Saturday 26 November 2016

Taman Eko Rimba KL: Hutan Simpan Bukit Nanas

Lepas ke Fraser Hill, Irean mencadangkan pula untuk pergi ke Taman Eko Rimba KL: Hutan Simpan Bukit Nanas. Katanya ada canopy walk, dengan konsep forest in a city. Aku yang sangat-sangat terinspirasi dari trip Fraser Hill pun apa lagi. Terus buat carian di Google dan nah, tepat jam 8.00 pagi hari ini aku dah terpacak di lokasi.

Kalau guna aplikasi Waze, cari lokasi Pusat Maklumat Perhutanan. Nanti kita akan sampai di Bukit Nanas, OK. Kadar parking adalah RM10(rasanya kawasan parking ini bukan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan). Aku terlupa yang tempatnya dekat dengan pejabat aku. Patutnya aku parking percuma saja di pejabat dan berjalan kaki ke sini. Tak apalah. Lesson learnt. Hehe.

Masuk ke sini adalah PERCUMA ya. Kita boleh memilih nak masuk dari pintu gerbang kawasan hutan atau pintu gerbang canopy walk terus. Macam aku tadi, aku masuk dari pintu gerbang kawasan hutan. Aku explore dulu Taman Herba, Rumah Pakis dan Dataran Batai sebelum melalui canopy walk.

Alang-alang sampai ke sini, aku membiarkan diri aku khayal sekejap dengan pokok-pokok herba dan pakis yang siap dilabelkan. Sungguh mengasyikkan. Aku paling kagum dengan pokok herba Jarum Tujuh Bilah. Pada batangnya ada semacam beberapa kelompok duri yang panjang dan halus. Setiap kelompok memiliki sebanyak 7 duri(jarum). Maha Suci Allah yang menciptakan pokok ini dan pokok-pokok lainnya.

Disebabkan aku masuk dari pintu gerbang kawasan hutan, aku melawan arus di canopy walk. Bertembung dengan orang yang dah habis. Hehe. Tapi tak apa, sebab tak ada tulis pun yang mana kawasan masuk dan keluar. Lagipun aku sampai awal pagi. Tak ramai orang. Sempat aku snap gambar pejabat aku dari atas canopy walk itu. Memang cantik. Tapi ada sedikit rasa gayat bila sampai di kawasan yang agak tinggi. Aku mempercepatkan langkah tanpa menoleh ke bawah.

Masa yang diambil untuk tour kawasan hutan dan canopy walk: 45 minit.

Tandas? Ada, di pintu gerbang canopy walk. Seingat aku, di pintu gerbang kawasan hutan tiada tandas.

Tour guide? Tak perlu. Redah saja. Inshaallah selamat.

Nyamuk? Banyak. Sila pakai mosquito repellant OK.

Seronok? Ya, walaupun tak boleh lawan Fraser Hill yang tenang dan sunyi tanpa deruman kuat enjin kereta.

Next trip? Taman-taman rimba di sekitar KL dan Selangor. Oh yeah!

Oh ya. Aku ke sini seorang diri OK. Happy dapat buat aktiviti begini seorang diri. Tenang dan bebas. Tapi jika kalian nak ikut, boleh saja. Kita calling-calling OK! Syaratnya mesti konsep free and easy, tanpa protokol dan syarat-syarat. Just enjoy the nature. Lepas itu boleh teruskan dengan hal masing-masing.

Adios.


MIA Conference 2016

Ini post tertangguh namanya. Sebab keletihan pergi conference dan kelas P4 selepasnya. Tapi post tentang aktiviti di Fraser Hill yang berlaku kemudian boleh pula, betul tak? Tetttttt....jangan marah. 😅😅😅

Tahun ini merupakan kali pertama aku pergi ke MIA Conference. Event yang sangat besar, dengan seramai 2,600 peserta dari dalam dan luar negara.

Aku memang akauntan yang derhaka. Sebab antara semua sesi itu, ada 2 sesi saja yang aku suka iaitu "Managing Stress through Diet and Nutrition" (ada Kevin Zahri) dan sesi "Unity towards Nation Building" (ada Dato' Soh Chin Aun dan kawan-kawan team bolanya).

Sesi lain bagi aku, OK lah. Mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk mengulas intipati setiap sesi itu. Sebab aku pun dah nak keluar dari profesion akauntan hahahahaha. Tapi aku masih open to any options. Aku cuma nak buat benda yang baru, yang mencabar minda aku dari segi lain pula. Bukan nombor. Bukan report. Bukan dunia korporat. We will see. Tunggu lulus exam P4 dulu. Mudah-mudahan. Amin.

