Kali ini aku ke Singapore, tepat pada hari kemerdekaan Malaysia (31 Ogos 2018) dan pada bulan kemerdekaan Singapore (9 Ogos 2018). Trip berdua 3 hari 2 malam dengan kawan sepejabat, Liyli.
Reunion trip dengan my nice officemate, Liyli |
Pada awalnya aku agak skeptikal tentang bajet trip kali ini. Faham sajalah perbezaan nilai mata wang antara Ringgit Malaysia (RM) dan Singapore Dollar (SGD), kan. Tapi lepas saja habis trip dan buat kira-kira, hmmm...not bad.
Maka gembiralah sikit aku nak berkongsi itinerari dan bajet trip ini dengan kalian.
Aku pecahkan post ini kepada 3 topik utama:
1) Itinerari
2) Bajet
3) Apps berguna dan rujukan blog/laman web
Check this out!
1) Itinerari
Hari 1 (31/8/2018):
- Naik bas Aeroline selama 6 jam ke Singapore (Harbourfront Centre). Ada 2 kaunter imigresen yang kena singgah, iaitu imigresen Malaysia dan Singapore.
Sila bawa beg luggage yang jenis tarik, untuk kemudahan di imigresen dan di dalam negara Singapore. Akan ada banyak sesi berdiri dan berjalan nanti, maka aku ingatkan kalian awal-awal, ya.
- Naik MRT dari stesen Harbourfront ke stesen Nicoll Highway.
Rancang perjalanan dengan teliti dari awal, sebab kita kena pilih untuk beli tourist pass 1 day, 2 days atau 3 days. Macam kami, cuma beli tourist pass 2 days saja sebab hari ketiga kami tak banyak travel menggunakan public transport.
Oh ya, jangan lupa claim semula deposit untuk tourist pass di kaunter tertentu di stesen MRT, OK. SGD10 bukan sikit, weh.
Oh ya, jangan lupa claim semula deposit untuk tourist pass di kaunter tertentu di stesen MRT, OK. SGD10 bukan sikit, weh.
Singapore Tourist Pass (Kredit gambar: https://magazine.job-like.com/perbedaan-kartu-ez-link-singapura/) |
- Check-in di hostel Jamilla Boutique Inn, Singapore (Aliwal Street).
Boleh juga turun di stesen Bugis tapi jauh sikit berjalan kaki nak ke hostel.
Bilik di sini sangat kecil, mujur masih ada ruang untuk kami bergerak dan solat menghadap kiblat. Kalau kalian jenis yang berbadan besar atau memerlukan ruang yang agak luas untuk bergerak, lebih baik cari hostel lain. Tapi tilam dia serius sedap tidur, sangat tebal dan selesa.
Nampak tak sempitnya bilik kami? |
Oh, kami duduk bilik untuk 4 orang, sebab hotel tak update booking amendment kepada bilik untuk 2 orang. Trip ini asalnya 4 orang, sudahnya jadi 2 orang saja.
- Dinner di Hjh Maimunah Restaurant & Catering (Menu nasi campur). Harga dalam SGD6 seorang tanpa air.
- Naik MRT ke stesen Khatib dan naik bas Mandai shuttle ke Rainforest Lumina.
Makanan di Hjh Mainumah Restaurant & Catering |
Untuk tourist yang naik bas Mandai shuttle, tak boleh guna tourist pass untuk naik bas. Kita kena bayar tunai SGD1 sehala (pergi balik SGD2) di kaunter bas di Rainforest Lumina.
Panduan untuk naik bas Mandai shuttle |
Kami beli tiket Rainforest Lumina di IG ini: borong_uss_tiket, dapatlah tiket berharga RM59. Harganya sama saja jika kami beli di laman web Rainforest Lumina. Tiket Klook yang boleh print di kiosk, maka jimat masa tak perlu beratur panjang beli tiket di kaunter.
Jangan lupa tengok promosi lain macam Maybank debit/credit card, kadang-kadang ada diskaun tambahan untuk tourist attractions di Singapore.
- Balik ke hostel.
Rainforest Lumina-Baru dibuka tahun 2018 |
Salah satu attraction yang ada di Rainforest Lumina |
- Balik ke hostel.
• Hari 2 (1/9/2018):
- Breakfast di hostel.
- Naik MRT ke stesen Botanic Garden.
