Sunday 31 December 2017

Ada Apa Dengan Tahun Baru 2018

Tahun baru 2018 aku mulakan dengan terbaring di atas katil, akibat gastrik teruk.   Pedulikan bunga api, mesej-mesej yang masuk dan segala jenis kegembiraan. Huhu. Aku risaukan diri sendiri yang tak fit. Macam mana nak buat year end closing kalau begini keadaannya?

Tahun baru bermaksud suatu perkara saja bagi aku:

Kita semakin tua. Badan kita tak sama macam dulu. Tenaga kita tak banyak macam dulu.

Satu lagi, apalah sangat kita menyambut tahun baru sedangkan anak-anak kita di Syria contohnya, menangis akibat peperangan. Jangan kita lupakan mereka. Buat apa yang kita mampu untuk bantu mereka. Share post berkaitan mereka, derma semampu kita, doakan mereka setiap kali lepas kita solat.

Walaupun aku dah ada senarai to do things untuk tahun 2018, aku tak anggap itu azam baru pun. Kebanyakannya memang tanggung jawab aku. Contohnya nak bawa mak ayah aku checkup sebulan sekali. Atau kumpul duit untuk bawa mak ayah aku ke Perth. Biarlah aku lebihkan mereka sementara mereka ada. Of course setakat yang aku mampu huhu.

Teruskan berjalan,jangan pandang belakang lagi.

Peace!

Friday 29 December 2017

Review Food Delivery App Peribadi: Mammam Deliveries

Nak review tapi tengah kenyang dan dalam malas mode. Haha.

Maka layanlah review aku yang aku screenshot dari Google Playstore OK.

Orang kata KISS: Keep It Simple and Sweet.
Harga makanan yang dibeli melalui food delivery memang agak mahal. Sebab kita umumnya membayar:

Harga makanan + Upah pekerja (tukang masak dan staf customer service) + Packaging + Petrol/Diesel.

Kesimpulannya?

Cubalah Mammam Deliveries. Kalau ada servis yang tak memuaskan, complain sajalah. Kita ada hak sebagai pengguna, bukan?

Enjoy your food OK! I enjoyed mine 😆😆😆.

Sunday 17 December 2017

Review Klinik Veterinar Peribadi: Klinik Haiwan dan Surgeri Taman Equine

Ini first time aku buat review klinik veterinar.

Check this out OK!

1) Lokasi

Klinik haiwan ini letaknya sebelah lot-lot bengkel kereta di Taman Equine. Ikutkan, tak jauh sangat dari kawasan pasaraya Aeon Taman Equine.

Untuk first timer yang datang malam: Jalan nak ke sini agak gelap. Better ada teman. Tapi once dah biasa, Inshaallah yakin.

2) Hiasan dalaman

Klinik ini konsepnya macam klinik haiwan lain, bersih dan asas, dengan warna putih dan ungu. Ada rak jualan produk haiwan, sangkar kucing dan juga duta klinik iaitu kucing-kucing yang sangat gemuk. Tak bosan punyalah!

Bilik rawatan bersih, luas ngam-ngam untuk kita menemani haiwan kesayangan kita. Siap boleh 3 - 4 orang doktor veterinar join sekali merawat seekor kucing aku yang kategori ganas.

3) Servis

Pendaftaran di kaunter agak mudah. Jangan lupa bawa kad vaksin/rawatan OK. Staf di kaunter pendaftaran boleh tahan ramahnya.

Doktor veterinar pula memang tak diragukan sangat profesional dan bersedia. Paling aku suka masa mereka keluarkan sarung tangan tebal untuk handle kucing aku yang ganas. Terbaik... sebab aku pernah pergi ke klinik veterinar lain yang tak suka kucing ganas dan cepat-cepat buat rawatan. Acuh tak acuh saja lagaknya huh!

Oh ya, klinik ini akan caj RM35 untuk servis handle haiwan ganas. Hohoho.

Bila dapat ubat, aku suka sebab mereka dah siap potongkan ubat-ubat yang perlu diambil separuh-separuh. Tak macam klinik haiwan lain yang fikir "Ah lantak kaulah. Aku dah bagi ubat, pandai-pandailah nak potong".

Overall service experience aku: Tip top!

4) Harga

Setakat ini, memang harga di sini antara yang paling murah aku rasa.

Harga untuk jahit semula jahitan mandul kucing plus warded 4 hari 3 malam = RM180+-

Harga rawatan kucing demam plus ubat 3 jenis = RM58+-

Harga vaksin seekor kucing = RM35+-

Bagi aku OK sangat untuk klinik haiwan swasta.

Semoga klinik ini terus sukses dan mengekalkan servis terbaik mereka. Semoga nasib haiwan terbiar juga lebih terbela, ditambah dengan harga rawatan mampu milik macam di sini. Aminnnn...

Why It Is OK To Be Alone

I love this statement:

Being alone is very addictive. Once you start loving your own presence, you stop chasing people in your life.

It is true. Being alone is indeed addictive.  You do not need anybody else to validate your life activities. You choose where you want to go, what you want to eat, who you want to meet etc.

You do not have to be an introvert to enjoy being alone. You just have to be confident in yourself and not afraid of what will other people think about you. Believe me, people do not really care unless you are injured or in pain and really need their help.

No man is an island. Yup, I agree with this statement. But by being alone, you will improve your understanding of people around you. You will be able to differentiate genuine and fake relationships. You will know who to find when you need help. You will ultimately realise this:

People only care about their closest family and friends.

Also, they care for people they can benefit from.

Think about this: Why some people are suffering in another side of the world, while some are enjoying themselves like there is no tomorrow?

Because they do not care about others at all. They just think about their own life.

So, why do you care so much about others?

Because you are not like them. You realise this when you sit all alone, wondering about your purpose in this life.

Do not be afraid of being alone. Rather, be afraid of having fake companies around you.

I'm enjoying my alone time while writing this, with scrumptious rojak and cendol.

Peace!

Friday 8 December 2017

Review Filem Peribadi: Wonder

"You really are a wonder, Auggie. You are a wonder".

Buat kalian yang mahu menonton filem Wonder, cari dialog ini di dalam filem OK.

Itupun kalau kalian sempat. Haha.

Bulan Disember memang banyak filem tapi filem Wonder juga yang menarik hati aku. Aku bukan movie junkie dan review aku bersifat peribadi sebenarnya. Tapi kan...hmmm..filem Wonder ini buat aku speechless nak review apa.

Berkisarkan kisah August Pullman (Auggie) dan makhluk-makhluk di sekelilingnya (termasuk Daisy anjing kesayangan mereka), filem ini bagi aku penuh dengan nilai-nilai murni. Malah kisah cinta kakak Auggie, Olivia (Via) juga dipamerkan dengan begitu ringkas tapi bershemuttttt.

Ya, filem ini tentang Auggie. Auggie yang lahir dengan wajah yang cacat hingga perlu 27 pembedahan. Auggie yang cuba bersekolah biasa, selepas sekian lama home schooling dengan ibunya (Julia Roberts). Tapi kalau kita kecilkan skop hanya kepada kehidupan dan perjuangan Auggie di sekolahnya, aku rasa agak rugi sebenarnya. Silalah fokus kepada semua watak yang ada, sebab setiap watak punya kisah dan mesej yang berlainan.

