Sunday, 20 November 2016

Fraser Hill dan Kuala Kubu Bharu:Menggamit Memori-Part 1

Aku kembali lagi ke sini. Fraser Hill dan Kuala Kubu Bharu. Tempat yang aku takkan pernah jemu untuk pergi. Pekan Kuala Kubu Bharu memang sangat klasik dan penuh kenangan buat aku. Makanannya sedap, murah dan pelbagai. Pekannya kecil sahaja tapi sangat dekat di hati aku.

Fraser Hill pula, walaupun jalannya berselekoh tajam dan memeningkan kepala, tetap masih menarik aku untuk kembali, tak kira untuk kali yang ke berapa. Aku nak pergi ke Cameron Highland pula lepas ini, untuk membandingkan yang mana lebih sejuk dan mendamaikan.

Saat ini, awan sudah mula berkabus. Begitu mengasyikkan. Perut aku sudah kenyang dijamu dengan makanan yang dibawa oleh kawan-kawan sepejabat. Aku nak berehat sekejap, sebelum sesi BBQ malam nanti.

Oh, aku lupa untuk memaklumkan. Kami tidur di Villa Agrobank. Ada rakan-rakan yang tidur di banglo dan apartmen Maybank. Villa Agrobank ini sangat luas, tetapi penuh tangga disebabkan reka bentuknya yang meninggi di atas bukit. Tadi aku dah pun bermain snuker dan berkaraoke. Semenjak kebelakangan ini, aku suka betul berkaraoke. Berangan suara sedap. Hihi. Jangan marah.

Malam ini aku tidur lena. Suatu yang sangat susah aku lakukan kalau di tempat orang. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...