Tuesday 5 June 2018

Tips Interview Kerdil Dari Aku

Hari ini aku kongsikan sedikit tips atau peringatan untuk interview. Tips ini aku kongsikan hasil dari pengalaman menjadi panel interview kecil-kecilan baru-baru ini. Mungkin ada yang kita dah biasa baca atau nampak klise tapi aku peduli apa kahkahkah. Perspektif kita mungkin berbeza, betul?

1) Bersyukur apa adanya

Kalau kita dah ada pekerjaan tak kira tetap atau kontrak, kita wajib bersyukur. Lebih-lebih lagi kalau kerja itu memang dalam bidang yang kita belajar di universiti, atau bidang itu memang yang kita minati.

Kenapa?

OK jawapannya klise. Sebab banyak lagi orang di luar yang menganggur atau bekerja dalam bidang yang di luar pengajian atau minat mereka. Tapi bila aku tengok sendiri calon-calon yang datang interview, nampak jelas yang mereka sebenarnya penat, kurang berpuas hati dan mungkin hilang harapan dengan kerja mereka yang sekarang.

Jangan salah faham ya. Mereka terima apa saja kerja, tapi aku boleh faham perasaan sebenar mereka. Mereka masih struggling dalam mencari rentak kerjaya mereka.

Dalam tak sedar aku doakan semoga mereka jumpa juga apa yang mereka nak.

2) Never give up never surrender

Kalau interview kali ini gagal, jangan trauma atau kecewa lama sangat. Cepat-cepat bangkit semula dan cuba interview lain pula.

Fikirkan ini bila kita pergi interview:

Kita boleh tahu apa yang syarikat-syarikat atau organisasi mahu, yang mungkin juga sedang trending di Malaysia atau di dunia. Contohnya kemahiran atau pengetahuan tentang Fintech atau mungkin pengetahuan tentang dasar negara luar seperti Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Kita juga boleh bina kemahiran baru, hasil dari berjumpa dengan pelbagai manusia. Kita belajar untuk menyusun ayat yang ringkas tapi jelas maksudnya. Kita juga belajar untuk mendengar dahulu dan memahami soalan sebelum menjawab.

Aku pernah jumpa orang yang dah pergi lebih kurang 100 interview. Memang memenatkan dan kadang-kadang rasa sangat hopeless, tapi hidup perlu diteruskan dan usaha tetap perlu ada. Yakinlah yang rezeki kita tetap ada, cuma kita perlu belajar melalui sedikit kesusahan dahulu.

3) Elakkan topik yang tak perlu

Melainkan panel interview yang memulakan provokasi, jangan sesekali bercakap mengenai topik yang menunjukkan kita terlalu defensive atau punya personal issues. Contohnya ada calon yang menyebut dia nak membuktikan yang dia boleh berjaya juga walaupun CGPAnya rendah. Padahal panel interview tak pernah  menyentuh secara direct pun tentang topik itu.

Lepas dari itu, sesi interview jadi agak kurang menyenangkan dan panel interview semacam ada persepsi yang calon ini mungkin punya personal issue yang belum selesai dan mungkin kurang sesuai untuk jawatan yang dipohon.

Key point nya adalah ini: Play safe. Go with the flow dulu. Kita nak lebih tunjukkan sisi positif kita kepada panel interview, betul?

4) Confidence level mesti tinggi

Panel interview kadangkala tak mahukan jawapan yang betul pun. Cukup sekadar calon mampu menjawab dengan yakin. Salah tak mengapa. Kalau memang tak tahu langsung, jawab saja tak tahu, tapi akan usaha untuk mendapatkan jawapannya.

Kenapa confidence level kena tinggi?

Sebab dunia pekerjaan memerlukan kita bertanyakan banyak soalan kepada banyak orang. Kita juga perlu berani menyuarakan pendapat atau mempertahankan hak kita. Kalau tak kita mungkin dibuli oleh orang lain. Dunia pekerjaan ada macam-macam jenis manusia, tau. Nak tak nak kita kena bersedia secukupnya.

5) Resume mesti elok

Format resume sekarang memang lebih menarik  rasanya berbanding zaman aku dulu. Ada banyak template yang boleh kita gunakan, tapi pastikan:

• Template yang digunakan tidak terlalu warna-warni atau banyak sangat corak. Fokus kepada isi resume, bukan design semata-mata.

