Monday 28 December 2015

Pengajaran dari permainan Neko Atsume

Aku mula men'download' permainan Neko Atsume sebab ramai kawan-kawan Dunia Kucing 'Group' (DKG) yang berkongsi gambar. Comel-comel belaka kucing-kucingnya.

Selepas aku 'download' aku pun mula bermain. Mula-mula aku lambat sangat nak dapatkan ikan tak kira ikan biasa mahupun ikan emas. Ikan-ikan ini didapati hasil dari setiap ekor kucing yang datang ke rumah aku samada untuk makan atau bermain. Bila aku nampak kawan-kawan DKG berkongsi rumah mereka sudah semakin besar, aku jadi cemburu. Aku berusaha keras mendapatkan ikan emas sebanyak 180 ekor. Akhirnya aku berjaya!

Aku ingat lepas itu aku akan bahagia. Rupanya semakin besar rumah, semakin banyak masa aku perlukan untuk memberi kucing-kucing makan. Aku juga perlu mempelbagaikan jenis-jenis mainan terutamanya kalau aku berhasrat mahukan kucing-kucing 'rare' datang ke rumah aku.

Lalu aku mula menjadi malas. Aku sudah malas mahu membeli makanan kucing. Sudah malas menukar posisi mainan untuk kucing. Klimaksnya adalah aku akhirnya telah 'uninstall' permainan ini.

Kadang kita mengukur kelebihan orang lain itu harus sama kesannya kepada kita. Sedangkan kita hanya cukup menjadi sederhana, sesuai dengan usaha kita. Semakin banyak harta benda, semakin perlu kita menjaga mereka. Adakalanya diri kita sendiri kurang terjaga.

Selamat tinggal Neko Atsume. Terima kasih atas pengajaran ini. Aku memang lebih suka hidup biasa, dengan semangat dan cinta luar biasa. Inshaallah.

Adios!!!

Friday 25 December 2015

Travelog MR Traveler: Review buku peribadi

Jujur aku katakan aku hanya tahu mengenai buku ini semasa aku menghadiri seminar self-publishing beberapa minggu lalu. Mungkin sebab aku tak berapa follow orang-orang di laman sosial. Tapi sebab aku dah niat untuk buat review buku(aku dah buat dua review sebelum ini), maka kalian bolehlah baca review aku di bawah ini ya. Semoga bermanfaat dan selamat membaca!

Travelog MR Traveler. Tajuknya sahaja sudah menarik minat aku untuk membacanya. Cover bukunya jelas menyampaikan mesej backpackers solo traveling sambil menghayati kebesaran Allah.

Ditulis oleh Meor Farid Asyradi, buku ini mengisahkan pengembaraan Radi ke benua Eropah selama 15 hari. Berbekalkan sekeping tiket Eurail Global Pass yang sah selama 15 hari (dibeli secara online), Radi seterusnya membawa kita ke dalam dunia pengembaraannya yang mengujakan.

Bermula dengan Sweden pada hari pertama hinggalah ke Norway pada hari ke-15 dan kembali ke Sweden semula, Radi berjaya memberikan kita 'snapshot' tentang benua Eropah.

Kita sudah biasa mendengar orang mengembara ke Eropah tetapi bukan seperti yang dilakukan oleh Radi. Pengalamannya menaiki 50 buah keretapi dan meredah 50 buah stesen memang suatu yang segar buat aku dan mungkin juga pembaca lainnya. Ada banyak mesej berguna yang disampaikan di setiap lokasi yang dijejaki oleh Radi. Apakah mesej-mesej itu? Bacalah buku ini dahulu, ya.

Seperkara yang menarik adalah Radi sentiasa menitipkan mesej dakwah di dalam hampir semua bab. Radi meniatkan untuk menghabiskan 30 juzuk Al-Quran sepanjang pengembaraannya. Selain itu semangat setiakawan dan persaudaraan juga diserlahkan apabila Radi menonjolkan kawan-kawan yang banyak membantu kelancaran perjalanannya.

Paling penting, Radi menekankan kepada pembaca betapa pentingnya kita menjaga solat walau di mana kita berada. Begitu juga kuasa doa, apabila Radi sebenarnya pernah berdoa di Mekah untuk mengembara, demi melihat kebesaran Allah SWT. Semua mesej ini disampaikan dengan begitu ringkas dan mudah difahami oleh pembaca.

Terdapat satu bab travelog khas iaitu berkisarkan kisah Radi dan dua orang kawannya mengembara ke India selama 12 hari. Membaca bab ini mengingatkan aku kepada suasana di dalam filem Tamil yang selalu aku tonton. Hampir sama 100%. Ada sisi positif seperti sikap ramah sebahagian penduduknya dan ada juga sisi negatif seperti sikap kurang pembersih sebahagian penduduknya. Apapun kalian bacalah dahulu jika mahu tahu lebih lagi, ya. Dijamin berbaloi.

Aku memang ada save lagu Unintended oleh kumpulan Muse. Selalu aku dengar lagu itu terutama jika di tempat kerja. Tak sangka rupanya ada disebut tentang lagu itu dalam bab hari ke-12 (Perancis). Teruja pula aku masa itu. Kesimpulannya kalian harus baca buku ini sebab ada banyak sangat maklumat berguna mengenai pengembaraan secara backpackers malah disebut juga ikon-ikon belia dan dakwah dan juga traveler lain. Pendek kata macam-macam adalah!

Apa tunggu lagi? Bacalah. Inshaallah kalian juga akan berniat untuk mengembara seperti Radi. Semoga impian itu tercapai. Amin.

Perkara-perkara yang hendak aku capai (dalam Bahasa Inggeris)

I have so many things in my mind right now. So many things to achieve.

1) Prepare for weekend classes. 2 more papers to go. Gotta finish what I have started.

2) Start writing my own book. A nice person will recommend me a printer who can print even 1 book. Inshaallah by end of 2016. At least a simple one.

3) My big boss has some plans for us. According to her if we feel bored with our current job scope or wanting to explore new things in our career, we can talk to her directly. Can't wait for that moment. Tired of doing reporting and reporting and reporting.

4) Paying off my debts either with the bank or my parents. Inshaallah, slowly.

5) Traveling again. Seriously I miss traveling so much!

6) Updating my blog and my FB page. They are in Bahasa Malaysia, with proper but casual style. Really need to organize them well.

7) Read more books. Seriously I love books to the max! I dream of my own library. A Kindle is also intriguing but considering the price...hmmm..maybe later.

8) Submitting articles to publisher, magazines and newspapers. This one is based on my colleague's suggestion. We will see.

9) Opening up accounting and economics tuition classes in my new house. I already have 1 prospective client. Need some materials for this. Pricing is supposed to be cheap because I always relate this to my 'giving back to people' objectives.

10) Continue to be involved with TFTN though I may not be able to join their session on every Saturday. I have classes to attend. Sigh.

11) Considering to be attached emotionally to a new relationship. Ahah! This one is not so urgent anyway. But I do hope it's going to be fruitful though. Is tough love really that tough? We will see.

Anymore to add? On family and friends, I won't list it here. Because they are in my list forever. Not occasionally.

So, time to read a book! Adios!

Oh oh, I forgot about something. I need to avoid being hesitant or afraid. Thus I will have to ask this question most of the time:

"What would I do to achieve my dreams, if I were not afraid?"

Think. Act. Inshaallah.

Additional points i.e. my beloved auntie's suggestion:
Learn new knowledge to be a better muslim- eg quran memorization, new doas, hadith 40 , tafsir surah etc. utk bekalan disana insyaaAllah  :)

Sunday 20 December 2015

Terima kasih atas hikmah ini

Kita sebagai manusia takkan pernah dapat memahami secara total apa yang berlaku dalam kehidupan kita.

Kadang kita bencikan sesuatu tapi ianya tetap datang kepada kita.

Kadang kita mati-mati mahukan sesuatu namun ianya tetap menjauh dari kita.

Kadang kita tak pernah terfikir akan sesuatu tapi ianya tiba-tiba ada di depan mata.

Allah sedang mengajar kita sesuatu:

Dialah yang tahu segalanya.

Kita ini hanya hamba.

Tugas kita hanya menurut perintahNya dan meminta hanya kepadaNya, bukan manusia.

Terima kasih atas hikmah ini. Kini aku boleh menarik nafas lega. Yang lepas aku anggap sebagai pengalaman sahaja. Hilang sudah segala puisi buatnya. Hilang bersama perginya dia dari hatiku.

Monday 14 December 2015

Servis kereta dan daftar kelas P6 Advanced Taxation

Hari ini hari kedua aku bercuti. Disebabkan esok aku perlu membantu mak membuat kuih yang ditempah oleh Sheela, kawan sepejabatku maka aku harus menyelesaikan segala urusan pada hari ini juga.

Seawal pukul 8.45 pagi aku sudah terpacak di pusat servis kereta Proton di Cheras. Aku memang kosong bab kereta maka aku sentiasa pergi ke pusat servis ini. Senang sebab tak perlu cakap banyak. Beritahu saja mileage dan apa-apa masalah, mereka akan servis.

Memang harganya agak mahal berbanding di bengkel lain. Tapi aku yakin barang-barangnya original dan setakat ini aku memang puas hati dengan servis mereka. Kalau ada ahli keluarga atau kawan yang arif tentang kereta mungkin aku boleh minta tolong mereka. Nak bantu diri sendiri dengan membuat research? Boleh juga, kalau sempat! Haha.

Sambil menunggu aku sempat membaca buku yang baru aku beli iaitu Travelog MR Traveler, karya Meor Farid Asyrady. Meor ini rupanya junior aku di UM (nak sebut juga walaupun dah bertahun-tahun aku habis belajar dan tak jumpa pun dia haha.)Tapi dia di fakulti lainlah. Hmmm dapatlah juga hampir separuh buku aku habiskan dalam masa 2 jam. Aku dah merancang untuk membuat review peribadi buku itu nanti. Nantikan dalam post seterusnya OK!

Lepas habis servis kereta, aku bergegas ke Yes Academy di Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng. Sebab? Sebab aku nak mendaftar kelas subjek P6 Advanced Taxation untuk sesi Jun 2016 nanti. Yes Academy merupakan kolej baru yang dibuka oleh Sir Joe Fang (pensyarah P2 aku dulu) dan kawan-kawannya. Untuk subjek P6 aku memilih mendaftar dengan Yes Academy sebab jadual kelasnya adalah pada setiap Sabtu. Pensyarahnya pula memang terkenal iaitu Sir Siva Nair. Alhamdulillah. Inshaallah aku akan usaha keras untuk lulus. Doakan aku ya!

