Sunday, 1 July 2018

Tips Elak Mengandung dari Gynae (Post Buka Minda)

Sabtu lepas aku ke klinik di kawasan berdekatan rumah aku. Hari minggu ada doktor sakit puan (aku gelar gynae saja dalam ayat seterusnya). Punca aku berjumpa gynae adalah aku mengalami simptom-simptom pelik:

• Perut belah bawah keras dan agak sakit

• Badan rasa berat dan berangin selalu

• Pening kepala hampir setiap hari

• Rasa loya sesekali

• Sakit pinggang dan belakang

Bila rujuk dengan doktor Google, simptom-simptom di atas dekat dengan tanda-tanda mengandung. Aku mula period pada 18 Jun 2018, tapi doktor Google cakap itu mungkin tanda spotting atau implantation bleeding, bukan period. Ada juga yang kata mungkin penyakit lain macam cyst, fibroid dan sebagainya yang sinonim dengan perempuan.

Ah, sudah! Berhari-hari aku stress. Buat ujian air kencing, result lambat betul nak keluar. Kawan aku cadangkan buat Urine Pregnancy Test (UPT), tapi aku tak rasa nak buat pun. Maka aku terjah saja jumpa gynae di klinik. Walaupun insuran syarikat tak cover, aku sanggup bayar. Aku sanggup juga teruskan walaupun gynae nya lelaki.

Terbukti aku membuat pilihan yang tepat dengan berjumpa gynae lelaki itu. Sebab? Beliau bukan saja profesional, malah sangat open-minded dan prihatin. Aku senaraikan diagnosis dan nasihat beliau di bawah:

1) Soalan tentang period cycle, kencing lawas atau tidak dan status samada sudah kahwin atau belum. Jika belum, adakah aktif berhubungan seksual? Jika aktif, adakah dengan seorang saja atau ramai pasangan? Jangan risau, ini antara soalan standard dari mana-mana doktor pun. Jangan cepat triggered OK. 😁

2) Scan perut untuk tengok bahagian dalam perut (masa ini aku rasa psiko sikit sebab bilik itu penuh gambar baby yang comel-comel haha). Gynae sapu jeli kemudian tekan alat scan pada perut aku. Sambil itu dia terangkan pada aku apa yang terpampang pada skrin. Gynae kata perut aku tebal (buncit?), susah nak sampai ke imej yang ada lapisan rahim. Sentap, OK. 😑

3) Buat UPT. Ini permintaan aku sendiri. Sebab aku tak pernah tengok benda alah UPT itu. Ambil kesempatan nak belajar dengan gynae terus. Result? 1 garisan saja. Orang yang biasa buat UPT mesti tahu 1 garisan maknanya apa. Hehe.

4) Nasihat tambahan gynae untuk orang yang dah berkahwin tapi belum nak anak, atau orang yang belum berkahwin tapi aktif berhubungan seks:

• Jangan buat unprotected sex tanpa kondom.  Orang selalu ingat air mani saja mengandungi sperma. Tapi air mazi (pre-cum) juga boleh mengandungi sperma dan ada risiko untuk menyebabkan pasangan mengandung.

• Jika buat juga unprotected sex tanpa kondom atau ragu-ragu takut termengandung, cepat-cepat ambil emergency pills. Ada 3 jenama yang famous iaitu:

- Escapelle (Makan 1 kali dalam masa 72 jam)

- Postinor (Makan 2 kali dalam masa 72 jam)

- Ella (Makan 1 kali dalam masa 120 jam)

Pil-pil di atas boleh dibeli di farmasi macam Guardian atau Watson. Tapi kena jumpa ahli farmasi, tak boleh beli sebarangan. Harga boleh tahan juga, antara RM15 - RM51 sebiji.

Pil-pil ini juga boleh diambil jika berlakunya kes rogol, bagi mengelakkan mangsa termengandung. Mengikut kata gynae tersebut, pil-pil ini sangat berkesan sebab dosnya tinggi. Sebab itu kebiasaannya makan sedikit saja sudah mencukupi untuk mengelakkan mengandung. Tapi aku ada juga terbaca, ada juga yang masih mengandung lepas makan pil- pil ini. Dalam kes begini, anggap sajalah pada akhirnya semuanya Allah yang tentukan, betul? Ubat paling kuat pun tak mampu nak lawan kuasa Allah. 🤗

Peringatan:

1) Pil-pil ini sebaiknya perlu dimakan secepat yang mungkin, selepas hubungan seks yang terakhir sekali dilakukan. Tapi kalau lepas makan pil masih nak buat hubungan seks, confirm pil yang dah dimakan takkan berkesan untuk mencegah dari mengandung.

