Tuesday 18 September 2018

Dreams Do Come True

I dream of traveling around the world and tell others what I have seen, what had happened, hence my original ambition to be a journalist.


.


I became someone else instead. Doing things that is not my passion. But I admit that I can do it somehow. I learn new things, meet new people and eventually realise that I still could not take my heart off my initial dream. 


.


Now is the time for me to explore other things. I meet more new people, learn other kind of knowledge and am willing to break through all my comfort zone. 


.


It is not going to be easy. But I believe He knows what is best for me. He put me through all the ups and downs, so that I know my real role in this world: To share, to help and to inspire others.


.


May all our dreams come true. Amen.


#selflove

#selfmotivation

#paulocoelho

#dreamscometrue

#love


Saturday 15 September 2018

Earthlings: Masih Belum Terlewat Buat Aku

Menonton video Earthlings di Youtube boleh buat kita sakit jiwa. Serius. Aku hanya mampu menonton sehingga minit ke 15 sahaja, walaupun videonya berdurasi 1 jam 35 minit. Itupun aku dah menangis macam orang gila sambil menjerit "I cannot watch this!" sebanyak hampir 5 kali. 

Orang kata 'Ignorance is a bliss'. Betul, kita selalu mengabaikan atau sengaja tak nak ambil tahu akan sesetengah isu di dalam negara atau dunia. Earthlings buat aku terfikir, memang aku hidup dalam keadaan 'ignorance'. Betapa kita manusia secara kolektifnya sedar tak sedar telah banyak kali menganiaya makhluk Allah lain yang tak berdaya. Manusia lain yang dirasakan tak setaraf dengan kita dari segi harta, warna kulit dan taraf sosial. Haiwan yang kita makan atau yang kita pelihara, kita tak sedar bagaimana kejamnya mereka dilayan semata-mata nak memenuhi kehendak dan keperluan kita. 

Kita bangga sembelihan kita kurang kejam dengan memutuskan urat merih haiwan. Tapi di tempat lain haiwan diketuk, dihempap batu, ditembak, dipukul dan ditendang hanya untuk memenuhi nafsu makan manusia. 

Kita  bangga haiwan peliharaan kita cantik, gemuk, baka baik sedangkan ibunya mungkin saja teteknya bengkak berdarah kerana sudah berbelas kali dipaksa mengawan dan beranak. Ini kerja breeder sialan yang tamakkan wang.

Kita marah majlis perbandaran menembak haiwan jalanan, sedang ianya  hanya salah satu dari cara mengurangkan populasi mereka. Ada cara lain seperti suntikan mati terus, racun sianida dan juga gas chamber. Semuanya takkan sanggup kita lihat mata haiwan-haiwan tersebut saat mereka menghadapi maut buatan manusia.

Kita bangga anak-anak kita minum susu lembu dan kambing. Kita tak tahu berapa besar tetek ibu lembu yang perlu diperah susunya itu. Kita tak tahu macam mana anak lembu dan kambing terpaksa dipisahkan dari ibu mereka, supaya kita boleh tumpang minum susu ibunya. Berapa kali pula ibu lembu dan kambing perlu mengawan dan membesar teteknya dalam setahun hanya untuk memastikan kita dapat minum susu yang dikatakan sihat dan kaya protein itu. 

Tontonlah kalau kalian kuat, berani dan mampu menahan emosi. Aku tak kuat. Sungguh. Ada yang perlu aku fikirkan semula dari segi aktiviti harian dan belian barang keperluan selepas ini. Aku rasa video itu mungkin ada sentuh juga tentang eksploitasi haiwan untuk kegunaan manusia contohnya barangan kulit. Tapi aku teka saja. 

Manusia sering berbuat kerosakan. Kemudian mencari penyelesaian dengan cara yang juga merosakkan. Maaf aku cuma meluah rasa. Kalau mampu, aku juga nak sama-sama mengubah apa yang patut. Inshaallah.

Budaya Viral vs Integriti

Jujurnya aku sangat takut dengan budaya memviralkan orang siap dengan gambar mereka sekali. Kita tak tahu sejauh mana tindakan orang yang membaca post itu, samada hanya membaca dan mengecam berjemaah atau sehingga sanggup mencari dan bertindak secara fizikal. 

Tapi tak dinafikan juga adakalanya baik juga dibuat begitu, supaya menjadi pengajaran buat yang lain. Semasa aku terlajak berkenalan dengan suami orang, ada kawan aku beri nasihat mudah saja sampaikan aku terus buang segala rasa dan move on:

Jangan sampai bini dia viralkan muka aku, dengan label dan kecaman sebagai si kuat menyondol suami orang.

