Saturday 30 September 2017

Inspirasi dari Kisah Cinta Pra Laman Sosial

Masa aku di UM dulu aku suka baca satu kolum dalam suratkhabar hujung minggu. Kolum itu banyak mengajar aku tentang realiti hidup. Malang sekali aku lupa nama kolum itu. Sedih. Sekarang kolum itu dah tiada lagi, tak hipster dan trending agaknya.

Antara yang paling aku ingat adalah kisah seorang suami yang meluahkan rasa bertuahnya dia mendapat isterinya. Isterinya jenis yang tak boleh tengok orang susah. Pantang terlihat, pasti air mata mudah merembes dan tangan menghulurkan bantuan. Saat suami memegang tangan isteri sambil meluahkan rasa, isterinya baru saja membayarkan harga makanan untuk seseorang yang kurang mampu membayar.

Dulu tak ada laman sosial untuk viral kan perbuatan baik dan buruk. Dari kolum sebeginilah aku tahu tentang realiti hidup. Belum lagi tentang kisah Chairil Anwar (bukan nama sebenar) yang meluahkan rasa hibanya melihat bekas kekasihnya acapkali pulang ke kampung dengan suami pilihan keluarga.

Betapa kerana kasihnya dia dengan kekasihnya, Chairil Anwar terpaksa berjanji dengan ayah kekasihnya untuk pergi jauh di Kuala Lumpur sehinggalah kekasihnya selamat berkahwin dengan lelaki lain. Hanya kerana dia bekerja sebagai buruh kontrak yang bermandi peluh setiap hari, cinta Chairil Anwar yang tulus dipandang sepi oleh sang ayah.

Dulu tak ada page confession. Tak ada page kisah rumah tangga. Kolum sebeginilah jadi inspirasi aku. Pengajarannya melekat dalam diri aku. Semoga aku, malah kita semua beroleh cinta hakiki. Disayangi oleh kerana hati yang ikhlas dan tak pandai membenci. Inshaallah.

Sunday 17 September 2017

Monolog tentang anak-anak

Di kedai tadi, anak buahku mampir memeluk kaki aku.

"Mak Long, mana atuk?"

Jawab aku "Mak Long pun tak nampaklah Ateh. Jom kita cari Atuk sama-sama, ya".

Mungkin aku terlebih berfikir. Tapi perasaan aku masa Ateh memeluk kaki aku tadi semacam saja. Macam seorang anak yang betul-betul mengharapkan insan rapatnya membantunya. Ateh memang rapat sangat dengan Atuknya.

Perasaannya sama macam masa aku ribakan seorang anak yatim di Darul Fuqaha dulu. Sambil dia berbaring, petah dia berbicara kisah arwah mak dan ayahnya. Sesekali dia meminta 'smartphone' aku, untuk menghubungi makciknya di kampung. Aku tak beri, sebab sudah diberitahu oleh kawan yang anak ini lemah sikit emosinya. Jangan dilayankan sangat. Aku alih perhatiannya dengan aktiviti dan 'cerita hantu'.

Kalaulah semua kanak-kanak dipeluk erat selalu, mungkinkah mereka menjadi penyayang kelak?

Kalaulah semua kanak-kanak didengar cerita dari mulutnya, mungkinkah mereka menjadi pendengar yang baik kelak?

Kalaulah semua kanak-kanak punyai 'role model' sempurna sepanjang membesar, mungkinkah mereka menjadi orang baik dan membantu manusia lainnya?

Kalaulah semua kanak-kanak cukup didikannya, mungkinkah mereka tidak menganiaya sesiapa walau dicemuh dihina?

Aku tak ada anak lagi. Tapi aku punya anak buah. Kawan aku punya anak dan anak buah. Jiran aku punya anak dan anak buah. Jadi hal anak ini tetap aku perlu ambil kisah. Kita semua hidup dalam komuniti dan negara yang sama. Dunia yang sama. Wallahua'lam.

Monday 11 September 2017

'Silent War' Dengan Jiran

Bila membeli rumah, ada suatu perkara yang kita susah nak baca. Tak macam kriteria lain seperti kemudahan awam, bencana alam, kadar jenayah, jarak dengan pejabat dan lain-lain. Perkara itu adalah hati budi jiran tetangga. Diulang, hati budi jiran tetangga. Perkara ini kita hanya akan tahu lepas beberapa lama duduk di situ.

