Makin menginjak umur, makin banyak keputusan penting perlu dibuat. Begitu banyak soalan ditebak kepada kita. Kebanyakan soalan pula mengundang jawapan yang hmm...sungguh subjektif. .
1) Aku OK, doktor pun OK . "Saya boleh beri ubat ini dengan nama lain di dalam preskripsi. Ubat ini kategori suplemen sebenarnya walaupun di US ianya sudah diterima banyak sebagai ubat." . "Bolehkah doktor buat begitu? Kalau insuran tak cover berapa harganya?" . "Kalau awak OK, saya OK. Harganya RMxxx untuk dimakan selama sebulan." .
Aku OK baru dia OK. Kelakar rasanya. . "Biar saya fikir dahulu doktor. Beri saja ubat tahan sakit dan ubat sapu untuk kali ini." .
2) Aku OK, ehem ehem pun OK . "Awak bila nak temankan saya di sekian tempat? Saya sunyi" . "Mengenangkan status awak yang beristeri dan ada anak, awak fikir boleh ke saya temankan awak di sekian tempat begitu? Awak rasa elok ke begitu?" . "Awak OK, saya pun OK." .
Aku OK dia pun OK. Lagi hebat ini orang. .
Dalam hidup, betul atau salah itu sangat bergantung kepada kepercayaan kita sendiri. Ada keputusan yang samar-samar statusnya, ada yang terang lagi bersuluh betul salahnya. .
Macam dalam gambar ini. Untuk makan, kita boleh pilih nak pakai chopstick atau sudu. Tapi ada satu lagi cara kita boleh makan sebenarnya. Pakai tangan, yang bersih. .
Jika tak pasti, rujuk pada yang pakar. Hidup kita tak semudah OK, OK dan OK. Setiap keputusan pasti akan ada kesannya samada pada kita atau pada pihak lain. .
Peace!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)
Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...
-
APA NAK BUAT SEMASA MEMBELI RUMAH? BUATLAH 7 PERKARA INI:- 1) Buat carian dan 'survey' prospek rumah idaman Ada banyak...
-
Sabtu lepas aku ke klinik di kawasan berdekatan rumah aku. Hari minggu ada doktor sakit puan (aku gelar gynae saja dalam ayat seterusnya). ...
-
Aku ke Ho Chi Minh (HCM) bulan Oktober 2017. Trip adhoc plus nekad aku. Trip redah tanpa saving langsung. Amaran keras: Tak dig...
No comments:
Post a Comment