Saturday, 15 September 2018

Earthlings: Masih Belum Terlewat Buat Aku

Menonton video Earthlings di Youtube boleh buat kita sakit jiwa. Serius. Aku hanya mampu menonton sehingga minit ke 15 sahaja, walaupun videonya berdurasi 1 jam 35 minit. Itupun aku dah menangis macam orang gila sambil menjerit "I cannot watch this!" sebanyak hampir 5 kali. 

Orang kata 'Ignorance is a bliss'. Betul, kita selalu mengabaikan atau sengaja tak nak ambil tahu akan sesetengah isu di dalam negara atau dunia. Earthlings buat aku terfikir, memang aku hidup dalam keadaan 'ignorance'. Betapa kita manusia secara kolektifnya sedar tak sedar telah banyak kali menganiaya makhluk Allah lain yang tak berdaya. Manusia lain yang dirasakan tak setaraf dengan kita dari segi harta, warna kulit dan taraf sosial. Haiwan yang kita makan atau yang kita pelihara, kita tak sedar bagaimana kejamnya mereka dilayan semata-mata nak memenuhi kehendak dan keperluan kita. 

Kita bangga sembelihan kita kurang kejam dengan memutuskan urat merih haiwan. Tapi di tempat lain haiwan diketuk, dihempap batu, ditembak, dipukul dan ditendang hanya untuk memenuhi nafsu makan manusia. 

Kita  bangga haiwan peliharaan kita cantik, gemuk, baka baik sedangkan ibunya mungkin saja teteknya bengkak berdarah kerana sudah berbelas kali dipaksa mengawan dan beranak. Ini kerja breeder sialan yang tamakkan wang.

Kita marah majlis perbandaran menembak haiwan jalanan, sedang ianya  hanya salah satu dari cara mengurangkan populasi mereka. Ada cara lain seperti suntikan mati terus, racun sianida dan juga gas chamber. Semuanya takkan sanggup kita lihat mata haiwan-haiwan tersebut saat mereka menghadapi maut buatan manusia.

Kita bangga anak-anak kita minum susu lembu dan kambing. Kita tak tahu berapa besar tetek ibu lembu yang perlu diperah susunya itu. Kita tak tahu macam mana anak lembu dan kambing terpaksa dipisahkan dari ibu mereka, supaya kita boleh tumpang minum susu ibunya. Berapa kali pula ibu lembu dan kambing perlu mengawan dan membesar teteknya dalam setahun hanya untuk memastikan kita dapat minum susu yang dikatakan sihat dan kaya protein itu. 

Tontonlah kalau kalian kuat, berani dan mampu menahan emosi. Aku tak kuat. Sungguh. Ada yang perlu aku fikirkan semula dari segi aktiviti harian dan belian barang keperluan selepas ini. Aku rasa video itu mungkin ada sentuh juga tentang eksploitasi haiwan untuk kegunaan manusia contohnya barangan kulit. Tapi aku teka saja. 

Manusia sering berbuat kerosakan. Kemudian mencari penyelesaian dengan cara yang juga merosakkan. Maaf aku cuma meluah rasa. Kalau mampu, aku juga nak sama-sama mengubah apa yang patut. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...