Tuesday, 22 November 2016

Berhenti Berharap kepada Manusia

Biasa dengar tak tentang tiada gunanya kita berharap kepada manusia? Sebenarnya, memang betul pun. Sebab manusia sentiasa akan mengecewakan kita. Kerana manusia biasanya hanya memikirkan diri mereka terlebih dahulu. Ini fitrah. Kita sendiri pun sama sahaja. Bila tiba masanya, kita akan mendahului kepentingan kita berbanding orang lain.

Letih bila manusia tidak melihat kepada diri kita, juga pencapaian diri kita. Sedih bila diri kita dipandang sebelah mata sahaja oleh sesetengah manusia, hanya kerana rendahnya jawatan kita di dalam organisasi. Kita seakan tidak wujud di mata mereka.

Belum lagi sebut tentang hubungan istimewa. Yang kita harapkan biasanya tak menjadi kenyataan. Diri kita hanya istimewa saat si dia berkepentingan. Selain dari itu kita dibiarkan penuh kekeliruan.

Lalu, apakah yang perlu kita lakukan?

Tahu nilai diri. Mula rancang untuk pergi dari semua mereka yang tak menghargai. Lebih baik hidup berdikari dan hanya berharap pada Illahi. Beranikan diri untuk keluar dari keselesaan. Cabar diri untuk buat sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Paling penting, jangan sesekali toleh ke belakang dan berpatah balik. Itu namanya kurang bijak.

Semoga beroleh ketenangan. Amin.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...