2) Pil-pil ini ada kesan sampingan OK. Tanya doktor kalian dulu sebelum nak makan pil-pil ini. Kemudian, baca betul-betul panduan pemakanan sebelum nak makan pil tersebut. Kalau Google pun macam-macam review ada untuk kalian rujuk dan fikirkan, kebanyakannya dari orang luar negara.

3) Seingat aku ada cara lain untuk mengelakkan mengandung. Boleh bertanya pada doktor masing-masing untuk info lebih mendalam OK. Kalau Google pun ada banyak sangat tips yang berguna untuk kalian buat rujukan. Aku rasa aku tak berapa layak nak jelaskan, sebab aku tak ada pengalaman hoho.

4) Pil-pil ini tidak menghalang dari risiko mendapat penyakit kelamin (STD-Sexually Transmitted Diseases). Aku tak pandai nak nasihat yang ini. Pandai-pandailah kalian menjaga diri dan kebersihan OK 🤣.

Gynae juga ada menyebut mengenai abortion atau pengguguran. Dalam Islam janin yang berumur sebelum 120 hari (kurang dari 3 bulan) boleh digugurkan dengan syarat tertentu, tak kira pasangan berkahwin atau belum berkahwin. Aku pernah jumpa kes pasangan berkahwin yang menggugurkan kandungan mereka dengan alasan tak bersedia untuk menambah anak. Boleh Google syarat-syarat menggugurkan kandungan mengikut Islam untuk lebih info, tapi pastikan dari laman web yang sahih OK.

OK tak rasanya perkongsian ini?

Adakah tak patut dikongsi, lebih-lebih lagi dari aku yang belum berkahwin?

Semacam menggalakkan seks sebelum berkahwin, sebab ada info tentang cara mencegah dari mengandung walaupun tak berkahwin? Cuma makan pil dan semuanya OK?

Terpulang.

Tapi seperti yang kita tahu, kes mengandung anak luar nikah sangat banyak sekarang. Kita sangat perlukan kesedaran dari masyarakat tentang bagaimana nak mencegah kes-kes sebegini dari melarat lebih jauh. Ya, kesedaran agama itu penting tapi kalau sudah terlajak juga, apakah solusi terbaik untuk anak gadis sebegini?

Bagaimana pula jika anak gadis itu dirogol? Kalaulah kita tahu apa yang perlu dilakukan dalam masa 72 atau 120 jam (selain dari membuat laporan polis), kita mungkin boleh mengelakkan anak gadis tersebut dari mengandung anak yang tidak diingininya. Emosi anak gadis itu juga akan kurang terjejas dan fikirannya boleh difokuskan hanya kepada memastikan perogolnya ditangkap dan dihukum. Betul tak?

Mungkin post aku bermanfaat. Mungkin juga tidak. Aku cuma niat berkongsi ilmu serba sedikit. Pastilah kalian kena gali lebih lagi untuk menambah baik ilmu yang aku kongsikan ini.

Kerana Allah lebih tahu.

Peace!

5 comments:

  1. Saya nak tanyer ..kalau pil postinor tu diambil Dua biji terus dalam Mase yg sama , mcm Mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, dia ambil Selang beberapa jam dari pil pertama tak Ingat lah. Nnt tanyela org farmasi tu. Tp better ambil yg sebijik terus takde lupe nak makan next pil tu nnt. Hehe.

      Delete
  2. Saya masih risau kalau saya hamil.. Selepas berhubungan seks.. Saya terus makan pil escapelle.. Ada juga darah keluar pada petang dan keesokan hari.. Itu kesan pil escapelle ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak begitu arif berkenaan ini. Tapi awak boleh cuba tengok di sini:

      https://escapelle.com/faq/

      Atau boleh juga search under morning pills punya effect.

      Hope membantu seadanya ya. TQ

      Delete
  3. conform ke ade jual kat watson

    ReplyDelete

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...