Aku cuma agak ralat bila kisah dan asal-usul Julian (watak jahat) tak difokuskan dan hanya tamat dengan adegan dia digantung sekolah selepas membuli Auggie. Nasib baik adegan Guru Besar Tushman mengiyakan penyesalan dan memaafkan Julian meneutralkan rasa gundah aku.

Entahlah, aku cuma tak nak watak Julian, anak orang kaya yang spoiled dimatikan tanpa mampu memberikan mesej berguna kepada penonton. Kids must know that they do make mistakes while they are young and they still have a chance to correct it.

Lelaki menangis bila kehilangan anjing kesayangan adalah sangat mengharukan OK! Owen Wilson sebagai bapa Auggie memang tak mengecewakan dalam filem ini. Terserlah sisi prihatin dan penyayang beliau semasa Daisy mati akibat sakit tua. Belum lagi adegan-adegan lain beliau memujuk Auggie. Bapa yang happy go lucky tapi emosional.

Buat kalian yang masih mencari definisi kawan sejati:

Amati watak Jack Will, Summer dan Amos.

Buat kalian yang cuba memahami kawan sedia ada yang berubah tiba-tiba:

Amati watak Miranda, BFF Via. Juga fokus pada nasihat Julia Roberts kepada Via, semasa Via mengadu tentang Miranda.

Kawan sejati takkan biarkan kawan mereka sendirian dan terkapai-kapai.

Selamat menonton buat semua. Takkan rugi kalian memilih filem ini. Oh ya, jangan lupa bawa tisu OK! Manalah tahu. Hehe.

Tuesday 5 December 2017

Silent Moment with HIM

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Terjaga, tapi tidur kembali.

Jam menunjukkan pukul 1.50 pagi. Terjaga sekali lagi, tapi tak mampu tidur lagi.

Masa untuk bercakap denganNya.

30 minit yang indah dapat aku luangkan denganNya.

Bukan selalu peluang begini datang.

Moga aku tak jemu bercakap denganMu Ya Allah.

Amin Ya Rabbal A'lamin.

Kita tak pernah keseorangan. Sentiasa ada Dia. Jangan sesekali lupakan Dia. Susah, senang, semua dengan izin Dia.

Keep talking in silence with Him. He listens. Always listens.

Peace!

Saturday 2 December 2017

I'm Leaving No Matter What

I look to the ceiling. I have not started any work today when I am supposed to. How can my life be like this? How can I let them treat me like this? How can I be persistent when I am not supposed to? Where are they when I need them? Why can't they think well beyond my helpless words?

If I stay for another term, will they please me? If I work 24 hours a day and end up sick due to stress, will they be beside me? If I fail my exam just because I have to attend my work and not going to classes, will they still support me morally?

How can I let them treat me like this? How can I stop this and move on, doing things I like? How can I stop myself from saying no again? When all they care about is just themselves?

Just a few days more and I am leaving. No point staying in a place I don't belong anymore. I do not have any other options.

Friday 1 December 2017

Expo Negaraku 2017

Pelan adhoc ke Expo Negaraku 2017 dengan adik malam tadi. Dari office (singgah ambil laptop) aku dan adik terus shoot ke Dataran Merdeka.

Kami park kereta di basement parking (Waze: Parking Dataran Merdeka).

Singgah makan di Food Truck (kami beli Meatball, Fried Chicken dan air Kopiesatu). Healthy food fans, please go away haha. This is definitely not your place.

Beratur masuk ke Expo Negaraku 2017.

Masuk percuma.

Queue memang panjang tapi bergerak. Sesak, tapi tak panas. Aircond tip top.

Ada 5 Kubah (Dome) di sini. Kami masuk melawat semua kubah. Ada kubah yang kena tunggu sekejap untuk masuk, sebab ada dokumentari. Jangan risau, tak boring pun OK.

Tema Kubah:

Kubah 1- Rasa Bertuah Dirasai Bersama

Kubah 2- Kemudahan Infrastruktur

Kubah 3- Kehidupan dan Kesejahteraan

Kubah 4- Gaya Hidup Malaysia

Kubah 5- Masa Depan Kita

Overall review aku?

Pergilah. Rugi tak pergi.

Put aside our political views and judgments.
Just enjoy the show OK!

Jangan lupa bawa anak atau anak buah kalian. Banyak interactive games/activities untuk mereka. Syiok!

Kos hangus:

Parking- RM6
Makan minum 2 pax- RM50+- (harga makanan di sini taklah murah sangat)
Jumlah: RM60+-

Selamat berekspo!😆😆😆

Monday 27 November 2017

Teruskan Berjalan, Teruskan Berlawan

Semasa di surau, aku dihampiri oleh seorang kenalan dari department lain. Sungguh, raut wajahnya nampak sangat penat. Tak macam sebelumnya.

"Fairuz, they are going over me. Because I passed the entries for the transaction. I am so stressed now. It was a 2014 transaction, dah lama".

Sedih. Kasihan. Mungkin juga nasib orang bawahan, yang pantas menerima arahan orang atasan. Who knows?

To the opressed ones
To the attacked ones
To the insulted ones
To the blamed ones
To the "I will always" ones
May God be with you
Fight to the end
If all effort fails
You aren't losers
They are

Keep fighting!

Monday Blues

Sweet little things
Big enough to give a smile
Fill my Monday
My gloomy days after
Hope they last forever
I need that positive vibes like mad

Saturday 25 November 2017

Penat Yang Hebat

Sejak kebelakangan ini, aku macam VIP. Sangat-sangat sibuk dengan jadual yang penuh. Sibuk dengan kerja, study, projek R(Resign???), projek bisnes, projek travel dan projek jodoh (eh sesat projek jodoh ni hehe). Tak dilupa mesti selit hal-hal dengan keluarga, yang memang tak boleh berkata tidak.

Serius penat. Sangat penat. Rumah dah macam tongkang pecah. Oh lupa, ada projek mandulkan kucing juga hahahaha. Lengkap pakej penat hahahaha.

Tapi penat aku ini sebenarnya memuaskan. Tahu kenapa? Sebab kebanyakan punca aku penat adalah benda yang memang aku suka buat. Atau kena buat, supaya aku sukses. Aku percaya Allah sedang menyediakan aku untuk sesuatu yang besar. Buktinya satu persatu benda yang aku nak buat muncul depan mata. Cuma larat tak laratlah. Tapi kalau dah suka, penat pun aku redah. Betul tak?

Semoga segala yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Banyakkan bersyukur dan berdoa kepada Allah. Tak dinafikan, sesetengah punca penat itu tak berfaedah pun sebenarnya iaitu sejenis distraction.

Gambate!

Monday 20 November 2017

Berat

Berat mata
Berat hati
Berat lidah
Berat tangan dan kaki
Berat minda
Berat kuasa
Berat fizikal dan mental
Berat kudrat
Berat logik
Berat berat berat
Sarat sarat sarat

Sunday 19 November 2017

Astaka Morocco Putrajaya

A quick and adhoc drive to Astaka Morocco Putrajaya today.

Letaknya di Taman Botani Putrajaya.

Sesuai untuk jalan-jalan dan photo shooting untuk kahwin atau graduation.

Katanya dibina asbab hubungan comolot kerajaan Malaysia dengan negara Maghribi/Morocco.

Tiket masuk RM3 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak dan pelajar.

Kalau tak nak masuk pun boleh. Masih boleh bergambar di luar.

Nak masuk kena buka selipar. Boleh bergambar hanya setakat di luar, kawasan air pancut. Di dalam bilik-bilik tak boleh katanya. Tak boleh sentuh apa-apa, tak boleh duduk di atas sofa. Hanya boleh tengok.

