Wednesday 30 March 2016

Datangnya ujian bersama hikmah

Siang tadi aku menemankan mak melawat jiran lama kami di hospital. Aku difahamkan jiran kami itu kini tidak boleh berjalan, akibat obesiti dan penyakit-penyakit yang datang bersama obesiti itu.  Bertahun sudah kami tidak berjumpa, sungguh hari ini aku melihat besarnya hikmah dalam setiap kejadian.

1) Tiada siapa boleh tentukan hari esok

Dari tiga orang anak jiran itu, anak kedua dahulunya paling pandai dan menyerlah. Sekarang anak kedua itu tidak bekerja, namun hikmahnya beliaulah yang menjaga ibunya sepenuh masa di hospital. Anak ketiga kini menjadi tunggak keluarga kerana ayah mereka juga sakit yang memerlukan rawatan berterusan. Alhamdulillah anak itu kini pengurus di syarikatnya dan masih mampu membantu keluarga.

2) Jaga kesihatan hari ini untuk masa depan

Tubuh kita ini adalah amanah Allah. Memang seronok makan apa saja di usia muda, kerana badan kita masih kuat. Bila usia meningkat, kesan dari tabiat kita semasa muda mula dirasai.

Obesiti bukan benda kecil. Ia datang dengan segala macam penyakit. Tanyalah mana-mana doktor pun, jawapannya tetap sama. Marilah kita berusaha untuk menjaga pemakanan dan bersenam secara rutin dari sekarang. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan nasib kita di masa hadapan. Kita cuba kawal apa yang kita ada dahulu. Inshaallah kita boleh.

3) Bantuan pasti ada, carilah ia

Dalam menampung kos perubatan dan sara hidup, kita pasti lelah terutama jika ketua keluarga sakit dan tidak bekerja. Usahakan mencari saluran-saluran untuk mendapatkan bantuan seperti zakat, elaun kebajikan dan sebagainya. Jangan putus asa. Inshaallah dimudahkan olehNya. Syaratnya jujur dan bersabar sedikit.

4) Sediakan payung sebelum hujan

Semasa muda eloklah jika kita telah membeli sebuah rumah untuk berteduh di usia emas. Jika mampu lagi, ambillah insuran untuk seluruh keluarga buat perlindungan. Kita takkan tahu apa yang bakal berlaku, tapi kita boleh usaha untuk mengurangkan beban di hari tua. Selebihnya Allah lebih tahu.

5) Sentiasa ingat pada Allah

Susah senang jangan sesekali lupakan Allah. Inshaallah urusab hidup kita mudah walaupun banyak cabaran.

Friday 18 March 2016

Refleksi dari majlis pernikahan

Pagi ini aku ke majlis pernikahan sepupu lelaki di Kepong. Walaupun sepupuku baru saja kehilangan ayahnya(Pak Teh), syukur segalanya berjalan dengan lancar. Aku kira hanya keluarga mereka yang betul-betul merasai kesan kehilangan tunggak utama keluarga mereka. Kami sebagai saudara-mara hanya mampu menyokong dari segi moral dan masa. Hari ini hari mereka. Esok lusa mungkin hari kami pula.

Majlis nikah berlangsung sekitar pukul 10.30 pagi. Jurunikah menerangkan bahawa bagi negeri Selangor, sudah tiada lagi konsep wang hantaran. Yang tinggal cuma mas kahwin yang mesti bernilai minimum RM300. Konsep ini sama seperti yang digunapakai di negeri Kelantan. Jika keluarga pengantin lelaki sudah bersetuju mahu memberikan RM10,000 sebagai mas kahwin, samada wang itu semuanya menjadi milik isteri atau digunakan oleh keluarga untuk menanggung kos majlis tidak memberi kesan apa-apa. Tetap akan diumumkan mas kahwinnya RM10,000.

Selain daripada itu aku kira biasalah, soalan tentang rukun nikah, lafaz Taklik dan peringatan tentang hukum Zihar. Selesai saja sesi akad nikah, sepupuku membuat solat sunat.

Kalau dahulu aku ada juga sedih terkenangkan nasib diri yang belum juga bernikah. Kali ini aku rasa biasa saja. Lagipun dah banyak kali aku tengok sesi akad nikah orang. Dah lali haha. Nak tahu apa yang aku rasa sebenarnya semalam?