Keterangan gambar:

1) Banner tentang pentingnya membuat appointment untuk servis kereta

2) Aktiviti membaca yang menyeronokkan ho yeah!


Sunday 13 December 2015

Adab sopan harus dikekalkan selamanya

Semakin pandai manusia berhujah di laman sosial, semakin lupa mereka kepada adab sopan. Mereka gagal untuk menerima hakikat yang insan lain juga punya pandangan berbeza. Sudahlah begitu, mereka maki pula dengan segala cerca dan perkataan yang menyakitkan mata dan hati.

Itu belum lagi mereka yang terlalu ghairah menghina bangsanya sendiri. Seingat aku hanya bangsa Melayu yang suka menghina bangsa sendiri. Bangsa lain samada diam saja atau berbangga dengan bangsanya sendiri. Bangsa Melayu kononnya mahu sarkastik supaya bangsanya sedar. Betul, mungkin ada kesan positif darinya. Tapi jikalau bahasa yang digunakan sudah tahap menghiris, akan mengambil masa juga untuk merawat dan berubah.

Yang sebenarnya kita mungkin belum cukup menjenguk kehidupan rata-rata masyarakat kita pada hari ini. Bila kita katakan susah, semua bangsa pun ada yang susah. Bila kita katakan senang, tak semua yang kita lihat itu benar-benar senang. Mungkin hanya lakonan dan pinggangnya penuh dengan hutang piutang.

Kesusahan memang mencengkam. Semalam terbaca betapa meningkatnya kes penderaan bayi akibat tekanan hidup oleh ibu bapa. Seboleh-bolehnya, kita jagalah hubungan dengan keluarga. Jangan biarkan kesempitan hidup menjadikan kita manusia tanpa adab dan  kemanusiaan. Ingat semula kenapa kita di sini pada hari ini. Kenapa kita berkahwin(bukan aku)? Kenapa kita mahukan anak(pun bukan aku).

Tak cukup dengan keluarga kita lepaskan di laman sosial pula. Sudah-sudahlah. Sama-sama kita usaha menunaikan tanggungjawab kita. Pemimpin bodoh? Pemimpin bodoh lahir dari pengundi bodoh. Ini fakta. Berubahlah. Jangan asyik menyalahkan orang lain. Hmmmmm.

#postpanjangsebabcuti

Monday 7 December 2015

Mengadu dengan mak di pagi hari

Dalam keadaan segala barang 'mencanak' naik, masih ramai yang mampu pergi melancong ke luar negara. Alhamdulillah, walaupun hati ada sedikit cemburu.

Meluahkan rasa pada mak tadi.

"Mak, kaya betul dorang tu. Boleh pergi Australia dan macam-macam negara. Walaupun harga barang naik. Walaupun gaji tak naik-naik. Agaknya duit mereka tak luak kot".

Mak jawab senang saja:

" Bukan tak luak Kak Long. Berlebih. Dorang laki bini bekerja. Kerja pula di bank, syarikat besar. Tak sama. Tak sama dengan orang yang gaji kecil. Orang begini apa pun yang naik tak ada kesan kepada mereka. Nah ambil RM100 mak hutang top-up and saman".

Yeayyyyyyy....gembira sebab nilai RM100 itu macam RM1,000 untuk aku. Poket terasa macam berlubang besar sejak tambang LRT naik. Belum harga barang lain lagi dengan efek GST yang maha gila.

Bersabarlah kita menghadapi semua ujian yang melanda negara kita. Doakan semua rakyat sedar dan tidak lagi boleh diumpan dengan gula dan tepung. Kalau nampak sesiapa yang dalam kesusahan, kita usaha bantu mereka. Tak payah harapkan kerajaan lagi. Bak kata Astro Ceria:

"Dunia kita aje".

Sunday 6 December 2015

Seminar Self-Publishing anjuran Nur El Hikmah

Hari ini aku berseminar di Taman Melawati. Seminar kali ini memang 'out of this world' bagi aku. Dari satu sudut fikir ianya adalah gila. Malah ianya diakui oleh penganjur, yang menyatakan tidak ada 'publisher' buku yang akan menyukai seminar seperti ini. Kerana seminar ini menggunakan tema 'Now everyone can publish a book'. Siapa-siapa pun boleh buat buku sekarang. Tak perlu mengharapkan 'feedback' atau 'response' dari 'publisher' besar lagi.

Dari satu sudut lagi, seminar sebegini bertepatan dengan zamannya. Zaman di mana 'knowledge is borderless'. Zaman yang menjangkakan universiti fizikal juga mungkin tidak akan diperlukan lagi, kerana ilmu pengetahuan sudah begitu mudah diperoleh di hujung jari. Tidak ada siapapun boleh menghalang sebarang aktiviti perkongsian ilmu pengetahuan, kecuali jika ianya jelas dinyatakan dalam akta-akta berkaitan.

Untuk aku sendiri, seminar ini melengkapkan aplikasi kata-kata Paulo Coelho dalam bukunya 'The Alchemist':

When you want something, the whole world conspires to make it happen for you.

Dari sudut Islamik pula, kalau Allah sudah menentukan sesuatu maka jadilah ia. Bertahun aku tinggalkan minat menulis lepas aku fokus belajar akaun sebelum ini. Beberapa tahun kebelakangan ini aku didatangkan dengan minat menulis yang membuak-buak, samada menulis artikel-artikel mahupun puisi-puisi pendek. 

Bermula dengan menyertai kelas asas blog dan penulisan dengan jemaah Akademi Bekerja di Rumah (ABDR), aku sudah tidak menoleh ke belakang lagi. Berdikit-dikit menulis di blog, membuka 'page' di Facebook dan kini menuntut ilmu tentang menerbitkan buku sendiri. Alhamdulillah! Meski perjalananku masih jauh, aku takkan mudah menyerah.

Tanpa membuang masa, berikut sedikit perkongsian tentang seminar hari ini:

1) Soalan yang paling penting untuk ditanya:

Kenapa kita menulis?

Jawapannya: Sebab duitkah, minatkah atau mahu berkongsi pengalamankah?

2) Bagaimana mahu menulis?

Jawapannya: Menulislah! Apa tunggu lagi? Target untuk terbitkan 1 buku dahulu. Kemudian usahakan bagi jadi.

3) Mahu terbit buku tapi tak popular?

Jawapannya: 

a) Bergabunglah dengan orang popular dahulu. Cuba ajak mereka 'joint venture' dengan kita.

b) Buka 'page' di Facebook tentang buku kita. 'Invite' kawan-kawan kita. Pastikan 'page' di'update' setiap hari. Gunakan fungsi 'schedule' untuk post-post kita. Jimat masa dan tenaga.

4) Apakah alternatif bagi penulis untuk menerbitkan buku?

Jawapannya: Ada 3 alternatif iaitu

a) Melalui 'mainstream publisher' -hantar idea dan konsep. Jika diterima, mereka akan uruskan semuanya dan beri kita royalti.

Kelebihan:

Tak perlu fikir banyak tentang 'publishing'. Cuma perlu perah otak untuk idea. 'Mainstream publisher' sudah memiliki semua tenaga kerja yang akan pastikan buku kita diterbitkan.

Kekurangan:

-Royalti sudah ditolak segala diskaun. Melainkan buku kita memang 'best seller', yang memang beri royalti 'kawkaw' dan kita boleh runding tentang diskaun.

-Setiap 'publisher' ada 'house rule' sendiri. Idea kita mungkin perlu melalui beberapa tahap 'screening' dan 'editing'.

b) Melalui 'publisher' indie/butik-Hampir sama macam a), cuma mungkin kurang dari aspek 'house rule'. 'Publisher' indie kebanyakannya mahukan karya yang 'rare', liar dan lari dari tradisi penulisan biasa.

Kelebihan:

Sama macam a).

Kekurangan:

Mereka mungkin menerbitkan buku mengikut 'trend' atau 'what's in' sahaja, sesuai dengan minat orang-orang muda masa kini.

c) Melalui 'self-publishing'- Kita buat semua dari A ke Z. Pastilah ada aspek yang boleh kita upah orang buat seperti 'design'. Tapi kebanyakannya memang buat sendiri.

Kelebihan:

Margin untung paling besar. Tak macam royalti. Orang kata paling masyukkkkkk lah!

Kekurangan:

Lebih kepada cabaran, bukan kekurangan sebenarnya. Kita kena kerja betul-betul keras untuk pastikan segalanya lancar dari awal hingga akhir. Kena tahu aspek-aspek teknikal untuk menerbitkan buku sendiri. Kena buat 'marketing' sendiri. Kena buat 'follow up' sendiri. Semua sendirilah!

Dan perlu ada duitnya. Ini isu juga bagi sesetengah orang. Inshaallah ada jalannya.

5) Apakah langkah-langkah untuk 'self-publish'?

Ada 4 langkah utama iaitu:

1. Idea

2. Manuskrip

3. 'Editing'

4. 'Printing'

Dari pemahaman aku, kita kena pastikan begini saja sebenarnya:

a) Saiz buku kita?

Kebiasaannya saiz A5. Boleh juga sedikit kecil dari itu. Jangan kecil sangat, kecuali kita nak 'print' ribuan buah buku.

b) Berapa helai i.e. berapa muka surat bersaiz A5?

Untuk tahu ini, kita kena 'setting' manuskrip kita dalam Miscrosoft Word format A5 siap-siap.  Nanti kita akan beri format PDF kepada syarikat 'printing'.

Syarikat 'printing' akan 'print' berdasarkan jumlah 'section', menggunakan kertas paling besar iaitu A1.

1 section ada 32 helai i.e. 16 set A5 'double sided' (16 x 2=32). Jadi kalau buku kita ada 160 helai A5, syarikat 'printing' akan buat 5 'section' i.e. 160/32 helai.

Kira-kira tentang helai dan 'section' ini penting sebab ianya boleh mengganggu kos 'printing' kita.  Kita tak mahu lepas dah siap 'print', ada beberapa helai di belakang yang kosong tanpa sebarang cetakan. Rugi nanti.

c) Jenis kertas di dalam buku?

Biasanya ada 4 jenis iaitu:

1. Simili - kertas putih biasa samada 70gsm atau 80gsm.

2. Art paper - macam kertas majalah.

3. Premium ivory - warna kuning sedikit.

4. Bulky newsprint - Macam kertas suratkhabar, agak kesat.

Selalunya kita pilih Simili 70gsm saja untuk buku biasa.

d) Berapakah Color yang kita mahukan?