Tapi apapun, ianya berbalik kepada konsep asas integriti: 

Apa yang kita buat di saat orang tak melihat kita?

Viral tak viral, kita harus rasional dalam memikirkan apa akibat dari perbuatan kita. Jangan sebab faedah jangka pendek, reputasi kita tercalar dalam jangka panjang. 

Bukan senang nak dapat kepercayaan orang. Tetapi senang untuk dihilangkan kepercayaan oleh orang. Salah satunya inilah dia. Viral sensasi meletop kebabooommmm.

Peace!

Review Hooligans Cafe Kinrara

Berjaya juga sampai di kafe ini.


.


Kafe yang buat wanita super kaki bangku sepertiku menggoogle OK!


.


Kenapa meja Nagatomo bernombor 5. 


.


Kenapa meja Ramos bernombor 4.



Kenapa meja Thiago Silva bernombor 2.


.


Kenapa meja Messi bernombor 10. 


.


Perfect place for kaki bola. 


.


Makanan OK, harga standard kafe hipster.


.


Portion OK dan rasa sederhana untuk tekak Melayu aku haha. Selera kita berbeza, btul?


.


Maaflah, last aku tengok bola masa World Cup 2002. Jatuh pulak tu dari kerusi kat kafe asbab terlalu excited. Siapa menang ek tahun tu? Brazil kot. Haha.


.


Cuba, OK! 


@hooliganscafe


#foodporn

#foodselangor 

#foodkl

#hooligans

#friendship

 @ Hooligans Cafe


Rehat Sementara, Kembali Dengan Idea

Buah kelapa sawit segar dari ladang laiii...laiii....laiiiii...


.


Ayah: Kak Long, cuba cabut sikit isi dia. Dulu ayah pernah rasa, sedap lemak-lemak rasanya.


.


Tangan cuba menguis-nguis isinya. Ugh, susahnya. Liat semacam.


.


Aku: Liatlah ayah. Susah. 


.


Ayah: Kuat sikit kuis tu. Merah menyala warnanya. Mesti sedap.


.


Aku: Alaaaaa tak boleh jugak (memang liat pun). Tuannya dah jampi tak bagi orang amik. 


.


Ayah: Baiklah. Ya lah kot. Tuannya jampi bagi kita tak boleh amik.


.


Gelak sama-sama.🤣🤣🤣


.


Masalah memang banyak. Tapi perlu juga lari sesekali. Moga lepas kembali, lebih banyak idea-idea segar datang untuk kita usahakan.


