Tuesday, 4 September 2018

Kita Semua Akan Mati



Memandu ke Damansara pagi ini terasa lain. Di suatu sudut terasa bagai di syurga dunia. Di suatu sudut lain pula macam serba tak kena. Di sini, nama tempatnya tak macam di Malaysia. Perkataan-perkataan seperti Avenue dan Residence banyak sekali, dengan sosok bangunan yang elegan dan terlihat begitu mahal, tak tercapai akalku akan harganya.
.
Di kebanyakan bangunan ini, pasti ada sebuah pondok kawalan dan palang di pintu utamanya. Terlihat tenang dan indah dari luar, terselit gusar dan runsing dari dalam.
.
Teringat masa sekolah dulu kami melawat Pusat Sains Negara. Dalam bas, kawanku cakap:
"Tahu tak, di Damansara motorsikal tak dibenarkan berada di atas jalanraya. Sebab Damansara ini kawasan orang kaya-raya. Motorsikal tak sesuai di sini"
.
Bertahun juga aku percaya dengan omongan kawanku itu. Haha.
.
Banyak motorsikal yang lalu lalang tadi. Memang bohong atau mungkin terlalu naif kawan aku dulunya.
.
Kaya atau miskin, yang pasti kita semua akan mati. Semoga hidup kita ini penuh dengan aktiviti memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lainnya.
.
Lirik lagu oleh kumpulan Medina dari Indonesia. Lagunya berjudul Orang Kaya Mati Orang Miskin Mati. Mudah saja liriknya tapi mengusik jiwa dan buat kita terfikir sejenak, apa erti hidup kita.



No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...