Untuk isi, kita boleh pilih samada mahukan 1 color (hitam putih), 2 color (contoh hitam dan merah) atau 4 color( warna warni).

Buku 'self-publishing' biasanya pilih 1 color saja.

Untuk cover, biasanya kita pilih 4 color.

e) Design cover kita bagaimana?

Kebiasaannya kita pilih Art card 260gsm.

Kemudian boleh pilih nak 'lamination' jenis kilat (glossy) atau biasa (matte).

Juga kita perlu pilih nak Spot UV (tulisan timbul tapi tak tembus ke belakang cover) atau Emboss (tulisan timbul dan tembus ke belakang cover).

f) Binding buku kita?

Biasanya kita pilih Lock bind atau nama lainnya Perfect bind yang menggunakan gam sahaja.

Binding jahit biasanya untuk buku yang tebal atau yang 'hard cover'.

Buku nipis seperti Zine bolehlah kita buat Stapler bind sahaja.

Selepas kita menjawab soalan-soalan di atas, barulah kita akan meminta 'quotation' dari syarikat 'printing' mengikut jumlah cetakan yang kita mahukan.

Nota: Kita boleh mengambil 'plate' yang digunakan untuk mencetak buku kita. Sebab 'plate' itu hak kita yang kita bayar. Manalah tahu kita nak cetak dengan syarikat lain pula selepas ini.

Dari kos sebuah buku, barulah kita akan menentukan harga jualan buku kita. Kami difahamkan ada formula untuk ini, yang akan dikongsikan kemudian Inshaallah.

Semoga post kali ini bermanfaat Inshaallah. Doakan aku berjaya terbitkan buku sendiri nanti ya! AMIN.

Keterangan gambar:
1) Poster seminar kredit kepada Nur El Hikmah. Watermark sekadar menunjukkan ianya dari blog aku.

2) Salah satu sesi hari ini. Yang berdiri di belah kanan adalah Ust Faris, pemilik Nur El Hikmah. Beliau juga adalah penulis bersama buku Kun Anta selain Ust Syed Kader dan Sis Heliza Helmi.

3) Hasil tuaian hari ini: Travelog Mr Traveller dan Kun Anta. Inshaallah aku kongsikan reviewnya nanti.

4) Dalam bulatan: 'Section-section' yang telah siap digam.

Friday 4 December 2015

Puisi buat sahabat

They say beauty lies in the eyes of the beholder
And that beauty should come from within
What if I told you that other than my mom, I found that Anne Ace Jay Afifatun Qanitah Nana Raihana Fazzy ILa and Nor'aini Hamid are the most beautiful women in this world?
From their eyes I can see strength
From their lips I can see wisdom
From their appearance I can see freedom
To hell with all the beauty queens in this world
I only need my wonderful friends
Who through thick and thin
Good or bad
Are always around
Thank you!

Wednesday 2 December 2015

Madah berhelah hari ini

Some people come into your life just like that. Gives you the necessary emotions and experiences. They then leave you, for good or worse.

You wonder, what the hell is happening, really? Why do I have tears running down my cheek because this person leave me? Because what he/she leaves you with are  things that make you learn about yourself and others. How you and him/her sees the world. How he/she copes with challenges in life. How you learn to love whatever he/she likes.

You gotta do what is necessary. To keep walking. And not looking back anymore. This is not the first time you have this experience in your life. Move on with the biggest smile ever!

Saturday 28 November 2015

Hakikat kehidupan di ibu kota

En A bekerja sebagai 'site supervisor' di ibu kota. Dengan hanya berbekalkan sijil SPM, En A hanya mampu mendapat gaji sebanyak RM1, 200 sebulan. Untuk menampung kos hariannya, En A terpaksa samada membuat 'overtime' sesi malam atau bekerja sambilan sebagai pekerja sekuriti.  Dengan kerja sekuriti itu bolehlah En A mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM1,900 sebulan.

En A pergi ke sana sini menaiki motor. Bila hujan lebat, En A mudah demam. Kasihan En A. En A suka juga beli kereta, tapi secara tunai. Kereta dari Singapura dengan geran 'total loss' katanya. Tapi kereta sebegini kadang-kadang susah nak dibawa di atas jalanraya di Malaysia atas faktor-faktor tertentu. Tapi En A tetap selesa dengan cara begini. Tanpa hutang dan dapat memenuhi minatnya terhadap kereta 'sport'.

Di sebuah tempat lain di ibu kota, En B bekerja sebagai eksekutif. Hasil penat lelah belajar di universiti bertahun-tahun, En B berjaya mendapatkan gaji sebanyak RM5,000 sebulan.

En B pergi ke kerja menaiki kereta yang dibelinya secara hutang. En B membayar sebanyak RM600 sebulan untuk keretanya. Selain itu En B telah membeli sebuah rumah dengan bayaran bulanan sebanyak RM900 sebulan. En B juga mempunyai hutang kad kredit, yang digunakannya untuk membeli belah. Cukup bulan En B buat bayaran minimum. Senang cerita.

En A perlu bekerja hampir 24 jam untuk mendapatkan RM3,100. Untung sekali bagi En B yang bekerja 8 jam sehari(selalunya) tapi bergaji RM5,000.

Tapi bila dilihat lebih mendalam kehidupan mereka, hasil akhirnya tetap sama. En A kurang berhutang sebab gajinya kecil. Kerja macam nak mati. Nasiblah ada SPM sahaja. En B pula banyak hutangnya, tapi masih boleh 'manage'. Janji tak bankrap sudahlah. Janji beliau dapat membeli aset dan menghargai dirinya setiap bulan, hasil penat lelah belajar dan bekerja.

Definisi hidup mungkin tak sama bagi setiap orang. Tapi kos seperti minyak, tol dan makanan keperluan tetap sama kesannya kepada setiap orang. Jika kos-kos ini meningkat serentak, kedua-dua En A dan B akan mengeluh. Tapi En A akan lebih terhimpit kerana gajinya sedikit. En B mungkin terpaksa melakukan kerja 'part time' pula, untuk menampung peningkatan kos dan gaya hidupnya yang tidak boleh diubah.

Pilihan di tangan sendiri. Menurut wakil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan(AKPK) dalam sesi ceramahnya di pejabat kami, sebahagian besar klien mereka memiliki satu ciri yang sama yang menyebabkan mereka dihimpit hutang: Gaya hidup yang mewah melampau. Faktanya adalah gaya hidup merupakan sesuatu yang paling susah untuk diubah.

Tapi aku tidak sesekali menafikan ini: Kita semua sebenarnya penat juga menganalisa dan mengubah gaya hidup. Naik kereta, tol dan minyak naik. Naik LRT, tambang bakal naik minggu depan. Naik bas, jadual bas pula tak tentu. Tak perlu bernafsukan Starbucks pun dah tahap paras leher. Kena pula fikirkan nak berbisnes secara 'part time'. Yang ada isteri dan anak lagilah pening.

Apapun tetaplah terus hidup. Jangan sesekali mengalah. Pertolongan Allah itu pasti ada. Inshaallah. Cuba untuk senyum ya. Nasihat untuk diri sendiri juga.

Kenapa aku menjadi sukarelawan TFTN

Seseorang bertanyakan soalan:

"Kenapa awak 'join' NGO macamTFTN? Rajin betul awak ni".

Jawapan aku:

1) Mencari makna hidup dengan memberi

Bertahun aku hidup dengan soalan ini: Kenapa aku masih mencari dan menanti? Sejak kawan-kawanku semua berumahtangga, aku yang masih bujang harus membawa diri dan cuba mencari makna dalam hidup.

Hinggalah aku mendapat jawapannya: Hidup ini bukan hanya menanti. Hidup ini harus memberi. Semakin banyak yang kita beri, semakin banyak yang kita dapat. Walaupun apa yang kita dapat mungkin bukan yang kita inginkan selama ini.

2) Pendidikan seharusnya melahirkan insan yang prihatin dengan nasib orang lain yang kurang bernasib baik

Alhamdulillah ibu bapa aku mampu memberikan aku pendidikan yang sempurna untuk aku sampai ke tahap hari ini. Sudah tiba masanya aku berkongsi kepakaran yang ada dengan anak-anak yang kurang bernasib baik.

Aku mempunyai kemahiran analitikal, 'public speaking', keyakinan diri, berani mati demi mencuba dan rasa simpati yang mendalam. Aku berusaha untuk mencurahkan semuanya kepada anak-anak ini.

3) Berkenalan dengan insan-insan yang menakjubkan

Di TFTN aku berjumpa dengan 'malaikat'-'malaikat' yang sanggup berkorban demi membantu orang lain. Mereka ini tak tenang hidup memikirkan masalah masyarakat. Mereka bukan leka mengejar kekayaan semata-mata. Dan profil mereka bukan calang-calang.

Contohnya, hari ini aku berkenalan dengan seorang guru yang baru berusia 26 tahun. Beliau dulunya bukan pelajar pintar. Tapi beliau berjaya lulus di luar negara dan juga telah menjejakkan kaki ke 13 buah negara. Juga sudah punya rumah dan kereta sendiri. Tetapi beliau tetap begitu risau memikirkan nasib sebahagian anak muridnya yang tiada motivasi untuk belajar. Hebat bukan? 'Humanity at its best'!

4) Duit bukan segala-galanya

Melalui aktiviti kesukarelawanan begini, aku sentiasa diingatkan bahawa duit bukanlah benda terpenting dalam dunia ini. Duit hanyalah alat atau medium. Bila aku pergi ke Fuqaha, aku menawarkan diri untuk mengambil kawan-kawan di stesen LRT dan juga UKM. Aku rasa kos minyak dan tol itu tidak mahal berbanding nilai masa yang aku dapat luangkan bersama anak-anak Fuqaha.

Bila aku nampak anak-anak teruja melihat dan mengecam aku, aku rasa macam seronok teramat-amat. Tak pernah ada orang yang begitu teruja melihat aku. Seolah aku ini macam ibu kedua mereka. Sedangkan aku mungkin hanya sekadar membantu mereka menyiapkan kerja sekolah, atau mengajak mereka bermain sambil belajar sahaja. Entahlah. Bahagia lain macam aku rasa. Dan aku sukakan rasa ini. Lebih hebat dari jatuh cinta.

Semoga aku menjawab soalan kamu. Atau mungkin soalan dari orang lain juga.

