Kereta menyusur ke kiri di lebuhraya. Mahu keluar ke lorong yang menghala ke rumah. Lihat sebuah kereta berwarna merah sedang teragak-agak mahu ke kiri juga. Baiklah, masuklah di depan keretaku, walau fikirku "Lembabnya kereta ini".
Tersangkut dalam kesesakan pula. Rupa-rupanya ada roadbock oleh JPJ. Tiba-tiba "Dummmm!" Bunyi kuat datang dari depan. Rupa-rupanya kereta merah yang teragak-agak tadi sudah menghentam kereta di depannya.
Kalau aku tak memberi kereta merah itu laluan tadi, mungkin keretaku yang akan dihentam kuat. Alhamdulillah aku diberi kewarasan untuk memberi laluan dan bersabar. Mungkin juga aku hilang sabar kalau keretaku kemek, bukan?
Perjalanan diteruskan, kerana sudah ada beberapa kereta lain berhenti untuk membantu mereka yang terlibat dalam insiden itu.
Sabar.
No comments:
Post a Comment