Tuesday 18 April 2017

Perihal Whatsapp dan Common Sense of Urgency

Kita terlalu bergantung dengan Whatsapp untuk berkomunikasi sampai tak tahu membezakan bila masa kita perlu Whatsapp dan bila masa kita perlu terus call.

Contohnya sekarang ini pukul 8 malam.Kita ada appointment pada pukul 10 malam. Kita nak percepatkan appointment kepada sejam lebih awal iaitu pukul 9 malam. Kita boleh saja call dan terus deal dengan orang itu, kan? Tapi kita sanggup Whatsapp dan tunggu orang itu reply sehingga pukul 8.30 malam. Lepas itu baru kita call.

Orang lain tiada hal lain yang pentingkah selain berjumpa dengan kita? Orang lain sentiasa pegang smartphone dan ada akses internetkah? Internet telah buat kita jadi hilang pertimbangankah tentang pentingnya catch up dengan masa orang lain?

Lagi satu, bila kita tertinggal telefon di rumah adakah mati terus komunikasi dengan orang yang kita janji? Boleh kita buat tak tahu saja, sedang kita boleh saja meminta bantuan kawan-kawan yang ada nombor orang itu? Melainkan orang itu adalah orang yang pertama kali kita kenal dan kita tak pernah tulis nombornya. Logik juga.

Teknologi perlu memudahkan dan tidak menjadikan kita malas. Peace!

Kerinchi dalam kenangan

Saat memandu menyusuri kawasan sekitar Universiti Malaya dan Kerinchi, aku terbawa oleh memori, juga emosi. Flat kos rendah kini sudah menjadi KL Gateway. Ada 'shopping mall' besar. Ada rumah mewah. Ada pejabat mungkin. Tersergam, namun mata aku tertancap pada flet-flet lain di sekelilingnya. Flet PKNS tempat aku menyewa dahulu. Kondo Vista Angkasa tempat kawan-kawan aku menyewa dahulu. Lokasi Pasar malam Kerinchi, yang dulunya tempat kami membeli makanan dan barangan keperluan.

Kerinchi sudah lain. Atas sedikit darinya adalah tempat aku dan kawan-kawan pernah membeli burger paling sedap di dunia. Kawasan setinggan, yang kini gah berdirinya Bangsar South. Kelihatan papan tanda menunjukkan masjid, tetapi tetap tak mampu merungkai emosi aku saat itu.

Berapa banyak 'shopping mall' yang kita perlu untuk memuaskan nafsu membeli-belah kita?

Adakah flet-flet yang masih ada juga akan dirobohkan untuk melengkapkan imej Kerinchi yang 'high class' sekarang?

Bahagiakah kita terlihat mewah sedang kita miskin masa? Jalan sesak setiap hari, pergi dan balik kerja.

Mampukah anak-anak kita membeli rumah di Kerinchi nanti?  Atau mereka hanya mampu melihat satu-persatu unit pergi kepada 'non-Malaysian' yang memang mampu?

Adik-adik Universiti Malaya sekarang ini bagaimana? Seronokkah punya 'shopping mall', bisa lepak di kafe-kafe? Lebih dekat dengan kampus berbanding Mid Valley (zaman aku dulu kami cuma ada Mid Valley untuk shopping).

Saat Bangsar South baru dibuka dahulu, wujudlah sebuah balai polis yang dihebahkan akan memudahkan penduduk sekitar dari aspek keselamatan. Adakah selepas membangunnya Kerinchi, keadaan menjadi kurang selamat? Polis itu untuk menjaga siapa sebenarnya?

Aku rindu Kerinchi yang dulu.

Coaching Akaun

Dapat RM200 hari ini. Hasil dari 'coaching' akaun (Balance Sheet) selama 2 jam.
Perasaan dia tak sama macam dapat gaji bulanan, tau. Hilang lelah mencari lokasi klien. Hilang stress sebab kena sambung kerja di pejabat.

Dapat pula kerja buat 'freelance' akaun untuk 2 tahun. Walaupun 'nervous' sebab tak pernah buat, aku tahu pasti ada jalannya. Inshaallah.

Alhamdulillah. Percaya dengan 'timing' Allah untuk segala perkara. Niat asal nak beri ilmu akaun percuma akhirnya jadi asbab rezeki lain. Semoga aku jalan terus! Aminn.

My 5 tips for Managing Office Work as Lone Ranger

Nearly 8 months since my boss left the company, leaving me all alone to do things. Managing even up to group level workings by my own. What did I learn from this?