Jalan - jalan di Singapore Botanical Garden. Kami hanya mampu jalan sekerat saja, luas yang amat taman ini. Yang menariknya di sini bagi aku adalah dapat tengok haiwan seperti red head turtle dan black swan. Aku difahamkan ada Swan Lake yang ada white swan. Tapi jauh sangat weh nak menapak.
Red head turtle |
Black Swan |
- Naik MRT ke stesen Chinatown.
Jalan - jalan di Chinatown Street Market. Beli fridge magnet semurah SGD1 seunit. Ada banyak pilihan souvenir di sini, kena pandai cari yang murah, OK.
Tengok kuil Buddha Blue Tooth Relic. Kuil ini sangat besar dan cantik, berwarna merah menyala dan setinggi 4 tingkat.
Kuil Buddha Blue Tooth Relic |
Lunch di Segar Restaurant (Menu makanan Cina Muslim). Restoran ini letaknya dalam shopping mall Chinatown Point. Kami ambil set meal untuk 2 orang, berbaloi sangat-sangat untuk lunch time. Harga dalam SGD15 seorang.
Set meal untuk 2 orang-1 main dish+1 side dish+1 vegetable+air |
Segar Restaurant terletak dalam shopping mall Chinatown Point |
Tengok rumah Tan Teng Niah (rumah berkonsepkan kolonial Cina, yang sangat colourful).
Rumah Tan Teng Niah |
Tengok kuil Hindu Sri Veeramakaliamman.
Kuil Hindu Sri Veeramakaliamman |
Singgah Mustafa Centre, window shopping saja. Ramai yang amat manusia di sini.
- Naik MRT ke stesen Bugis. Naik bas ke kawasan Arab Street (Boleh pakai tourist pass untuk naik bas ini).
Mustafa Centre |
Singgah di Singapore Zam Zam Restaurant. Bungkus murtabak kambing (saiz large, boleh makan 2 orang) dan air katira.
Murtabak kambing Zam Zam |
Air Katira Zam Zam |
Singgah di Overrun. Makan aiskrim Overrun Chendol (kongsi 2 orang, portion sangat banyak dan tekstur sangat creamy).
Aiskrim Overrun Chendol |
- Balik ke hostel untuk berehat.
- Naik MRT ke stesen Promenade. Kemudian naik bas ke Esplanade (Boleh pakai tourist pass untuk naik bas ini).
Jalan - jalan sambil tengok bangunan Esplanade.
Esplanade |
Tengok pemandangan Marina Bay Sands di seberang.
Marina Bay Sands |
Patung Merlion di Merlion Park |
- Naik bas ke Gardens By The Bay (Boleh pakai tourist pass untuk naik bas ini).
Jalan kaki dari bus stop ke dalam kawasan Gardens By The Bay.
Duduk di kawasan Supertree Groove dan OCBC Skyway untuk tengok light show percuma (ada 2 kali iaitu pada pukul 7.45 malam atau 8.45 malam).
Nak naik OCBC Skyway kena bayar, ya. Seingat aku, SGD8 untuk orang dewasa.
Supertree Groove & OCBC Skyway |
-Jalan kaki ke Marina Bay Sands.
Duduk di kawasan The Event Plaza untuk tengok Spectra-Light and Water Show percuma (ada 2 atau 3 kali bergantung hari yang kita pergi iaitu pada pukul 8.00 malam, 9.00 malam atau 10.00 malam).
Spectra-Light & Water Show |
- Naik MRT ke stesen Nicoll Highway. Late dinner di Kampong Glam Cafe (Menu nasi campur, Western dan goreng-goreng)
-Balik ke hostel.
Menu di Kampong Glam Cafe |
-Balik ke hostel.
• Hari 3 (2/9/2018):
- Sarapan di hostel.
- Melawat Malay Heritage Centre. Nak masuk ke galeri kena bayar, ya. Tandas di sini cantik dan ada air.
Malay Heritage Centre |
- Jalan - jalan di kawasan berdekatan sambil bergambar. Banyak restoran halal yang kami jumpa macam KawkawSG, The Ramen Stall, Sabar Menanti, Pho4U Halal Vietnam Cuisine, Rumah Makan Minang dll.
