Ini adalah gambar tiket parking. Tiket parking yang diisi ke dalam plastik dan diselitkan di wiper kereta.
Kenapakah tiket tersebut diletakkan di dalam plastik?
Sebab takut terkena air hujan.
So? Apakah signifikasi tiket itu? Tak berapa nak faham.
Paginya, abang penjaga parking beritahu yang dia kehabisan tiket parking untuk diberikan kepada pemilik kenderaan. Katanya, nanti dia akan selitkan di kereta kami.
Satu, boleh saja dia tak beri langsung tiket tersebut. Sebab yang penting kami sudah membuat bayaran dan meletakkan kereta.
Dua, boleh saja dia selitkan tiket tersebut tanpa plastik. Biarlah kalau kena air hujan pun. Janji siap kerja. Betul tak?
Tapi abang penjaga parking telah membuat kerjanya sehabis baik dan teliti. Tiket tersebut siap bertandatangan dan bertarikh, cantik dibalut dengan plastik.
Masih tak faham?
Buatlah apa sahaja kerja atau aktiviti sehabis baik. Dalam ramai-ramai manusia yang berhati ais tiada rasa, pasti ada yang nampak hasil kerja kita. Recognition is undeniably important. Tapi ianya di luar kuasa kita kadang-kadang. Selepas kerja kita beres, jika masih tiada yang mengiktiraf, sekurang-kurangnya kita boleh highlight kepada mereka, bersama bukti hasil kerja kita.
Kita manusia biasa. Pasti ada sedikit rasa mahu dihargai, biarpun dengan ucapan "Terima kasih" sahaja.
Terima kasih abang penjaga parking!
Ya Allah, bagusnya orang tu. Insaf. Apa pun pekerjaan yang kita lakukan mesti buat betul-betul. Mesti buat dengan ikhlas. Terima ksih Cik Fairuz, buat saya muhasabah diri.. :'(
ReplyDelete