Sunday, 17 September 2017

Monolog tentang anak-anak

Di kedai tadi, anak buahku mampir memeluk kaki aku.

"Mak Long, mana atuk?"

Jawab aku "Mak Long pun tak nampaklah Ateh. Jom kita cari Atuk sama-sama, ya".

Mungkin aku terlebih berfikir. Tapi perasaan aku masa Ateh memeluk kaki aku tadi semacam saja. Macam seorang anak yang betul-betul mengharapkan insan rapatnya membantunya. Ateh memang rapat sangat dengan Atuknya.

Perasaannya sama macam masa aku ribakan seorang anak yatim di Darul Fuqaha dulu. Sambil dia berbaring, petah dia berbicara kisah arwah mak dan ayahnya. Sesekali dia meminta 'smartphone' aku, untuk menghubungi makciknya di kampung. Aku tak beri, sebab sudah diberitahu oleh kawan yang anak ini lemah sikit emosinya. Jangan dilayankan sangat. Aku alih perhatiannya dengan aktiviti dan 'cerita hantu'.

Kalaulah semua kanak-kanak dipeluk erat selalu, mungkinkah mereka menjadi penyayang kelak?

Kalaulah semua kanak-kanak didengar cerita dari mulutnya, mungkinkah mereka menjadi pendengar yang baik kelak?

Kalaulah semua kanak-kanak punyai 'role model' sempurna sepanjang membesar, mungkinkah mereka menjadi orang baik dan membantu manusia lainnya?

Kalaulah semua kanak-kanak cukup didikannya, mungkinkah mereka tidak menganiaya sesiapa walau dicemuh dihina?

Aku tak ada anak lagi. Tapi aku punya anak buah. Kawan aku punya anak dan anak buah. Jiran aku punya anak dan anak buah. Jadi hal anak ini tetap aku perlu ambil kisah. Kita semua hidup dalam komuniti dan negara yang sama. Dunia yang sama. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...