Thursday, 25 August 2016

Inspirasi dari abang jual sushi di Amerika Syarikat

Baru lepas membaca kisah seorang rakyat Malaysia yang berjaya membuka bisnes menjual sushinya sendiri di Amerika Syarikat. Beliau bermula dari bawah sebagai pencuci pinggan. Banyak kesusahan yang beliau hadapi sebelum impiannya tercapai.

Aku?

Impian sebenar aku ialah berjalan ke tempat orang dan melaporkan keadaan di sana. Wartawan. Atau pemberita.

Tapi aku sekarang dalam misi menjadi akauntan bertauliah. Lagi 1 subjek sahaja. Kisah aku mengambil peperiksaan ACCA bermula dari tahun 2008. Memang banyak cabaran yang aku hadapi. Antara yang paling teruk adalah berdepan dengan hakikat bahawa aku sebenarnya boleh menjadi akauntan bertauliah, dalam keadaan aku yang bencikan nombor suatu ketika dahulu. Malah aku tak suka membaca artikel-artikel berkaitan akaun dan kewangan. So not my type of reading materials haha.

Barangkali aku membenci sesuatu padahal ianya baik buat aku. Barangkali aku menyukai sesuatu sedangkan ianya bukan untuk aku.

Allahu. Satu persatu cabaran aku redah. Susah mana pun aku tetap teruskan perjalanan. Sebab apa? Sebab aku harus menghabiskan apa yang telah aku mulakan. Sebab aku rasa ada misi yang lebih penting dalam bidang ini berbanding jika aku berada dalam bidang kewartawanan.

Aku sedang cuba memahami apakah peranan aku itu. Aku telah memberikan tempoh hingga hujung tahun ini sahaja untuk menghabiskan baki 1 subjek lagi. Selepas itu aku sudah boleh menarik nafas lega dan buat apa yang aku mahu.

Aku nak menjadi seperti tauke sushi itu. Berjaya mencapai cita-citanya. Aku boleh. Pasti ada caranya. Yang pasti, aku harus percaya bahawa Allah sentiasa bersamaku. Allahlah yang menentukan aku berada di jalan ini. Inshaallah segala kebaikan datang dariNya.

Aku kongsikan kata-kata semangat yang digunakan oleh staf Group Human Capital kami:

I can, I will, Now!

💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪

Serius. Sangat bermotivasi dengan kata-kata ini. Semoga ianya bermanfaat buat kalian juga.

Jalan terus!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...