Tuesday, 5 June 2018

Tips Interview Kerdil Dari Aku

Hari ini aku kongsikan sedikit tips atau peringatan untuk interview. Tips ini aku kongsikan hasil dari pengalaman menjadi panel interview kecil-kecilan baru-baru ini. Mungkin ada yang kita dah biasa baca atau nampak klise tapi aku peduli apa kahkahkah. Perspektif kita mungkin berbeza, betul?

1) Bersyukur apa adanya

Kalau kita dah ada pekerjaan tak kira tetap atau kontrak, kita wajib bersyukur. Lebih-lebih lagi kalau kerja itu memang dalam bidang yang kita belajar di universiti, atau bidang itu memang yang kita minati.

Kenapa?

OK jawapannya klise. Sebab banyak lagi orang di luar yang menganggur atau bekerja dalam bidang yang di luar pengajian atau minat mereka. Tapi bila aku tengok sendiri calon-calon yang datang interview, nampak jelas yang mereka sebenarnya penat, kurang berpuas hati dan mungkin hilang harapan dengan kerja mereka yang sekarang.

Jangan salah faham ya. Mereka terima apa saja kerja, tapi aku boleh faham perasaan sebenar mereka. Mereka masih struggling dalam mencari rentak kerjaya mereka.

Dalam tak sedar aku doakan semoga mereka jumpa juga apa yang mereka nak.

2) Never give up never surrender

Kalau interview kali ini gagal, jangan trauma atau kecewa lama sangat. Cepat-cepat bangkit semula dan cuba interview lain pula.

Fikirkan ini bila kita pergi interview:

Kita boleh tahu apa yang syarikat-syarikat atau organisasi mahu, yang mungkin juga sedang trending di Malaysia atau di dunia. Contohnya kemahiran atau pengetahuan tentang Fintech atau mungkin pengetahuan tentang dasar negara luar seperti Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Kita juga boleh bina kemahiran baru, hasil dari berjumpa dengan pelbagai manusia. Kita belajar untuk menyusun ayat yang ringkas tapi jelas maksudnya. Kita juga belajar untuk mendengar dahulu dan memahami soalan sebelum menjawab.

Aku pernah jumpa orang yang dah pergi lebih kurang 100 interview. Memang memenatkan dan kadang-kadang rasa sangat hopeless, tapi hidup perlu diteruskan dan usaha tetap perlu ada. Yakinlah yang rezeki kita tetap ada, cuma kita perlu belajar melalui sedikit kesusahan dahulu.

3) Elakkan topik yang tak perlu

Melainkan panel interview yang memulakan provokasi, jangan sesekali bercakap mengenai topik yang menunjukkan kita terlalu defensive atau punya personal issues. Contohnya ada calon yang menyebut dia nak membuktikan yang dia boleh berjaya juga walaupun CGPAnya rendah. Padahal panel interview tak pernah  menyentuh secara direct pun tentang topik itu.

Lepas dari itu, sesi interview jadi agak kurang menyenangkan dan panel interview semacam ada persepsi yang calon ini mungkin punya personal issue yang belum selesai dan mungkin kurang sesuai untuk jawatan yang dipohon.

Key point nya adalah ini: Play safe. Go with the flow dulu. Kita nak lebih tunjukkan sisi positif kita kepada panel interview, betul?

4) Confidence level mesti tinggi

Panel interview kadangkala tak mahukan jawapan yang betul pun. Cukup sekadar calon mampu menjawab dengan yakin. Salah tak mengapa. Kalau memang tak tahu langsung, jawab saja tak tahu, tapi akan usaha untuk mendapatkan jawapannya.

Kenapa confidence level kena tinggi?

Sebab dunia pekerjaan memerlukan kita bertanyakan banyak soalan kepada banyak orang. Kita juga perlu berani menyuarakan pendapat atau mempertahankan hak kita. Kalau tak kita mungkin dibuli oleh orang lain. Dunia pekerjaan ada macam-macam jenis manusia, tau. Nak tak nak kita kena bersedia secukupnya.

5) Resume mesti elok

Format resume sekarang memang lebih menarik  rasanya berbanding zaman aku dulu. Ada banyak template yang boleh kita gunakan, tapi pastikan:

• Template yang digunakan tidak terlalu warna-warni atau banyak sangat corak. Fokus kepada isi resume, bukan design semata-mata.

• Semak semula ejaan dan tatabahasa. Nama syarikat atau negara perlu dimulakan dengan huruf besar (pernah dengar atau belajar tentang kata nama khas, bukan?). Kalau tak pasti, boleh Google atau bertanya dengan keluarga atau kawan.

Pernah dengar tentang proof read? Proof read adalah menyuruh orang lain menyemak tulisan kita.

Kenapa kena proof read?

Sebab kita yang buat resume takkan perasan kesilapan kita. Tapi orang lain yang membaca resume kita pasti boleh tunjukkan kesilapan kita. Cubalah. Kita akan nampak perubahannya nanti.

Tak tahulah orang lain bagaimana. Tapi aku pantang sikit lihat resume yang ada kesan liquid paper. Nampak macam cincai dan tangkap muat.

Cukup dulu rasanya tips kerdil dari aku. Kalau bermanfaat, bolehlah kongsikan dengan orang lain, ya. Aku doakan kita semua berjaya dalam pencarian kita, tak kisahlah samada kerja makan gaji atau bisnes sendiri. Aminnn.

1 comment:

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...