• Semak semula ejaan dan tatabahasa. Nama syarikat atau negara perlu dimulakan dengan huruf besar (pernah dengar atau belajar tentang kata nama khas, bukan?). Kalau tak pasti, boleh Google atau bertanya dengan keluarga atau kawan.

Pernah dengar tentang proof read? Proof read adalah menyuruh orang lain menyemak tulisan kita.

Kenapa kena proof read?

Sebab kita yang buat resume takkan perasan kesilapan kita. Tapi orang lain yang membaca resume kita pasti boleh tunjukkan kesilapan kita. Cubalah. Kita akan nampak perubahannya nanti.

Tak tahulah orang lain bagaimana. Tapi aku pantang sikit lihat resume yang ada kesan liquid paper. Nampak macam cincai dan tangkap muat.

Cukup dulu rasanya tips kerdil dari aku. Kalau bermanfaat, bolehlah kongsikan dengan orang lain, ya. Aku doakan kita semua berjaya dalam pencarian kita, tak kisahlah samada kerja makan gaji atau bisnes sendiri. Aminnn.

Saturday 2 June 2018

Kawan

Kawan,
Terima kasih mengisi ruang hidup.
Yang memberi nasihat membaca Al-Kahfi.
Yang mengambilkan bungkusan belian online.
Yang menyuruh meninggalkan jejaka poyo.
Yang menenangkan saat diri remuk dengan ujian.
Termasuk yang berhenti bersembang untuk menonton Kamen Rider.
Juga yang selalu lambat atau penuh rengekan.
Yang pernah jadi teman bergaduh hingga telefon kulempar ke dinding.
Yang membebel bagai ibu-ibu.
Yang kaki shopping sambil buat duit.
Yang anti sosial tapi punya anak berani.
Aduhai kawan.
Terima kasih.
Syukur ke hadrat Illahi. *Gambar sekadar hiasan. ðŸ˜Ž

Teman Kembara Yang Baik

Teman kembara yang baik haruslah:
1) Mudah diajak berbincang dan membahagikan tugas
2) Berfikiran terbuka namun dengan batas normal agama/bangsa
3) Berdisiplin tinggi tentang masa dan tanggungjawab masing-masing
4) Tidak terlalu berkira tentang duit
5) Tenang dan boleh bergurau di saat genting
Mudah-mudahan ada rezeki kembara lagi. Amin.


You Are Strong On Your Own

The reason for leaving sometimes is to return.
Simply to return.
Come what may, always return to where you belong.
Remember, you are stronger on your own. Others are just there to help you learn new things.

Image may contain: 1 person, smiling, standing and outdoor

Travel Untuk Apa?



Travel untuk apa?
Untuk ambil gambar 'rare', gambar cantik kata sesetengah orang.
Gambar cantik memang elok dipandang.
Tapi yang lebih penting lagi adalah kisah di sebalik gambar.
Momen senyum gelak tawa sebelum bergambar.
Momen terpeleot dengan beg galas di bahu selepas bergambar.
Momen diam melihat ajaibnya ciptaan Allah SWT.
Momen susah senang di tempat orang dengan yang tersayang.
Momen dapat tahu sejarah tempat itu ini dari 'tour guide' atau dari 'signboard'.
Momen tak lalu makan atau cirit-birit seharian akibat salah makan lantas terlepas aktiviti seharian.
Semoga lebih ramai orang dapat travel.
Semoga lebih ramai orang faham kenapa ada manusia sanggup tinggalkan kerja hebat demi travel.
Semoga segala impian kita tercapai. Apa saja impian. Bukan setakat travel.
Aminnn.

No automatic alt text available.

Friendship Bonding Time

Doc said have a time for myself other than time for others.
Well, time spent with these ladies are time spent for myself too I suppose. Two more could not make it.
We were not that close when we studied in UM. But we met during the 'manusia berlumba-lumba kahwin' age and became close till now.
Blessed to have them in my life.

Image may contain: 5 people, including Nor Sobah Mohd Jamirin and Nana Raihana, people smiling, people sitting, eyeglasses and food

Nasi Ayam Vegetarian untuk Sahur

1st time dalam hidup aku.
Sahur makan nasi ayam vegetarian.
Rupa macam ayam.
Rasa macam ayam.
Siap ada macam merah(darah tiruan) bila kurang masak di belah dalam.
Dibuat daripada fu cuk yang dibalut pada batang aiskrim.
Layan jugalah. Haha.
Tak tahu nak jelaskan perasaan aku macam mana.
Cuma tiba-tiba terfikir, aku telah berjaya makan ayam tanpa mengorbankan seekor ayam.
Bagi orang vegetarian atau vegan, it's a huge achievement though.
Lepas ini projek ikan vegetarian pula.
Baru acah-acah saja OK. Bukan 100% pun lagi.
Beli, bukan buat sendiri OK. Beza dua itu. Hohoho.