Perkahwinan bukan hanya sebab mahu menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan menaikkan taraf kedua-dua lelaki dan perempuan ke tahap yang lebih tinggi, berbanding mereka yang berzina dan tiada matlamat jangka panjang.

Walaupun secara jujur aku sudah tak berapa fikir tentang anak jika ditakdirkan berkahwin(umur sudah tak berapa muda), pasangan yang berkahwin kebiasaannya pasti akan mahukan anak. Rasanya itu adalah fitrah. Orang kata lambang cinta. Hmm. Aku tak faham, maklumlah tak pernah berkahwin. Haha. Untuk mendapatkan anak yang baik, nak tak nak ibu bapa harus baik. Bukanlah harus jadi seperti ustaz dan ustazah. Sekurang-kurangnya harus menjaga solat dan tahu asas halal haram.

Selain itu, aku sudah nekad. Jika ada jodoh aku nanti, jika ada rezeki cukuplah aku dapat adakan sesi nikah, bunga api buluh(orang Melaka mesti tahu. Serius aku sangat impikan momen ini) dan kompang gendang sambil selawat(ini tak ada pun tak apa tapi aku suka jika ada). Pelamin format photo booth dah cukup baik. Mekap dan baju untuk nikah dan sanding saja. Pakej fotografi paling asas, tiada outdoor pun aku tak kisah(aku dah rancang mahu ambil dengan Abu, kawan sekolah aku).

Hantaran cukup dengan makanan, telekung dan pakaian yang akan dipakai kelak. Beg tangan, kasut tak perlu. Aku pakai beg sekolah saja setiap hari. Hehe. Mas kahwin? Secukup rasa. Nak bagi lebih pun aku syukur saja. Jemputan? Jika ada rezeki, aku mahu menjemput anak-anak Darul Fuqaha. Tak mengapalah jika tak berjodoh dengan si yatim piatu itu. Dia tetap berjasa sebab secara tak langsung telah mengilhamkan yang aku harus berkongsi rezeki dengan insan-insan yang senasib dengannya. Wallahua'lam.

Yang penting bukan majlisnya tetapi hal ehwal selepas majlis. What lies ahead is far more important. Majlis sebenarnya sekadar untuk memaklumkan, berkongsi rezeki dan memohon doa dari orang ramai.

Semoga setiap pasangan yang bernikah sedar tanggungjawab sebenar mereka. Semoga yang belum bernikah akhirnya bernikah jua. Semoga yang tidak mungkin bernikah dikurniakan kebahagiaan lain pula. Amin.

Tuesday 15 March 2016

Kenapa akhirnya cinta Allah jua yang kekal dan bermakna

Aku ini tak rupawan langsung. Dari kecil aku dah mangli dengan gelaran kicap Tamin, Fair and Lovely, jongang dan anoreksia. Bila dewasa aku masih tak rupawan, tapi kurang sikit jongang dan tidak lagi layak digelar anoreksia sebab aku sudah jadi plus size haha.

Menginjak ke umur 32 tahun akhir bulan ini, aku tiba-tiba ingin berkongsi pengalaman tentang cinta dan kenapa akhirnya cinta kepada Allah jua yang kekal abadi.

Masa sekolah aku bersih. Tak pernah terfikir nak bercinta. Masuk universiti tahun ketiga ada senior datang mendekati. Terkejut juga sebab kalian sedia maklumlah bahawa aku ini bab rupa dan tingkahlaku memang out haha. Berkenalan sekejap, aku buat keputusan tak mahu teruskan. Aku anak sulung, punya tanggungjawab besar. Tapi kami tetap berhubung. Ada unsur tarik tali dan akhirnya si dia kahwin dengan orang lain. Aku menjeruk rasa selama 5 tahun.

Tak lama selepas itu, ayah aku mahu mengenalkan aku dengan anak kepada kawannya. Seorang jurutera. Wah, hebat profail si dia. Lepas bertukar-tukar gambar, tak ada progress. Rupanya kawan ayah aku buat U-turn, konon nanti hubungan aku dan anak dia akan 'panas'.
Melepas seorang jurutera. Hehe.

Kawan aku pula memperkenalkan kawannya kepada aku. Cikgu Bahasa Inggeris. Tinggi dan besar orangnya sebab si dia merupakan pemain ragbi. First date kami dalam gelap, aku terkial-kial main boling di Mid Valley. Serius pelik. Aku pula betul-betul 'kopak' masa itu, jadi nampak seakan-akan aku 'mengepau' duit si dia. Lepas dari itu khabar berita yang aku dapat hanyalah berkaitan jualan Al-Quran terjemahan oleh dia. Dah agak dah. No progress. Haha.