Wednesday 25 November 2015

Pada setiap kesusahan ada penyelesaiannya

Dua minggu ini aku sibuk. Sangat sibuk hingga aku kerap terlupa atau tertinggal barang di merata tempat. Aku sibuk merancang sesi penerangan untuk 'IFRS 7 and 13 Disclosures for financial year ending 31 December 2015'. Ada antaranya memerlukan 'conference call' dengan cawangan dan subsidiari samada tempatan mahupun antarabangsa.

Kena 'booking' bilik mesyuarat. Masa inilah segala projek-projek dan audit berlangsung. Bilik mesyuarat sangat-sangat terhad. Aduhai pening aku dibuatnya.

Kena juga sedia kan 'presentation slide' untuk semua sesi. Sesi berlainan memerlukan kandungan yang berbeza. Sesi 'short briefing' memerlukan kandungan yang ringkas manakala sesi 'walkthrough' memerlukan kandungan yang lengkap dari A ke Z. Lepas itu perlu emelkan 'presentation slide' tersebut kepada staf yang terlibat dari setiap cawangan dan subsidiari yang terlibat.

Selain itu kena hantar 'meeting invitation' kepada semua cawangan dan subsidiari yang terlibat.  Harus berhati-hati dengan mereka yang punya 'time zone' berbeza. Harus memberikan mereka nombor 'call in' yang terkini mengikut negara. Belum lagi yang minta 'reschedule'. Kena ulang proses mencari bilik mesyuarat pada masa berbeza pula.

Tambahan kepada segala cabaran itu adalah ini: Perlu menerangkan segala kandungan kepada mereka. Satu sesi mengambil masa selama sejam. Sehari paling kurang ada 2 sesi. Setakat ini jumlah sesinya adalah sebanyak 9 sesi. Boleh sakit tekak aku. Kebetulan aku dah seminggu batuk dan selesema.

Kenapa tak buat 1 sesi sahaja untuk semua cawangan dan subsidiari yang terlibat? Sebab pernah buat dulu, tapi kesannya mengecewakan. Sebahagian mereka hanya mendengar dan lupa. Ada yang rasa tersisih. Ada yang tak faham tapi berdiam diri. Semuanya diterjemahkan melalui 'disclosure submission' yang begitu banyak kesalahan dan melambatkan proses 'year end closing'. Sejak itu kami pecahkan kepada beberapa sesi supaya lebih fokus dan sesi tersebut bersifat 'mutual', bukan hanya 'syok sendiri'.

Mengeluh dengan kesibukan ini? Ya. Sebelum aku amati hikmahNya.

Alhamdulillah ada kawan dari jabatan kami baru dipindahkan ke tingkat 40. Boleh minta dia 'booking' bilik mesyuarat di jabatan barunya. Tadi pun aku minta bantuan dia untuk 'booking' bilik mesyuarat untuk sesi-sesi yang 'reschedule'.

Alhamdulillah permintaan untuk 'reschedule' sebenarnya memberi aku lebih masa untuk menyediakan material dan praktis.

Alhamdulillah semua staf yang terlibat berkomunikasi dengan begitu baik dan segera. Sebarang masalah boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Alhamdulillah bos aku percayakan aku untuk uruskan sesi penerangan tahun ini. Sesekali dia bertanyakan jika ada sebarang isu. Hari ini bos aku meluangkan masa hampir 30 minit mendengar dan memberi komen tentang kandungan 'presentation slide' aku untuk sesi 'walkthrough' esok. Sokongan begini buat aku rasa kuat dan bersemangat.

Pada setiap kesusahan ada jalan penyelesaian. Ada pengajaran dari semuanya. Kita sebagai hambaNya hanya perlu usaha, berdoa dan bertawakal. Allah akan bantu, Inshaallah.

Semoga semua urusan kita di dunia dan akhirat lancar. Amin.

Wednesday 18 November 2015

Bagaimana aku mengenal orang melalui kucing

Aku memang suka kucing. Aku sebenarnya 'alergik' dengan bulu kucing (baru tahu 2 tahun lepas). Doktor pernah suruh aku jangan peluk kucing seminggu dan lihat perubahan pada kesihatan aku.

Jawapan aku? 'NO WAY!'

Haha.

Semenjak aktif dengan 'Group' kucing, dah beberapa kali aku buka kucing-kucing untuk 'adoption'. Semuanya kucing jalanan yang aku tak sampai hati tengok keadaannya seperti cacat, sakit atau kehilangan mak. Olive merupakan kucing pertama yang aku 'adopt' dari orang lain secara percuma. Sanggup pergi ke Taman Permata untuk mengambil dia yang kecil masa itu.

Kucing dah memanglah sifatnya manja dan mahukan perhatian. Tapi yang aku paling hargai dari menjaga kucing adalah bila aku boleh mengenali ramai orang.

Penjaga asal Olive seorang perempuan. Cantik, agak seksi dan manja orangnya.

'Adopter' Panda seorang perempuan manis bernama Leena Asmawi. Sampai sekarang kami baik. Aku selalu doakan bisnes dia maju sentiasa. Amin.

'Adopter' K-Pop seorang perempuan comel dan ada anak bernama Linesha. Dialah Nesha M K Maran. 

'Adopter' Kikos dan Koyen aku ingat betul sebab kami sesat teruk semasa nak ke Kelana Jaya. Nampak saja Kikos dan Koyen, dia terus sarungkan rantai comel untuk mereka.

'Adopter' terkini merupakan satu-satunya lelaki. Muda lagi, sangat nakal(seperti diakuinya sendiri) dan pandai 'mengayat' perempuan. Tapi melihat dia memeluk Zorro aku tahu dia memang pencinta kucing.

Pengalaman-pengalaman begini buat aku simpulkan:

1) Carilah pasangan pencinta kucing. Inshaallah mereka ini penyayang orangnya. Eh! Kempen diri sendiri sekali, boleh? Hoho.

2) Semua orang ada 'soft spot'. Tentang ini, pertama sekali aku dengar dari Dato' Fadzilah Kamsah. Tengok kaki 'clubbing' belai dan beri makan kepada kucing jalanan buat aku fikir siapalah aku ini yang walaupun tak 'clubbing', belum tentu molek perangainya. Banyak dosa samada sedar atau tidak. Kita semua sama saja di sisiNya.

3) Ada banyak ruang untuk membuat kebaikan dan menyumbang kepada masyarakat. Membela nasib haiwan terbiar adalah salah satu darinya. Pilih mana yang berkenan di hati. Inshaallah kita akan rasa diri ini berharga dan insaf dengan nasib makhluk lain.

4) Jangan mudah menilai orang yang baru kita kenali. Cuba selidik kenapa mereka berperangai sekian dan sekian. Cuba bantu mana yang perlu. Inshaallah hari lain orang pula bantu kita.

Peace!

Saturday 14 November 2015

Percaturan Allah itu yang terbaik untuk kita

Susah nak faham percaturan Allah. Sebab akal kita memang takkan sama dengan cara kerja Allah. Umpamanya kita baru nak mulakan memahami sesuatu, Allah sudah siapkan pengakhirannya.

Kadang kita rasa cepatlah kita tahu apa akan jadi seterusnya. Tapi Allah tak beri. Allah nak kita perlahan-lahan belajar setiap langkah. Dan setiap pengalaman lalu sangat-sangat berguna untuk kita jadikan panduan dalam setiap langkah kita.

Kadang kita betul-betul nakkan sesuatu. Tapi Allah tak bagi. Tapi kita dapat benda lain. Benda lain itu pun kadang kita tak tahu kenapa kita dapat. Serius pening!

Macam lagu Elyana-Tak Tercapai Akalmu pula aku rasa. Bercampur-baur segala rasa. Cakap senanglah 'go with the flow'. Nak 'go' pun dah takut hahaha. Sahlah aku ini memang manusia biasa. Sentiasa tertakluk kepada ketentuan Allah. Semoga Allah bantu jalan hidup aku dan insan-insan lain di dunia ini. Amin.

#itsbeentoolongsinceicare
#nevergetwhatwewant
#getwhatweneed

Nasib malang haiwan di tangan manusia

Pagi tadi aku ke kedai barang haiwan peliharaan di depan rumah. Ada beberapa kedai haiwan peliharaan tapi kedai yang ini aku paling suka sebab barangnya murah dan 'tauke'nya baik. Malah seorang stafnya pernah membantu aku menyelamatkan kucing yang dilanggar dalam hujan lebat. Aku memang mempunyai aura positif dengan kedai ini.

Di pintu masuk, aku lihat anak-anak anjing jenis 'Beagle' dipamerkan untuk dijual. Sedang aku mengambil pasir untuk kucing aku, kedengaran suara anak-anak anjing itu menjerit mendayu-dayu.

"Kenapa dengan itu puppy? Menjerit-jerit?" tanya aku.

"Oh dia rindu sama mak dia" jawab staf yang melayan aku.

"Mak dia mana? Tiada kat sini ke?" balas aku.

"Mak dia kat tempat lain. Kita ada tempat 'breeding'. Lepas saja beranak kita mesti pisahkan dia dari mak dia untuk jual" jelas staf tersebut.

"Tapi dia rindu sama mak dia. Sangat sedih hati I dengar dia suara begitu" aku membalas tak puas hati.

"Itu biasa kak. Baru 2 hari dia sampai. Nanti lepas 1 minggu baru dia OK" jawab staf tersebut.

"Tak apalah. Tolong angkat itu pasir ke kereta I" arah aku kepadanya.

Sebenarnya mata aku dah berkaca, lebih-lebih lagi bila melihat anak anjing itu penat menjerit, kemudian memeluk adik beradiknya yang lain.

Kejam. Hanya kerana mereka haiwan dan kita manusia. Sedangkan haiwan lebih sayangkan anaknya berbanding sesetengah dari kita.

Adakalanya berkawan dengan haiwan lebih baik. Kasih mereka tiada hujungnya. Fitrah mereka semudah makan, tidur, membuang hajat dan membiak. Selain dari itu hanya kasih sayang dan naluri memberikan perlindungan buat keluarga mereka.

Terlalu banyak pengajaran buat kita. Hanya jika kita mahu ambil tahu.

Wednesday 11 November 2015

Bila rasa diri dan kerja tak dipercayai dan tak bererti

Bekerja dengan sesetengah manusia memang menyesakkan. Selepas mengerah idea dan membuat kajian berhari-hari, kerja kita diubah 100% begitu saja. Itu dilakukan tanpa memberitahu kepada kita di manakah bahagian yang perlu diperbaiki, buat pengajaran masa depan.

