1) Kerjaya
Aku memang tak minat dengan apa yang aku buat. Tapi kalau aku punya bos yang menjadi payungan saat aku berusaha juga mendaki, alangkah indahnya. 2 tahun aku keseorangan, cukuplah. Terasa penat sekali aku dikerah bekerja seorang diri, dengan pihak atasan begitu selesa menyatakan biar sajalah tanpa pengganti di tempat bos itu.
Orang boleh cakap apa saja termasuk bodohnya aku tak mengambil peluang menjadi bos semasa diberikan tawaran (tawaran bersyarat dengan kerja tambahan OK, what the catfish. Selepas hampir 2 tahun aku buat semuanya seorang diri). Semuanya dah aku pertimbangkan dan berhenti kerja bagi aku adalah antara keputusan terbaik dalam hidup aku setakat ini.
Duit sudah berkurangan, hati mula kerisauan, tapi aku takkan mudah berpatah balik. Aku dalam perancangan untuk mencari kerja dan peluang bisnes, doakan yang baik-baik saja, ya.
2) Keluarga
Keluarga aku bukanlah keluarga yang paling bahagia. Keluarga aku tahun ini diuji dengan hebat. Paling aku harapkan cuma satu: Hubungan kami adik beradik dengan mak dan ayah masih utuh seadanya. Sedaya upaya aku cuba berikan kemudahan dan kebahagiaan buat mereka, walau aku sendiri pun terkontang-kanting sebelum ini. Semoga aku terus sihat dan kuat untuk berbakti kepada mak dan ayah aku. Semoga aku murah rezeki untuk lebih banyak memberi kepada adik-beradik aku. Dalam keadaan aku yang kadang bermasalah peribadi, hanya keluargalah yang menghiburkan hati aku seikhlas hati dan semampu mereka.
3) Kehidupan peribadi
Aku secara peribadi diuji dengan hebat juga tahun ini. Dari segi penghargaan diri, Alhamdulillah aku dah tak ada rasa rendah diri lagi. Dulu teruk, weh. Umpama ayat Amran Fans: Gemuk, hitam, berkerak. Banyak yang dah berubah sejak aku mula hidup berdikari dan berkenalan dengan ramai orang. Gemuk tetap gemuk, kulit dah cerah sikit, berkerak tu haipp kau apa tahu! Tapi aku happy dengan diri aku, Alhamdulillah. Itu sudah cukup untuk aku positif dan lebih kuat untuk berhadapan dengan segala jenis manusia dan cabaran kehidupan.
Cuma aku diuji bila aku terlalu baik dengan orang, orang tipu aku. Bila aku sangka baik dengan orang, orang buat aku macam bodoh sangat. Sudahnya aku makan hati seorang diri. Nak mengadu pun, siapalah yang sudi mendengar, kecuali Allah. Bila aku rasa sedih tiba-tiba dengan bayangan kenangan lepas, aku menangislah seorang diri, sambil mulut kumat-kamit bercakap dengan Allah. Alhamdulillah walaupun aku masih rasa macam manusia jahiliah kadang-kadang, semangat nak meneruskan kehidupan dan berubah jadi lebih baik itu tetap ada. Mudah-mudahan ada sinar, Inshaallah.
4) Harapan di tahun baru 1440H
Ini adalah harapan-harapan aku (tiada kaitan dengan Pakatan Harapan) sempena tahun baru Islam kali ini:
- Lebih banyak masa untuk solat qadha, solat sunat dan membaca Al-Quran
- Nak luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
- Dapat kerja dan bisnes yang berikan cukup duit dan juga mudah untuk aku menguruskan hal-hal peribadi, mak ayah dan adik-beradik bila diperlukan (work from home atau kerja yang dekat dengan rumah)
- Masih berpeluang untuk travel, walaupun dengan bajet yang kecil. Aku memang tak boleh duduk diam lama sangat, mesti kena travel melihat benda baru.
- Ada "me time" iaitu momen-momen aku memanjakan diri contohnya berurut/spa, buat facial dan sebagainya
Moga Allah mudahkan segala-galanya. Amin Ya Rabbal A'lamin.
No comments:
Post a Comment