Buat mereka yang memang highly passionate dalam bidang ini: Teruskan perjuangan samada memajukan profesion ini secara keseluruhan mahupun memajukan profesion ini di kalangan Bumiputera. Aku sokong kalian.

Oh ya. Walaupun aku tak minat nak networking sepanjang conference ini, sekurang-kurangnya aku seronok dapat jumpa bos lama, En Shahrul, pensyarah P2 pertama, En Salihin dan sudah semestinya chilling during all the sessions dengan BJ, Fazi dan Sya(junior FPP di UM dulu).

Next year pun ada juga conference begini. Nak pergi tak? Hmmm...we will see. Sebab segalanya bergantung kepada beberapa faktor lain yang masih tergantung. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin.

Thursday 24 November 2016

Kisah Kita dan Makanan

Makanan adalah keperluan hidup yang paling asas. Di sesetengah negara, makanan umpama emas dan berlian, sukar didapati. Di Malaysia, makanan macam air. Sana-sini makanan di depan mata. Cuma perlu ada ongkos untuk membelinya.

Hari ini aku makan tengahari di Chilli's KLCC. Baru pertama kali. Itu pun sebab menemankan kawan aku. Sepanjang tahun ini aku kerap serba salah untuk makan di tempat yang mahal. Baru-baru ini dalam suatu forum yang aku pergi, panelis menceritakan tentang kawannya yang berkata begini di suatu sesi makan buffet:

"Makanan di Malaysia ini yang boleh dimakan seorang, boleh mengenyangkan 30 orang di negara saya".

Insaf. Sungguh aku insaf.

Makanan adalah keperluan. Jangan mudah terikut-ikut budaya meraikan makanan secara melampau hingga berlaku pembaziran. Ingat-ingatlah akan mereka yang kelaparan akibat kemiskinan. Walau banyak manapun duit kita, semuanya datang dengan izin Allah juga. Lebih baik duit yang lebih itu kita gunakan untuk memberi makan kepada orang yang kurang bernasib baik. Wallahua'lam.

Tips Cinta dari Si Bujang kepada Si Bujang Lainnya

Dalam kelompok masyarakat yang normal, setiap manusia harus berpasangan (kahwin) dan meneruskan keturunan melalui zuriat. Tapi zaman sekarang ramai lelaki mahupun perempuan yang hidup berseorangan. Ada yang sengaja memilih berseorangan, namun ramai juga yang pasrah dengan segala bentuk kegagalan dalam percubaan untuk berjodoh.

Aku termasuk golongan yang pasrah. Naluri ingin berkahwin itu ada, tapi segala percubaan menemui kegagalan. Tapi tak mengapa. Sebab aku boleh berkongsi pengalaman di blog ini. Mana tahu, kalian juga boleh mendapat manfaat darinya.

Pengalaman-pengalaman aku itu aku kongsikan dalam bentuk tips-tips begini:

1) Kenal dan tahu diri sendiri dan objektif hidup di dunia

Kena tahu kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Tahu kegemaran sendiri. Tahu apa yang kita nak dalam hidup ini pada suatu masa. Contoh, pada umur 13-17 tahun kita masih belajar. Jadi kita mesti belajar. Pada umur 18-23 tahun kita membina foundation untuk kerjaya kita samada akan makan gaji atau berniaga sendiri. Harus fikir masak-masak untuk bercinta dan berkahwin pada umur sebegini. Hanya diri kita tahu samada kita sedia atau tidak. Jangan mudah mengikut trend atau pendapat lapuk yang tidak lagi relevan.

2) Lihat pencapaian orang sekeliling yang difikirkan hebat, kemudian fikir bagaimana jika kita di tempat mereka?

Tengok kawan post kebahagiaan berkeluarga di FB, kita rasa cemburu. Setiap hari ada saja post bahagia sweet macam gula. Walaupun bukan semua, ingatlah bahawa mereka yang terlihat bahagia itulah yang mungkin aktif di Whatsapp bercerita masalah rumahtangga mereka. Jadi nilai diri kita, samada itu yang kita mahukan atau tidak, OK! Lain orang lain dugaannya. Yang kita lihat mungkin bukan situasi sebenarnya. Wallahua'lam.