#kampunglife

#cuticutimalaysia2018

#selflove

#motivation


Thursday 13 September 2018

Kenapa Kita Perlu Selalu Bertukar Teman Travel

Biasa tak travel dengan pelbagai orang, termasuk orang yang kita baru saja kenal di laman sosial? Atau kita cuma travel dengan keluarga atau kawan-kawan rapat kita saja, walau di mana pun destinasinya.
Aku dah cuba travel dengan keluarga, kawan rapat dan juga kawan yang baru dikenali. Buat kalian yang masih ragu-ragu untuk bertukar-tukar teman travel, aku cuba kongsikan 5 sebab kenapa kita kena selalu bertukar teman travel:
1) Cabar diri sendiri
Travel dengan kawan baru bererti kita mencuba suatu benda yang baru, yang asing buat kita. Ya, memang agak scary pada mulanya tapi ianya buatkan kita lebih berani mengambil risiko. Kalau percubaan kali ini tak menjadi, belajar dari kesilapan dan cari kawan travel baru pula.
Berhati-hati dalam memilih kawan travel, ya. Sebaiknya pergi sesama jantina, atau pergi dalam kumpulan. Pastikan keluarga kita tahu maklumat kawan travel kita itu, just in case berlakunya apa-apa di destinasi nanti.
2) Belajar benda baru
Lain orang, lain pendedahannya. Kalau kita rasa kita dah terror dalam bab travel, percayalah ada orang lain yang lebih terror dari kita. Lagipun destinasi berlainan mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza.
Macam aku yang selalu pergi ke tempat nature yang santai, pengalaman travel ke bandar besar dengan kawan travel baru memang best. Kawan travel baru itu selalu travel di bandar besar, jadi dia ajar aku pakai apps yang super cool untuk rancang perjalanan menggunakan pengangkutan awam. 
Ada juga kawan travel yang ajar aku dari segi kerohanian. Aku yang jahiliah ini, belajar bahawa sebelum travel sebaiknya buat solat hajat bermula beberapa hari sebelum tarikh travel. Ada juga masa bila aku rushing nak solat jamak qasar bersendirian di masjid, kawan baru aku mengingatkan aku tentang pahala berganda jika solat berjemaah, kemudian barulah disambung solat jamak dan qasar. Insaf aku. Alhamdulillah atas segala peringatan dan nasihat.
3) Redha dan sabar
Orang kata kita hanya kenal perangai seseorang bila kita travel bersamanya. Ini aku memang 100% setuju. Ada kawan travel aku kaki shopping, sedangkan aku tak langsung. Tapi disebabkan safety issue, aku temankan juga dia shopping sampai malam. Malah hingga Grab sampai masa nak ke airport pada esok harinya pun dia masih shopping, dan aku terpaksa mengangkat beg-beg dia ke dalam kereta. Kena sabar tak dalam kes macam ini? Kena, kawan-kawan. Jangan cepat melatah. Cepat-cepat fikirkan kebaikan-kebaikan dia yang lain, supaya hati kita yang panas sejuk kembali. 
Aku antara orang yang diuji dengan sedikit penyakit (achilles tendonitis dan plantar fascitis). Bila aku banyak berjalan, kaki aku akan bengkak dan sangat-sangat sakit. Jadi sebagaimana aku harap kawan travel aku sabar dengan keadaan aku, begitulah aku usahakan untuk sabar juga dengan keadaan dia.
4) Networking and sharing
Bila travel dengan pelbagai orang, kita akan bina suatu networking yang bagus. Ada kawan travel yang buat insuran, kita sembang tentang insuran. Ada yang buat marketing, kita korek sedikit tips marketing. Ada juga yang masih belajar, tak salah pun sembang tentang kehidupan mereka di kampus. Betul tak? Kadang kita tak sedar kita mungkin perlukan sesuatu dari mereka, dan sebaliknya. Janji bermanfaat untuk kita semua, apa salahnya?
5) Kongsi susah senang
Paling seronok bila travel apabila semua kawan travel jenis memahami. Peka tentang disiplin masa, tahu tugas masing-masing dan tak cepat melatah dan menyalahkan bila berlaku perkara yang tak dijangka macam sesat dalam perjalanan, kena scam, ragut, pasport hilang dan sebagainya. Bab makanan tak payah ceritalah, hok mu hok aku, hok aku hok mu juga katanya. Janji perut kenyang.
Pernah kawan travel aku tercicir duit banyak juga. Kami yang lain pakat-pakat pinjamkan duit serba sedikit. Tapi lepas itu semuanya pakat halal belaka. Sebab yang penting kita semua happy sepanjang trip, betul?
Ada lagi tak sebab kenapa kita kena selalu bertukar teman travel? Bolehlah kongsikan juga dengan aku OK. 
Jangan sempitkan skop hidup kita hanya di dalam ruang lingkup kehidupan harian kita saja. Tak rasa segar ke dapat kenal orang baru, belajar benda baru dan sebagainya? OK kalau kalian jenis introvert atau memang suka travel solo, abaikan saja pandangan aku ini, ya. Doakan aku boleh karang tentang kenapa kita perlu travel solo pula lepas ini. Mana tahu, kan?
Peace!

Update:

1) Karangan picisan aku di atas telah dikeluarkan juga di laman web Travelsia.my sebagai Editor's Pick pada 16 September 2018.

http://www.travelsia.my/kenapa-kita-perlu-selalu-bertukar-teman-travel/

2) Juga berjaya dikeluarkan di laman web Kofnikel pada 2 Oktober 2018.

https://www.kofnikel.com/kenapa-kita-perlu-bertukar-teman-kembara-gadis-ini-berkongsi-pandangan/

Alhamdulillah a'la kullihal.

Monday 10 September 2018

Harapan Maal Hijrah 1440H (2018)

Salam Maal Hijrah 1440H buat semua. Alhamdulillah, masih diizinkan untuk aku berdoa akhir dan awal tahun tadi. Di antara itu, aku membuat sedikit refleksi:

1) Kerjaya

Aku memang tak minat dengan apa yang aku buat. Tapi kalau aku punya bos yang menjadi payungan saat aku berusaha juga mendaki, alangkah indahnya. 2 tahun aku keseorangan, cukuplah. Terasa penat sekali aku dikerah bekerja seorang diri, dengan pihak atasan begitu selesa menyatakan biar sajalah tanpa pengganti di tempat bos itu. 

