Sejak mula menyewakan dua bilik di rumah, ada beberapa perkara yang aku pelajari:
1) Kalau nak sewakan keseluruhan rumah, jangan renovate besar-besaran. Cukup hanya repair apa yang patut. Kenapa? Kerana penyewa takkan menjaga rumah kita macam kita yang jaga. Percayalah.
2) Kalau sewakan bilik dan kita tinggal bersama, usahlah harapkan penyewa akan mengemas rumah kita. Mereka kemas bilik dan bilik air pun dah cukup baik. Ruang tamu, dapur dan halaman rumah biarlah kita saja yang kemas. Kecewa nanti kalau kita harapkan mereka.
3) Beritahu betul-betul terma-terma kita macam jumlah deposit yang akan dipulangkan jika cukup syarat, tak boleh bawa lelaki/perempuan dan lain-lain. Screenshot apa yang patut contohnya iklan asal mencari penyewa dan bukti penyewa membuat bayaran/kita memulangkan duit. Apa-apa konflik kita boleh tunjukkan bukti.
4) Kena sabar dan tegas dalam sesetengah perkara. Ada macam-macam ragam penyewa. Macam penyewa aku yang sekarang ini, makan sentiasa dalam bilik. Sanggup basuh banyak bekas berisi lauk berbanding pinggan mangkuk. Tak mahu langsung makan sekali dengan aku atau sesekali kongsi makanan(walaupun aku bukanlah nak sangat makanan dia). Mula-mula aku pelik tapi lama-lama aku fikir biarlah. Janji dia bayar sewa.
5) Jangan pula tunjuk lagak semata-mata kerana kita pemilik rumah OK. Bersederhanalah. Risau juga kalau tiada siapa yang nak sewa di rumah kita.
Adios.
No comments:
Post a Comment