Bila jadi begini, senang saja kesimpulannya:
Kita tidak dipercayai dan tidak mencapai standard yang diinginkan. Dan tak akan capai standard itu sampai bila-bila.

Jadi bagaimana?
Bentaklah sementara boleh. Kecewalah dahulu. Lepas itu mulakan langkah menuju ke tempat kita akan dipercayai dan mempercayai. Senang cakap gapai impian kita sepantas yang boleh. Hentikan berkuli begini terlalu lama. Tak ada guna jika kita tiada siapa di mata mereka.

Catatan Matluthfi-Review buku peribadi

Bagi mereka yang mengikuti video-video Matluthfi, buku ini wajib berada dalam senarai 'reading bucket list'. Tak kisahlah kalau dah ketinggalan pun(macam aku haha).

Kenapakah?

Kerana selepas membacanya kita akan sedar bahawa Matluthfi bukan hanya pembikin video dengan krew-krewnya yang sama gilanya.

Matluthfi sebagai Amran? Tak pasti bagi orang lain. Bagi aku bagai langit dan bumi. Amran menggunakan elemen 'sarcasm' dan diperasakan dengan carutan dan makian yang ala-ala 'cool' dan 'in trend' bagi orang muda.

Matluthfi? Kalian kena baca dulu buku ini. Di bab-bab akhir Matluthfi ada membuat pengakuan tentang sifat sarkastiknya. Masa itu kalian boleh bandingkan Amran dengan Matluthfi dan buat kesimpulan kalian sendiri.

Buku ini pada awalnya mendatangkan keluhan kepada aku. Buat apa baca kompilasi status FB, Twitter dan blog Matluthfi sedangkan aku 'follower' dia? Tapi separuh hati aku cakap baca sajalah. Rupanya ada banyak perkara yang aku belajar sebenarnya. Buku ini lebih dari hanya kompilasi status Matluthfi. Buku ini lebih kepada mengenal pola pemikiran Matluthfi dan sebahagian golongan sepertinya. Kemudian membandingkan pula adakah kita juga punya pemikiran yang sama? Jika tidak, mengapa? Jika ya, juga mengapa?

Bagi aku, buku ini macam sebuah gunung. Dimulakan dengan bab-bab yang ringan, modal gelak ketawa. Di pertengahan hingga ke hujung kita mula melihat sisi serius Matluthfi melalui penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti sosial dan betapa beliau mahukan masyarakat lebih banyak menyoal berbanding hanya menerima bulat-bulat.

Puisi-puisi beliau jelas menyerlahkan sisi seni dan intelek beliau yang adakalanya bernada serius. Mengakhiri buku dengan bab tentang wanita memang agak anti-klimaks bagi aku, tetapi indah. Selepas serius kini datang sisi emosi dan penghargaan.

Menunggu saat nak membaca Momen Matluthfi pula. Jom!

Kisah solat yang tak khusyuk kerana sentap

Solat Asar aku terganggu petang tadi. Puncanya sebab aku solat semasa ustaz sedang memberi kuliah Asar. Maka suara ustaz kedengaran kuat sekali ke serata surau. Tak mengapa. Aku meneruskan solat.

Tapi aku tetap terdengar kata-kata ustaz itu. Katanya,  biasanya anak-anak yang pandai akan dihantar belajar bidang-bidang profesional seperti kejuruteraan, doktor dan sebagainya. Tapi kalau anak-anak mereka tak pandai? Mereka dimasukkan ke sekolah tahfiz. Di sekolah tahfiz sekarang pelajarnya hampir semua corot dalam pelajaran dan tak ada motivasi.

Saat ini aku betul-betul mahu menangis di situ juga. Sentap. Sedih. Sebab walaupun cara cakapnya kasar, memang ada betulnya. Aku terus terbayang anak-anak aku di Bangi. Wajah suci mereka sentiasa aku ingat. Aku sentiasa risau dengan sikap mereka yang acuh tak acuh dengan ilmu. Belajar setakat belajar. Ada yang yatim tapi ada juga yang masih punya ibu bapa. Tapi corak pemikirannya sama. Hampir setiap subjek mereka 'Fail'.

Pernah sekali aku nampak ada kontraktor sedang membuat sesuatu di siling. Bila ditanya, anak-anak menjawab:

"Sekolah takde duit nak buat siling. Pakcik tu tampal pakai plywood je".

Beberapa hari lepas kelas mereka dinaiki air. Anak-anak bergotong-royong mengemas kelas mereka.

Sudahlah di'buang' dari masyarakat kerana kurang berpotensi untuk di'perah susunya',  hendak belajar pun pelbagai dugaan pula menimpa. Ya aku tahu orang beriman itu diuji. Tapi mereka sajakah yang beriman dan diuji? Apa kita tak diuji samada hanya melihat mereka begitu atau melakukan sesuatu? Bilakah stigma kita akan berubah? Siapakah yang harus berubah dahulu? Perlukah kita bertindak sendiri? Atau kita perlu berdiri di atas platform NGO atau parti politik baru mahu bertindak?

Terbaca tentang PADU yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikan 'Education blueprint' tercapai misinya. Tapi aku tak pasti samada anak-anak seperti di Bangi termasuk dalam senarainya. Anak-anak yang konon kurang lestari, tak bestari, tak profesional, bakal lebai dan ustazah.

Entahlah. Aku bukan pakar pendidikan. Aku kahwin pun belum. Tak ada anak untuk dididik. Anak kucing pun gagal dijinakkan supaya mendengar arahan. Tapi entahlah.

Akhirnya aku berjaya menghabiskan solat Asar, selepas berhempas pulas mendapatkan khusyuk. Dan sekarang aku membebel panjang di 'wall' sendiri.
Peace.

Thursday 5 November 2015

The Alchemist-Paulo Coelho: Review buku peribadi

Hari ini ada sesi 'Book Club'. Sesi kali ini membincangkan tentang buku 'The Alchemist' karya Paulo Coelho.

'The Alchemist' mengisahkan perjalanan Santiago, pemuda Sepanyol yang mengembara ke Mesir demi mendapatkan harta karun. Santiago tegar menjadi pengembala kambing kerana minatnya yang suka mengembara, walaupun ayahnya menginginkan Santiago menjadi paderi.

Dari sebuah mimpi, Santiago kemudiannya didatangi dengan peristiwa-peristiwa menakjubkan yang kesemuanya menjurus kepada harta karun tersebut. Dirompak hingga tinggal sehelai sepinggang, Santiago terpaksa bekerja di kedai barangan kristal, demi mendapatkan duit yang mencukupi untuk pergi ke Mesir.

Dalam perjalanan ke Mesir, Santiago bertemu cinta sejati dengan seorang gadis bernama Fatima. Santiago hampir berpaling tadah dari mendapatkan harta karun tersebut demi cintanya kepada Fatima. Tetapi Fatima rela melepaskan Santiago demi mahukan Santiago mencapai impiannya.

Akhirnya Santiago bersama sang ahli kimia ('The Alchemist') meneruskan perjalanan ke Mesir. Ahli kimia tersebut banyak mengajarnya tentang kehidupan.

Setibanya di Mesir, mereka berpecah membawa haluan sendiri. Santiago cuba menggali harta karun tetapi tiada apa yang dijumpai. Hinggalah dia dibelasah oleh penduduk Mesir dan salah seorang dari mereka menyatakan harta karun sebenarnya terletak di sebuah gereja lama yang pernah disinggahi oleh Santiago dan kambing-kambingnya sebelum ini.

Santiago akhirnya gembira dan mendapat apa yang diimpikan, hasil dari semangat yang tinggi dan percaya kepada petunjuk-petunjuk di sekelilingnya. Santiago kini hanya mahukan Fatima di sisinya, selamanya.

Pandangan aku?

'Superb'! Bahasa yang begitu mudah difahami, walaupun ada beberapa terma yang memerlukan kita membuka kamus. Tolonglah baca buku ini OK!😍😍😍😍

Setiap orang punya impian. Kadang impian itu kita cipta. Kadang impian itu memang sedia ada.

Aku dan Santiago?

Pencinta penulisan dan pembenci nombor.

Bekerja dengan nombor setiap hari.

Gagal dalam peperiksaan nombor.

Bangkit semula setiap kali.

Sekarang cuba menulis. Tentang kehidupan. Juga tentang nombor.

Tertekan kerja, menulis.

Gagal dalam cinta, menulis.

Gembira dengan keluarga dan kawan, menulis.

Impian aku ialah menulis. Secara semulajadinya menulis bererti berkongsi. Mudah-mudahan orang lain juga dapat manfaatnya.

Jom capai impian kita!

Monday 2 November 2015

Teguran dari Allah datang dari pelbagai cara

Siang tadi aku berdepan dengan situasi berbelah bahagi antara sentimen kaum dan harga sebuah kejujuran.

Aku singgah di kedai yang menjual jus buah-buahan segar di 'food court' kami. Pemilik kedai dan pembuat jusnya berbangsa Cina. Semasa aku menunggu giliran diambil pesanan, pembuat jus sedang melayan seorang pelanggan Cina. Tiba-tiba datang seorang kawan kepada pelanggan Cina itu menyelit di sebelah kawannya. Nampak macam dia pun nak memesan jus buah.

Aku dah rasa tak sedap hati. Jangan pembuat jus layan dia dulu sudahlah. Aku dah menunggu dari tadi lagi.

Tepat seperti yang aku jangkakan. Dia bercakap dengan pembuat jus dalam bahasa Cina, tapi aku faham dia memesan jus pilihannya. Pembuat jus membalas dengan bahasa Cina juga. "Alamak, Cina jumpa Cina, cakap Cina mesti dia layan Cina dulu" getus hati aku.

Kali ini aku silap. Pembuat jus memberi isyarat 'tunggu' kepadanya. Dia bercakap sedikit bahasa Cina tapi aku faham dia nak membuat jus aku dahulu. Aku lega bercampur kesal sebab mempunyai sentimen kaum yang agak menebal kadangkala. Sebenarnya bukan sentimen kaum pun. Bila kita tak faham bahasa mereka, kita mudah menganggap mereka bercakap perkara negatif. Ditambah pula dengan permainan perkauman yang hebat oleh badut politik di negara kita.

Hidup bercampur bangsa dan agama mengajar kita untuk 'agree to disagree', hormat dan menerima kepercayaan orang lain dan bersangka baik. Macam minggu lepas, saat aku merasa sempitnya dengan masalah duit, kawan pejabat aku bercerita tentang Pastor Joel Osteen yang suka bersedekah. Katanya bila beliau bersedekah, beliau selalu akan mendapat kemudahan dalam urusan ceramah keagamaannya.

