Friday 19 February 2016

Pagi penuh emosi

Kad Touch n Go aku dah hampir kehabisan nilai. Sejak tambang naik, jangka hayat nilai kad menyusut dengan cepat sekali. Aku pergi ke kaunter tapi kecewa sebab Touch n Go 'offline'.

Pergi ke mesin tetapi hati rasa panas sebab harga cip tiket lebih mahal berbanding harga Touch n Go sebanyak RM0.40.

"Adakah mereka sengaja meng'offline'kan servis Touch n Go? RM0.40 darab 100,000 pelanggan sehari sudah dapat RM40,000 tambahan hasil".

Aku tak rela membayar harga RM3.70 berbanding harga biasa RM3.30. Tapi aku terpaksa.

Dalam LRT yang seperti tin sardin, seorang makcik sedang memarahi seorang lelaki. Puncanya, lelaki itu tidak mampu memberikan ruang untuk makcik itu masuk ke dalam tren. Kami semua sudah saling berhimpitan dengan muka kelat. Tak faham kenapa makcik itu tergamak menjerit di depan muka lelaki itu.

Penumpang lain hanya menggeleng kepala. Aku berdiri sebelah makcik itu. Kalau dia buat perangai lagi aku dah tahu apa nak jawab. Alhamdulillah makcik itu senyum kepadaku.

Kalaulah kami setaraf menteri. Ada 'bodyguard', ada 'escort', untung bukan? Pasti pagi kami tak emosi begini. Pasti kami sampai awal ke tempat kerja kami. Pasti senyum kami melebar sepanjang masa.

Senyum dalam paksa. Dilema rakyat biasa.

Monday 15 February 2016

Kematian yang menginsafkan-Allahyarhamah Shakira Ramli(KK4 UM)

Aku sebenarnya mengantuk. Ikutkan jadual 'work from home'aku, ini masanya untuk aku tidur. Tapi mataku tertancap pada sebuah post tentang kematian dan lahirlah post ini.

Beliau memang baik. Beliau pernah menjadi bendahari untuk projek SUMMER '05 di KK4 UM. Aku pengerusi pada masa itu. Projek itu ada isu. Isunya kepercayaan. Projek yang pertama kali (dan mungkin terakhir) dianjurkan.

Di saat seorang penyelia bercakap tanpa matanya melihat langsung kepada aku (tanda memandang rendah), beliau setia bersama aku. Beberapa kali kami menaiki motor bersama, menghantar surat permohonan kelulusan dan tajaan. Beliau selalu menasihati aku agar bersabar dengan kerenah mereka yang tidak percayakan kami. Akhirnya projek kami berjalan seadanya dan segala belanja dibayar habis tanpa ada hutang atau defisit.

Moga rohmu tenang di sana adik Sha Kira. Moga aku juga mendapat pengakhiran sepertimu, diingati segala kebaikan dan jasa.

Mohon sahabat semua sedekahkan Al-Fatihah buat adik yang baik ini.

Al-Fatihah.

Saturday 13 February 2016

Sepupu: Teman rapat selepas adik beradik

Hari ini seorang sepupu belah ayah aku kahwin. Alhamdulillah selepas hampir semua adik-adiknya kahwin, akhirnya tiba giliran dia pula bertemu jodoh.

Sepupu aku ini namanya Nazihah. Kami semua panggil dia Kak Ajie. Seorang yang peramah, kelakar dan baik hati dengan semua orang. Aku memang geng dengan dia selama ini sebab kami sama-sama bujang. Dia tua setahun dari aku. Aku seronok sangat Kak Ajie kahwin, sampaikan aku dengan adik bongsu sepakat beli baju baru untuk dipakai ke majlis perkahwinannya.

Buat Kak Ajie, tahniah sangat-sangat! Akhirnya kau berjumpa dengan jodohmu yang sanggup susah senang bersama. Aku sebak tadi masa ambil gambar dengan kau. Sebab aku masih ingat momen-momen kita bermain bersama masa kecil-kecil dulu. Aku paling suka makan oat panas campur susu pekat manis yang kau buat. Disebabkan itu pertama kali aku makan benda macam itu, aku rasa macam dalam syurga sedapnya. Hehe.

