Pernah dengar istilah 'Laggards'?
Laggards adalah manusia yang terakhir sekali menerima sesuatu produk atau teknologi.
Laggards sejak dulu telah diabaikan oleh orang bisnes. Ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang hebat dan semuanya perlu cepat, laggards memang hampir tak wujud dalam pelan pemasaran orang bisnes.
Laggards ini kalau secara teorinya kecil saja bilangannya. Mereka dikatakan tidak berduit sangat dan selalunya berada dalam kelas sosial yang rendah dalam masyarakat.
Bila ada produk atau teknologi baru muncul, laggards akan menjadi yang terakhir sekali membeli atau mencuba. Antara sebabnya adalah mereka mungkin mahu menunggu produk atau perkhidmatan tersebut turun harga. Atau mungkin juga mereka memang tak berduit dan faham kemampuan sendiri. Boleh jadi juga mereka tak peduli pun dengan 'trending' atau 'viral'. Mereka hanya berminat jika ada keperluan muncul. Ada juga laggards yang sangat sentimental dengan apa saja yang lama dan susah untuk menerima sesuatu yang baru
Aku adalah laggards. Sungguh. Aku sangat lambat dalam mengadaptasikan diri dengan benda-benda baru. Segala jenis 'trending' dan 'viral' tak mampu mempengaruhi aku. Tapi aku tetap ambil tahu juga. Tapi aku tak kisah pun kalau orang bisnes nak abaikan orang macam aku. Haha.
Tapi kelebihan laggards yang ketara adalah ini:
Sekali berpuas hati dengan produk atau teknologi baru, laggards akan setia dan murah hati nak promo kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. Sebab semacam ada suatu 'value' yang sangat tinggi telah diletakkan pada produk atau teknologi yang telah berjaya menarik hati mereka.
Amacam? Bangga tak kalau kita jadi laggards? Laggards punya jati diri yang kuat OK. Beli bila perlu. 'Follow' jika bersesuaian. Pada pendapatan aku yang naif ini, laggards juga sesuai dengan konsep minimalis yang digunakan oleh golongan digital nomad yang sedang bercambah di Malaysia dan juga dunia.
Jadi diri sendiri OK? Laggards tak laggards. Jangan mudah terpengaruh.
Peace.
Kredit: www.qualitylogoproducts.com
#laggards
#minimalis
#digitalnomad
#marketing
#bisnes
#selflove
Saturday, 2 June 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)
Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...
-
APA NAK BUAT SEMASA MEMBELI RUMAH? BUATLAH 7 PERKARA INI:- 1) Buat carian dan 'survey' prospek rumah idaman Ada banyak...
-
Sabtu lepas aku ke klinik di kawasan berdekatan rumah aku. Hari minggu ada doktor sakit puan (aku gelar gynae saja dalam ayat seterusnya). ...
-
Aku ke Ho Chi Minh (HCM) bulan Oktober 2017. Trip adhoc plus nekad aku. Trip redah tanpa saving langsung. Amaran keras: Tak dig...
No comments:
Post a Comment