Saturday, 30 September 2017

Inspirasi dari Kisah Cinta Pra Laman Sosial

Masa aku di UM dulu aku suka baca satu kolum dalam suratkhabar hujung minggu. Kolum itu banyak mengajar aku tentang realiti hidup. Malang sekali aku lupa nama kolum itu. Sedih. Sekarang kolum itu dah tiada lagi, tak hipster dan trending agaknya.

Antara yang paling aku ingat adalah kisah seorang suami yang meluahkan rasa bertuahnya dia mendapat isterinya. Isterinya jenis yang tak boleh tengok orang susah. Pantang terlihat, pasti air mata mudah merembes dan tangan menghulurkan bantuan. Saat suami memegang tangan isteri sambil meluahkan rasa, isterinya baru saja membayarkan harga makanan untuk seseorang yang kurang mampu membayar.

Dulu tak ada laman sosial untuk viral kan perbuatan baik dan buruk. Dari kolum sebeginilah aku tahu tentang realiti hidup. Belum lagi tentang kisah Chairil Anwar (bukan nama sebenar) yang meluahkan rasa hibanya melihat bekas kekasihnya acapkali pulang ke kampung dengan suami pilihan keluarga.

Betapa kerana kasihnya dia dengan kekasihnya, Chairil Anwar terpaksa berjanji dengan ayah kekasihnya untuk pergi jauh di Kuala Lumpur sehinggalah kekasihnya selamat berkahwin dengan lelaki lain. Hanya kerana dia bekerja sebagai buruh kontrak yang bermandi peluh setiap hari, cinta Chairil Anwar yang tulus dipandang sepi oleh sang ayah.

Dulu tak ada page confession. Tak ada page kisah rumah tangga. Kolum sebeginilah jadi inspirasi aku. Pengajarannya melekat dalam diri aku. Semoga aku, malah kita semua beroleh cinta hakiki. Disayangi oleh kerana hati yang ikhlas dan tak pandai membenci. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...