Untuk lawatan yang bermakna, sila baca penerangan di luar pintu bilik OK. Setiap bilik menerangkan bandar-bandar berbeza di Morocco. Setiap bandar lain kegiatan ekonomi, seni bina dan alatannya.

Sejam dah cukup di sini. Layan...bajet dah sampai ke negara Morocco gamaknya. Hoho

Peace!

Saturday 18 November 2017

The Life of She

The path she goes
Normal like others
The pain she feels
Could it be painful than others?
The people she met
Were they even real?
The life she had chosen
Can it be called a life though?
But she believes
She keeps holding to it
She is just a person
Who does not give a damn
She just want to live for few years more
Just to make the persons she love
As happy as happiness defined

Wednesday 15 November 2017

Ibrah Si Buta

Menapak ke stesen LRT Plaza Rakyat dalam kelaparan.

"I want food!I want food!" bentak hati.

"Ting!" bunyi besi.

"Ting!" bunyi besi lagi sekali.

Rupanya seorang lelaki buta melanggar segala besi dengan tongkatnya.

Lapar. Tapi...wuuu..wuu..mana tahan tengok orang begitu.

"Encik nak ke mana?" tanyaku.

"Ke hotel Ancasa. Ada program. Saya tak biasa jalan di sini".

"Jom" mulut aku kata lain, walaupun perut kata lain.

"Saya dari Low Yat tadi. Terus datang ke sini" jelasnya.

Ke sana sini tanpa penglihatan. Bercakap gaya kita bercakap tentang urusan harian.

Mungkin aku yang tak biasa dengan kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang tak mudah. Silap langkah terjatuh. Silap jalan terlanggar. Ingat tak sakit?

Kenyang sekejap dengan ibrah. Lapar perut tak sama lapar penglihatan.

Masih sangat banyak nak aku syukurkan.

Sunday 12 November 2017

Rindu Tanpa Bicara

Rindu tak terluah
Kata-kata jadi air mata
Tatapan mata kini tiada
Bagaimana mahu bicara
Hilang sudah segala rasa
Yang rasa di hati
Tak sama rasa di minda
Hati perlu berkurun lamanya
Sabarlah sang hati
Sampai masa dikau pun bahagia

Saturday 4 November 2017

Kita Merancang, Allah Lebih Hebat Merancang untuk Kita

Cantik tak cincin di jari manisku ini?

Dengan bentuk Love, sweet je rasa. Hehehe.

Ini cincin tak tahu jenis samada merisik, bertunang atau nikah. Masa aku dapat cincin ini, keadaannya lebih kepada bertanyakan status.

Cincin 'Aku Tanya Apa Khabar'. Ngeeeee...

Aku dapat cincin ini pada tahun 2014. Dapat sekali dengan telekung yang sangat cantik. Rancangan asal adalah mengikut saja rentak ayah, sebab calonnya adalah anak kawan baik ayah.

Calonnya taklah kacak macam Fattah Amin. Juga tak kaya macam Datuk Boy Iman. Paling best calon ini siap beri resume untuk kami buat assessment. Kau ada? Hohoho.

Aku asalnya terima dengan hati terbuka juga. Hantaran rendah saja. Tapi aku tahu keluarga mereka baik-baik belaka. Tapi sudah takdirNya, calon itu sendiri menarik balik seluruh perancangan dengan sebab tak bersedia.

Aku taklah kecewa sangat, cuma rasa ralat sebab melibatkan ibu bapa kedua belah pihak yang beria-ia nak menyatukan kami.

Tak mengapalah. Kita merancang, Allah lebih hebat merancang. Alhamdulillah hubungan keluarga kami masih baik.

Aku? Meroyan sekejap sebab dah beberapa kali melalui percubaan ala-ala begini. Tapi tak apa. Seiring waktu, aku lebih matang dan faham setiap dari kita ini hanyalah manusia biasa. Ada banyak kelemahan. 

Aku juga faham yang kita kena kahwin bila dah bersedia dan dengan rela hati. Kena tahu apa matlamat perkahwinan yang sebenar. Tak perlu rushing sebab tengok orang lain dah kahwin.

Enjoy single life. While we can. To the maximum that we are able to.

Tak percaya, tanyalah kawan-kawan yang dah kahwin. Semua akan cakap benda yang sama. Bukan sebab kahwin tak best, tapi sebab kahwin adalah dunia yang sangat berbeza dari kehidupan bujang.

Peace!



Tuesday 24 October 2017

Ragam Produk Anti Kegelapan

"Atasi kegelapan dari dalam"

Tagline suatu produk kecantikan yang menarik perhatian aku pagi ini. Seraya melihat tagline tersebut otak aku berfikir:

1) Apakah cara produk itu mengatasi kegelapan?

2) Kegelapan apakah yang nak diatasi? Model produk taklah gelap mana pun.

3) Kegelapan dari dalam sajakah? Dari luar bagaimana?

4) Gelap sangatkah orang kita hingga memerlukan suatu kuasa luaran yang boleh mengatasi kegelapan dari dalam diri atau badan kita?

Tunggu juga produk yang boleh mengatasi kegelapan hati dari dalam. Tapi long way to go gamaknya.

Jangan biarkan diri anda diselubungi....kegelapan.

Peace!

Monday 23 October 2017

Hidup Kita Dah Ditentukan: Sungguh! Tak Tipu!

Pernah tak kalian terfikir yang hidup kita ini dah ditentukan? I mean 100% ditentukan. Ditentukan oleh siapa? Pastilah oleh pencipta kita, yakni Allah SWT.

Masa sibuk mencari kerja lepas belajar dulu, aku difahamkan sesetengah majikan bertanyakan soalan ini kepada calon-calon pekerja:

Apakah matlamat hidup anda?

Atau soalan begini:

Dalam lima tahun lagi, siapakah anda?

Serius, sampai sekarang aku tak ada jawapan untuk soalan sebegitu. Bagus juga sebab belum pernah lagi aku ditanya soalan begitu. Kalau tidak habislah aku. Confirm fail. Huhu.

Hidup aku tak pernah ada perancangan jangka panjang. Paling panjang pun 3 bulan saja agaknya. Selebihnya adhoc semata-mata. Tapi yang aku boleh confirm, apa yang pernah terdetik di hati, walaupun aku benci, biasanya pasti terjadi. Cuma masanya saja belum tahu.

Dari pembenci gila-gila subjek matematik dan akaun, aku kini akauntan level macai.

Dari impian menjadi wartawan, aku kini rupawan. Bukan. Hartawan. Bukan juga. Yang pasti aku perempuan. Ngee.

Dari pembaca Oh Bulan! tegar (kaki gosip artis), aku kini kurang bergosip. Hidup bebas tanpa pedulikan hal orang lain. Diamlah. Kau apa tahu. Ingat senang nak buang amalan bergosip? Huhu.

Dari pengejek golongan lambat kahwin (zaman aku budak hingusan), aku kini belum berkahwin walau dah berumur 30 an. Hidup harus diteruskan, janji usaha tak menyusahkan orang lain. Betul?

Dari die hard fans Bercinta Selepas Nikah, aku couple jugalah sekejap dalam setahun. Dengan anak ikan muda 7 tahun beb! Dia sayang kucing, macam aku juga. Meowww.Tapi tak ada jodoh. Desperate kah aku? Entahlah. Pengalaman, kan?