Bermula dari 'renovation' rumah, suami seorang jiran dah bakar kontraktor kami. Hasut kontraktor, kononnya dia caj kami murah sangat. Kesannya kontraktor buat kerja macam haram jadah hanat semua ada. Sampai sekarang aku belum maafkan apa yang kontraktor dan suami jiran itu buat.

Minggu lepas pula tayar kereta aku pancit. Baru 'start' enjin, stereng kereta aku dah berat ke belah kiri. Naluri aku memang kuat cakap ini khianat. Tak mengapa. Aku 'drive' sampai ke stesen LRT, sebab aku tahu abang penjaga parking di situ baik hati. Abang itu tolong aku tukar kepada tayar 'spare'. Abang itu cakap dia tak faham macam mana tayar aku pancit sebab dia tak jumpa apa-apa lubang kesan paku atau batu.

Pagi ini mekanik buktikan pada aku: memang tayar aku pancit sebab khianat. Tayar aku baru lagi. Memang tak ada lubang di mana-mana.

Baiklah. 'This means war to me'. Aku belum redha dan memang doakan pelakunya dapat balasan. Aku tak pernah terfikir pun nak buat orang. Dah dua kali aku teraniaya akibat perangai hanat jiran. Hari ini juga aku akan ambil tindakan. Tunggu...

Bila Tayar Kereta Pancit

Minggu lepas aku lambat ke pejabat. Puncanya tayar kereta aku pancit. Masa aku mula memandu, aku dah rasa pelik. Stereng kereta berat ke sebelah kiri. Tak mengapalah, perlahan-lahan aku memandu sehingga sampai ke stesen LRT Kinrara BK5. Siap parking kereta lagi elok-elok lagi. Fikirku, senang nak gerak ke pejabat nanti.

Bila aku keluar dari kereta, oh my, memang tayar depan belah kiri sudah pancit. Aku call ayah. Ayah cakap cuba check ada tak tayar spare dalam bonet. OK, ada.

Tapi siapa nak pasang tayar spare itu? Hmmm...aku terus terfikir abang penjaga parking.

"Bang, tayar saya pancit. Boleh tolong tak?"

"Kejap ya. Saya kena siapkan kerja".

Dalam 30 minit berikutnya aku bertukar peranan dengan abang tersebut. Sambil abang tukar tayar, aku pula yang menulis resit parking untuk customer. Siap tandatangan OK! Haha.

Alhamdulillah semuanya lancar. Aku memberikan sedikit upah kepada abang tersebut. Saat aku menulis ini, aku berada di Sin Siang Hin Cheras, untuk servis 60,000KM dan tayar yang pancit itu. Harap semuanya OK saja.

Peace!

Friday 8 September 2017

Savage Demi Cinta: Hidup Tetap Perlu Diteruskan

Seumur hidup, aku tak pernah merasa bercinta. Bajet nak bercinta selepas nikah. Kerlassss..tapi semasa umur aku 30an Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang buat aku pening kepala.

Pening sebab apa? Sebab di sebalik segala ketidaksempurnaan dia, aku boleh jatuh cinta dan sayang pada dia. Sampaikan klimaksnya baru-baru ini aku tersedar betapa savage nya aku bila aku dapat tahu yang dia dah tak sukakan aku lagi. Tak macam masa mula-mula dia approach aku.

Walaupun aku berkali-kali suruh dia mengaku kalau dia memang masih bercinta dengan ex GF dia, aku tetap tak mendapat jawapan. Malah aku pula yang dimarahi sebab kacau orang yang terdekat dengan dia (aku PM ex GF dia di FB,  bertanyakan apa sebenarnya status hubungan mereka).

Sudahnya aku diblock di Whatsapp. Mesej dia pada aku semua bernada keras, meminta supaya jangan diganggu lagi. Katanya aku terlalu mengongkong dia. Sedangkan dia yang tak faham maksud kongkongan yang sebenar. Dia yang tak faham to what extent seorang perempuan yang sayangkan dia akan buat untuk mendapatkan dia. Atau untuk meninggalkan dia dengan jawapan yang tepat dan hati yang tenang.

Lepas dimarahi aku menangis semahunya. Walaupun aku cuba memeluk kucing aku, kucing aku pun lari dari aku dan memilih untuk bermain sesama mereka. Hampeh punya kucing.

