Lepas ke Fraser Hill, Irean mencadangkan pula untuk pergi ke Taman Eko Rimba KL: Hutan Simpan Bukit Nanas. Katanya ada canopy walk, dengan konsep forest in a city. Aku yang sangat-sangat terinspirasi dari trip Fraser Hill pun apa lagi. Terus buat carian di Google dan nah, tepat jam 8.00 pagi hari ini aku dah terpacak di lokasi.
Kalau guna aplikasi Waze, cari lokasi Pusat Maklumat Perhutanan. Nanti kita akan sampai di Bukit Nanas, OK. Kadar parking adalah RM10(rasanya kawasan parking ini bukan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan). Aku terlupa yang tempatnya dekat dengan pejabat aku. Patutnya aku parking percuma saja di pejabat dan berjalan kaki ke sini. Tak apalah. Lesson learnt. Hehe.
Masuk ke sini adalah PERCUMA ya. Kita boleh memilih nak masuk dari pintu gerbang kawasan hutan atau pintu gerbang canopy walk terus. Macam aku tadi, aku masuk dari pintu gerbang kawasan hutan. Aku explore dulu Taman Herba, Rumah Pakis dan Dataran Batai sebelum melalui canopy walk.
Alang-alang sampai ke sini, aku membiarkan diri aku khayal sekejap dengan pokok-pokok herba dan pakis yang siap dilabelkan. Sungguh mengasyikkan. Aku paling kagum dengan pokok herba Jarum Tujuh Bilah. Pada batangnya ada semacam beberapa kelompok duri yang panjang dan halus. Setiap kelompok memiliki sebanyak 7 duri(jarum). Maha Suci Allah yang menciptakan pokok ini dan pokok-pokok lainnya.
Disebabkan aku masuk dari pintu gerbang kawasan hutan, aku melawan arus di canopy walk. Bertembung dengan orang yang dah habis. Hehe. Tapi tak apa, sebab tak ada tulis pun yang mana kawasan masuk dan keluar. Lagipun aku sampai awal pagi. Tak ramai orang. Sempat aku snap gambar pejabat aku dari atas canopy walk itu. Memang cantik. Tapi ada sedikit rasa gayat bila sampai di kawasan yang agak tinggi. Aku mempercepatkan langkah tanpa menoleh ke bawah.
Masa yang diambil untuk tour kawasan hutan dan canopy walk: 45 minit.
Tandas? Ada, di pintu gerbang canopy walk. Seingat aku, di pintu gerbang kawasan hutan tiada tandas.
Tour guide? Tak perlu. Redah saja. Inshaallah selamat.
Nyamuk? Banyak. Sila pakai mosquito repellant OK.
Seronok? Ya, walaupun tak boleh lawan Fraser Hill yang tenang dan sunyi tanpa deruman kuat enjin kereta.
Next trip? Taman-taman rimba di sekitar KL dan Selangor. Oh yeah!
Oh ya. Aku ke sini seorang diri OK. Happy dapat buat aktiviti begini seorang diri. Tenang dan bebas. Tapi jika kalian nak ikut, boleh saja. Kita calling-calling OK! Syaratnya mesti konsep free and easy, tanpa protokol dan syarat-syarat. Just enjoy the nature. Lepas itu boleh teruskan dengan hal masing-masing.
Adios.
No comments:
Post a Comment