Dari pemakan gaji tegar, aku kini setapak demi setapak cuba mencipta gaji sendiri. Tanpa dirancang, segala kejadian menjurus kepada hasrat hati aku yang lama terpendam: Cari duit sendiri dengan cara sendiri, masa sendiri. Inshaallah.

Siapa aku di masa depan?

Entah. Allah jualah yang Maha Mengetahui. Aku tak ada pelan bertulis untuk hidup. Jalan terus saja! Ada peluang aku redah. Tak ada rezeki aku cuba cara lain. Tak perlu takut, Allah ada untuk kita.

Peace!

Saturday 21 October 2017

KucingTa Mu @ LRT Masjid Jamek

Jumaat lepas aku sempat singgah di pameran KucingTa Mu di LRT Masjid Jamek. KucingTa Mu menghimpunkan gambar-gambar kucing yang dikirim oleh pemilik-pemilik kucing. Kiriman berbayar OK! Lain saiz gambar, lain harganya. Tapi tujuannya sangat baik, iaitu mengumpul dana untuk kebajikan kucing dan anjing terbiar.

Aku di sana selama lebih kurang 20 minit. Hilang stress dan tension melihat wajah-wajah comel kucing-kucing itu. Sempat bertegur sapa dengan salah seorang pengirim gambar kucing di situ, seorang Chinese lady yang comel. Teruja dia menunjukkan gambar kucing-kucingnya kepadaku.

Aku memang puji inisiatif RapidKL sebegini. Kreatif dan engaging. Setakat ini sudah dua kali aku ke sini untuk menikmati hasil karya kreatif orang kita, secara percuma OK! Harap RapidKL dapat meneruskan agenda mereka. Kalau lepas ini pameran anjing pun aku sanggup pergi. Sebab anjing pun ada sisi comel mereka tersendiri. Betul tak?

Singgahlah, syiok woooo!

Trip Langkawi 4 Hari 3 Malam

Throwback post oh yeah.

Trip dengan keluarga seramai 11 orang (8 dewasa, 3 kanak-kanak/bayi)

Itinerari:

1) Hari pertama (16/9/2017)

-Flight ke Langkawi pukul 12.50 petang. Sampai Langkawi pukul 2.15 petang (delay dalam 15 minit).
-Ambil kereta sewa 2 buah (pre-arranged) dan check in hotel De Baron.
-Rehat di hotel.
-Makan malam di restoran D Saji.

2) Hari kedua (17/9/2017)

-Shopping time: Haji Ismail Group dll
-Lunch di gerai tepi jalan menghala ke De Baron.
-Rehat di hotel.
-Dinner di gerai tepi jalan menghala ke De Baron.

3) Hari ketiga (18/9/2017)

-Pecah dua team:
Satu team ke Haji Ismail Group dan Taman Buaya.
Satu team lagi ke Langkawi Cable Car.
-Late lunch di gerai tepi jalan menghala ke De Baron.
-Rehat di hotel.
-Dinner di restoran Wan Thai.

4) Hari keempat (19/9/2017)

-Check out hotel.
-Singgah kilang minyak gamat.
-Flight ke KLIA2 pukul 2.55 petang. Sampai KLIA2 pukul 4.00 petang.
-Ambil teksi (Seri Petaling) dan Uber (Melaka).

Bajet:

Flight (Return) + Baggage = RM1,984 
Van ke KLIA2 = RM120
Kereta sewa Langkawi = RM510
Hotel (2 bilik Family + 1 bilik Queen) = RM1,948
Cukai Pelancongan hotel = RM27
Taman Buaya = RM140
Skycab = RM110
Makan-makan = RM860
Uber balik ke Melaka = RM106
Teksi van ke Seri Petalingv = RM233
Van dari hotel ke Langkawi Airport (Bawa beg) = RM47
JUMLAH = RM6,170






Tuesday 17 October 2017

Beware of Our Postings and Sharings

Over the years I have learned one big lesson to survive in social media world of today: Know what you SHOULD post and share and what you SHOULD NOT post and share.

Seriously this one looks simple. But truth is, as time pass by and we encounter certain life events, we might forget and make mistakes by sharing unnecessary things.

Here's some of the DO NOT post or share things in social media platform(e.g. Facebook, Instagram, Whatsapp, Wechat) based on my own knowledge and experiences:

1) Your personal details: personal handphone number, personal emails, personal address

You should know that bad people can use these info to get you or do bad things to you. Share these info only when needed and with people you know.

2) Your personal problems e.g. marriage, love relationship, financial position, work problems

Unless you have a clear message for others to learn from your experiences: Do not post or share your problems. Share it with your close family members and friends only. You will never know how happy your enemies are when they see you suffer. Or maybe you don't even know that you have enemies. Be careful, dear.

3) Sensitive, provocative things like political opinions, race or religion

There is no harm in sharing good messages from your preferred political party or  race or religious groups. But do not share posts that are racist and provocative to others. You want respect, you should respect first. Simple, right?

4) Your nasty side

Ever seen news about girls being conned and their naked pictures got viralled in social media? Seriously no matter how deep your love is to your partner, NEVER EVER give them your naked pictures or videos. Even with censored faces. Why? Because they can always post your naked picture side by side with your non-naked picture. Who cares when it comes to 'rezeki percuma'?

But you love him. And to prove it you have to give it to him. Hmmm...Can you just stand strong with this? I mean, prevention is better than cure, right? Put a little bit of your rational mind in your relationship. What if you break up with him? What if he or you leave? Will he be kind enough to just move on and let you go? Think carefully dear. Don't be that cheap. Be more classy than trashy.

Because I care. Peace!

Friday 13 October 2017

Hakikat duit

Aku sakit bulan ini. Bukan sakit badan. Sakit duit. Betul-betul sakit. Sampaikan sanggup puasa, sanggup jimat kos makanan dan sanggup duduk rumah pada hujung minggu. Setiap hari aku buat kira-kira cukup ke tidak duit aku sampai hari gaji nanti.

Untuk 'up' duit, aku claim 'overtime'. Tp 15 hari bulan nanti baru dapat. Malam tadi aku keluarkan semua duit dari akaun yang tinggal sedikit. Sedih rasanya. Tapi dah bajet memang cukup sampai minggu depan.

Pagi ini adik aku mesej ada kecemasan nak pinjam duit. Jumlah yang hampir sama dengan duit yang aku ada. Tapi aku kena korek sikit tabung duit seringgit-seringgit aku. Kejap lagi adikku datang ambil duit itu. Janjinya akan pulangkan semula secepat mungkin.

Itulah hakikat duit yang sebenar. Bukan untuk dibawa mati. Bukan untuk ditayang kepada khalayak. Hanya rezeki dari Allah, yang bukan semuanya milik kita. Hari ini hari kita, hari esok hari orang lain pula. Semuanya mengajar kita untuk percayakan ketentuan Allah.

Aku dalam misi membina empayar rezeki sendiri Inshaallah. Doakan yang baik-baik saja OK.

Peace!

Monday 2 October 2017

Soalan berkait kereta

Bila kau pandu laju zup zap kiri kanan hingga orang lain kemalangan
Bila kau potong kereta lain mengejut tanpa beri isyarat
Bila kau pancung kereta orang di lampu isyarat hingga orang perlu mengalah pada kau
Bila kau bawa perlahan tahap siput di lorong paling kanan
Bila kau cuba potong lori sedang kau kereta kecil-kecilan
Bila kau tegar tak memberi laluan pada yang meminta cara baik
Bila kau pancitkan tayar kereta jiran sebab konon parking tempat kau
Bila kau renovate rumah habis depan sampai rembat parking jiran
Apa yang kau semua fikir sebenarnya?
Apa yang kau dapat sebenarnya?