Aku mula sedar, lepas segala usaha yang dah aku lakukan, dia telah memilih untuk membuang aku. Sebab aku tak penting langsung untuk dia. Tapi aku takkan doakan yang buruk untuk dia. Aku tak pernah doakan benda buruk untuk orang yang aku sayang.

Aku cuma perlu menerima takdir yang aku memang malang dalam cinta. Aku tak mampu nak bayangkan ada orang yang akan membalas cinta aku suatu hari nanti. Sebab sampai hari ini, beginilah nasib aku. Malang. Jumpa orang yang alim, tak bersedia. Jumpa orang yang nakal, dibuang macam kucing kurap pula.

Bukan aku yang meminta nak jumpa mereka, pun. Ada saja kejadian yang menemukan kami. Kawan aku kata aku terlalu mudah untuk menyerahkan hati. Entahlah. Mungkin juga.

Hmmm...bertabahlah duhai hati. Kena semaikan keyakinan bahawa semua ini cuma sementara. Tak berbaloi untuk difikirkan terlalu dalam. Kena fokus pada kehidupan yang perlu diteruskan. Biarlah orang buat kita. Jangan kita buat orang. Sedih. Tapi kadang kita tak punya pilihan.

Thursday 7 September 2017

Review Chalet Peribadi: D Chalet Ombak Biru

Review kali ini ke Melaka pula- D Chalet Ombak Biru. Kalau kalian pernah sampai ke Pengkalan Balak, bolehlah cari chalet ini OK. Pada saat aku menulis, chalet ini baru lebih kurang 4 minggu dibuka.

1) Proses booking

Kami booking adhoc saja, lepas kenduri di rumah makcik aku di kampung Londang. Sepupu aku yang memang dah book bilik di situ yang tolong call dan book untuk kami. Smooth lah prosesnya.

2) Proses check-in

Check-in sangat smooth. Sebab ayah aku yan uruskan. Haha. Kami yang lain cuma tahu masuk dalam bilik saja. 😁😁😁

3) Ciri-ciri keselamatan

Tak perlu scan kad untuk masuk. Cuma kunci biasa. Sesuailah dengan jenis chalet yang ala-ala sempoi ini.

4) Hiasan dalaman chalet dan bilik

Sebab chalet ini masih baru, semuanya nampak cantiklah di mata kami. Biliknya comel, dengan konsep minimalis. Juga TV flatscreen dengan rancangan Astro yang minimum. Bolehlah kami tengok Sukan SEA 2017. Hehe.

5) Kemudahan di chalet

Tiada breakfast disediakan. Ada Astro, ada kettle, mini fridge dan hot shower. Tak ada wardrobe, cuma ada built-in penyangkut baju. Iron ada di luar, dikongsi dengan penghuni lain.

Kami rasa tak perlu dibuat macam bilik kecil untuk solat dan menyangkut baju. Biar saja bilik itu luas begitu saja, sebab pelanggan yang datang ramai jenis keluarga, yang mungkin tidur atas tilam atas lantai. Bila ada wall divider, macam susah nak adjust ruang tidur.

6) Kemudahan di luar chalet

Yang seronoknya chalet ini ada kolam renang. Anak buah aku si Fateh sukalah. Berenang tak ingat dunia! 😄😄😄

Parking percuma saja, depan bilik masing-masing. Hehe. Ada kedai makan berdekatan. Ada masjid juga berdekatan. Paling mak ayah aku suka, ada pasar pagi yang jual seafood segar pada harga yang agak murah. Tapi kena drive sikitlah.  
Keseluruhannya, santai! Sesuai untuk short trip balik kampung dan family day.

Peace!

Monday 4 September 2017

Lettin' Go: The Hardest Thing to Do

Letting all of the pain and gain go is not gonna be easy. The in and out decisions made earlier were not easy too. In this regard, a help from outside is highly needed. This is the time for more prayers and hopes. This is the time when tears rolling fast down the cheek. This is indeed, a tiring time for me.

What lies ahead might not be clear today. But I believe as cliche as it is, things happen for many good reasons. Hanging on is easy but letting go, I doubt would be easy.

Tough life, meaningful experiences, happy and lovely outcomes. Leave it to Allah. We are just human being, with flaws inside out. Do not overthink, do not assume things. Relax, enjoy the moments. Cry if we must.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...