Saat ini aku sedang menikmati Maggi Hot Cup perisa sup ayam bersama kopi Mocha jenama Wonda. Duduk seorang sambil melihat kereta-kereta di jalanraya pada waktu malam.
Lokasi? Tune Hotel Downtown KL, Jalan Tunku Abdul Rahman. Habis saja kelas P6, aku terus ke sini. Baru saja semalam aku menempah bilik berharga RM109 melalui laman web Tune Hotel secara ad hoc. Kalian mungkin biasa dengan konsep tempahan secara add-on yang ditawarkan oleh Tune Hotel. Bagi aku, harga RM109 sekali dengan sarapan itu sudah cukup murah. Alhamdulillah.
Kenapa aku di sini? Entahlah. Aku hanya merasa tertekan dengan beberapa isu yang membuatkan aku mahu alone time. Bukanlah bermakna aku tak suka duduk dengan keluarga. Barangkali aku hanya mahukan kelainan dan sesuatu yang baru pada harga yang berpatutan.
Setakat ini aku seronok. Tadi sempat aku menghabiskan bacaan dan tafsir surah Yusuf yang masih berbaki. Aku belajar untuk sabar. Apalah sangat isu aku jika dibandingkan dengan ujian Allah buat Nabi Yaakub yang kehilangan dua anak kesayangannya iaitu Yusuf dan Bunyamin. Kesabaran Nabi Yaakub terbalas dengan perjumpaan semula dengan kedua-dua anak kesayangan itu. Alhamdulillah hati aku tenang sedikit.
Masa untuk membuat kerja. Semoga aku mampu menyelesaikan segala isu yang membelenggu. Amin.
Keterangan gambar:
1- Ruangan makan. Ada kedai 24 jam di sini. Sangat santai. 😆😆😆😆
2- Antara Add-on dalam tempahan aku: Tuala, toiletries, TV dan sarapan. Aku juga menambah wi-fi dan air cond, ya. Lain kali mungkin aku ambil bilik basic saja. Hehe. Baru RM59. Murah. Lagipun aku tak perlukan air cond pun. Lemak aku nipis. Kipas saja sudah mencukupi.😛😛😛
3- Tandas bersaiz mini. Hanya muat untuk seorang. 😅
4- Bilik single simbolik alone time aku. Hehe.💪💪💪💪
No comments:
Post a Comment