Friday, 8 September 2017

Savage Demi Cinta: Hidup Tetap Perlu Diteruskan

Seumur hidup, aku tak pernah merasa bercinta. Bajet nak bercinta selepas nikah. Kerlassss..tapi semasa umur aku 30an Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang buat aku pening kepala.

Pening sebab apa? Sebab di sebalik segala ketidaksempurnaan dia, aku boleh jatuh cinta dan sayang pada dia. Sampaikan klimaksnya baru-baru ini aku tersedar betapa savage nya aku bila aku dapat tahu yang dia dah tak sukakan aku lagi. Tak macam masa mula-mula dia approach aku.

Walaupun aku berkali-kali suruh dia mengaku kalau dia memang masih bercinta dengan ex GF dia, aku tetap tak mendapat jawapan. Malah aku pula yang dimarahi sebab kacau orang yang terdekat dengan dia (aku PM ex GF dia di FB,  bertanyakan apa sebenarnya status hubungan mereka).

Sudahnya aku diblock di Whatsapp. Mesej dia pada aku semua bernada keras, meminta supaya jangan diganggu lagi. Katanya aku terlalu mengongkong dia. Sedangkan dia yang tak faham maksud kongkongan yang sebenar. Dia yang tak faham to what extent seorang perempuan yang sayangkan dia akan buat untuk mendapatkan dia. Atau untuk meninggalkan dia dengan jawapan yang tepat dan hati yang tenang.

Lepas dimarahi aku menangis semahunya. Walaupun aku cuba memeluk kucing aku, kucing aku pun lari dari aku dan memilih untuk bermain sesama mereka. Hampeh punya kucing.

Aku mula sedar, lepas segala usaha yang dah aku lakukan, dia telah memilih untuk membuang aku. Sebab aku tak penting langsung untuk dia. Tapi aku takkan doakan yang buruk untuk dia. Aku tak pernah doakan benda buruk untuk orang yang aku sayang.

Aku cuma perlu menerima takdir yang aku memang malang dalam cinta. Aku tak mampu nak bayangkan ada orang yang akan membalas cinta aku suatu hari nanti. Sebab sampai hari ini, beginilah nasib aku. Malang. Jumpa orang yang alim, tak bersedia. Jumpa orang yang nakal, dibuang macam kucing kurap pula.

Bukan aku yang meminta nak jumpa mereka, pun. Ada saja kejadian yang menemukan kami. Kawan aku kata aku terlalu mudah untuk menyerahkan hati. Entahlah. Mungkin juga.

Hmmm...bertabahlah duhai hati. Kena semaikan keyakinan bahawa semua ini cuma sementara. Tak berbaloi untuk difikirkan terlalu dalam. Kena fokus pada kehidupan yang perlu diteruskan. Biarlah orang buat kita. Jangan kita buat orang. Sedih. Tapi kadang kita tak punya pilihan.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...