Travel untuk apa?
Untuk ambil gambar 'rare', gambar cantik kata sesetengah orang.
Gambar cantik memang elok dipandang.
Tapi yang lebih penting lagi adalah kisah di sebalik gambar.
Momen senyum gelak tawa sebelum bergambar.
Momen terpeleot dengan beg galas di bahu selepas bergambar.
Momen diam melihat ajaibnya ciptaan Allah SWT.
Momen susah senang di tempat orang dengan yang tersayang.
Momen dapat tahu sejarah tempat itu ini dari 'tour guide' atau dari 'signboard'.
Momen tak lalu makan atau cirit-birit seharian akibat salah makan lantas terlepas aktiviti seharian.
Semoga lebih ramai orang dapat travel.
Semoga lebih ramai orang faham kenapa ada manusia sanggup tinggalkan kerja hebat demi travel.
Semoga segala impian kita tercapai. Apa saja impian. Bukan setakat travel.
Aminnn.
No comments:
Post a Comment