Dalam rasa sentap aku tekan butang 'Pay' untuk sedekah online. Wallahua'lam. Ada banyak cara Allah nak menegur hambaNya. Tak salah kita belajar dari mereka tentang prinsip, integriti dan rendah diri. Kita pun tak sempurna. Hidup di dunia sementara saja. Buatlah baik kepada sesiapa pun. Mudah-mudahan Allah redha, dan kita pun boleh berdakwah dengan cara kita sendiri. Inshaallah.

Sunday 1 November 2015

Aktiviti memvaksinkan kucing di SPCA Selangor

Semalam aku berjaya memvaksinkan 3 ekor kucing kami di SPCA Selangor. Aku senaraikan kos vaksin di sana:

1) Vaksin sahaja = RM50 seekor

2) Pakej vaksin (1st and 2nd) + mandul = RM50+RM30+RM90=RM170

3) Mandul sahaja = RM90

Sila simpan segala resit, OK. Aku difahamkan segala sumbangan kepada SPCA Selangor layak untuk mendapat pelepasan cukai. Jadi, Inshaallah kita dapat jaga kebajikan kucing, SPCA mendapat dana dan kita pula mendapat manfaat untuk pelepasan cukai. Everybody wins. Yeay!

Untuk vaksin, tak perlu buat 'appointment'. Tapi aku nasihatkan kalian untuk hubungi SPCA Selangor, hanya untuk pastikan mereka tak tutup pada hari yang kalian nak pergi.

Oh, ya. Bermula 1 November 2015, SPCA Selangor akan ditutup pada setiap hari Isnin. Paling aku suka SPCA ini adalah kerana mereka beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad juga. Tak perlu ambil cuti untuk menguruskan hal kucing, kecuali jika berlaku kecemasan.

Untuk segala 'update' tentang aktiviti, perkhidmatan dan kucing atau anjing untuk di'adopt'  bolehlah pergi ke:

Laman web: http://www.spca.org.my
FB: SPCA Selangor Malaysia
Instagram: spcaselangor

Kebelakangan ini aku kerap membaca dan mendengar kenyataan ini:

Orang bujang yang lambat kahwin selalunya mempunyai banyak kucing. Mungkin sebab mereka sunyi dan perlukan teman.

Aku 50% setuju, 50% lagi tak setuju dengan kenyataan ini. Memang kebetulan orang yang tak kahwin lagi, baik perempuan atau lelaki, ramai yang membela kucing. Tapi ramai juga yang sudah kahwin membela lebih dari 10 ekor kucing. Hinggakan kadang-kala rumah mereka pun berbau kucing.

Ramai orang yang dah kahwin tapi belum mendapat anak juga membela kucing. Sedihnya bila diberi rezeki anak, sebahagian dari mereka mengetepikan kucing yang suatu ketika dahulu pernah menghilangkan kesunyian mereka.

Kucing mengajar aku untuk bersabar. Bila terdetik hati untuk mengamuk dengan kedegilan kucing, aku pasti terfikir: berbaloikah marah hanya kerana seekor kucing yang akalnya tak seperti manusia?  Kalau kucing berak merata, berbaloikah memukul mereka, sedangkan mereka tak bersekolah macam kita? Sudahnya aku gelak sendiri dan mengemas tahi mereka sambil menutup hidung. Habis cerita. Hehe.

Allah menjadikan makhluk macam kucing dan anjing sebagai pelajaran buat kita: bukan kita saja yang mahu hidup di bumi Allah ini. Kalau mereka sakit atau didera, kitalah yang harus membantu mereka. Sebab? Sebab kita berakal dan mampu menyelesaikan masalah.

Mereka hanya tahu makan, tidur dan membiak. Mereka tak tahu bahawa mereka boleh menyebarkan penyakit atau membiak tanpa henti sepanjang tahun hingga anak-anak mereka terbiar dan dilanggar lori. Kitalah yang harus bantu mereka seadanya. Sebab itulah kita ada doktor veterinar. Ada NGO haiwan. Ada individu pencinta haiwan. Inshaallah kita cuba menjadi individu yang penyayang bukan saja kepada manusia tetapi juga kepada haiwan. Tak rugi pun berbakti kepada mereka. Inshaallah dinilai mendapat pahala oleh Allah S.W.T.

Ada sedikit gambar untuk kalian. Kali ini tiada gambar aku, hanya gambar kucing-kucing aku, yang asalnya semua adalah kucing jalanan.

Gambar 1- Buku rawatan kucing; vaksin, cacing dan lain-lain

Gambar 2-Keluarga Tiger yang comel tapi nakal yang teramat!

Gambar 3-Olive si janda mandul yang berlagak 'diva'

Membela kucing atau anjing adalah komitmen seumur hidup juga OK! Sekali kita dah ambil dan bela mereka, cubalah menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka, ya!

Jumpa lagi di post seterusnya Inshaallah.

Thursday 29 October 2015

Tips beli rumah 'second hand/subsale'-SELEPAS


APA NAK BUAT SELEPAS MEMBELI RUMAH?

BUATLAH 3 PERKARA INI:


1) Bayar ansuran bulanan kepada bank

Untuk rumah 'second hand/subsale', bayaran ansuran bulanan akan bermula selepas kita mendapat kunci dari tuan rumah. Bermula dari bayaran pertama dan seterusnya, sila pastikan kalian menyimpan setiap bukti pembayaran dan penyata pembiayaan. Kalau bayaran ansuran dibuat melalui penolakan gaji, sila simpan salinan penyata gaji setiap bulan sebagai rujukan. Kalau kalian nampak ada yang tak kena, cepat-cepat hubungi atau pergi ke bank untuk mendapatkan penjelasan. 

Pengalaman aku membayar ansuran bulan pertama (secara penolakan gaji) memang memeritkan. Bank menolak lebih dari yang sepatutnya sebanyak RM600+. Bila aku tanyakan kepada pegawai bank, jawapannya mudah: mereka menerima arahan untuk 'full disbursement' selepas 10 haribulan. Mengikut polisi bank, semua pembiayaan yang 'full disbursement' selepas 10 haribulan akan mula ditolak ansuran pertama pada bulan berikutnya. Di antara tarikh 'full disbursement' dan ansuran pertama itu, bank telah mengenakan caj keuntungan sebanyak RM600+ kepada aku. 

Kecewa betul bila nasib kita ditentukan oleh polisi yang memihak kepada bank semata-mata. Manalah aku boleh tentukan bilakah tarikh 'full disbursement' akan dibuat, bukan? RM600+ itu besar nilainya. Tapi rezeki Allah itu luas. Kebetulan pada bulan itu juga aku mendapat 'claim' yuran keahlian MIA aku sebanyak RM850. Alhamdulillah. Tapi aku tetap akan ingat permainan bank dengan aku sampai bila-bila. Sebab itu aku nasihatkan kalian agar sentiasa peka dengan setiap bayaran dan caj yang dikenakan. Jangan ambil mudah!

2) 'Renovate' atau 'repair'?


Kalian boleh memilih samada mahu membuat 'renovation' atau sekadar 'repair' apa-apa yang patut. Ini bergantung kepada bajet dan juga keperluan kalian. Kalau kalian mahu tinggal di rumah itu, seeloknya rumah itu di'renovate' sebelum diduduki. Kalau kalian berniat mahu menyewakan saja rumah tersebut, maka 'repair' saja bahagian-bahagian yang sudah uzur. Tak perlulah kita 'renovate' beria-ia tapi sudahnya rumah tidak dijaga dengan baik oleh penyewa.

3) Menukar nama pemilik untuk semua bil berkaitan

Kalian perlu menukar nama pemilik untuk bil air, elektrik, pembetungan dan cukai taksiran. Untuk cukai tanah, penukaran nama dah dibuat semasa proses membeli rumah sebelumnya. Setakat hari ini, proses aku menukar nama adalah seperti berikut:

1. Bil air-Syabas

Aku pergi ke Syabas cawangan Petaling Jaya. Aku diminta menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air, yang memerlukan seorang saksi. Aku minta bantuan mak untuk menjadi saksi aku. Mak pun kena tandatangan perjanjian tersebut.

Butir-butir bayaran yang aku bayar:

Deposit = RM100

Duti setem = RM20

Caj proses duti setem + GST = RM2.20

Jumlah = RM122.20

Boleh rujuk laman web Syabas yang berikut untuk proses dan dokumen yang diperlukan:
http://www.syabas.com.my/consumer/new-application-and-registration-domestic#1


2. Bil elektrik - TNB

Aku pergi ke Kedai Tenaga di Subang Jaya, sebab staf di Kedai Tenaga UTC Pudu maklumkan kepada aku bahawa rumah di Puchong diuruskan oleh TNB Subang Jaya, bukan TNB Kuala Lumpur. Aku ikut sajalah, nak buat macam mana.

Butir-butir bayaran yang aku bayar:

Deposit = RM250

Duti setem = RM10

Caj proses duti setem + GST = RM3.20

Jumlah = RM263.20

Boleh rujuk laman web TNB yang berikut untuk proses dan dokumen yang diperlukan:

https://www.tnb.com.my/residential/my-tnb-account/

Nota:

Kalau kalian nak buat 'renovation', sila rujuk dengan staf TNB untuk pemasangan kabel baru atau pengalihan kabel. Sebab hanya staf/kontraktor yang berdaftar saja yang boleh pasang atau ubah kedudukan kabel TNB.

3. Bil cukai taksiran-MPSJ

Aku pergi ke ibu pejabat MPSJ di Subang Jaya (berdekatan dengan Kedai Tenaga Subang Jaya).

Tiada bayaran dikenakan.

Boleh rujuk laman web MPSJ yang berikut:

4. Bil pembetungan-Indah Water

Aku pergi ke kaunter Indah Water di UTC Pudu.

Tiada bayaran dikenakan.

Boleh rujuk laman web Indah Water yang berikut:

http://www.iwk.com.my/customer


Alhamdulillah aku berjaya berkongsi dengan kalian tips-tips membeli rumah 'second hand/subsale'. Semoga ianya bermanfaat buat kalian. Mungkin ada sedikit butir-butir yang aku tertinggal atau tidak cukup terkini, maafkan aku ya. Sama-sama kita kongsi ilmu yang berguna, Inshaallah.