Orang boleh cakap apa saja termasuk bodohnya aku tak mengambil peluang menjadi bos semasa diberikan tawaran (tawaran bersyarat dengan kerja tambahan OK, what the catfish. Selepas hampir 2 tahun aku buat semuanya seorang diri). Semuanya dah aku pertimbangkan dan berhenti kerja bagi aku adalah antara keputusan terbaik dalam hidup aku setakat ini. 

Duit sudah berkurangan, hati mula kerisauan, tapi aku takkan mudah berpatah balik. Aku dalam perancangan untuk mencari kerja dan peluang bisnes, doakan yang baik-baik saja, ya.

2) Keluarga

Keluarga aku bukanlah keluarga yang paling bahagia. Keluarga aku tahun ini diuji dengan hebat. Paling aku harapkan cuma satu: Hubungan kami adik beradik dengan mak dan ayah masih utuh seadanya. Sedaya upaya aku cuba berikan kemudahan dan kebahagiaan buat mereka, walau aku sendiri pun terkontang-kanting sebelum ini. Semoga aku terus sihat dan kuat untuk berbakti kepada mak dan ayah aku. Semoga aku murah rezeki untuk lebih banyak memberi kepada adik-beradik aku. Dalam keadaan aku yang kadang bermasalah peribadi, hanya keluargalah yang menghiburkan hati aku seikhlas hati dan semampu mereka. 

3) Kehidupan peribadi

Aku secara peribadi diuji dengan hebat juga tahun ini. Dari segi penghargaan diri, Alhamdulillah aku  dah tak ada rasa rendah diri lagi. Dulu teruk, weh. Umpama ayat Amran Fans: Gemuk, hitam, berkerak. Banyak yang dah berubah sejak aku mula hidup berdikari dan berkenalan dengan ramai orang. Gemuk tetap gemuk, kulit dah cerah sikit, berkerak tu haipp kau apa tahu!  Tapi aku happy dengan diri aku, Alhamdulillah. Itu sudah cukup untuk aku positif dan lebih kuat untuk berhadapan dengan segala jenis manusia dan cabaran kehidupan.

Cuma aku diuji bila aku terlalu baik dengan orang, orang tipu aku. Bila aku sangka baik dengan orang, orang buat aku macam bodoh sangat. Sudahnya aku makan hati seorang diri. Nak mengadu pun, siapalah yang sudi mendengar, kecuali Allah. Bila aku rasa sedih tiba-tiba dengan bayangan kenangan lepas, aku menangislah seorang diri, sambil mulut kumat-kamit bercakap dengan Allah. Alhamdulillah walaupun aku masih rasa macam manusia jahiliah kadang-kadang, semangat nak meneruskan kehidupan dan berubah jadi lebih baik itu tetap ada. Mudah-mudahan ada sinar, Inshaallah.

4) Harapan di tahun baru 1440H

Ini adalah harapan-harapan aku (tiada kaitan dengan Pakatan Harapan) sempena tahun baru Islam kali ini:

  • Lebih banyak masa untuk solat qadha, solat sunat dan membaca Al-Quran
  • Nak luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
  • Dapat kerja dan bisnes yang berikan cukup duit dan juga mudah untuk aku menguruskan hal-hal peribadi, mak ayah dan adik-beradik bila diperlukan (work from home atau kerja yang dekat dengan rumah)
  • Masih berpeluang untuk travel, walaupun dengan bajet yang kecil. Aku memang tak boleh duduk diam lama sangat, mesti kena travel melihat benda baru.
  • Ada "me time" iaitu momen-momen aku memanjakan diri contohnya berurut/spa, buat facial dan sebagainya
Moga Allah mudahkan segala-galanya. Amin Ya Rabbal A'lamin.



Biar

Biar aku bawa lari
Rasa yang tak terperi
Biar aku cuba berdiri
Walau dunia itu penuh aneh
Biar berapa saja lamanya
Aku relakan saja
Kerana di dalam ini
Hanya aku yang tahu

.

#selflove
#motivasi
#puisi
#moveon

Saturday 8 September 2018

Refleksi Awal Pagi: Aku Harus Kuat

Jam menunjukkan pukul 12.13 pagi. Aku sedang menunggu maggie cup sedia untuk dimakan.

Banyak yang dah berlaku dalam tahun 2018. Terlalu banyak bagi aku. Orang nampak aku kuat. Aku kaki travel. Gila kucing. Gembira selalu. 

Yang orang tak nampak, aku sebenarnya menyimpan banyak rahsia. Rahsia jerih- perih kehidupan, baik sebagai anak, kakak, kawan, jiran, pemilik kucing, hambaNya dan banyak lagilah. Yang orang tak nampak adalah segala parut yang terhasil dari semua pengalaman yang aku lalui. 

Ada parut yang kekal kering. Tapi ada parut yang mudah menjadi basah dan luka semula. Parut jenis ini memang buat aku resah. Parut yang selalu buat aku menangis tak kira masa. Sekejap-sekejap terbayang cerita lama yang buat aku sangat kecewa, sedih dan rasa hina. 

Aku banyak menyimpan kesan dari krisis kepercayaan terhadap orang lain. Mungkin sebab aku susah nak bersangka buruk pada orang. End up aku yang selalu kena tipu, kena kencing, kena abai dan macam-macam lagilah. 

Aku pun tak tahu sampai bila semua ini akan berterusan. Aku cuba untuk positif, cuba untuk move on. Cuba untuk memaafkan. Tapi aku cuma manusia biasa. On dan off itu biasa.

Moga Allah kuatkan aku untuk menghadapi semua ini. Aku perlu kuat, untuk terus memainkan segala peranan aku di dunia ini. Masih banyak tugas yang perlu aku selesaikan. Moga ada sinar menanti. Aminnnn.

Friday 7 September 2018

Singapore: Hard to Move On

Aku bukan otai traveller. Tapi aku suka kongsi cerita penuh bila aku travel. Dengan cara aku sendiri.

Singapore adalah negara yang dah buat aku susah nak move on. Ya, negaranya kecil dan tipikal negara maju bagi sesetengah orang. Tapi peduli apa aku, kan? Lain orang lain perasaan dan pelajaran yang didapati bila travel. Betul tak? Hoho. .

Macam berada di Penang. Atau Melaka. Atau Brickfields. Juga Kuala Lumpur. Tapi versi lebih bersih dan tenang. Bagi akulah. Bagi orang lain mungkin tak sama. 

Panjang umur ketemu lagi. .

#singapore

#travel

#backpackers

#malaysia

#friendship

#rainforestlumina

#arabstreet

#kandaharstreet

#bugisstreet

#chinatown

#littleindia

#gardensbythebay

#marinabaysands

#foodporn

#foodsg


Tuesday 4 September 2018

Trip Singapore 3 Hari 2 Malam

Kali ini aku ke Singapore, tepat pada hari kemerdekaan Malaysia (31 Ogos 2018) dan pada bulan kemerdekaan Singapore (9 Ogos 2018). Trip berdua 3 hari 2 malam dengan kawan sepejabat, Liyli. 


Reunion trip dengan my nice officemate, Liyli

Pada awalnya aku agak skeptikal tentang bajet trip kali ini. Faham sajalah perbezaan nilai mata wang antara Ringgit Malaysia (RM) dan Singapore Dollar (SGD), kan. Tapi lepas saja habis trip dan buat kira-kira, hmmm...not bad

Maka gembiralah sikit aku nak berkongsi itinerari dan bajet trip ini dengan kalian. 

Aku pecahkan post ini kepada 3 topik utama:

1) Itinerari

2) Bajet

3) Apps berguna dan rujukan blog/laman web

Check this out!

1) Itinerari
Hari 1 (31/8/2018):
- Naik bas Aeroline selama 6 jam ke Singapore (Harbourfront Centre). Ada 2 kaunter imigresen yang kena singgah, iaitu imigresen Malaysia dan Singapore.
Sila bawa beg luggage yang jenis tarik, untuk kemudahan di imigresen dan di dalam negara Singapore. Akan ada banyak sesi berdiri dan berjalan nanti, maka aku ingatkan kalian awal-awal, ya.
- Naik MRT dari stesen Harbourfront ke stesen Nicoll Highway. 
Rancang perjalanan dengan teliti dari awal, sebab kita kena pilih untuk beli tourist pass 1 day, 2 days atau 3 days. Macam kami, cuma beli tourist pass 2 days saja sebab hari ketiga kami tak banyak travel menggunakan public transport. 

Oh ya, jangan lupa claim semula deposit untuk tourist pass di kaunter tertentu di stesen MRT, OK. SGD10 bukan sikit, weh.

