Orang lain yang sebaya aku, anak mereka dah sekolah rendah. Anak buah aku sendiri pun, ada yang dah mula masuk tadika.
.
Aku?
.
.
Masih macam dulu. Pernah berhajat nak pakai beg tangan paling kurang jenama Louis Vitton ke tempat kerja. Sudahnya? Beg sekolah! Janji boleh sumbat payung, beg duit, beg toiletries, gula-gula dan macam-macam lagilah.
.
Umur macam aku ini, orang dah tak tanya bila nak kahwin. Percayalah. Sebab orang akan fikir aku yang memilih untuk membujang. Orang yang kenal aku memang tahu apa aktiviti harian, mingguan dan bulanan aku. Kebanyakannya memang tak menjurus ke arah mencari jodoh pun. Malah aku sedaya upaya tak susahkan orang lain.
.
Sunyi? Sepi? Perlukan 'shoulder to cry on'? Come on. Fitrah manusia memang nakkan pasangan. Tapi kalau yang dinantikan belum sampai, kita enjoy sajalah. Nak peluk anak-anak? Pinjam saja anak orang, macam aku hari ini haha!
.
Jangan susahkan benda yang mudah OK. Kena percaya bahawa setiap kesusahan hari ini, pasti ada kesenangan di masa depan. Semuanya dah ditentukan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment