Tuesday 4 September 2018

Undi Malaysia Baru di mata pengundi marhaen macam aku

Atas bawah aku scroll. Komen-komen aku baca. Rata-rata mengutuk pengundi yang mengundi PH baru-baru ini. Katanya PH lebih kurang malah lebih teruk dari BN. Harga barang naik, bantuan-bantuan sudah mula ditarik balik.

Macai PH kena kencing. Sepanjang jalan bau hancing.


Macai PH bodoh piang. Konon tak nak barang naik.

Nak tahu apa aku fikir?

Siapa pun pemimpin yang kita pilih, kita sebagai rakyat marhaen tetap macam itu.

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Benda paling ketara bagi aku ialah harga rumah.

Baik di negeri BN mahupun PH, harga rumah masih di tahap tak mampu milik. Kes benar bila rumah taraf kos rendah berharga RM40,000 kini berharga RM400,000. Dinding pun kosong di dalam, material murah yang digunakan. Celah mana boleh harganya naik sampai 10 kali ganda? Rumah kos rendah ini niat asalnya nak dijual kepada siapa? Sewa bulanan pun dah RM1,000 ke atas.

Jangan nak buka topik rumah lelong atau suruh belajar tips beli 5 jenis hartanah dengan gaji RM2,000 ya, aku block nanti. Kau fikir orang susah ada masa nak kaji semua benda? Makan seharian pun selalu tak cukup, inikan nak makan di kafe hipster(jutawan hartanah selalu cakap orang kita tak mampu beli rumah sebab asyik beli kereta mahal, makan kafe hipster dan sembang gajet mahal).

Maka apa yang aku nak sampaikan sebenarnya?

Tak payah nak tuding jari kata celaka siapa yang mengundi untuk perubahan. Kita semua faham sungguh-sungguh betapa perubahan kali ini adalah terlalu besar untuk kita. Menukar logo untuk dipangkah itu memerlukan semangat yang lain macam hebatnya, betul?

Tapi perubahan kali ini bakal mendorong kita untuk terus berubah kelak. Kita menjadi pengundi yang matang, yang tahu hak kita sebagai rakyat Malaysia. Menukar pemimpin kini jadi mudah, jika menipu atau tak buat kerja maka tukar sajalah. Apa susah?

Lama sangat nak tunggu 5 tahun? Wah dulu bukan main rajin buat petisyen dan demonstrasi sana sini bantah itu ini. Jika itu bermanfaat untuk menggesa kerajaan PH untuk berfikir semula akan tindakan mereka, apa salahnya?

Entahlah. Aku undi PH juga hari itu. Sebab tak ada PAS di kawasan aku kahkah. Tapi aku tak sentap pun bila macam-macam orang kata PH. Satu, pemimpin PH di tempat aku buat kerja. Satu lagi, aku tahu jari aku sekarang bernilai tinggi untuk membawa perubahan. Tak perlu harapkan dedak atau habuan untuk membuat pilihan.

Rilek dulu ya. Perhatikan, kemudian tanamkan keputusan.

Peace!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...