3) Buka hati untuk melihat dunia dari sudut berbeza

Ayat macam canggih, betul tak? Buka hati maksudnya cuba-cubalah buat sesuatu yang baru. Pergi melancong, sambung belajar, sertai kerja amal, pergi seminar-seminar dan lain-lain. Tak mesti dengan niat nak bertemu jodoh. Lagi ramai orang yang kita kenal walaupun tak rapat, lagi luas pengalaman kita. Cara kita melihat sesuatu situasi juga akan berubah menjadi lebih tenang dan matang. Percayalah.

4) Si dia juga kenal dan tahu dirinya dan  objektif hidupnya

Orang cakap umur tak menentukan kematangan fikiran. Ada betulnya juga. Selagi si dia faham tanggungjawabnya kepada keluarganya, diri kita mahupun orang sekeliling, Inshaallah si dia tahu segala keutamaan dan mampu menguruskan hidupnya dengan baik. Bila kita dan si dia sama-sama fokus, Inshaallah segala cabaran akan mudah ditempuhi.

5) Jangan sesekali lupa nasihat ibu bapa

Biasanya ibu bapa kita akan memberikan komen-komen seperti begini:

"Dunia kau dan dia berbeza. Tak sesuai"

Atau begini:

"Dia tak matang. Cari yang lain"

Boleh juga begini:

"Mak/ayah tak suka dia. Tak tahu kenapa tapi rasa tak suka"

Berhati-hatilah dalam memberi hati. Mak ayah kita lebih dulu berpengalaman dari kita. Mereka boleh menilai tabiat manusia dengan sekali pandang saja.

Lagi satu, sebelum buat perkara yang tak berapa manis dengan si dia, ingatlah kesannya kepada ibu bapa kita jika tertangkap nanti. Malu mereka. Pastinya kita sayangkan mereka, bukan?

6) Tahu bila perlu keluar dari hubungan yang tiada hala tuju

Dalam sebuah hubungan, matlamat akhirnya mestilah untuk berkahwin dan membina keluarga. Kalau setakat nak isi masa lapang dan beramas mesra, percayalah, otak kita yang akan serabut dan jiwa akan jadi kacau. Antara tanda-tanda si dia tak serius:

- Mengelak bila diajak datang ke rumah
- Memberi seribu satu alasan bila disebut tentang persediaan nak kahwin
- Kita hanya dicari bila si dia bosan dan tiada kerja. Bila si dia serabut, kita disuruh keluar dari hidupnya. Katanya hanya menambah kusut di fikiran. Sepatutnya kitalah orang pertama yang dicari(selepas keluarganya, jika ada) jika si dia mahu mengadu masalahnya. Kitalah sumber inspirasi dan ketenangannya. Kalau kita hanya pilihan terakhir setiap masa, apa tunggu lagi? Silalah angkat kaki OK!

7) Faham tubuh badan sendiri dan fungsi organ seksual

Ini sangat relevan dalam zaman sekarang. Zaman teknologi canggih yang kadang-kadang membuatkan kita lupa yang  mana baik dan yang mana buruk.

Tubuh badan kita dicipta dengan fungsi yang tersendiri. Payudara dicipta untuk menggoda suami dan menyusukan anak-anak. Kemaluan dicipta untuk memuaskan suami/isteri dan melahirkan anak bagi perempuan.

Tubuh badan kita bukan untuk tayangan kepada sebarangan orang. Jangan mudah memberi gambar tubuh badan kita kepada si dia. Kalau putus, mungkin si dia menyebarkan gambar kita di laman sosial. Hati manusia sukar dibaca. Mencegah itu lebih baik, bukan?

Juga, tubuh badan kita bukan untuk dikerjakan sebelum masanya iaitu sebelum pernikahan. Jagalah anggota badan kita sebaiknya. Ianya adalah amanah dari Allah. Boleh?

OK tak tips aku ini? Semoga bermanfaat. Jangan risau kalau masih membujang. Perkahwinan bukanlah segala-galanya. Allah tahu perancanganNya. Kita hanya perlu sabar(walaupun dengan air mata) dan ingat sesuatu: Kehidupan tetap perlu diteruskan, samada berkahwin atau tidak.

Adios!

Tuesday 22 November 2016

Terima kasih abang penjaga parking!

Ini adalah gambar tiket parking. Tiket parking yang diisi ke dalam plastik dan diselitkan di wiper kereta.

Kenapakah tiket tersebut diletakkan di dalam plastik?

Sebab takut terkena air hujan.

So? Apakah signifikasi tiket itu? Tak berapa nak faham.

Paginya, abang penjaga parking beritahu yang dia kehabisan tiket parking untuk diberikan kepada pemilik kenderaan. Katanya, nanti dia akan selitkan di kereta kami.