Aku doakan yang terbaik untuk kau, Kak Ajie. Di dunia dan akhirat. Inshaallah. Aku tahu, orang baik macam kau mesti mendoakan orang lain juga, termasuk aku. Inshaallah jodoh aku pun akan menyusul nanti. Kalau tiada jodoh pun, aku tetap harus bahagia dengan cara lain, bukan?

Love you Kak Ajie! Always!

Oh aku lupa mendoakan sepupu aku yang lelaki yang bersanding serentak dengan Kak Ajie. Biasalah, perempuan mesti lebih rapat dengan perempuan juga. Tapi sayang sebagai sepupu tetap sama. Hehe.

 Tahniah buat Bedi (Zubaidi) dan isteri. Semoga sentiasa dilimpahi rezeki yang berlipat ganda dan bahagia dunia akhirat. Amin.


Friday 12 February 2016

Page FB: Mudahnya Belajar Akaun

Kali ini aku akan membawakan kepada kalian sedikit hasil aku belajar tentang blog dan penulisan dari Akademi Bekerja di Rumah(ABDR). Tentang page FB yang aku buka dan post sebagai Admin tunggal.

Nama page itu ialah Mudahnya Belajar Akaun. Asalnya aku membuka page itu sebagai sebuah assignment dari kelas ABDR itu. Tapi lama-lama aku rasa seronok kerana dapat berkongsi ilmu akaun dengan bahasa mudah atau laymen. Ada post-post aku yang tak berkaitan dengan akaun pun. Hidup ini tak bolehlah serius setiap hari, bukan? Chill...😆😆😆😆

Selain itu, aku juga boleh mengumpul semua post dan membuat buku secara self-publishing. Inshaallah ada perancangan ke arah itu. Moga dipermudahkan olehNya.

Akhir sekali, Inshaallah aku akan membuka kelas tuisyen untuk subjek Akaun dan Ekonomi Asas, selepas aku pindah rumah nanti. Atau mungkin kelas umum tentang subjek akaun. Belum habis planning hehe. Jadi page ini mungkin akan 'sekali jalan' dengan projek kelas tuisyen aku kelak. Doakanlah semoga semua urusan dipermudahkanNya. Amin

Sementara itu, jemputlah LIKE page aku. Inshaallah bermanfaat buat semua yang nak tahu tentang asas-asas akaun.

Selamat membaca!

Wednesday 10 February 2016

Dosa itu besar kesannya buat diriku

Aku baru saja buat suatu dosa baru-baru ini. Dosa yang mengubah terus kehidupan aku. Dosa yang buat aku sentiasa teringat-ingat. Paling teruk dosa itu seakan menjarakkan aku dengan Allah.

Aku seakan boleh rasa bahawa Allah marahkan aku. Bila aku solat minda aku terbayang-bayangkan dosa yang aku buat itu. Malah aku rasa aku betul-betul jahat sebab sejurus selepas berbuat dosa aku tersenyum sendiri, seakan gembira. Terlintas di hati nak mengulangi dosa itu. Allah, jahatnya aku.

Aku yang salah. Bukan orang lain. Walaupun aku sebenarnya keliru dengan apa yang aku mahukan. Apakah faedah dari perbuatan aku itu, kalau kemudiannya hati aku rasa tak tenang? Arghhhhhh!!!!

Aku hanya mampu untuk teruskan beribadah. Cuba mengelakkan dari further damages. Cuba bermuhasabah dan merancang untuk tidak mengulangi dosa itu. Aku berdoa semoga aku kuat untuk terus berjuang menahan suatu rasa yang menggila dari dalam diri aku.

Semoga Allah ampunkan dosa aku. Juga dosa dia. Dosa mereka. Dosa kita semua.  Semoga kita bertemu dengan jawapan kepada segala persoalan yang ada dalam minda kita.

Allah, tunjukkan aku jalanMu.

