Monday, 3 September 2018

Kerna Anjing Juga Makhluk Allah

Pagi ini hujan. Sejuk sangat rasa. Mak sudah pesan supaya hantarkan sisa lauk ke luar, biar ayam atau kucing makan. .

Rupanya Allah nak beri rezeki sisa lauk untuk makhluknya ini. Makhluk mulia tapi sering disalah sangka oleh sebahagian kita. .

Dalam hujan aku perlahan-lahan pergi ke arah pagar. Tak ada payung, plastik sampah aku sarungkan di kepala. .

Dia seakan terkejut namun tidak berganjak. Sayu matanya memandang aku. Pastilah dia lapar teramat hingga meredah hujan mencari makan di rumah orang. .

Nah, lauk untuk kau. Ada ayam. Mesti kau suka. Makanlah wahai makhluk Allah yang setia. Mana tahu nanti kau boleh tengok-tengokkan rumah kami. .

Cuma harapnya tak ada hantu syaitan yang menganiaya kau. Meracun kau. Menyiram kau dengan air panas. Membaling sebesar-besar batu kepada kau. .

Anjing pun mahkluk Allah juga. Jangan kita aniaya mereka sesuka hati atas alasan agama kita mengharamkan mereka. .

Belajar untuk co-exist dengan makhluk lain. Dunia ini bukan milik kita manusia saja. Cinta dan kasih sayang itu melangkaui segala batas yang ada. .

Wallahua'lam. .

Kerana Allah itu lebih mengetahui.

#raya2018 
#aidilfitri2018 
#dogs 
#love 
#humanity



No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...