1) Keep calm

At the initial stage, I was feeling crazy. Everybody was chasing me for urgent things. Other than the fact that those things are really urgent, I have to deal with those at the same level as my ex-boss i.e. other bosses. A 'macai' like me having to manage bosses' expectations. Sigh.

I told myself to think straight and keep calm. I arranged the work based on prioritization, according to requestors and urgency level. I keep telling myself that I am not crazy and will manage my work as best as I can, for my level. No unnecessary stress, please.

2) Health is number one

Having to work alone, nobody is there to back me up on my work. Taking leave is hence not a wonderful option. I sacrificed a bit of my vacation and relaxation plan. I monitored my health condition carefully. I ate medicines as soon as the sign of sickness exist. I met my specialist in advance before the year end closing, even performed a scope inside my stomach. Just to ensure that all is well. Alhamdulillah I was strong enough to handle the work and the underlying pressure.

3) Simplify things, challenge the existing process

I knew I have to do things alone so I reviewed and planned my work really, really carefully. I removed certain processes, simplified certain workings and got all my source documents sorted much earlier. Where possible I even negotiated certain deadlines like those with our auditors, as I know my limitation and time constraints.

During this time I learned that we should always look for better ways to do things rather than being comfortable with what we have now. Challenge the process with a "Why not?" question, of course with clear understanding on why the current process was originally there.

4) Complaining is easy, make sure we try first

Try first before we complain that things are hard. Why? Because at least we will know our true potential. In my case, in stress time resigning has always been on my wishlist. But I waited and persevered, and it was proven to be worthwhile. I got my promotion and highest bonus ever for me, of course only to be used to repay some of my debts. But never mind, that's normal right? What's important is the satisfaction and the understanding that my hard work was rewarded and appreciated. So now is resigning still on my wishlist? Yes, with careful plan on-going. We plan, but indeed Allah is the best planner.

5) Have good and positive friends, help others

Last tip is this: Make sure we stick to the best friends in office, who will give good advices for us and willing to help us in any way. At the same time, offer help to them as well. Even though we are already stucked with our work assignments, do not hesitate to help others. They will help us later when we need it the most. Trust me, in an office environment, people will help us most when they see that we help them during their hard time. Else, die all alone, with documents on our side! Haha! After all teamwork matters, right?

Keep calm, all will be well. Don't forget to treat ourselves with ice creams, cakes, a spa, holiday trips, whatever it takes to destress ourselves. I took a one-week leave soon after my year end closing ended in early of March. I really need that break to chill, before I start with new challenges.

Peace!

Puisi: Cold Heart

Heart
Cold and hard
Full of scars
Turn to black
Wait for the time
To soften again
Meantime
Having a heart
Delusional
Fake
Enough
Stop

Perkara paling pantang

Aku ada satu pantang yang hebat. Pantang tengok semua orang buat atau beli sesuatu. Memang aku takkan buat atau beli masa itu. Macam travel. Lagi orang viral segala tempat dan aktiviti dengan macam-macam trending, lagi aku tak minat.

Aku lagi suka cari post-post di blog-blog yang panjang-panjang tentang tempat yang aku nam pergi. Korek dalam-dalam benda yang lain dari yang orang biasa buat. Gambar orang melompat, bertukar-tukar baju tradisional dan moden, swafoto pelik-pelik semua aku abaikan.

Biarlah nak fikir apa pun. I am a laggard and will always be. Atau pun sebab aku tak berduit nak melancong kot. Hahahaha! Dayummmmm! Kejammmm! But serious. Aku tak suka atau pantang sama dengan orang lain.

Tips biasa-biasa dari Cik Fairuz

Tips biasa-biasa dari Cik Fairuz:

1) Bila marah dengan sesiapa: Cepat-cepat move on dan fikirkan hal lain. Jangan serabutkan otak fikir kesalahan orang.

2) Bila dah mahir dalam sesuatu perkara berbanding orang lain: Ingat yang kita dulu pun beginner. Bukan terus pandai. Lain orang lain fasanya untuk belajar tentang sesuatu.

3) Bila nampak peminta sedekah tapi malas nak keluarkan duit: Senyum dan doa dalam hati moga Allah murahkan rezeki mereka. Jangan hina mereka sedikit pun. Kita sendiri pun tak tahu samada mereka itu betul miskin atau hanya malas. Bukan kerja kita untuk menilai.