Pada tahun 2012 aku mula bekerja di Mybank. Hari pertama masuk bekerja, mataku sudah tertancap kepada seseorang. Dipendekkan cerita, aku meluahkan rasa kepadanya dan menunggu balasan selama hampir 4 tahun. Tahun lepas (2015) dia akhirnya membalas, dengan berkahwin dengan perempuan lain yang cantik dan putih, tak hitam dan tembam macam aku. Sekarang aku buat tak nampak saja si dia di pejabat. Dah tak teruna! Haha.

Dalam tahun 2014, dalam usaha menghilangkan rasa kepada si Mybanker di atas, tiba-tiba terkeluar cadangan mengenalkan aku kepada anak seorang lagi kawan ayah aku. Guru sekolah rendah agama, bekas pelajar pondok di Indonesia. Siap ada resume berserta dengan gaji dan gambar. Pendiam yang amat. Berlawanan dengan aku yang cepat juga bertegur sapa dengan orang.

Kenangkan keluarganya berlatarbelakangkan bidang kewangan dan alim belaka, aku buat keputusan untuk terima. Walaupun gaji si dia 3 kali ganda rendah dari aku dan si dia pendiam  macam tiada mulut huhu. Kali ini aku dan mak berbincang hingga ke tahap meletakkan kadar hantaran. Alih-alih, tuan punya badan menarik diri dengan alasan tak bersedia.

Malas cakap lebih-lebih, telefon pintar yang aku guna sekarang adalah hasil melepaskan segala kekeliruan dari perbuatan si dia yang kebudak-budakan walaupun umur sudah 30an. Aku dan Aini ke Digital Mall mencari telefon tersebut. Hehe.

Sudah habiskah kisah-kisah aku itu? Belum. Sekitar November tahun lepas aku berkenalan secara kebetulan dengan si dia, seorang cat lover. Jauh lebih muda dari aku 7 tahun. Berpersonaliti unik dan agak wild, aku teruja nak berkenalan dengannya. Alamak, terlebih kenal pula. Sudah jatuh cinta. Tapi entah di mana silapnya kami, akhirnya terputus jua. Malas aku nak jelaskan kesan pasca putusnya hubungan itu sebab perit sangat. Bayangkan cat lover dan anak yatim piatu, kriteria yang memang aku idamkan dari dulu tapi terlepas begitu sahaja. Sabar sahajalah.

Nampak tak ironinya diri aku dan kisah-kisah aku di atas? Aku yang tak rupawan dan kasar macam jantan ini diuji dengan macam-macam ragam manusia bergelar lelaki. Aku berusaha tak? Rasanya berusaha. Tapi semuanya terletak di tangan Allah S.W.T juga akhirnya. Aku tak tulis pun kisah sebenar tentang emosi aku menghadapi setiap insiden. Hanya Allah dan insan yang rapat saja tahu.

Cintalah pada manusia sekuat mana pun. Tetap yang kekal abadi hanyalah cinta kepada Allah. Bila kecewa kita cari Allah. Hanya Allah yang sudi mendengar luahan hati kita. Manusia belum tentu.

Subhanallah Walhamdulillah WalaIlahaillallah Allahuakbar.

Cinta Allah sajalah yang sejati dan kekal abadi. Allahu.


Monday 14 March 2016

Depression atau Tekanan Jiwa: Jangan pandang enteng

Aku baru saja sudah memadam semua akaun di laman sosial kecuali Gmail. Tiada lagi FB dan IG. Esok Inshaallah aku akan tukar nombor telefon pula. Puncanya? Major depression atau tekanan jiwa tahap maksima, akibat dari kekecewaan dengan diri sendiri dan pengalaman hidup.

Kalaulah boleh aku menukar nama sekarang ke nama baru pun aku sanggup. Kalau aku kaya, malam ini juga aku terbang ke luar negara. Tekanan yang aku rasakan ini tak terbendung lagi. Aku harus cuba menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Hanya aku yang tahu puncanya. Nak mengadu pun samada pada Allah atau pada sahabat karib. Aku tak rasa keluarga aku mahu mendengar masalah aku. Apalah sangat masalah perempuan 30an yang masih belum berkahwin, yang luarannya kelihatan sempurna pencapaiannya namun hatinya walang sentiasa.