Warna - warni kehidupan di Singapura? |
The Ramen Stall |
- Lunch di Rumah Makan Minang (Menu masakan Minang. Jangan lupa mencuba tauhu telur yang sedap dan boleh dikongsi 2 orang).
- Solat di Masjid Sultan yang sangat besar, cantik dan tenang.
Masjid Sultan |
- Naik Grab ke Universal Studios Singapore (USS).
Jalan - jalan sambil bergambar di tempat wajib iaitu di USS globe.
Tempat paling wajib bergambar-USS Globe |
Bergambar di kawasan patung Merlion terbesar di Singapore.
Jalan kaki ke Imbiah Lookout. Naik bas shuttle percuma dari stesen Imbiah Lookout ke stesen Resorts World Sentosa (Basement 1).
Aummmm! Garang tak? |
Jalan kaki ke Imbiah Lookout. Naik bas shuttle percuma dari stesen Imbiah Lookout ke stesen Resorts World Sentosa (Basement 1).
Naik tren Sentosa Express dari stesen Waterfront (USS) ke stesen Sentosa (Vivocity).
- Claim deposit untuk tourist pass di stesen MRT Harbourfront (sebelah Vivocity).
- Naik bas Aeroline ke KL selama 6 jam (Hotel Corus, Jalan Ampang). Ada 2 kaunter imigresen yang kena singgah, iaitu imigresen Singapore dan Malaysia.
2) Bajet kasar
• Tiket bas Aeroline = RM390 [(Tiket return + meal + luggage + hand carry) x 2 orang]
• Hostel = RM300 (RM150 x 2 malam)
• Tiket MRT single trip ke Nicoll Highway = SGD3.60 (RM10.80) (SGD1.80 seorang)
• Tourist pass 2 days= RM96 [(SGD26 (RM78) - Refundable Deposit SGD10 (RM30)) x 2 orang]
• Tiket Rainforest Lumina = RM118 (RM59 x 2 orang)
• Lunch/Dinner = SGD80 (RM240). Antara SGD5 - SGD15 sekali makan, seorang.
• Nasi ayam @ stesen MRT Khatib = SGD2 (RM6)
• Murtabak Singapore = SGD10 (RM30)
• Air Katira = SGD2 (RM6)
• Aiskrim Overrun Chendol = SGD6 (RM18)
• Bas Mandai shuttle = SGD4 (RM12) (SGD2 return x 2 orang)
• Fridge magnet = SGD2 (RM6) (SGD1 x 2 unit)
•Grab ke USS = SGD12 (RM36)
Jumlah besar: RM1,268.80
Jumlah seorang = RM634.40
3) Apps berguna dan rujukan blog/laman web
Apps yang sangat berguna untuk Singapore trip:
• Citymapper - Untuk kita rancang perjalanan samada jalan kaki, naik MRT atau bas. Apps ini sangat-sangat berguna untuk tempat yang highly integrated macam Singapore.
• SMRT - Untuk mendapatkan maklumat tentang MRT di Singapore.
• Grab - Sebagai alternatif lain untuk travel di Singapore. Mana tahu kita terlalu penat atau dah sakit kaki, Grab sajalah jawabnya. Tapi seeloknya tambang dikongsi, sebab boleh tahan mahalnya.
• Travefy - Untuk buat itinerari. Ada banyak lagi apps lain yang boleh kita gunakan sebenarnya. Aku saja cuba yang ini. Malangnya apps ini tak boleh view offline dan tak boleh edit dari smartphone. Too bad.
Rujukan blog/laman web:
• Artikel dari The Vocket bertajuk 18 lokasi menarik dan percuma di Singapura yang boleh anda terjah di hujung minggu - https://www.thevocket.com/18-lokasi-menarik-dan-percuma-di-singapura-yang-boleh-anda-terjah-di-hujung-minggu/
• MRT fare calculator - https://mrt.sg/fare
• Laman web Singapore Guide - http://www.singapore-guide.com
• Post tentang Singapore di FB page Backpackers Buddies Malaysia
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86
Casino Tournaments - Get Your $200 + 200 Free Spins
ReplyDeleteCasino 바카라 필승법 Tournaments! Get 검증 업체 먹튀 랭크 $200 + 200 Free Spins with 윌리엄힐 a deposit. Casino Tournaments! Get $200 + 200 Free 블랙 잭 룰 Spins with 가입시 꽁 머니 환전 a deposit.