Sunday 1 October 2017

Biar lambat asal berjaya

Aku tak pandai sangat berniaga. Tapi bila nampak ada peluang sikit-sikit itu, aku dorongkan peluangnya kepada adik aku dan isterinya. Hari ini aku bertanyakan khabar niaga mereka. Sambil itu aku dah niat nak beli stok dari mereka saja, sebab aku punya dah habis. Aku tak berniaga pun buat masa ini. Sebab kononnya sibuk bekerja. Huhu.

"Stok tinggal 14 biji kak dari 20 biji. 6 biji saja terjual. Itu pun dijual kepada adik beradik" balas adik iparku malu-malu.

"Oh, tak apa. Kak Long nak 4 biji. Nak refill untuk rumah dan sangkar kucing kat luar rumah" balasku.

"OK. Kejap lagi Alang (adik aku) sampai. Ida bagi free je kat Kak Long, tau".

"Eh jangan begitu. Kak Long nak 4 biji, pada harga pasaran iaitu RMxx, OK. Jangan biasakan beri free, kecuali Ida buat contest ke, sampel ke, sedekah ke. Tinggal 10 biji je kan stoknya nanti? Inshaallah mudah nak jual tu".

Kena gerakkan segala projek dan perancangan. Biarlah perlahan pun. Janji ada progress. Sudah pastilah lebih pantas kita bergerak, lebih cepat nampak hasilnya, betul?

Adik aku bekerja full time. Tapi buat juga bisnes aiskrim (Goodie Goodie Aiskrim). Adik iparku mengajar tuisyen sambil berniaga pewangi jenama Fleur. Moga mereka sukses Inshaallah.

#jangangentar
#murahrezeki
#usahadoatawakal

Saturday 30 September 2017

Inspirasi dari Kisah Cinta Pra Laman Sosial

Masa aku di UM dulu aku suka baca satu kolum dalam suratkhabar hujung minggu. Kolum itu banyak mengajar aku tentang realiti hidup. Malang sekali aku lupa nama kolum itu. Sedih. Sekarang kolum itu dah tiada lagi, tak hipster dan trending agaknya.

Antara yang paling aku ingat adalah kisah seorang suami yang meluahkan rasa bertuahnya dia mendapat isterinya. Isterinya jenis yang tak boleh tengok orang susah. Pantang terlihat, pasti air mata mudah merembes dan tangan menghulurkan bantuan. Saat suami memegang tangan isteri sambil meluahkan rasa, isterinya baru saja membayarkan harga makanan untuk seseorang yang kurang mampu membayar.

Dulu tak ada laman sosial untuk viral kan perbuatan baik dan buruk. Dari kolum sebeginilah aku tahu tentang realiti hidup. Belum lagi tentang kisah Chairil Anwar (bukan nama sebenar) yang meluahkan rasa hibanya melihat bekas kekasihnya acapkali pulang ke kampung dengan suami pilihan keluarga.

Betapa kerana kasihnya dia dengan kekasihnya, Chairil Anwar terpaksa berjanji dengan ayah kekasihnya untuk pergi jauh di Kuala Lumpur sehinggalah kekasihnya selamat berkahwin dengan lelaki lain. Hanya kerana dia bekerja sebagai buruh kontrak yang bermandi peluh setiap hari, cinta Chairil Anwar yang tulus dipandang sepi oleh sang ayah.

Dulu tak ada page confession. Tak ada page kisah rumah tangga. Kolum sebeginilah jadi inspirasi aku. Pengajarannya melekat dalam diri aku. Semoga aku, malah kita semua beroleh cinta hakiki. Disayangi oleh kerana hati yang ikhlas dan tak pandai membenci. Inshaallah.

Sunday 17 September 2017

Monolog tentang anak-anak

Di kedai tadi, anak buahku mampir memeluk kaki aku.

"Mak Long, mana atuk?"

Jawab aku "Mak Long pun tak nampaklah Ateh. Jom kita cari Atuk sama-sama, ya".

Mungkin aku terlebih berfikir. Tapi perasaan aku masa Ateh memeluk kaki aku tadi semacam saja. Macam seorang anak yang betul-betul mengharapkan insan rapatnya membantunya. Ateh memang rapat sangat dengan Atuknya.

Perasaannya sama macam masa aku ribakan seorang anak yatim di Darul Fuqaha dulu. Sambil dia berbaring, petah dia berbicara kisah arwah mak dan ayahnya. Sesekali dia meminta 'smartphone' aku, untuk menghubungi makciknya di kampung. Aku tak beri, sebab sudah diberitahu oleh kawan yang anak ini lemah sikit emosinya. Jangan dilayankan sangat. Aku alih perhatiannya dengan aktiviti dan 'cerita hantu'.

Kalaulah semua kanak-kanak dipeluk erat selalu, mungkinkah mereka menjadi penyayang kelak?

Kalaulah semua kanak-kanak didengar cerita dari mulutnya, mungkinkah mereka menjadi pendengar yang baik kelak?

Kalaulah semua kanak-kanak punyai 'role model' sempurna sepanjang membesar, mungkinkah mereka menjadi orang baik dan membantu manusia lainnya?

Kalaulah semua kanak-kanak cukup didikannya, mungkinkah mereka tidak menganiaya sesiapa walau dicemuh dihina?

Aku tak ada anak lagi. Tapi aku punya anak buah. Kawan aku punya anak dan anak buah. Jiran aku punya anak dan anak buah. Jadi hal anak ini tetap aku perlu ambil kisah. Kita semua hidup dalam komuniti dan negara yang sama. Dunia yang sama. Wallahua'lam.

Monday 11 September 2017

'Silent War' Dengan Jiran

Bila membeli rumah, ada suatu perkara yang kita susah nak baca. Tak macam kriteria lain seperti kemudahan awam, bencana alam, kadar jenayah, jarak dengan pejabat dan lain-lain. Perkara itu adalah hati budi jiran tetangga. Diulang, hati budi jiran tetangga. Perkara ini kita hanya akan tahu lepas beberapa lama duduk di situ.

Bermula dari 'renovation' rumah, suami seorang jiran dah bakar kontraktor kami. Hasut kontraktor, kononnya dia caj kami murah sangat. Kesannya kontraktor buat kerja macam haram jadah hanat semua ada. Sampai sekarang aku belum maafkan apa yang kontraktor dan suami jiran itu buat.

Minggu lepas pula tayar kereta aku pancit. Baru 'start' enjin, stereng kereta aku dah berat ke belah kiri. Naluri aku memang kuat cakap ini khianat. Tak mengapa. Aku 'drive' sampai ke stesen LRT, sebab aku tahu abang penjaga parking di situ baik hati. Abang itu tolong aku tukar kepada tayar 'spare'. Abang itu cakap dia tak faham macam mana tayar aku pancit sebab dia tak jumpa apa-apa lubang kesan paku atau batu.

Pagi ini mekanik buktikan pada aku: memang tayar aku pancit sebab khianat. Tayar aku baru lagi. Memang tak ada lubang di mana-mana.