Satu, boleh saja dia tak beri langsung tiket tersebut. Sebab yang penting kami sudah membuat bayaran dan meletakkan kereta.

Dua, boleh saja dia selitkan tiket tersebut tanpa plastik. Biarlah kalau kena air hujan pun. Janji siap kerja. Betul tak?

Tapi abang penjaga parking telah membuat kerjanya sehabis baik dan teliti. Tiket tersebut siap bertandatangan dan bertarikh, cantik dibalut dengan plastik.

Masih tak faham?

Buatlah apa sahaja kerja atau aktiviti sehabis baik. Dalam ramai-ramai manusia yang berhati ais tiada rasa, pasti ada yang nampak hasil kerja kita. Recognition is undeniably important. Tapi ianya di luar kuasa kita kadang-kadang. Selepas kerja kita beres, jika masih tiada yang mengiktiraf, sekurang-kurangnya kita boleh highlight kepada mereka, bersama bukti hasil kerja kita.

Kita manusia biasa. Pasti ada sedikit rasa mahu dihargai, biarpun dengan ucapan "Terima kasih" sahaja.

Terima kasih abang penjaga parking!

Berhenti Berharap kepada Manusia

Biasa dengar tak tentang tiada gunanya kita berharap kepada manusia? Sebenarnya, memang betul pun. Sebab manusia sentiasa akan mengecewakan kita. Kerana manusia biasanya hanya memikirkan diri mereka terlebih dahulu. Ini fitrah. Kita sendiri pun sama sahaja. Bila tiba masanya, kita akan mendahului kepentingan kita berbanding orang lain.

Letih bila manusia tidak melihat kepada diri kita, juga pencapaian diri kita. Sedih bila diri kita dipandang sebelah mata sahaja oleh sesetengah manusia, hanya kerana rendahnya jawatan kita di dalam organisasi. Kita seakan tidak wujud di mata mereka.

Belum lagi sebut tentang hubungan istimewa. Yang kita harapkan biasanya tak menjadi kenyataan. Diri kita hanya istimewa saat si dia berkepentingan. Selain dari itu kita dibiarkan penuh kekeliruan.

Lalu, apakah yang perlu kita lakukan?

Tahu nilai diri. Mula rancang untuk pergi dari semua mereka yang tak menghargai. Lebih baik hidup berdikari dan hanya berharap pada Illahi. Beranikan diri untuk keluar dari keselesaan. Cabar diri untuk buat sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Paling penting, jangan sesekali toleh ke belakang dan berpatah balik. Itu namanya kurang bijak.

Semoga beroleh ketenangan. Amin.

Sunday 20 November 2016

Fraser Hill dan Kuala Kubu Bharu:Menggamit Memori-Part 1

Aku kembali lagi ke sini. Fraser Hill dan Kuala Kubu Bharu. Tempat yang aku takkan pernah jemu untuk pergi. Pekan Kuala Kubu Bharu memang sangat klasik dan penuh kenangan buat aku. Makanannya sedap, murah dan pelbagai. Pekannya kecil sahaja tapi sangat dekat di hati aku.

Fraser Hill pula, walaupun jalannya berselekoh tajam dan memeningkan kepala, tetap masih menarik aku untuk kembali, tak kira untuk kali yang ke berapa. Aku nak pergi ke Cameron Highland pula lepas ini, untuk membandingkan yang mana lebih sejuk dan mendamaikan.

Saat ini, awan sudah mula berkabus. Begitu mengasyikkan. Perut aku sudah kenyang dijamu dengan makanan yang dibawa oleh kawan-kawan sepejabat. Aku nak berehat sekejap, sebelum sesi BBQ malam nanti.

Oh, aku lupa untuk memaklumkan. Kami tidur di Villa Agrobank. Ada rakan-rakan yang tidur di banglo dan apartmen Maybank. Villa Agrobank ini sangat luas, tetapi penuh tangga disebabkan reka bentuknya yang meninggi di atas bukit. Tadi aku dah pun bermain snuker dan berkaraoke. Semenjak kebelakangan ini, aku suka betul berkaraoke. Berangan suara sedap. Hihi. Jangan marah.

Malam ini aku tidur lena. Suatu yang sangat susah aku lakukan kalau di tempat orang. Alhamdulillah.