Aku sudah sampai tahap tak mampu berfikir. Aku hanya biarkan Allah mendorong aku untuk tindakan seterusnya. Sambil makan aku menangis. Nak tidur pun meleleh air mata. Walaupun berkali-kali aku katakan pada diri yang aku kuat dan mampu hadapi semua ini, aku tetap tewas dengan rasa. Kepala aku sakit. Perut aku pedih. Hati aku luka mcm disiat-siat.

Sudahnya aku redha. Aku serahkan kepada masa untuk tentukan keadaan aku. Aku cuba katakan pada diri sendiri: Sabar. Sabar. Sabar.

Jika kalian mengalami masalah sama macam aku, jangan ambil mudah. Cegah sebelum ia menjadi parah. Jangan jadi macam aku. Depression atau tekanan jiwa bukan benda main-main. Kalau perlu bercakap dengan kaunselor, buatlah. Buatlah apa saja yang kalian mampu untuk mengubah keadaan. Selebihnya serahkan kepada Allah. Kerana Allah yang meletakkan kita di jalan begini. Kita sebenarnya kuat, cuma selaku manusia biasa, tak sunyi dari mengeluh dan rasa ingin mengalah.

Semoga kita terus tabah. Semoga luka kita sembuh. Dan semoga kita beroleh bahagia yang kita impikan selama ini. Amin.

Let's start giving: My Story(Post khas untuk Malaysian City Life)

Sorry I do not have a story about others. This is my story and I am grateful enough if at least one person read it.

There is a saying that when we feel down or sad, give. Because through giving we will get happiness. I do not really understand this until last few years.

I am a single lady, age 32 this month. I am waiting to be kissed, by a fat cat on my birthday this 30th of March. I just got two major heartbreak from human love last year and also this month. As dumb as I am, I am so unable to see bad things in others. So whatever bad things that came from the heartbreaking moments, those gentlemen are still good and kind in my eyes. They really are. Just that it is not to me.

So coming back to the giving thingy. Yes, we should try to give more. Give whatever we can. Give candies to kids, give nasi lemak to our colleagues, pay for a stranger's stuff in the convenience store, give chocolate to the most hated team in our office e.g. audit, cause we pity their struggle, smile to homeless people and also buy a few putu mayam for our family for minum petang.

These are just few of the things we can do to understand the art of giving. If we want to have more purpose and more structured activities, join the many local or international NGOs of our choice ranging from charity for the orphans, homeless people, elderly people or even stray animals.

Does giving cure my loneliness and sadness? Hmmm...not really. Haha. But at least when I look to other people who might be less fortunate than me, I will realise that my problem is actually small. There are a lot more problems in this world. People do not die from a failed relationship(unless they killed themselves, it is their choice by the way). Most of them died perhaps due to sickness or being killed. It is very rare to die from a big bear's attack, like Leonardo Dicaprio in The Revenant. He did not die either.

So, what do we do now?

Cry. Yes. No choice. Take our time to let it all out.

After that?

Come back stronger. And give more. Remember, nobody dies from giving. And giving is the best art of all in this world.

What you give, you get back.

Let's do it. Do not hesitate. We won't be promised a happy relationship or wealth by giving. But give because there is so much in us that needs to be shared with others. 

Saturday 5 March 2016

Bermalam di Tune Hotel Downtown KL

Saat ini aku sedang menikmati Maggi Hot Cup perisa sup ayam bersama kopi Mocha jenama Wonda. Duduk seorang sambil melihat kereta-kereta di jalanraya pada waktu malam.

Lokasi? Tune Hotel Downtown KL, Jalan Tunku Abdul Rahman. Habis saja kelas P6, aku terus ke sini. Baru saja semalam aku menempah bilik berharga RM109 melalui laman web Tune Hotel secara ad hoc. Kalian mungkin biasa dengan konsep tempahan secara add-on yang ditawarkan oleh Tune Hotel. Bagi aku, harga RM109 sekali dengan sarapan itu sudah cukup murah. Alhamdulillah.

Kenapa aku di sini? Entahlah. Aku hanya merasa tertekan dengan beberapa isu yang membuatkan aku mahu alone time. Bukanlah bermakna aku tak suka duduk dengan keluarga. Barangkali aku hanya mahukan kelainan dan sesuatu yang baru pada harga yang berpatutan.