Baiklah. 'This means war to me'. Aku belum redha dan memang doakan pelakunya dapat balasan. Aku tak pernah terfikir pun nak buat orang. Dah dua kali aku teraniaya akibat perangai hanat jiran. Hari ini juga aku akan ambil tindakan. Tunggu...

Bila Tayar Kereta Pancit

Minggu lepas aku lambat ke pejabat. Puncanya tayar kereta aku pancit. Masa aku mula memandu, aku dah rasa pelik. Stereng kereta berat ke sebelah kiri. Tak mengapalah, perlahan-lahan aku memandu sehingga sampai ke stesen LRT Kinrara BK5. Siap parking kereta lagi elok-elok lagi. Fikirku, senang nak gerak ke pejabat nanti.

Bila aku keluar dari kereta, oh my, memang tayar depan belah kiri sudah pancit. Aku call ayah. Ayah cakap cuba check ada tak tayar spare dalam bonet. OK, ada.

Tapi siapa nak pasang tayar spare itu? Hmmm...aku terus terfikir abang penjaga parking.

"Bang, tayar saya pancit. Boleh tolong tak?"

"Kejap ya. Saya kena siapkan kerja".

Dalam 30 minit berikutnya aku bertukar peranan dengan abang tersebut. Sambil abang tukar tayar, aku pula yang menulis resit parking untuk customer. Siap tandatangan OK! Haha.

Alhamdulillah semuanya lancar. Aku memberikan sedikit upah kepada abang tersebut. Saat aku menulis ini, aku berada di Sin Siang Hin Cheras, untuk servis 60,000KM dan tayar yang pancit itu. Harap semuanya OK saja.

Peace!

Friday 8 September 2017

Savage Demi Cinta: Hidup Tetap Perlu Diteruskan

Seumur hidup, aku tak pernah merasa bercinta. Bajet nak bercinta selepas nikah. Kerlassss..tapi semasa umur aku 30an Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang buat aku pening kepala.

Pening sebab apa? Sebab di sebalik segala ketidaksempurnaan dia, aku boleh jatuh cinta dan sayang pada dia. Sampaikan klimaksnya baru-baru ini aku tersedar betapa savage nya aku bila aku dapat tahu yang dia dah tak sukakan aku lagi. Tak macam masa mula-mula dia approach aku.

Walaupun aku berkali-kali suruh dia mengaku kalau dia memang masih bercinta dengan ex GF dia, aku tetap tak mendapat jawapan. Malah aku pula yang dimarahi sebab kacau orang yang terdekat dengan dia (aku PM ex GF dia di FB,  bertanyakan apa sebenarnya status hubungan mereka).

Sudahnya aku diblock di Whatsapp. Mesej dia pada aku semua bernada keras, meminta supaya jangan diganggu lagi. Katanya aku terlalu mengongkong dia. Sedangkan dia yang tak faham maksud kongkongan yang sebenar. Dia yang tak faham to what extent seorang perempuan yang sayangkan dia akan buat untuk mendapatkan dia. Atau untuk meninggalkan dia dengan jawapan yang tepat dan hati yang tenang.

Lepas dimarahi aku menangis semahunya. Walaupun aku cuba memeluk kucing aku, kucing aku pun lari dari aku dan memilih untuk bermain sesama mereka. Hampeh punya kucing.

Aku mula sedar, lepas segala usaha yang dah aku lakukan, dia telah memilih untuk membuang aku. Sebab aku tak penting langsung untuk dia. Tapi aku takkan doakan yang buruk untuk dia. Aku tak pernah doakan benda buruk untuk orang yang aku sayang.

Aku cuma perlu menerima takdir yang aku memang malang dalam cinta. Aku tak mampu nak bayangkan ada orang yang akan membalas cinta aku suatu hari nanti. Sebab sampai hari ini, beginilah nasib aku. Malang. Jumpa orang yang alim, tak bersedia. Jumpa orang yang nakal, dibuang macam kucing kurap pula.

Bukan aku yang meminta nak jumpa mereka, pun. Ada saja kejadian yang menemukan kami. Kawan aku kata aku terlalu mudah untuk menyerahkan hati. Entahlah. Mungkin juga.

Hmmm...bertabahlah duhai hati. Kena semaikan keyakinan bahawa semua ini cuma sementara. Tak berbaloi untuk difikirkan terlalu dalam. Kena fokus pada kehidupan yang perlu diteruskan. Biarlah orang buat kita. Jangan kita buat orang. Sedih. Tapi kadang kita tak punya pilihan.

Thursday 7 September 2017

Review Chalet Peribadi: D Chalet Ombak Biru

Review kali ini ke Melaka pula- D Chalet Ombak Biru. Kalau kalian pernah sampai ke Pengkalan Balak, bolehlah cari chalet ini OK. Pada saat aku menulis, chalet ini baru lebih kurang 4 minggu dibuka.

1) Proses booking

Kami booking adhoc saja, lepas kenduri di rumah makcik aku di kampung Londang. Sepupu aku yang memang dah book bilik di situ yang tolong call dan book untuk kami. Smooth lah prosesnya.

2) Proses check-in

Check-in sangat smooth. Sebab ayah aku yan uruskan. Haha. Kami yang lain cuma tahu masuk dalam bilik saja. 😁😁😁

3) Ciri-ciri keselamatan

Tak perlu scan kad untuk masuk. Cuma kunci biasa. Sesuailah dengan jenis chalet yang ala-ala sempoi ini.

4) Hiasan dalaman chalet dan bilik

Sebab chalet ini masih baru, semuanya nampak cantiklah di mata kami. Biliknya comel, dengan konsep minimalis. Juga TV flatscreen dengan rancangan Astro yang minimum. Bolehlah kami tengok Sukan SEA 2017. Hehe.

5) Kemudahan di chalet

Tiada breakfast disediakan. Ada Astro, ada kettle, mini fridge dan hot shower. Tak ada wardrobe, cuma ada built-in penyangkut baju. Iron ada di luar, dikongsi dengan penghuni lain.

Kami rasa tak perlu dibuat macam bilik kecil untuk solat dan menyangkut baju. Biar saja bilik itu luas begitu saja, sebab pelanggan yang datang ramai jenis keluarga, yang mungkin tidur atas tilam atas lantai. Bila ada wall divider, macam susah nak adjust ruang tidur.

6) Kemudahan di luar chalet

Yang seronoknya chalet ini ada kolam renang. Anak buah aku si Fateh sukalah. Berenang tak ingat dunia! 😄😄😄

Parking percuma saja, depan bilik masing-masing. Hehe. Ada kedai makan berdekatan. Ada masjid juga berdekatan. Paling mak ayah aku suka, ada pasar pagi yang jual seafood segar pada harga yang agak murah. Tapi kena drive sikitlah.  
Keseluruhannya, santai! Sesuai untuk short trip balik kampung dan family day.

Peace!

Monday 4 September 2017

Lettin' Go: The Hardest Thing to Do

Letting all of the pain and gain go is not gonna be easy. The in and out decisions made earlier were not easy too. In this regard, a help from outside is highly needed. This is the time for more prayers and hopes. This is the time when tears rolling fast down the cheek. This is indeed, a tiring time for me.

What lies ahead might not be clear today. But I believe as cliche as it is, things happen for many good reasons. Hanging on is easy but letting go, I doubt would be easy.

Tough life, meaningful experiences, happy and lovely outcomes. Leave it to Allah. We are just human being, with flaws inside out. Do not overthink, do not assume things. Relax, enjoy the moments. Cry if we must.