Saturday 19 November 2016

Fraser Hill dan Kuala Kubu Bharu: Menggamit Memori-Part 2

Bangun pagi seawal 6.45 pagi. Otak tenang. Alhamdulillah. Lepas sarapan kami pergi jungle trekking. Ikutkan, semua track ditutup tapi kami ikut so-called guide kami, Kim Mee dan suaminya. Track kami hanya 1 kilometer sahaja. Good sweat. Tak payah pergi gym. Hehehe.

Habis trekking kami berjalan balik ke Villa Agrobank. Another good sweat. Kemas barang, mandi dan makan tengahari. Check out pukul 2 petang. Kami singgah di kedai kopi Sun Sun Nam Cheong di Kuala Kubu Bharu. Kawan sepejabat aku yang kenalkan aku dengan kedai kopi ini, yang terkenal dengan roti bakar, kopi dan masakan hailam.  Sudah tiga keturunan bisnes mereka. Pemiliknya sekarang sangat-sangat humble. Hidup ini mudah, kata beliau. Ada kedai makan dah cukup untuk hidup. Duit tak penting. Yang paling penting cuma dua perkara:

1) Kesihatan

2) Anak-anak yang mendengar kata

Ingatkan nak beli roti dan homemade kaya mereka, aku nak beli untuk keluarga di rumah. Malas nak beli barang di Fraser Hill sebab dulu aku dah pernah beli. Tapi nampaknya tiada stok kaya yang boleh dibeli. Balik tangan kosong sajalah aku.

Alhamdulillah. Esok mula bekerja keras sebelum exam leave. Exam leave nanti aku nak off telefon. Nak fokus. Aku mesti lulus. Mesti study sehabis baik. Yeahhhh!!!

Tuesday 15 November 2016

Kaunter luahan hati-#2

I have always knew that I am not meant to climb the corporate ladder. In corporate world, we are supposed to be able to shine and be seen as performing. While I may perform reasonably well, I still hate one particular thing:

Proving myself to others.

I do not have to do this. Really. I know my responsibilities and willing to go extra miles to complete my tasks. But I hate it when people say I must SHOW that I actually perform. Perhaps I am still in classical mode where I believe our deliverables should speak more than our talking.

I need to find alternatives to this. I just can't fit in this world. Seriously.

Kaunter luahan hati-#1

I just read two people giving sarcastic comments to each other in a post. Honestly I wish sarcastic people do not exist in this world. Because of them, it's difficult to differentiate between true and bad intentions.

Back in 2014, an auditor came to me asking basic questions, which normal clients hated. As an ex auditor myself, I understand that this auditor just want to learn the process. I explained in detail to her and my last remark was " If you have anymore queries just come to me ya. I will help you".

Soon after that, I heard her team talking about my remark, indicating that I have given a very sarcastic remark. I did not confront her because it was unnecessary. But in my heart I asked " What is happening nowadays? People interpret our honest intentions in such a bad way, just because some sadistic people out there claimed that sarcasm is cool".

What a world. I have already ditched pages with sarcasm cause it's not cool, really! It only creates more keyboard warriors who cannot accept other people's opinion.

Thursday 10 November 2016

ACCA P4: Sesal tapi tak menyesal

Hari ini aku memulakan kelas revision untuk subjek terakhir dalam peperiksaan ACCA iaitu P4:Advanced Financial Management. Kelas kali ini lebih ramai pelajarnya.

Suatu yang paling menarik perhatian aku ialah ramai pelajar-pelajar yang muda belia. Subjek P4 ini merupakan subjek elektif yang biasanya diambil akhir sekali sebelum grad. Maknanya adik-adik ini pasti cemerlang dalam peperiksaan mereka sebelum ini. Alhamdulillah.

Tapi...aku jealous. Huhu. Sebab aku dah umur 30an baru nak merasa subjek ini. Rasa macam lamanya masa yang aku gunakan untuk sampai ke tahap ini. Huhu.

Baiklah. Aku cuba positifkan diri. Bukan aku seorang yang dah seasoned dalam kelas ini. Ramai lagi. Hehe. Lagipun dalam tahun-tahun yang sebelum ini, aku dah berjumpa dengan ramai orang yang baik-baik di dalam kelas. Pensyarah-pensyarah aku pun baik-baik dan sangat bersemangat mengajar kami.

Aku juga belajar yang tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Cuma perlu lebihkan usaha. Allah dah rancang perjalanan hidup kita. Pasti ada hikmahnya. Baiklah. Aku ada rasa sesal, tapi aku tidak akan menyesal. Allah knows best!

Semoga aku mudah menerima ilmu dan lulus dalam peperiksaan P4, dan akhirnya graduate! Amin ya Allah.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...