Singapore Tourist Pass (Kredit gambar: https://magazine.job-like.com/perbedaan-kartu-ez-link-singapura/)
- Check-in di hostel Jamilla Boutique Inn, Singapore (Aliwal Street).
Boleh juga turun di stesen Bugis tapi jauh sikit berjalan kaki nak ke hostel.
Bilik di sini sangat kecil, mujur masih ada ruang untuk kami bergerak dan solat menghadap kiblat. Kalau kalian jenis yang berbadan besar atau memerlukan ruang yang agak luas untuk bergerak, lebih baik cari hostel lain. Tapi tilam dia serius sedap tidur, sangat tebal dan selesa.
Nampak tak sempitnya bilik kami?
Oh, kami duduk bilik untuk 4 orang, sebab hotel tak update booking amendment kepada bilik untuk 2 orang. Trip ini asalnya 4 orang, sudahnya jadi 2 orang saja.
- Dinner di Hjh Maimunah Restaurant & Catering (Menu nasi campur). Harga dalam SGD6 seorang tanpa air.


Makanan di Hjh Mainumah Restaurant & Catering
- Naik MRT ke stesen Khatib dan naik bas Mandai shuttle ke Rainforest Lumina.
Untuk tourist yang naik bas Mandai shuttle, tak boleh guna tourist pass untuk naik bas. Kita kena bayar tunai SGD1 sehala (pergi balik SGD2) di kaunter bas di Rainforest Lumina. 
Panduan untuk naik bas Mandai shuttle
Kami beli tiket Rainforest Lumina di IG ini: borong_uss_tiket, dapatlah tiket berharga RM59. Harganya sama saja jika kami beli di laman web Rainforest Lumina. Tiket Klook yang boleh print di kiosk, maka jimat masa tak perlu beratur panjang beli tiket di kaunter. 
Jangan lupa tengok promosi lain macam Maybank debit/credit card, kadang-kadang ada diskaun tambahan untuk tourist attractions di Singapore.


Rainforest Lumina-Baru dibuka tahun 2018

Salah satu attraction yang ada di Rainforest Lumina

- Balik ke hostel.

• Hari 2 (1/9/2018):
- Breakfast di hostel.
- Naik MRT ke stesen Botanic Garden.
Jalan - jalan di Singapore Botanical Garden. Kami hanya mampu jalan sekerat saja, luas yang amat taman ini. Yang menariknya di sini bagi aku adalah dapat tengok haiwan seperti red head turtle dan black swan. Aku difahamkan ada Swan Lake yang ada white swan. Tapi jauh sangat weh nak menapak. 
Red head turtle

Black Swan
- Naik MRT ke stesen Chinatown.
Jalan - jalan di Chinatown Street Market. Beli fridge magnet semurah SGD1 seunit. Ada banyak pilihan souvenir di sini, kena pandai cari yang murah, OK.
Tengok kuil Buddha Blue Tooth Relic. Kuil ini sangat besar dan cantik, berwarna merah menyala dan setinggi 4 tingkat.  
Kuil Buddha Blue Tooth Relic

Lunch di Segar Restaurant (Menu makanan Cina Muslim). Restoran ini letaknya dalam shopping mall Chinatown Point. Kami ambil set meal untuk 2 orang, berbaloi sangat-sangat untuk lunch time. Harga dalam SGD15 seorang.



Set meal untuk 2 orang-1 main dish+1 side dish+1 vegetable+air

Segar Restaurant terletak dalam shopping mall Chinatown Point
- Naik MRT ke stesen Little India.
Tengok rumah Tan Teng Niah (rumah berkonsepkan kolonial Cina, yang sangat colourful).
Rumah Tan Teng Niah
Tengok kuil Hindu Sri Veeramakaliamman. 
Kuil Hindu Sri Veeramakaliamman
Singgah Mustafa Centre, window shopping saja. Ramai yang amat manusia di sini.


Mustafa Centre
- Naik MRT ke stesen Bugis. Naik bas ke kawasan Arab Street (Boleh pakai tourist pass untuk naik bas ini).
Singgah di Singapore Zam Zam Restaurant. Bungkus murtabak kambing (saiz large, boleh makan 2 orang) dan air katira.
Murtabak kambing Zam Zam

Air Katira Zam Zam

Singgah di Overrun. Makan aiskrim Overrun Chendol (kongsi 2 orang, portion sangat banyak dan tekstur sangat creamy).