Penipu Yang Merindu

Penipu
Penipu besar
Pura-pura
Pura-pura tak hirau
Gila
Gila bila tiada
Gembira
Hanya bila ada
Rindu
Bila ada dan tiada

Usah Menghina Negara Sendiri

Kita pergi negara orang untuk belajar sisi baik buruk mereka. Kemudian kita balik pula ke negara kita dan reflek semula apa yang boleh kita ubah sebagai individu.
Tak perlu melantun-lantun bercakap menghina negara sendiri, rakyat sendiri hanya sebab kita rasa kita dah kenal dunia yang lebih luas mungkin hanya pada jarak. Mulakan dengan diri kita sendiri.
Sebarkan manfaat mengembara, biar ramai yang terbuka mata mahu belajar benda baru.
Kongsikan nilai positif yang kita lihat dan alami di negara lain. Kalau asyik selfie wefie hashtag 24 jam, hmmm tak mengapalah wall dia. What to do.

Image may contain: motorcycle

Stay Single Until You Find the Right Reason To Marry

In today's world, being single is seriously not an issue. Other than the misery of feeling lonely sometimes, believe me you are a strong person.

You do not have to seek permission to do what you want.

You are free to befriend anybody from anywhere across the globe.

You make every single decision on your own. Of course you sometimes seek other people's opinion, just to confirm your stand.

You work hard just for your own and your family. No one else influence your work arrangements or plans.

You get to choose which activities make you learn about life. For example some of us choose to teach the orphans. Some choose to adopt a child. Some choose to rescue stray animals. Some choose to spend their time with the elderly people. The others choose activities like traveling or hiking. Up to you, really.

You know what you want when it comes to marriage or settling things down. You know that a person who says " I don't wanna think much" or "I don't care what you think" when you confess your feelings to them are a**h**es. If he or she loves you, he or she will never let you be in a situation to lose you. Ever. Leave this person for good forever.

Know the right reason to settle yourself down for marriage or families. Look around to your married friends and ask yourself whether you want to be like them or you just want to be enough on your own until a day you find someone to kind of complete you.

Cabaran Orang Bujang Berbuka Puasa Alone

Ini antara cabaran orang bujang yang berbuka puasa alone.

Diberi duduk di pintu masuk.


Diberi duduk di meja paling panjang.


Diberi pula 2 gelas dengan alasan gelas besar dah habis.


Nanti uncle auntie onion sebelah ni cakap pasangan aku tak sampai-sampai pula. Alangkah lonelynya dia.


Yang di atas hanyalah usikan nakal minda kita sendiri OK. Buat saja cara kita. Janji kita tak kacau orang. 

Kalau ada juga yang betul-betul membawang depan kita jawab saja:


"Jangan sampai aku usha laki kau" .

Sambil gelak syaitan.


Chill. Selamat meneruskan ibadah puasa.
.
#ramadhan
#singleisfine
#love

Image may contain: one or more people and indoor

Bersangka baik

Hidup kita ini perlu lebih banyak bersangka baik sesama manusia. Selalu orang katakan fikir yang baik, dapat yang baik. Percayalah, ianya sangat benar dan perlu kita praktikkan setiap masa.

Antara hikmah bersangka baik adalah kita kurang membicarakan hal orang lain. Kita kurang menyibuk hal orang lain dan lebih sibukkan hal sendiri yang belum pasti bagaimana perihalnya.

Jangan pula kita memilih dalam bersangka baik. Usahakan melihat aspek positif dalam semua perkara, dengan semua orang. Tanpa nama yang panjang, jawatan yang dipegang, duit yang disimpan malah mungkin jumlah negara yang kita dah jejak  kita hanyalah manusia biasa yang diciptakan dari tanah  semata-mata.

Bagaimana jika masih tak boleh 'blah' dengan sesetengah manusia sekeliling?