Thursday 31 August 2017

Merdeka: Note to Myself

I was on the way to Putra Heights to pick up a cake from my usual baker. As I drove through the housing areas, I noticed one thing: All of the houses were gated and guarded. No sign of kids playing. Silence everywhere, except for the sound of car engines.

After picking up the cake, I used Waze application to head back to Sri Petaling. Waze directed me to village roads, around Kampung Tengah area. Here, I saw many kids playing and laughing. Some of them rode their modified bicycles while waving Malaysian flag. Houses here do not have security guards to take care of them.

I was unsure which housing area was safer though. Or which housing area was the kind of place I would choose to live. But I know for sure about one thing: We cannot buy freedom. Not in a place where we have to pay to be safe. In this regard, I would choose to be one of the kids on bicycle, as they are living their life the way they should, as kids.

Peace!

Wednesday 30 August 2017

Selamat Hari Kemerdekaan

Kereta meluncur dari KLCC ke pejabat kami di Pudu. Pemandu Grab petah bertutur, dengan dialek Sabah yang sangat-sangat pekat. Kawanku di sebelah melihat telefon. Aku sajalah yang melayan pemandu bersembang.

"Tahun 1990an dulu aku kerja di KL bah. Hari merdeka di masa itu tak sama dengan sekarang. Susah mahu tengok orang bawa bendera sekarang. Agaknya kenapa kamu rasa?".

"Entahlah. Saya pun tak pasti" aku memberi jawapan selamat.

"Pemimpin kita terlalu kuat berpolitik aku rasa. Bergaduh sana sini. Lepas itu aku tengok yang kaya masih lagi mahu kaya. Sampai berapa keturunan pun tak habis hartanya. Pelik aku bah".

Dia bertanya, dia juga yang menjawabnya.

"Mungkin betul lah itu. Sampai hilang semangat mahu sambut merdeka" jawabku ringkas.

Wang dihulur kepada pemandu. Kami keluar dari kereta dan menuju ke pejabat.

Mungkin saja kita keliru dengan banyak hal di negara kita. Tak mengapalah. Janji kita tak berpecah-belah. Kita yang mengharungi 'rat race' setiap hari. Jangan sampai hilang nilai manusiawi dan jati diri.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun.

Kita semua adalah businessman dan businesswoman

Agak lama juga aku berfikir tentang hal ini. Tentang betapa kecilnya ruang lingkup kita tentang bisnes. Di mata kita bisnes harus punya entiti. Bisnes online juga lama-kelamaan akan mewujudkan entiti. Di mata kita juga seorang pekerja yang bergaji harian, mingguan atau bulanan itu adalah si pemakan gaji, bukan ahli bisnes. Bukan sedikit polemik berkaitan berbisnes vs makan gaji yang kita baca di sana sini.

Kita semua sememangnya adalah businessman dan businesswoman. Sekurang-kurangnya di mata akulah. Biarlah kalau lain di mata orang lain pun.

Orang di jalanan yang mempamerkan tisu dan menadah tangannya:

Mereka businessman dan businesswoman, menjual produk tisu dengan harga seikhlas hati.

Orang buta yang menyanyi sambil menadah tangannya:

Mereka businessman dan businesswoman, menjual suara buat hiburan kita.

Orang yang bekerja di pejabat setiap hari dan mendapat gaji bulanan:

Mereka businessman dan businesswoman, menjual khidmat tenaga dan mental dengan harga yang tetap setiap bulan.

Jadi apa yang nak disampaikan sebenarnya?

Kita sudah lama menjadi bos untuk diri sendiri. Setiap jalan hidup kita hanyalah 'tools' untuk kita berubah dan lebih maju. Yang terlihat gah tak mesti yang terbaik. Ada beza antara penjual tisu dengan peminta sedekah. Di pejabat, kalau kita tak mampu lagi melayan 'customer cum boss' kita, angkat kaki sajalah. Lebih-lebih lagi bagi Gen Y, yang percaya 'Customers are not always right'.

Banyak komitmen sampai tak mampu nak tukar 'customer cum boss' yang tip top dengan 'perks' yang hebat?

Tepuk dada tanya selera. Selesa? Teruskan. Bosan? Tukar hala tuju bisnes kita. Jual khidmat kita kepada 'customer' atau 'customer cum boss' baru pula. Rezeki Allah itu luas. Janji jangan kedekut dengan mak ayah, rajin bantu orang dan haiwan yang memerlukan.

Peace!

Monday 28 August 2017

Pelajaran dari semut

Minggu lepas aku beli coklat sebotol. Ada coklat Bounty, Milky Way dan lain-lain yang sedap-sedap belaka. Balik dari pejabat mesti aku capai beberapa biji buat pemanis tekak.

Malam tadi, bila saja aku capai botol coklat itu, aku terkejut sebab di dalamnya penuh semut. Semut mayat yang berbau busuk, OK. Paling tak seronok bila aku termakan semut dalam coklat Bounty kegemaran aku. Ughhhhhh...memang pelik rasanya.

Aku mula marah dan melambakkan coklat di atas meja makan. Aku ketuk-ketuk coklat-coklat, supaya semut-semut bertempiaran lari. Ikutkan hati mahu saja aku buang coklat-coklat itu, tapi kawan aku cakap 'packaging' coklat itu kukuh, semut takkan boleh masuk. Kawanku yang memasukkan coklat-coklat ke dalam peti ais, sebab aku masih bengang dengan perangai semut.

Bila dah tenang sikit, aku mula membuat analisis. Aku perhatikan semut-semut itu. Hmm..aku tahu, walaupun 'packaging' coklat itu kukuh, semut tetap dapat masuk dan menikmati kelazatan coklat. Sebab apa? Sebab semut adalah binatang yang kuat berusaha. Semut bekerja sebagai sebuah pasukan, bukan berseorangan. Buktinya kes akulah! Makan entah berapa ekor semut dalam coklat Bounty. Semut tak boleh masuk konon. Hahaha.

Semut binatang yang hebat. Kecil tapi kuat semangat. Seekot semut di dalam air atau makanan boleh membuatkan seorang manusia meradang. Jadilah seperti semut.

Peace!

Saturday 26 August 2017

Keletah Anak-anak Buah

Aku belum berkahwin, maka tak adalah anak sendiri. Tapi Alhamdulillah setakat hari ini aku sudah ada tiga orang anak buah yang manja kededek dan selalu buat aku rindu. Anak-anak buah aku dua orang lelaki (Fateh dan Aqeef) dan seorang perempuan (Mawaddah).

Fateh, hmmm...petah bercakap, bijak berfikir dan rapat dengan atuk dan nenek. Mungkin sebab atuk dan nenek jaga dia dalam tempoh yang agak lama.

Aqeef pula, ayam kampung. Haha. Kecil, tapi sekali menangis boleh bikin haru-biru. Disebabkan ayahnya tauke aiskrim, maka bakatnya memakan aiskrim pun terserlah. Ish ish ish...Aqeef oh Aqeef.

Mawaddah, the only princess buat masa ini. Muka macam Cina, Jepun dan seumpama dengannya. Kalau senyum, alahai comel betul. Kalau menangis pun, sorry, tak comel langsung! Haha!

Kanak-kanak memang ada super power yang menarik kita ke arah mereka. Kata-kata dan tingkah laku mereka sangat jujur. Ikutkan pengalaman aku dengan anak-anak yatim sebelum ini, sama saja perangai mereka. Cuma mungkin anak-anak yatim lebih clingy dan sensitif.

