Thursday 19 December 2019

Retreat Perak & Penang 2019 (4 Hari 3 Malam) (Part 2) - The Kandu Resort

Untuk retreat kami ini, kami tidur 2 malam di The Kandu Resort, Gopeng, Perak.

Semasa trip ini, resort masih belum lengkap kemudahannya. Belum ada TV dan water heater. Malah kebanyakan kawasan di resort ini masih dalam pembinaan dan pemasangan. Kiranya kami adalah antara guest yang merasmikan resort ini.

Bilik?
Sangatlah luas, boleh muat 4 orang. Deko pun cantik, nampak elegan. 
Toiletries lengkap, siap ada iron dan sejadah di dalam bilik. 
Ada air 3 in 1 dan air mineral.
Juga ada mini bar. 

Warong P Ramlee?
Kami makan malam dan sarapan di sini. Tempatnya sangat klasik dan antik, mendamaikan. 
Makanan sederhana sedap, boleh dibaiki lagi rupa dan kualiti rasanya.
Lagu untuk karaoke sebaiknya ditambah dengan lagu yang lebih update dan pelbagai.

Staf?
Kredit kepada Wee dan Syahrin yang banyak berkomunikasi dengan kami. 
Wee bantu kami untuk mendapatkan tiket berbaloi ke Lost World of Tambun. 
Syahrin respon dengan cepat untuk pertanyaan dan permintaan kami. 
Staf lain juga baik dan peramah dalam melayan kami. 
Alhamdulillah atas layanan yang baik.

Untuk YB Nolee:
Terima kasih sangat-sangat sudi menerima dan melayan kami walau kemudahan belum lengkap. Terima kasih beri durian kampung yang sangat sedap. 
Terima kasih dan semoga The Kandu Resort akan sukses dan menjadi destinasi wajib pergi untuk pencinta alam sekitar dan kehijauan alam, Aminnnn.

Kaunter check-in dan check-out
Katil saiz King di dalam bilik

Katil saiz Twin, diletakkan sekali dengan katil saiz King (1 bilik boleh muat 4 orang)

Suasana makan malam di Warong P. Ramlee

Pentas di Warong P. Ramlee




Retreat Perak & Penang 2019 (4 Hari 3 Malam) (Part 1)

Holla!

Kita bersihkan habuk-habuk di blog dengan perkongsian trip Retreat Perak & Penang 2019 (4 Hari 3 Malam) pada 15 - 18 Disember 2019 baru-baru ini  OK.

Peserta trip:
23 orang (5 kanak-kanak bawah 12 tahun + 17 dewasa + 1 warga emas)

Pengangkutan:
Honda CRV + Toyota Vellfire + Van VIP 15-seater

Lokasi penginapan:
The Kandu Resort, Gopeng, Perak (2 malam)
Savv Hotel, Georgetown, Penang (1 malam)

Tempat-tempat yang kami pergi:
Miker Pizza
Lost World of Tambun
Butterworth Art Walk
Padang Brown
Bukit Bendera

Kos seorang: RM400+- (Kiraan kasar dan pukul rata)

Konklusi?
Sukses!!! Alhamdulillah

Boleh baca 6 lagi post aku untuk perkongsian yang lebih spesifik OK (No worries, post-post yang pendek tapi padat, Inshaallah).

1) The Kandu Resort
2) Miker Pizza
3) Lost World of Tambun
4) Butterworth Art Walk
5) Padang Brown
6) Bukit Bendera

Belum terlambat untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Djoehaizlie bin Johan, ex-staf yang berperwatakan pendiam namun sentiasa menceriakan kami semua.

Kami kehilangan beliau semasa trip ini. Moga rohnya dicucuri rahmatNya dan urusan keluarganya dimudahkan sentiasa, Amin.

Al-Fatihah (Dengan bacaan).











KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...