Itu maksudnya ada sebab kenapa kita memang tak boleh 'blah' dengan mereka. Tak perlu hipokrit, jauhkan saja diri kita dari mereka. Tapi jangan pula kita membawa mulut bercerita akan keburukan mereka. Jaga tepi kain kita saja sudah mencukupi. .

Bagaimana kalau ada manusia yang masih memilih untuk menganiayai kita, walaupun kita tak pernah sekali pun mengusik mereka?

Jika berpeluang, pertahankan diri kita. Jika tidak berpeluang atau keadaan tidak mengizinkan, redha dan teruskan kehidupan macam biasa. Percayalah, keburukan sikap mereka akan terserlah dengan sendiri. Cuma masa yang akan menentukan. Yang penting, kita jangan jadi seperti mereka.

#nasihat
#motivasi
#selfreminder
#love
#kuangsiwaterfall

Image may contain: plant, outdoor, nature and water

Laggards

Pernah dengar istilah 'Laggards'?

Laggards adalah manusia yang terakhir sekali menerima sesuatu produk atau teknologi.

Laggards sejak dulu telah diabaikan oleh orang bisnes. Ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang hebat dan semuanya perlu cepat, laggards memang hampir tak wujud dalam pelan pemasaran orang bisnes.

Laggards ini kalau secara teorinya kecil saja bilangannya. Mereka dikatakan tidak berduit sangat dan selalunya berada dalam kelas sosial yang rendah dalam masyarakat.

Bila ada produk atau teknologi baru muncul, laggards akan menjadi yang terakhir sekali membeli atau mencuba. Antara sebabnya adalah mereka mungkin mahu menunggu produk atau perkhidmatan tersebut turun harga. Atau mungkin juga mereka memang tak berduit dan faham kemampuan sendiri. Boleh jadi juga mereka tak peduli pun dengan 'trending' atau 'viral'. Mereka hanya berminat jika ada keperluan muncul. Ada juga laggards yang sangat sentimental dengan apa saja yang lama dan susah untuk menerima sesuatu yang baru

Aku adalah laggards. Sungguh. Aku sangat lambat dalam mengadaptasikan diri dengan benda-benda baru. Segala jenis 'trending' dan 'viral' tak mampu mempengaruhi aku. Tapi aku tetap ambil tahu juga. Tapi aku tak kisah pun kalau orang bisnes nak abaikan orang macam aku. Haha.

Tapi kelebihan laggards yang ketara adalah ini:

Sekali berpuas hati dengan produk atau teknologi baru, laggards akan setia dan murah hati nak promo kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. Sebab semacam ada suatu 'value' yang sangat tinggi telah diletakkan pada produk atau teknologi yang telah berjaya menarik hati mereka.

Amacam? Bangga tak kalau kita jadi laggards? Laggards punya jati diri yang kuat OK. Beli bila perlu. 'Follow' jika bersesuaian. Pada pendapatan aku yang naif ini, laggards juga sesuai dengan konsep minimalis yang digunakan oleh golongan digital nomad yang sedang bercambah di Malaysia dan juga dunia.

Jadi diri sendiri OK? Laggards tak laggards. Jangan mudah terpengaruh.

Peace.

Kredit: www.qualitylogoproducts.com

#laggards
#minimalis
#digitalnomad
#marketing
#bisnes
#selflove

Image may contain: text

Allah Maha Pengampun

Image may contain: indoor


Ini bukan post #doneterawih. Cuma post dari insan yang tak pernah pun post pasal keagamaan.

Kadang kita boleh rasa sebenarnya hati kita keras tahap mana.

Tahap lepas solat malas berdoakah?

Tahap solat laju-laju sebab nak kejar meetingkah?

Tahap tak solat langsungkah?

Tahap solat sebab nak tunjuk diri solatkah?

Tapi jangan sesekali kita cuba menilai tahap solat orang lain. Bukan solat saja. Amalan lain pun.

Kalau secebis ilmu yang kita ada itu mampu membantu orang lain dalam amalnya, kongsikanlah.

Kalau sedikit doa yang kita pinta itu ada untuk insan lain, perbanyakkanlah.

Sekeras-keras kerak nasi, lembut jua bila dicurahkan air.

Jangan ikutkan sangat kekerasan hati kita. Yang perlu kita usahakan adalah hubungan kita dengan Allah, bukan manusia lainnya.

Allah Maha Pengampun. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita.

#usaha
#doa
#tawakal
#ramadhan

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...