Monday 8 February 2016

Masih bujang pada umur 30an? Bersyukurlah

Aku mengaku, aku sedang berkawan dengan seseorang. Bila aku cakap kawan maksudnya aku 50:50. Tak pasti nak cakap bercinta atau tidak. Aku pun tak pernah tahu bagaimana rasanya bercinta. Jatuh cinta memang ada. Sakit sebab cinta ditolak itu biasa.

Tapi bila bercakap tentang kawan rapat aku yang majoritinya bujang dan hampir 24 jam berhubung, aku 100% pasti, merekalah yang aku mahukan berada di sisi selamanya. Kenapa? Biar aku jelaskan.

Kami semua berumur awal 30an. Bukan tak ada impian nak berkahwin sewaktu umur 20an, tapi takdir Allah menentukan kami membujang hingga kini. Selain itu, kami mempunyai minat yang sama: shopping dan melancong. Tipikal? Who cares hahahaha. Selagi aku gembira dengan mereka aku tak peduli apa pandangan orang. Aku rasa kalian pun begitu juga. Allah telah menentukan kami bersahabat so be it.

Membujang yang lama sebenarnya banyak buat kita berfikir. Banyak soalan yang kita mahukan jawapannya. Kita banyak mencari makna dalam hidup. Solusinya? Bergantung kepada setiap individu. Ada kawan aku yang sepanjang tahun melancong. Ada yang habis duitnya membeli-belah setiap bulan. Aku pula suka menulis, volunteering dan pergi ke seminar-seminar.

Sebenarnya kalau kita sibuk meluangkan masa untuk aktiviti berfaedah, takkan timbul isu forever alone. Kita tak pernah seorang. Allah ada, bukan? Tapi aku tak nafikan sesekali rasa sunyi itu menyapa. Naluri manusia memang inginkan teman susah senang setiap masa. Sabarlah.

Orang selalu nasihat supaya doa banyak-banyak. Jujurnya, aku sekarang doa yang umum saja. Sebab aku tak mahu fokus pada jodoh semata-mata. Ada banyak lagi nikmat yang Allah beri selain jodoh. Kawan-kawan aku antaranya, selain ibu bapa yang masih sihat. Alhamdulillah.

Syukur, aku punya kawan-kawan yang sudi menceriakan hari aku. Boleh menasihatkan aku. Ada masa kami bergaduh juga. Gaduh-gaduh manja. Itulah sahabat. Mengingatkan dan sudi menerima kita seadanya.

Semoga persahabatan kami berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Semoga perkenalanku dengannya membawa makna berbeza dari biasa. Menerima seadanya dan berusaha memperbaiki kekurangan bersama-sama. Amin.

Wallahua'lam.

Friday 5 February 2016

Aku sebuah Pen Drive berwarna biru

Hari ini dalam sejarah, tuan aku telah mengisytiharkan aku sebagai 'mati tanpa kebumi'. Selepas tuanku mengambil gambarku buat kali terakhir, aku  dimasukkan ke dalam tong sampah.

Aku telah berkhidmat untuk tuanku selama bertahun-tahun. Kadang aku meragam juga, minta dimanja. Tuan aku terpaksa mengeluarkan aku dari komputer dan memasukkanku semula beberapa kali. Nampak jelas tuan aku sayangkan aku.

Malam tadi tuan aku bekerja dari rumah selama 6 jam lamanya. Dari pukul 12 pagi ke pukul 6 pagi. Tuan aku hanya tidur selama 2 jam. Aku kasihankan tuan aku. Aku pun berkhidmat seperti biasa tanpa sebarang ragam.

Sesampainya aku di pejabat tuanku, aku dimasukkan dan dikeluarkan berkali-kali. Bukan saja di komputer tuanku malah di komputer-komputer kawan sepejabat tuanku. Kenapakah tuanku bertindak sebegitu? Adakah tuanku tak sayangkan aku lagi hingga sanggup membiarkan aku  di komputer orang lain?

Tuan aku membawa aku berjumpa seorang lelaki. Aku dimasukkan pula ke komputer lelaki itu. Selepas beberapa minit, aku melihat muka tuanku berubah menjadi muram. Sedang kami menaiki lif, tuanku menangis semahunya sambil dipujuk kawannya yang kebetulan menaiki lif juga.