Buat renungan kita bersama:

- Beli rumah merupakan komitmen terbesar dalam hidup kita. Pastikan kita membuat 'research' selengkapnya. Jangan malu bertanya kepada pakar hartanah, pegawai bank, peguam, jurunilai, saudara atau kawan yang lebih berpengalaman. Google saja tentang tips atau panduan membeli rumah, pasti akan keluar blog-blog 'sifu' hartanah mahupun orang biasa. Ambillah sedikit masa untuk membacanya. Inshaallah banyak manfaatnya.

- Apapun usaha kita, ingatlah bahawa kalau bukan rezeki kita, pasti segala yang dirancang takkan menjadi. Begitu juga halnya dengan proses membeli rumah. Apapun pengalaman membeli rumah memang sangat menyeronokkan. Jangan terlalu 'stress' ya! Senyum dan Inshaallah semuanya akan baik-baik sahaja.

- Tentang pembiayaan dari bank, aku rasa kita semua sama. Tak suka sebenarnya sistem berhutang. Tapi kita tak punya banyak pilihan untuk membeli rumah. Kita usaha niatkan pembelian rumah itu sebagai asbab untuk kita berlindung, bekerja dan beribadah kepada Nya. Kalau disewakan pun, Inshaallah bermanfaat pula kepada orang lain, syaratnya janganlah sampai membebankan mereka. Wallahua'lam.

Terima kasih pada yang sudi membaca post-post aku. Salam.


Tips beli rumah 'second hand/subsale'-SEMASA

APA NAK BUAT SEMASA MEMBELI RUMAH?

BUATLAH 7 PERKARA INI:-

1) Buat carian dan 'survey' prospek rumah idaman

Ada banyak cara untuk kita membuat carian dan 'survey' prospek rumah idaman. Antara laman web yang berguna adalah:


Kalian boleh pilih samada nak membeli melalui agen atau 'direct' dengan tuan rumah. Bagi aku, kalau kalian malas nak fikir banyak, lebih selamat memilih membeli melalui agen. Tapi, pastikan agen yang menjual itu datang dari syarikat hartanah yang bagus. 

Pengalaman aku, agen dari Rescom yang jual rumah yang aku beli memang terbaik. Mereka ada segala prosedur dan dokumen yang lengkap untuk menguruskan pembelian rumah kita. Malah agen itu siap tolong aku menawar harga dengan tuan rumah. Aku kira kami semua hanya mahukan 'win-win situation' sebenarnya.

'Filter' semua rumah yang kalian nak. Lepas itu buat 'appointment' dengan agen/tuan rumah untuk melihat keadaan rumah. Ini adalah langkah yang paling penting. Kenapa? Sebab masa inilah kita berhak melihat segenap sudut rumah, membuka paip, melihat saluran air, bumbung, siling, dapur dan sebagainya untuk memastikan kita membeli rumah yang elok keadaannya, sesuai dengan bayaran yang kita akan buat.

Semak juga kawasan persekitaran lokasi rumah untuk ciri-ciri seperti kemudahan pengangkutan awam, lebuhraya, sekolah, masjid dan sebagainya. Aku dulu siap buat carian Google untuk lihat samada kawasan rumah tersebut pernah kena banjir atau pernah menjadi lokasi jenayah. Penting beb! Sebab ini melibatkan komitmen yang besar, seumur hidup kita.

2) Bayar deposit kepada tuan rumah

Selepas kita membuat pilihan rumah yang berkenan di hati, agen/tuan rumah akan meminta duit deposit 10%  dari harga rumah. Kalau membeli melalui agen, deposit dipecahkan kepada dua bahagian:

-2.5% dibayar selepas 'confirm' hendak beli rumah

-7.5% dibayar selepas perjanjian jual beli ('Sales and Purchase agreement-SnP') ditandatangani.

NOTA PENTING:

a) Pastikan kalian dan tuan rumah/agen bersetuju secara hitam putih untuk deposit 2.5%  dipulangkan semula, sekiranya kalian gagal mendapat pembiayaan dari bank. Kalau tak, deposit 2.5% itu mungkin hangus beb! Ada agen/tuan rumah yang takkan beritahu tentang hal ini (agen/tuan rumah yang tak jujur).


b) Simpan segala bukti pembayaran (contohnya slip deposit tunai dan resit dari agen) dengan baik. Tangkap gambar sebagai 'backup'. 'Protect' diri kita dan jangan mudah percayakan sesiapa pun. Kita bukan bercakap tentang jumlah tunai yang kecil di sini, faham?

c) Walaupun kita boleh membuat pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah, pihak KWSP mahu melihat dokumen pindah hak milik kepada pembeli baru, iaitu hanya apabila pejabat tanah sudah 'update' nama kita sebagai pemilik baru rumah tersebut. Maka kita tetap perlu menyediakan duit tunai 'in advance' untuk membayar deposit rumah. 

Tentang dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran KWSP, Alhamdulillah peguam aku telah menyediakan segala dokumen yang diperlukan. Aku hanya perlu hantar dokumen-dokumen tersebut kepada KWSP sahaja, sebelum KWSP akhirnya mengkreditkan duit ke dalam akaun simpanan aku dalam masa 3 hari sahaja.

Boleh rujuk laman web KWSP berikut untuk panduan pengeluaran:

3) Semak nilai pasaran rumah idaman

Selepas kita membuat pilihan rumah yang berkenan di hati, cepat-cepat pergi ke bank dan minta senarai panel jurunilai hartanah ('panel valuer') mereka. Kenapa mesti panel? Sebab bank akan terima nilai yang diberikan tanpa banyak soal. Bukan senang untuk menjadi 'panel valuer' OK. Setiap bank ada ciri-ciri tertentu untuk memilih 'panel valuer'.

Dari senarai itu, kita boleh memilih 'panel valuer' yang boleh memberikan nilai pasaran tertinggi untuk rumah idaman kita itu. Tahu tak kenapa nilai pasaran ini penting? Sebab bank akan beri pembiayaan berdasarkan nilai pasaran, bukan nilai yang tuan rumah tetapkan.

Contohnya:

Harga rumah ditetapkan oleh tuan rumah = RM340,000

Nilai pasaran yang diberi oleh 'panel valuer' = RM330,000

Pembiayaan yang akan diberikan oleh bank (90% dari RM330,000) = RM297,000

Kalau bank bagi pembiayaan sebanyak 90% dari RM340,000 = RM306,000

Jadi perbezaannya adalah (RM306,000 - RM297,000) = RM9,000

Kalian kena 'top-up' lagi RM9,000, faham?

Maknanya deposit yang kalian kena bayar sebenarnya adalah = RM43,000*

*RM34,000 (10% dari RM340,000) + RM9,000

Jangan tanya kenapa bank buat macam itu. Samada bank sentiasa mahu menang dalam apa saja transaksi atau sebab rumah 'second hand/subsale' telah ada nilai pasarannya sendiri, tak macam rumah yang baru dibina. Kedua-dua sebab pun logik.

Bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Samada kalian menawar harga dengan tuan rumah ATAU cuba dapatkan 'panel valuer' yang boleh berikan nilai yang sedikit tinggi.

Aku telah menggunakan kedua-dua cara di atas. Tapi masih kena 'top-up', sebab tuan rumah tak mahu mengurangkan lagi harga menjadi lebih rendah. Perit juga tapi entah kenapa aku tetap tegar mahukan rumah itu. Wallahua'lam.

Nota

Kalian kena bayar yuran 'panel valuer'. Bukan bank yang bayar, ya. 'Panel valuer' yang aku gunakan adalah syarikat Azmi and Co. 

4) Mohon pembiayaan dan tunggu 'Offer letter'

Isi segala borang dan sediakan dokumen yang perlu, selepas kalian 'finalize' nilai pasaran dan nilai pembiayaan. Hantar permohonan kepada beberapa bank. Dalam masa 1-2 minggu kalian akan mendapat keputusan samada pembiayaan dah diluluskan atau tidak.

Kalau lulus, kalian akan dapat 'Offer letter' dari bank. Baca terma-terma dan bertanyalah kepada pegawai bank jika ada perkara yang tak berapa difahami. Itu hak kita sebagai pengguna. Selepas semuanya jelas, kalian boleh menandatangani 'Offer letter' itu dan teruskan dengan proses seterusnya iaitu 'Sales and Purchase agreement-SnP'.

Nota:

Jumlah pembiayaan aku adalah termasuk insuran MRTA. Masa aku uruskan pembiayaan, aku terlepas pandang tentang insuran ini. Rupanya ada beza antara MRTA dan MLTA. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang insuran berkaitan pembiayaan hartanah bolehlah merujuk ke laman-laman web ini:

'Study' betul-betul tentang insuran ini. Rujuklah kepada saudara atau kawan kalian yang buat bisnes insuran. Inshaallah mereka boleh bantu kalian. 

5) Tandatangani 'Sales and Purchase agreement-SnP'

Sebelum proses ini berlaku, kalian sudah kena pilih peguam yang mahu digunakan untuk menguruskan proses 'Sales and Purchase agreement-SnP' ini. Macam aku, aku pilih peguam yang dicadangkan oleh agen yang menjual rumah itu. Senang cerita. Tak ada masalah pun kalau kalian ada peguam yang dikenali. Boleh saja menggunakan khidmat mereka.

'Sales and Purchase agreement-SnP' ini adalah perjanjian antara pembeli dan penjual rumah.

Bagi kes rayuan rumah berstatus 'low cost', pastikan ada klausa yang menyebut perjanjian akan terbatal dan duit akan dipulangkan semula jika rayuan tidak berjaya. Peguam aku ada memasukkan klausa ini dalam 'Sales and Purchase agreement-SnP' aku. 

Selepas kalian menandatangani 'Sales and Purchase agreement-SnP', dua bayaran sudah perlu dilakukan:

a) 7.5% bayaran kepada agen/tuan rumah

b) yuran guaman untuk 'Sales and Purchase agreement-SnP'

Tunai di tangan sangat-sangat penting. Sebab lagi cepat kalian bayar lagi tinggi peluang kalian untuk 'push' peguam buat kerja. Ada orang cakap jangan bayar penuh, selagi proses belum habis. Terpulang. Ada betulnya juga. Peguam yang aku ambil iaitu Zainal Ithnin & Partners, Alhamdulillah terbaik perkhidmatannya. Lepas saja aku tandatangani 'Sales and Purchase agreement-SnP', aku bayar terus semua bil guaman mereka.

