Sunday, 22 July 2018

Endoskopi di Sunway Medical Centre

Aku gastrik teruk minggu lepas. Dua hari cuti sakit, hanya mampu makan nasi atau bubur dengan sup. Sakit kali ini super teruk, sampai aku nekad untuk buat senarai makanan dan minuman yang aku boleh ambil sahaja. Aku dah cuba susu badam (almond milk) untuk menggantikan susu lembu. Mahal oiii tapi sedap. Tengoklah bagaimana nanti. Masih dalam proses mencuba itu ini dan tengok kesannya kepada perut aku.

Disebabkan teruknya sakit kali ini maka doktor pun beri surat rujukan ke doktor pakar. Atas nasihat doktor juga aku kembali ke doktor pakar di Sunway Medical Centre. Lepas jumpa doktor pakar, esoknya juga aku kena buat prosedur endoskopi atau selalu dipanggil skop saja.

Aku buat skop pagi Rabu. Selasa itu aku dah mula makan bubur, isi ikan dan elakkan minuman bersusu. Tujuannya supaya makanan mudah dicerna atau dilawaskan. Bermula pukul 5.00 petang aku dah mula minum 3 liter air Fortran berperisa passion fruit untuk bersihkan usus. Dalam pukul 8.00 malam aku habis minum air Fortran. 

Macam santai saja sebut minum air Fortran. Tahu tak dalam sejam ke dua jam lepas minum 1 liter yang pertama aku dah mula berkampung di depan bilik air? Haaaa...nak beritahu ini. Melecet punggung OK bila air Fortran dah mula menunjukkan kesan. Najis keluar macam air paip. Masa inilah usus kita akan dibersihkan. Bila dah bersih nanti baru senang doktor nak nampak apa yang ada di dalam usus kita. Faham?

Aku habis membuang air dalam pukul 12.00 pagi. Masa ini sampailah esok pagi aku tak boleh makan dan minum OK. Maka tidur sajalah jawabnya. Alhamdulillah aku mampu memandu ke hospital esoknya, tapi mak aku tetap temankan aku. Manalah tahu ada apa-apa berlaku.

Sampai di hospital aku diminta minum lagi air Fortran. Entah kenapa kali ini usus aku susah benar nak bersih. Lepas minum 1 jam air Fortran, 3 gelas air suam dan 5 kali membuang air, barulah aku dibenarkan untuk buat skop. Melecet habis punggung aduhai...

Dalam bilik doktor, aku disuruh berbaring mengiring ke kiri. Lepas doktor suntik sesuatu, aku dah tak sedar lagi apa yang berlaku. Sedar-sedar, aku dah ada atas katil di luar, bersama dengan pesakit lain. Lepas sendawa dan kentut, aku diberikan secawan milo dan roti untuk mengalas perut. Alhamdulillah aku kuat juga untuk memandu balik ke rumah. Lepas itu aku tidur sampai petang. Penat sangat rasanya hari itu.

Keputusan skop kali ini (ini kali kedua aku buat skop) masih memuaskan, cuma doktor menunjukkan beberapa tompok yang terhasil akibat memakan ubat tahan sakit (pain killer). Terma yang doktor gunakan untuk tompok-tompok itu adalah erosion. Selain dari itu aku kena betul-betul menjaga jenis makanan dan minuman yang aku ambil.

Doktor menyuruh aku memakan 5 jenis ubat. Ada yang perlu dimakan 30 minit ke 1 jam sebelum makan. Ada juga yang perlu dimakan betul-betul sebelum makan. Akhir sekali ada ubat yang perlu dimakan sebelum atau selepas makan (aku pilih selepas makan). 28 Julai 2018 nanti Inshaallah aku akan berjumpa semula doktor, untuk rawatan susulan. Harapnya semua berjalan lancar. Aminn.


1 comment:

  1. hi.. saya nak tanya. kos rawatan skop tu berapa ye? saya mira.

    ReplyDelete

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...