Aiskrim Overrun Chendol

- Balik ke hostel untuk berehat.
- Naik MRT ke stesen Promenade. Kemudian naik bas ke Esplanade (Boleh pakai tourist pass untuk naik bas ini).
Jalan - jalan sambil tengok bangunan Esplanade. 
Esplanade
Tengok pemandangan Marina Bay Sands di seberang. 
Marina Bay Sands
Ambil gambar patung Merlion di Merlion Park, yang sangat sinonim dengan Singapore.

Patung Merlion di Merlion Park

- Naik bas ke Gardens By The Bay 
(Boleh pakai tourist pass untuk naik bas ini).
Jalan kaki dari bus stop ke dalam kawasan Gardens By The Bay. 
Duduk di kawasan Supertree Groove dan OCBC Skyway untuk tengok light show percuma (ada 2 kali iaitu pada pukul 7.45 malam atau 8.45 malam).
Nak naik OCBC Skyway kena bayar, ya. Seingat aku, SGD8 untuk orang dewasa. 
Supertree Groove & OCBC Skyway
-Jalan kaki ke Marina Bay Sands.
Duduk di kawasan The Event Plaza untuk tengok Spectra-Light and Water Show percuma (ada 2 atau 3 kali bergantung hari yang kita pergi iaitu pada pukul 8.00 malam, 9.00 malam atau 10.00 malam).
Spectra-Light & Water Show
- Naik MRT ke stesen Nicoll Highway. Late dinner di Kampong Glam Cafe (Menu nasi campur, Western dan goreng-goreng)


Menu di Kampong Glam Cafe

-Balik ke hostel.

• Hari 3 (2/9/2018):
- Sarapan di hostel.
- Melawat Malay Heritage Centre. Nak masuk ke galeri kena bayar, ya. Tandas di sini cantik dan ada air. 
Malay Heritage Centre
- Jalan - jalan di kawasan berdekatan sambil bergambar. Banyak restoran halal yang kami jumpa macam KawkawSG, The Ramen Stall, Sabar Menanti, Pho4U Halal Vietnam Cuisine, Rumah Makan Minang dll. 
Warna - warni kehidupan di Singapura?

The Ramen Stall 
- Lunch di Rumah Makan Minang (Menu masakan Minang. Jangan lupa mencuba tauhu telur yang sedap dan boleh dikongsi 2 orang).
- Solat di Masjid Sultan yang sangat besar, cantik dan tenang. 
Masjid Sultan
- Naik Grab ke Universal Studios Singapore (USS).
Jalan - jalan sambil bergambar di tempat wajib iaitu di USS globe
Tempat paling wajib bergambar-USS Globe
Bergambar di kawasan patung Merlion terbesar di Singapore.


Aummmm! Garang tak?

Jalan kaki ke Imbiah Lookout. Naik bas shuttle percuma dari stesen Imbiah Lookout ke stesen Resorts World Sentosa (Basement 1).
Naik tren Sentosa Express dari stesen Waterfront (USS) ke stesen Sentosa (Vivocity).
- Claim deposit untuk tourist pass di stesen MRT Harbourfront (sebelah Vivocity).
- Naik bas Aeroline ke KL selama 6 jam (Hotel Corus, Jalan Ampang). Ada 2 kaunter imigresen yang kena singgah, iaitu imigresen Singapore dan Malaysia.