Nota:
Jangan lupa untuk menawar harga dengan pihak peguam ya. Minta diskaun serba sedikit tak salah pun, betul?

6) Tandatangani 'Loan/Financing agreement'

Pihak bank akan tanya samada kalian hendak menggunakan peguam yang sama dengan peguam 'Sales and Purchase agreement-SnP' atau menggunakan peguam lain. Aku memilih untuk menggunakan peguam yang sama dengan 'Sales and Purchase agreement-SnP', sebab mahu urusan yang lebih lancar. Senang sebab mereka sudah ada segala maklumat yang diperlukan.

'Loan/Financing agreement' ini adalah perjanjian antara pembeli rumah dan pemberi pembiayaan iaitu bank.

Lepas tandatangani 'Loan/Financing agreement', kalian perlu pula membayar yuran guaman untuk memproses 'Loan/Financing agreement' itu. 

Nota:
Jangan lupa untuk menawar harga dengan peguam, terutama sekali jika kalian menggunakan peguam yang sama untuk kedua-dua perjanjian, macam yang aku lakukan.

7) Dapatkan kunci rumah dari tuan rumah dan periksa keadaan rumah

Biasanya pihak peguam yang akan menghubungi kita untuk memaklumkan yang kunci rumah sudah boleh diambil. Pastikan kalian memaklumkan kepada peguam supaya jangan buat 'full disbursement' kepada tuan rumah selagi kalian belum puas hati dengan keadaan rumah. Aku pernah terbaca di beberapa blog, ada tuan rumah meninggalkan banyak perabot mereka di rumah dan menyebabkan pembeli terpaksa pula mengupah lori untuk mengeluarkan perabot tersebut. Alhamdulillah tuan rumah yang aku beli meninggalkan rumah dalam keadaan kosong.

Jumpa di post terakhir tentang tips beli rumah 'second hand/subsale' Inshaallah!


Tuesday 27 October 2015

Tips beli rumah 'second hand/subsale'-SEBELUM

APA NAK BUAT SEBELUM MEMBELI RUMAH? 

BUATLAH 4 PERKARA INI:-

1) Jawab soalan-soalan berikut:

a) KENAPA nak beli rumah?

Untuk duduk sendiri, untuk disewakan kepada orang lain atau untuk dijual selepas harganya naik (sebagai pelaburan)? Soalan ini sangat penting sebab ianya akan menentukan lokasi dan jenis rumah yang akan kita beli.

Jalan selamat, pilihlah rumah yang boleh digunakan untuk kesemua sebab di atas.

b) Di manakah LOKASI rumah tersebut?

Kalau nak duduk sendiri, perlukah berdekatan dengan rumah ibu bapa kita? Adakah rumah itu perlu berdekatan dengan stesen LRT, tempat kerja, sekolah, atau universiti, untuk kemudahan kita sendiri nanti?

Kalau nak sewakan, adakah rumah itu berdekatan dengan stesen LRT, universiti/kolej atau sekolah? Kebiasaannya kita boleh menyewakan samada kepada orang bujang yang sudah bekerja (lebih stabil kewangannya) atau pelajar universiti('hot market', tapi sedikit leceh terutama bila mereka bercuti semester).

c) Rumah JENIS apakah yang kita mahukan?

Ada orang suka rumah teres dua tingkat. Ada juga yang suka rumah teres setingkat. Ada juga yang sukakan apartmen atau kondo sebab mahukan 'privacy' dan keselamatan. Kalau kita beli untuk disewakan, mungkin flet pun dah cukup. Janji dapat kutip duit sewa dan dapat sedikit untung, yang boleh di'roll' untuk membeli rumah lain, mungkin.

Kalau kalian ingin membeli rumah berstatus 'low cost', perlu diingatkan yang ada syarat dari segi pendapatan bulanan individu atau isi rumah. Macam di Selangor, syarat untuk pembeli rumah berstatus 'low cost' adalah berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (setakat tahun 2014). Kalau pendapatan kalian lebih dari yang ditetapkan, kalian perlu membuat rayuan kepada lembaga perumahan negeri, contohnya Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Terpulang. Macam aku, walaupun aku dah 'survey' beberapa rumah apartmen, sudahnya aku pilih rumah teres setingkat, atas sebab praktikal untuk masa hadapan(tak perlu naik turun tangga) dan senang mengemas. Disebabkan rumah teres setingkat itu berstatus 'low cost', aku terpaksa membuat rayuan (diuruskan oleh peguam) kepada LPHS. Tempoh rayuan aku diluluskan adalah dalam masa 2 bulan. 

2) Adakah kita layak dan mampu untuk membeli rumah?

'Layak' bermakna kita tidak di'blacklist' oleh bank. Mungkin kita telah berjaya membayar hutang sedia ada dengan lancar dan rekod kredit kita bagus.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana kalian boleh mendapatkan rekod kredit CCRIS, bolehlah merujuk ke blog ariffshah.com.

'Mampu' bermakna selepas ditolak hutang bank untuk rumah nanti, kita masih mampu untuk membayar belanja-belanja asas seperti makanan, pengangkutan dan belanja kecemasan. Sudah pastilah kita harus berjimat nanti, sebab bajet kita akan berkurang dengan jumlah yang agak besar.

Bersediakah kita?

Untuk membuat kira-kira bayaran deposit, pembiayaan bank, bayaran bulanan, yuran guaman dan duti setem bolehlah merujuk ke laman web berikut:


Aku dah menggunakan kalkukator di laman web itu dan memang terbukti sangat membantu untuk aku membuat bajet duit pendahuluan yang diperlukan. 

3) Jenis pembiayaan untuk membeli rumah

Selepas pasti yang kita layak untuk membuat pembiayaan, kita bolehlah memilih dari mana kita nak dapatkan pembiayaan. Kebiasaannya ada beberapa sumber pembiayaan seperti berikut:

1) Tunai

Wow kayanya kita! Tapi tak mustahil hehe. Tapi setakat ini susah nak jumpa orang beli rumah pakai tunai 100%, lebih-lebih lagi dengan harga rumah sekarang yang melampau-lampau tingginya.

Tapi, kita masih memerlukan tunai untuk membayar duit deposit. Sebabnya, begitu jarang sekali bank mahu memberikan pembiayaan 100% untuk pembelian rumah 'second hand/subsale'. Antara sumber tunai yang boleh kita gunakan adalah pengeluaran KWSP, simpanan sendiri dan pinjaman dari ahli keluarga.

2) Bank

Boleh 'download' aplikasi iMoney untuk pengguna Android. Di dalam aplikasi itu ada senarai bank-bank dan kadar keuntungan masing-masing. Boleh juga pergi ke laman web bank-bank tersebut untuk mendapatkan maklumat.


3) Pembiayaan dari organisasi tempat kita bekerja

Aku ambil pembiayaan dari sumber ini(aku kerja dengan Maybank). Sebab aku buat keputusan membeli rumah teres lebih kepada untuk kegunaan sendiri, walaupun boleh juga disewakan atau dijual nanti. Kadar keuntungan ditetapkan pada 3.5% dan bayaran bulanan dilakukan melalui potongan gaji.

Kelebihannya adalah bayaran bulanan diselaraskan mengikut kenaikan gaji, jadi tempoh pembayaran balik menjadi singkat iaitu lebih kurang 22 tahun. 

Kekurangannya? Tak merasalah aku naik gaji beb! Tak mengapalah. Fikir jangka panjang (nak memujuk hati kononnya haha). Lagi satu, kalau aku berhenti kerja, kadar keuntungan bertukar menjadi sama macam di pasaran, maka bayaran bulanan akan menjadi lebih tinggi berbanding sekarang sebanyak RM600 ke RM700(banyak tu!). 

Jadi, adakah itu bermakna aku tak boleh berhenti kerja sampai pencen? Wallahua'lam.

4) Duit deposit(10% dari harga rumah) + yuran guaman + yuran jurunilai rumah

Kalau kita beli rumah 'second hand/subsale' memang duit tunai kena ada dalam tangan. Menggunakan kalkulator di laman web Loanstreet itu, kita boleh buat bajet jumlah tunai yang kita kena sediakan.

Hmmmm...aku tak pasti dengan orang lain. Tapi setakat pengalaman aku sendiri dan 'feedback' dari agen-agen hartanah, kalau rumah yang kita nak beli itu berharga lebih kurang RM300, 000 ke atas, memang nak tak nak kita terpaksa meminjam duit ahli keluarga terlebih dahulu.

Sebabnya? Untuk memastikan kelancaran segala urusan kita nanti. Contohnya, agen atau tuan rumah akan meminta tunai 10% deposit sebaik saja kita 'confirm' mahukan rumah dan 'confirm' dapat pembiayaan dari bank/organisasi bekerja.

Masa nak tandatangan perjanjian 'Sales and Purchase ('S & P agreement-SnP') dengan tuan rumah, peguam dah minta bayaran mereka beserta duti setem. Jumlahnya bukan sedikit. Mencecah RM10,000 pun ada, bergantung kepada harga rumah yang dibeli.

Jangan lupa juga yuran jurunilai rumah yang boleh mencecah ribuan ringgit juga. Jurunilai diperlukan sebab jumlah pembiayaan dari bank akan bergantung kepada nilai pasaran rumah, bukan nilai yang tuan rumah tetapkan. Aku akan jelaskan dalam post seterusnya OK.

Yuran guaman untuk perjanjian pembiayaan ('Loan/Financing agreement') dari bank pun kena bayar juga. Ribuan ringgit juga. Fuhh...pening tak? Memang pening beb.

Akhir sekali, kena pula membayar kos-kos untuk tukar nama segala bil seperti air, elektrik dan pembetungan yang boleh mencecah ratusan ringgit.

Aku mengaku, aku meminjam duit mak aku untuk membayar semua kos-kos di atas. Ada juga yang aku boleh bayar sendiri, tapi mak aku cakap masukkan saja semuanya dalam jumlah pinjaman. Senang nanti nak dibuat kiraan bayaran balik kepada mak aku. Tengok? Tak ada benda percuma beb dalam dunia ini! Haha.

Hutang dengan mak memang aku rekodkan dengan teliti berserta butiran bayaran balik menggunakan duit pengeluaran KWSP, bonus dan bayaran bulanan. Prinsip mak, beli rumah memang kena berkorban. Mak berkorban duit simpanannya untuk menolong aku. Aku berkorban membayar balik hutang Maybank dan mak. Tapi Inshaallah semua ini berbaloi untuk manfaat jangka panjang.

Kita jumpa di post seterusnya Inshaallah!


KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...