Thursday, 13 September 2018

Kenapa Kita Perlu Selalu Bertukar Teman Travel

Biasa tak travel dengan pelbagai orang, termasuk orang yang kita baru saja kenal di laman sosial? Atau kita cuma travel dengan keluarga atau kawan-kawan rapat kita saja, walau di mana pun destinasinya.
Aku dah cuba travel dengan keluarga, kawan rapat dan juga kawan yang baru dikenali. Buat kalian yang masih ragu-ragu untuk bertukar-tukar teman travel, aku cuba kongsikan 5 sebab kenapa kita kena selalu bertukar teman travel:
1) Cabar diri sendiri
Travel dengan kawan baru bererti kita mencuba suatu benda yang baru, yang asing buat kita. Ya, memang agak scary pada mulanya tapi ianya buatkan kita lebih berani mengambil risiko. Kalau percubaan kali ini tak menjadi, belajar dari kesilapan dan cari kawan travel baru pula.
Berhati-hati dalam memilih kawan travel, ya. Sebaiknya pergi sesama jantina, atau pergi dalam kumpulan. Pastikan keluarga kita tahu maklumat kawan travel kita itu, just in case berlakunya apa-apa di destinasi nanti.
2) Belajar benda baru
Lain orang, lain pendedahannya. Kalau kita rasa kita dah terror dalam bab travel, percayalah ada orang lain yang lebih terror dari kita. Lagipun destinasi berlainan mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza.
Macam aku yang selalu pergi ke tempat nature yang santai, pengalaman travel ke bandar besar dengan kawan travel baru memang best. Kawan travel baru itu selalu travel di bandar besar, jadi dia ajar aku pakai apps yang super cool untuk rancang perjalanan menggunakan pengangkutan awam. 
Ada juga kawan travel yang ajar aku dari segi kerohanian. Aku yang jahiliah ini, belajar bahawa sebelum travel sebaiknya buat solat hajat bermula beberapa hari sebelum tarikh travel. Ada juga masa bila aku rushing nak solat jamak qasar bersendirian di masjid, kawan baru aku mengingatkan aku tentang pahala berganda jika solat berjemaah, kemudian barulah disambung solat jamak dan qasar. Insaf aku. Alhamdulillah atas segala peringatan dan nasihat.
3) Redha dan sabar
Orang kata kita hanya kenal perangai seseorang bila kita travel bersamanya. Ini aku memang 100% setuju. Ada kawan travel aku kaki shopping, sedangkan aku tak langsung. Tapi disebabkan safety issue, aku temankan juga dia shopping sampai malam. Malah hingga Grab sampai masa nak ke airport pada esok harinya pun dia masih shopping, dan aku terpaksa mengangkat beg-beg dia ke dalam kereta. Kena sabar tak dalam kes macam ini? Kena, kawan-kawan. Jangan cepat melatah. Cepat-cepat fikirkan kebaikan-kebaikan dia yang lain, supaya hati kita yang panas sejuk kembali. 
Aku antara orang yang diuji dengan sedikit penyakit (achilles tendonitis dan plantar fascitis). Bila aku banyak berjalan, kaki aku akan bengkak dan sangat-sangat sakit. Jadi sebagaimana aku harap kawan travel aku sabar dengan keadaan aku, begitulah aku usahakan untuk sabar juga dengan keadaan dia.
4) Networking and sharing
Bila travel dengan pelbagai orang, kita akan bina suatu networking yang bagus. Ada kawan travel yang buat insuran, kita sembang tentang insuran. Ada yang buat marketing, kita korek sedikit tips marketing. Ada juga yang masih belajar, tak salah pun sembang tentang kehidupan mereka di kampus. Betul tak? Kadang kita tak sedar kita mungkin perlukan sesuatu dari mereka, dan sebaliknya. Janji bermanfaat untuk kita semua, apa salahnya?
5) Kongsi susah senang
Paling seronok bila travel apabila semua kawan travel jenis memahami. Peka tentang disiplin masa, tahu tugas masing-masing dan tak cepat melatah dan menyalahkan bila berlaku perkara yang tak dijangka macam sesat dalam perjalanan, kena scam, ragut, pasport hilang dan sebagainya. Bab makanan tak payah ceritalah, hok mu hok aku, hok aku hok mu juga katanya. Janji perut kenyang.
Pernah kawan travel aku tercicir duit banyak juga. Kami yang lain pakat-pakat pinjamkan duit serba sedikit. Tapi lepas itu semuanya pakat halal belaka. Sebab yang penting kita semua happy sepanjang trip, betul?
Ada lagi tak sebab kenapa kita kena selalu bertukar teman travel? Bolehlah kongsikan juga dengan aku OK. 
Jangan sempitkan skop hidup kita hanya di dalam ruang lingkup kehidupan harian kita saja. Tak rasa segar ke dapat kenal orang baru, belajar benda baru dan sebagainya? OK kalau kalian jenis introvert atau memang suka travel solo, abaikan saja pandangan aku ini, ya. Doakan aku boleh karang tentang kenapa kita perlu travel solo pula lepas ini. Mana tahu, kan?
Peace!

Update:

1) Karangan picisan aku di atas telah dikeluarkan juga di laman web Travelsia.my sebagai Editor's Pick pada 16 September 2018.

http://www.travelsia.my/kenapa-kita-perlu-selalu-bertukar-teman-travel/

2) Juga berjaya dikeluarkan di laman web Kofnikel pada 2 Oktober 2018.

https://www.kofnikel.com/kenapa-kita-perlu-bertukar-teman-kembara-gadis-ini-berkongsi-pandangan/

Alhamdulillah a'la kullihal.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...