2) Bajet kasar
• Tiket bas Aeroline = RM390 [(Tiket return + meal + luggage + hand carry) x 2 orang]
• Hostel = RM300 (RM150 x 2 malam)
 Tiket MRT single trip ke Nicoll Highway = SGD3.60 (RM10.80) (SGD1.80 seorang)
• Tourist pass 2 days= RM96 [(SGD26 (RM78) - Refundable Deposit SGD10 (RM30)) x 2 orang]
• Tiket Rainforest Lumina = RM118 (RM59 x 2 orang)
• Lunch/Dinner =  SGD80 (RM240). Antara SGD5 - SGD15 sekali makan, seorang. 
• Nasi ayam @ stesen MRT Khatib = SGD2 (RM6)
• Murtabak Singapore = SGD10 (RM30)
• Air Katira = SGD2 (RM6)
• Aiskrim Overrun Chendol = SGD6 (RM18)
• Bas Mandai shuttle = SGD4 (RM12) (SGD2 return x 2 orang)
• Fridge magnet = SGD2 (RM6) (SGD1 x 2 unit)
•Grab ke USS = SGD12 (RM36)
Jumlah besar: RM1,268.80
Jumlah seorang = RM634.40
3) Apps berguna dan rujukan blog/laman web
Apps yang sangat berguna untuk Singapore trip:
• Citymapper - Untuk kita rancang perjalanan samada jalan kaki, naik MRT atau bas. Apps ini sangat-sangat berguna untuk tempat yang highly integrated macam Singapore.
• SMRT - Untuk mendapatkan maklumat tentang MRT di Singapore.
• Grab - Sebagai alternatif lain untuk travel di Singapore. Mana tahu kita terlalu penat atau dah sakit kaki, Grab sajalah jawabnya. Tapi seeloknya tambang dikongsi, sebab boleh tahan mahalnya.
• Travefy - Untuk buat itinerari. Ada banyak lagi apps lain yang boleh kita gunakan sebenarnya. Aku saja cuba yang ini. Malangnya apps ini tak boleh view offline dan tak boleh edit dari smartphone. Too bad.
Rujukan blog/laman web:
• Artikel dari The Vocket bertajuk 18 lokasi menarik dan percuma di Singapura yang boleh anda terjah di hujung minggu - https://www.thevocket.com/18-lokasi-menarik-dan-percuma-di-singapura-yang-boleh-anda-terjah-di-hujung-minggu/
• MRT fare calculator - https://mrt.sg/fare
• Laman web Singapore Guide - http://www.singapore-guide.com
• Post tentang Singapore di FB page Backpackers Buddies Malaysia





Undi Malaysia Baru di mata pengundi marhaen macam aku

Atas bawah aku scroll. Komen-komen aku baca. Rata-rata mengutuk pengundi yang mengundi PH baru-baru ini. Katanya PH lebih kurang malah lebih teruk dari BN. Harga barang naik, bantuan-bantuan sudah mula ditarik balik.

Macai PH kena kencing. Sepanjang jalan bau hancing.


Macai PH bodoh piang. Konon tak nak barang naik.

Nak tahu apa aku fikir?

Siapa pun pemimpin yang kita pilih, kita sebagai rakyat marhaen tetap macam itu.

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Benda paling ketara bagi aku ialah harga rumah.

Baik di negeri BN mahupun PH, harga rumah masih di tahap tak mampu milik. Kes benar bila rumah taraf kos rendah berharga RM40,000 kini berharga RM400,000. Dinding pun kosong di dalam, material murah yang digunakan. Celah mana boleh harganya naik sampai 10 kali ganda? Rumah kos rendah ini niat asalnya nak dijual kepada siapa? Sewa bulanan pun dah RM1,000 ke atas.

Jangan nak buka topik rumah lelong atau suruh belajar tips beli 5 jenis hartanah dengan gaji RM2,000 ya, aku block nanti. Kau fikir orang susah ada masa nak kaji semua benda? Makan seharian pun selalu tak cukup, inikan nak makan di kafe hipster(jutawan hartanah selalu cakap orang kita tak mampu beli rumah sebab asyik beli kereta mahal, makan kafe hipster dan sembang gajet mahal).

Maka apa yang aku nak sampaikan sebenarnya?

Tak payah nak tuding jari kata celaka siapa yang mengundi untuk perubahan. Kita semua faham sungguh-sungguh betapa perubahan kali ini adalah terlalu besar untuk kita. Menukar logo untuk dipangkah itu memerlukan semangat yang lain macam hebatnya, betul?

Tapi perubahan kali ini bakal mendorong kita untuk terus berubah kelak. Kita menjadi pengundi yang matang, yang tahu hak kita sebagai rakyat Malaysia. Menukar pemimpin kini jadi mudah, jika menipu atau tak buat kerja maka tukar sajalah. Apa susah?

Lama sangat nak tunggu 5 tahun? Wah dulu bukan main rajin buat petisyen dan demonstrasi sana sini bantah itu ini. Jika itu bermanfaat untuk menggesa kerajaan PH untuk berfikir semula akan tindakan mereka, apa salahnya?

Entahlah. Aku undi PH juga hari itu. Sebab tak ada PAS di kawasan aku kahkah. Tapi aku tak sentap pun bila macam-macam orang kata PH. Satu, pemimpin PH di tempat aku buat kerja. Satu lagi, aku tahu jari aku sekarang bernilai tinggi untuk membawa perubahan. Tak perlu harapkan dedak atau habuan untuk membuat pilihan.

Rilek dulu ya. Perhatikan, kemudian tanamkan keputusan.

Peace!

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...