4) Bila dapat kerja atau soalan ekstra: Jangan cepat menolak. Biasanya ia adalah peluang untuk kita belajar benda baru. Kalau memang betul bukan kita orang yang betul untuk melakukan kerja itu, barulah rujuk kepada orang lain. Sekurang-kurangnya kita dapat ilmu baru.

5) Bila naluri memang tak boleh suka dengan sesetengah orang sekeliling: Jangan abaikan instinct kita. Berhati-hati. Jangan mudah mendedahkan rahsia dan tindakan kita kepada mereka. Cuba bergaul seadanya dengan mereka. Jangan berlagak baik. Biar ada jarak janji ikhlas bergaul.

Peace!

Ayah dan kata-kata berisinya

Hari ini aku menemankan ayah menguruskan urusan cukai di LHDN Damansara Perdana. Untuk mengelakkan 'traffic jam', kami menggunakan lebuhraya Kerinchi Link dan Sprint. Fikir kami, biar bayar tol, janji cepat sampai.

Siapa yang biasa menggunakan lebuhraya ini pasti tahu jalannya bagaimana. Bersimpang-siur, atas bawah kiri kanan. Ayah mula meluahkan yang dia keliru dengan keadaan jalan yang begitu.

Sedang ayah cuba menyusur ke kanan, ada sebuah MPV sedang terkial-kial mahu menyusur di depan kami. Lampu signal sudah diberi tetapi teragak-agak mahu menyusur. Aku yang agak kurang sabar mula membebel:

"Ish lambat betullah kereta ni. Dah bagi signal tu cepat-cepatlah masuk! Lembap!"

Serentak itu ayah terus cakap:

"Itulah ayah, Kak Long. Itulah ayah, tanpa Kak Long yang boleh tolong ayah tengokkan jalan, tengokkan Waze. Kesian orang tu. Tak biasa jalan kat KL ni".

Ayah terus memberi kereta MPV itu laluan. Dan aku terkedu sebentar, dengan kata-kata ayah yang tepat menusuk ke minda.

Mungkin kita hanya akan fikirkan kesusahan orang lain kalau dia ahli keluarga kita. Kalau dia cuma orang asing? Hari ini hari dia susah. Hari esok mungkin hari kita.

Cuba bersabar. Cuba tangguh atau hilangkan 'judgement' kita. Cuba hilangkan sifat pentingkan diri kita.

Tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan (Lirik lagu Tanya Sama Pokok, nyanyian Hazama).

Bicara tentang bos

Bos yang baik itu bukan yang hanya tahu mengarah
Bos yang baik itu bukan hanya tahu 'get things done'
Bos yang baik itu bukan yang bonusnya kencang
Bos yang baik itu bukan yang hebat perkataannya dengan orang atasan
Bos yang baik itu bukan yang tinggi suaranya menunjukkan kuasa
Posisi bos adalah tanggungjawab
Bos yang baik sebenarnya bukan perlu 'bossy' dan meninggi suara
Bos yang baik nampak stafnya sebagai kekuatan
Bos yang baik nampak stafnya cerminan dirinya sendiri
Bos yang baik tahu bila nak 'step in' saat stafnya kesusahan
Terpenting sekali walaupun tak ramai yang tahu
Bos juga boleh ditumbangkan, oleh stafnya sendiri

Peace!

Selamat Hari Jadi Mak

Hampir dua bulan aku menjadi hamba. Kerja macam nak gila. Kalau mental dan iman tak kuat rasanya dah lama aku bunuh diri. Begitulah tahap tekanan kerja aku, sejak bos yang aku sayang berhenti kerja. Sungguh sayang, tak tipu. Kami pernah meluahkan rasa nak berhenti kerja. Akhirnya dia yang pergi dahulu, mengejar cita-citanya.

Hari ini hari klimaks bagi aku. Hilang separuh kesabaran aku, akibat kerenah bos lain yang buat aku betul-betul marah. Laptop aku hempas, dinding aku tumbuk, diakhiri dengan menangis di tandas hingga sesak nafas. Kombinasi marah cara lelaki dan perempuan. Hehe.

Itu sisi marah. Sisi sedihnya aku dah berniat mahu balik awal. Hari ini hari jadi mak aku. Mak dah cakap, mak masak nasi lemak dan kek buat sedekah di surau. Pukul 10.30 malam aku baru nak balik dari kerja. Sampai rumah, mak belum tidur. Ditemankan aku makan nasi lemak, lepas itu dia mengadu cakap mengantuk dan mahu tidur. Aku kenal cara mak. Mak tunggu aku sebenarnya. Kalau aku balik sedikit lewat lagi tadi entah macam manalah mak.

