Dua minggu ini aku sibuk. Sangat sibuk hingga aku kerap terlupa atau tertinggal barang di merata tempat. Aku sibuk merancang sesi penerangan untuk 'IFRS 7 and 13 Disclosures for financial year ending 31 December 2015'. Ada antaranya memerlukan 'conference call' dengan cawangan dan subsidiari samada tempatan mahupun antarabangsa.
Kena 'booking' bilik mesyuarat. Masa inilah segala projek-projek dan audit berlangsung. Bilik mesyuarat sangat-sangat terhad. Aduhai pening aku dibuatnya.
Kena juga sedia kan 'presentation slide' untuk semua sesi. Sesi berlainan memerlukan kandungan yang berbeza. Sesi 'short briefing' memerlukan kandungan yang ringkas manakala sesi 'walkthrough' memerlukan kandungan yang lengkap dari A ke Z. Lepas itu perlu emelkan 'presentation slide' tersebut kepada staf yang terlibat dari setiap cawangan dan subsidiari yang terlibat.
Selain itu kena hantar 'meeting invitation' kepada semua cawangan dan subsidiari yang terlibat. Harus berhati-hati dengan mereka yang punya 'time zone' berbeza. Harus memberikan mereka nombor 'call in' yang terkini mengikut negara. Belum lagi yang minta 'reschedule'. Kena ulang proses mencari bilik mesyuarat pada masa berbeza pula.
Tambahan kepada segala cabaran itu adalah ini: Perlu menerangkan segala kandungan kepada mereka. Satu sesi mengambil masa selama sejam. Sehari paling kurang ada 2 sesi. Setakat ini jumlah sesinya adalah sebanyak 9 sesi. Boleh sakit tekak aku. Kebetulan aku dah seminggu batuk dan selesema.
Kenapa tak buat 1 sesi sahaja untuk semua cawangan dan subsidiari yang terlibat? Sebab pernah buat dulu, tapi kesannya mengecewakan. Sebahagian mereka hanya mendengar dan lupa. Ada yang rasa tersisih. Ada yang tak faham tapi berdiam diri. Semuanya diterjemahkan melalui 'disclosure submission' yang begitu banyak kesalahan dan melambatkan proses 'year end closing'. Sejak itu kami pecahkan kepada beberapa sesi supaya lebih fokus dan sesi tersebut bersifat 'mutual', bukan hanya 'syok sendiri'.
Mengeluh dengan kesibukan ini? Ya. Sebelum aku amati hikmahNya.
Alhamdulillah ada kawan dari jabatan kami baru dipindahkan ke tingkat 40. Boleh minta dia 'booking' bilik mesyuarat di jabatan barunya. Tadi pun aku minta bantuan dia untuk 'booking' bilik mesyuarat untuk sesi-sesi yang 'reschedule'.
Alhamdulillah permintaan untuk 'reschedule' sebenarnya memberi aku lebih masa untuk menyediakan material dan praktis.
Alhamdulillah semua staf yang terlibat berkomunikasi dengan begitu baik dan segera. Sebarang masalah boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Alhamdulillah bos aku percayakan aku untuk uruskan sesi penerangan tahun ini. Sesekali dia bertanyakan jika ada sebarang isu. Hari ini bos aku meluangkan masa hampir 30 minit mendengar dan memberi komen tentang kandungan 'presentation slide' aku untuk sesi 'walkthrough' esok. Sokongan begini buat aku rasa kuat dan bersemangat.
Pada setiap kesusahan ada jalan penyelesaian. Ada pengajaran dari semuanya. Kita sebagai hambaNya hanya perlu usaha, berdoa dan bertawakal. Allah akan bantu, Inshaallah.
Semoga semua urusan kita di dunia dan akhirat lancar. Amin.
No comments:
Post a Comment