betul-betul kuat. Aku juga perlukan kata-kata perangsang untuk back on track.
Jangan putus asa.
Kelebihan aku, aku tak pernah putus asa dalam setiap perkara. Walau teruk mana pun rasa down, pasti ada cara untuk bangkit semula.
Oleh itu, kalian semua pun harus percaya pada diri sendiri. Yakinlah, semuanya akan baik-baik saja. Masa akan menentukan segalanya. Yang baik jadikan tauladan dan ikutan, yang kurang baik jadikan sempadan dan ingatan.
Buat seseorang:
Pada ketika ini aku masih marah. Masih mendoakan agar kamu diberikan balasan setimpal atas perbuatanmu. Semoga suatu hari aku akan memaafkanmu 100%. Semoga hati ini bersih dan mampu mendoakan seribu kebaikan buat kamu.
Benarlah, hati manusia itu sukar diduga. Dalam lunak berbahasa, kamu berlalu begitu sahaja. Semoga aku bisa memahami percaturan Allah untukku melalui perkenalan denganmu.
Wallahua'lam.
Ayuh semua, jangan putus asa. Teruskan hidup. Banyakkan bersabar. Inshaallah kita boleh.
No comments:
Post a Comment