Apapun, merekalah penghibur di dunia yang serba serabut ini. Pandang saja wajah mereka, hati jadi tenang. Tapi pandang wajah mereka masa happy saja OK! Masa meragam, parents masing-masing sila ambil anak anda sekarang! Hohoho.

Semoga semua kanak-kanak di dunia ini membesar menjadi orang yang baik-baik dan berbakti kepada masyarakat. Semoga kanak-kanak yang kebuluran dan miskin kuat semangat dan bantuan Allah sampai kepada mereka dengan mudah sekali. Amin.

Wednesday 23 August 2017

Kisah 'Pasang Telinga' dengan Kawan

Terpukul dengan kejadian seakan-akan 'kawan makan kawan' yang berlaku siang tadi. Seorang kawan sepejabat (kugelarkan sebagai B) masuk ke dalam bilik bos. Tiba-tiba datang seorang lagi kawan sepejabat (kugelarkan sebagai C) datang kepadaku sambil berbisik:

"Tolong pasang telinga".

Aku faham. Sebab meja kerja aku betul-betul di depan bilik bos. Aku dalam keadaan yang sangat-sangat sesuai untuk 'pasang telinga'.

Yang aku tak faham adalah ini:

Mereka berdua sebenarnya berkawan baik, bersama beberapa orang lagi. Geng makan, geng kerja, geng whatsapp, geng FB.

Aku? Aku adalah orang luar bagi geng mereka. Menyuruh aku 'pasang telinga' dengan hal kawan baik sendiri itu bagi aku agak sukar diterima.

Petang sedikit aku ditebak dengan soalan follow up:

"Apa status 'pasang telinga' awak?"

Aku menjawab ringkas:

"Business as usual. Nothing fancy".

Ada atau tiada gosip panas, itulah saja jawapan aku.

Maaf, aku punya prinsip hebat tentang menjaga kerahsiaan sahabat. Walau sahabat ini berkata tentang sahabat itu, takkan sesekali aku mudah menyampaikan. Malah mungkin saja aura kerahsiaanku ini menyerlah, hingga ramai yang bercerita kepadaku tentang apa sahaja. Pecahlah perutku, mulut aku tetap bisu dari bercerita.

Fikir sebelum berkata-kata. Fikir sebelum menyebarkan cerita. Fikir akan nasib dia yang menjadi mangsa. Fikir jika itu adalah kita. Kita semua tak sempurna. Itu bukan alasan menganiaya atau membuat angkara.

Semoga kita dijauhkan dari hasad dengki dan seumpama dengannya. Aminnn.

Saturday 19 August 2017

YOLO Day

1) Pukul 5.00 pagi-Buat presentation deck

2) Pukul 8.00 pagi-Send out presentation deck dan gerak ke pejabat.

3) Pukul 10.30 pagi-Meeting dengan task force members, dengan presentation deck yang dibuat pada pukul 5 pagi itu.

4) Pukul 1.10 petang-Ambil cuti half day. Balik rumah dan lunch.

5) Pukul 3.30 petang-Pergi Ariani Bangi untuk belikan inner tudung mak.

6) Pukul 4.30 petang-Gerak ke KL dalam hujan angin ribut untuk jumpa ex-boss.

7) Pukul 5.30 petang-Bincang perihal masa depan dengan ex-boss.

8) Pukul 8.30 malam-Gerak ke Mali"s Corner Danau Kota. Lepak dengan kawan-kawan lama.

9) Pukul 12.00 pagi-Balik ke rumah. Solat, terus tumbang. Zzzzzzzzz

Memang YOLO!

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Peace!

Wednesday 16 August 2017

Review Food Delivery Peribadi: De' Safiyah GG Hokkaido Cake Bajet

Aku tak pernah merasa kek Hokkaido  sebelum ini. Jadi, bila kawan aku Fithrah (Fith) beritahu dia jual kek Hokkaido aku pun teruslah order. Nah, ini review ikhlas aku OK!

1) Proses membuat order

Sebab dah tahu nak order apa dan dah biasa dengan Fith, order jadi sangat smooth lah. Whatsapp saja Fith dengan butiran order, bila nak deliver, lokasi delivery dan harga. Terbaik!

2) Proses delivery oleh seller

Fith sendiri hantar kek, ditemani mak dan ayahnya. Kerlassss kan! Smooth delivery, tak sesat jalan. Haha.

3) Kuantiti dan kualiti produk

Aku jamah sebiji saja sebenarnya, sebab busy dengan meeting. Selebihnya aku beri pada officemate untuk makan. Semua puji keknya sangat cute, dengan bunga kecil. Saiznya just nice untuk dimakan. Bila disusun dalam kotak putih, memang nampak sweet sangat!

Keknya sangat fluffy/gebu dan krimnya pun bursting like heaven bila digigit. Rasa krim tak terlalu manis, jadi tak muaklah bila makan. Nyams!

Harga? Untuk 12 biji pada RM20, sangatlah berbaloi OK! Ditambah dengan kepuasan hati tentang tekstur dan rasa kek, aku boleh cakap it is a not to be missed deal and taste.

Kepada Fith: Jalan terus! Mana tahu suatu hari nanti income dari aktiviti baking jadi double dari gaji bulanan. Kipidap!

FB : Nur Fithrah Samuri
IG :  de.safiyah

Kredit gambar: Fithrah dan Weeda (Whatsapp)

Monday 14 August 2017

GERABA(K)ATA@LRT Masjid Jamek

Buat kalian yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT, pakat-pakatlah singgah di pameran GERABA(K)ATA: Puisi di Jalan Raya di laluan pejalan kaki bawah tanah, stesen LRT Masjid Jamek. Kurator untuk projek ini adalah Projek Dialog, Zikri Rahman dan Allie Hill. 

Ada banyak puisi pendek yang menarik untuk tatapan kita semua. Ada yang kelakar, tapi masih penuh dengan mesej. Ada puisi dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Khayal jugalah membaca bait-bait puisi yang ada di sini. 

Puisi-puisi di GERABA(K)ATA adalah hasil nukilan Usman Awang, Pyan Habib, A. Samad Said, Muhammad Haji Salleh, Malachi Edwin Vethamani, Siti Zainon Ismail, Marian Wells, T. Alias Taib, Fan Yew Teng, Shirley Geok-Lim, Zurinah Hassan, Nuruddin dan Ee Tiang Hong.

Masa terbaik untuk membaca puisi-puisi ini adalah pada pukul 8.00 malam ke atas pada hari bekerja. Sebab pada masa ini orang dah tak ramai, senang nak membaca puisi dan mengambil gambar. Kalau hari minggu, tak pasti pula. Orang cuti, kan. Bolehlah cuba juga OK. 

Oh, sebelum terlupa. Pameran GERABA(K)ATA ini adalah sebahagian daripada projek Art on the Move oleh RapidKL. Boleh ikuti perkembangan pameran-pameran terkini di page FB RapidKL, OK! Tak silap aku, tak lama lagi akan ada projek KUCINGTA MU pula, khas buat penggemar kucing. Tunggu! 

Nota kaki:

Tahun ini bajet untuk travel sangat ciput. Maka kita fokus pada benda-benda murah dan percuma.

Next project: Tunggu lanskap di area Hang Tuah siap. Inshaallah nanti sampai aku ke sana. Nampak macam menarik, berwarna-warni.

Peace!


KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...