Tahulah aku kini, aku sudah rosak. Dokumen yang disimpan di dalam badanku tidak dapat dikembalikan lagi. Tuanku sedih sebab deadline untuk laporan tuanku adalah hari ini. Tuanku hanya mampu menangis dan memujuk hatinya sambil membuat semula kerja-kerjanya.

Wahai tuanku, aku hanyalah benda yang dicipta manusia. Aku membantu bila diperlukan dan bila badanku mampu bekerja. Lepas aku rosak, tak adalah nilainya aku buatmu. Ingatlah wahai tuanku, tiada benda yang kekal di dunia ini. Betapa kuatpun usahamu, tetaplah yang maha berkuasa menentukan outputnya. Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Sabar itu besar ganjarannya Inshaallah.

Selamat tinggal wahai tuanku. Terima kasih di atas memori ini. Di sebalik setiap kesusahan pasti ada kesenangan menyusul, Inshaallah.

Tuesday 2 February 2016

Kenapa aku masih solat walaupun liat

Salam. Post kali ini khas untuk bercakap tentang solat. Dan aku akan fokus kepada solat yang wajib iaitu solat 5 waktu sahaja. Solat sunat mungkin di post lain Inshaallah.

Bilakah kita belajar tentang solat sebenarnya? Seingat aku dari tadika aku dah tahu tentang solat. Bermula darjah 1 mak ayah aku dah suruh solat. Sampai saja umur aku 9 tahun (darjah 3) ayah aku dah mula tayang tali pinggang atau rotan bila kami adik-beradik liat nak solat.
Masa sekolah menengah, aku dihantar ke sekolah agama. Solat berjemaah dan bacaan Al-Quran memang elemen wajib di sekolah. Masuk matrik dan universiti kehidupan semakin bebas. Tapi aku masih solat. Syukur kawan-kawan baik-baik belaka.

Masuk alam pekerjaan solat jadi liat. Bukan tak nak, tapi kesibukan kerja menyebabkan solat jadi aspek kedua. Aku masih ingat, umur lingkungan 24-27 tahun aku kerja macam nak mati. Solat masih buat tapi di hujung waktu atau bila lapang.

Bermula umur 28 tahun, graf kesibukan kerja aku mula menurun. Keluarga dan kawan-kawan jadi nombor 1. Aku juga mula mencari-cari peluang untuk pergi menuntut ilmu agama di seminar-seminar dan kuliah agama. Solat pun agak terjaga.

Hingga sekarang aku tetap paksa diri aku untuk solat. Tak dinafikan kadang-kadang aku terlepas juga. Tapi sedaya-upaya aku usaha menggantikan solat yang aku tertinggal itu. Sebab aku rasa macam hutang bank aku takut tak bayar, tapi hutang Allah aku buat tak tahu. Mentang-mentang hutang solat tak ada interest. Solat juga buat aku rasa macam ada tali dengan Allah. Bila tak solat atau solat lambat, rasa macam terputus tali itu.

Hidup memang berterusan setiap hari walaupun kita tak solat. Rezeki tetap ada. Tak ada sikit pun yang kurang. Tapi aku pegang konsep 'sendiri mahu ingatlah'. Banyak rezeki Allah beri pada kita. Allah minta kita solat, puji Dia, minta dengan Dia, kita buat sajalah. Allah tak zalim pada hambaNya. Kalau ada masalah kita boleh bercakap dengan Dia 24 jam. Allah tak macam bos kita, kawan kita bahkan mak ayah kita yang ada masa tidur dan tak boleh melayan kita. Allah sentiasa ada untuk kita.

Menulis seperti di atas nampak macam senang, bukan? Cuba buat dulu dan rasakannya. Rasakan kewujudan Allah dalam hati kita. Besar bezanya bercakap atau menulis dengan membuat sendiri.

Yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam adalah solat. Jom usaha cukupkan solat kita! Inshaallah kita boleh. Jangan mudah putus asa. Aku doakan hati kita lembut sentiasa. Amin.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...