Setakat ini aku seronok. Tadi sempat aku menghabiskan bacaan dan tafsir surah Yusuf yang masih berbaki. Aku belajar untuk sabar. Apalah sangat isu aku jika dibandingkan dengan ujian Allah buat Nabi Yaakub yang kehilangan dua anak kesayangannya iaitu Yusuf dan Bunyamin. Kesabaran Nabi Yaakub terbalas dengan perjumpaan semula dengan kedua-dua anak kesayangan itu. Alhamdulillah hati aku tenang sedikit.

Masa untuk membuat kerja. Semoga aku mampu menyelesaikan segala isu yang membelenggu. Amin.

Keterangan gambar:

1- Ruangan makan. Ada kedai 24 jam di sini. Sangat santai. 😆😆😆😆

2- Antara Add-on dalam tempahan aku: Tuala, toiletries, TV dan sarapan. Aku juga menambah wi-fi dan air cond, ya. Lain kali mungkin aku ambil bilik basic saja. Hehe. Baru RM59. Murah. Lagipun aku tak perlukan air cond pun. Lemak aku nipis. Kipas saja sudah mencukupi.😛😛😛

3- Tandas bersaiz mini. Hanya muat untuk seorang. 😅

4- Bilik single simbolik alone time aku. Hehe.💪💪💪💪

Wednesday 2 March 2016

Pengajaran dari kematian

Mati. Berapa ramai dari kita yang takut mati. Satu, amalan belum mencukupi. Dua, mungkin masih ada impian hidup yang belum dikecapi. Tiga, betapa sakitnya mati. Kematian bukanlah perkara yang kita suka untuk bercerita.

Tapi kita harus juga cerita. Sebab setiap yang ada mulanya pasti ada akhirnya. Ada yang baru bermula sudah dijemput oleh Sang Pencipta. Ada yang lama, puluhan tahun  baru sampai masanya. Tapi tiada yang hayatnya sampai bila-bila, atau infiniti.

Bila berlaku kematian, pasti ada kesakitan. Kesakitan pada hati yang mencetuskan rembesan air pada mata. Betapa sakitnya kehilangan, tak semua memahaminya. Hilang sudah tempat pergantungan. Hilang sudah teman meluah rasa. Hilang segalanya. Yang berbaki hanyalah kenangan.

Bagi yang percayakan Tuhan dan hari pembalasan, kematian hanyalah permulaan kepada satu lagi dunia. Apa yang ada selama ini tidak bersama kita selamanya.

Masanya untuk hargai apa yang masih ada. Hormati insan yang lebih tua. Mereka mungkin membantu kita menghadapi peristiwa-peristiwa besar dalam hidup kita. Sayangi yang lebih muda. Kita contoh tauladan buat mereka.

Perlukan masa untuk terima. Menangislah asal tidak meraung berlebih-lebihan. Jadikanlah kenangan sebagai penguat semangat untuk masa depan. Kita di dunia ini banyak peranannya. Jangan putus asa.

Buat arwah Pak Teh Tawi yang penuh karisma, Al-Fatihah.

Tulisan ini diselang-selikan dengan lagu Pergi Tak Kembali dan juga Menanti di Barzakh.

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar.

Tuesday 1 March 2016

Jom Kahwin

Pagi tadi telinga aku dijamu dengan iklan program Jom Kahwin di radio oleh seorang selebriti. Entah kenapa walaupun niatnya baik untuk mengajak orang berkahwin, aku rasa semacam.

Aku rasa bila sebut tentang kahwin orang kita terlalu banyak mengaitkan dengan hal ehwal seperti 'door gift', kompang, DJ, 'pre and after wedding photographer', kad kahwin, katering, 'bridesmaid', mak andam dan beberapa lagi senarainya.

Senarai itu bukan datang kosong. Datangnya dengan permintaan. Permintaan terhadap sumber kewangan. Sumber kewangan pula kadang bukan percuma. Datangnya berkos dan faedah. Datangnya sekejap, perginya bertahun-tahun.

Hikmah hakiki kahwin seakan disembunyikan. Tujuan sebenar kahwin kurang difokuskan. Hal ehwal kewangan selepas kahwin diabaikan. Yang penting hubungan dihalalkan. Malangnya untuk mendapat status halal adakalanya umpama mendapat status halal dari JAKIM, panjang dan mungkin mahal prosesnya.

Sudahnya kahwin hanya laungan. Jom kahwin, jom kahwin, jom kahwin.

Jom kahwin. Dalam mimpi mungkin.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...