Saturday, 2 June 2018

Allah Maha Pengampun

Image may contain: indoor


Ini bukan post #doneterawih. Cuma post dari insan yang tak pernah pun post pasal keagamaan.

Kadang kita boleh rasa sebenarnya hati kita keras tahap mana.

Tahap lepas solat malas berdoakah?

Tahap solat laju-laju sebab nak kejar meetingkah?

Tahap tak solat langsungkah?

Tahap solat sebab nak tunjuk diri solatkah?

Tapi jangan sesekali kita cuba menilai tahap solat orang lain. Bukan solat saja. Amalan lain pun.

Kalau secebis ilmu yang kita ada itu mampu membantu orang lain dalam amalnya, kongsikanlah.

Kalau sedikit doa yang kita pinta itu ada untuk insan lain, perbanyakkanlah.

Sekeras-keras kerak nasi, lembut jua bila dicurahkan air.

Jangan ikutkan sangat kekerasan hati kita. Yang perlu kita usahakan adalah hubungan kita dengan Allah, bukan manusia lainnya.

Allah Maha Pengampun. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita.

#usaha
#doa
#tawakal
#ramadhan

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...