Maafkanlah anak mak ini, yang gajinya sederhana tapi kerjanya hingga lupa keluarga.

Maafkanlah anak mak ini, yang masih belum mampu membuat mak bahagia.

Maafkanlah anak mak ini, yang banyak kali melukakan hati kedua ibu bapanya.

Duit claim overtime yang ribuan ringgit tak ada makna tanpa mak. Juga ayah. Duit bonus berbulan-bulan takkan mampu membeli masa dengan mak dan ayah.

Selamat Hari Jadi Mak.

Diam lebih baik

Banyak meluahkan rasa di FB sendiri itu normal.

Banyak meluahkan rasa di FB umum itu kadang bagus, kadang buruk.

Makin banyak luahan makin terdedah keburukan.

Memetik nasihat Prof Muhaya: Fikir yang baik dapat yang baik.

Usah mengharap seorang ustaz atau ustazah di kelab malam.

Hormat balasannya hormat. Sebelum meminta hormat perlu memiliki hormat.

Tuesday 11 April 2017

Review Telco peribadi: U Mobile

Aku ingat lagi bulan Disember 2016, U Mobile ada troll telco-telco lain di YouTube. Baekkk punya. Hmm...Tak mengapalah, itu strategi pemasaran mereka, kan.

Nak dijadikan cerita, sebab tak tahan dengan kos internet prepaid Maxis, aku pun switch ke U Mobile. Awal bulan Mac 2017 aku mula pakai pakej U Mobile postpaid P70 (20GB data internet).

Maka, marilah baca review peribadi aku OK. Sebelum itu, review aku ini jenis simple tau. Bukan jenis canggih teknikal bagai.

1) Harga

To be honest, pakej-pakej internet U Mobile memang paling awesome dari segi harga. Pakej yang aku ambil boleh dapat 20GB data, kot! Banyaklah untuk orang yang medium user, setakat tengok video-video, FB dan Whatsapp. Kalau jenis pemain game online atau pendownload tegar movie, pakej ini mungkin tak berapa menarik.

2) Kelajuan dan coverage

Hah! Sampai di bahagian ini, aku ucapkan selamat tinggal buat U Mobile. Nampaknya 2 bulan saja aku gunakan U Mobile.

Sebab?

Line macam siput. Masa aku pergi Penang dan Taiping baru-baru ini, susah sangat nak dapat line untuk apps Waze. Lama tunggu nak keluar direction. Kena berhenti tepi jalan tunggu loading. Sangat leceh OK!

OK itu mungkin di luar KL dan Selangor. Di bangunan pejabat aku di Menara Maybank pun, aduhai... tiada line langsung OK! Setiap masa tunjuk E. Kalau mesej dengan bos paling azab. Bos tanya mana attachment? Terpaksa jawab no line, boss. Malu, OK!

Itu belum dalam LRT lagi. Kebanyakan masa, memang tiada line. Kadang line penuh tapi langsung tak boleh connect internet. Tak faham betul. 

2 kali buat report, aku tak puas hati dengan jawapan U Mobile. Maka, sampai di sini sajalah jodoh kita wahai U Mobile. Bulan depan aku pakai telco baru, Inshaallah. Sekarang senang, tiada kontrak. Mudah nak tukar line ke telco lain.

Review aku bukan saja-saja nak condemn U Mobile tau. Nama pun review peribadi, kan. Kalian boleh baca segala komen-komen negatif di FB U Mobile dan nilaikan. Orang marah sebab janji tak ditunaikan. Janji nak beri banyak data, unlimited music, video streaming. Akhirnya? Data tak utilise sebab tiada line. Tapi kena bayar juga setiap bulan.

Peace!

Monday 10 April 2017

Review Restoran Peribadi: Ocean Hauz Bangi

Ini kali pertama aku buat review restoran. Nama restorannya ialah Ocean Hauz. Ocean Hauz terletak di Seksyen 8 Bangi, dekat dengan Kedai Tateh dan restoran RSMY.

Straight to the point, ini review peribadi aku:

1) Rekabentuk - I wish the restaurant can be bigger and have a bigger space between tables. Tapi OK juga sebab dia ada 2 tingkat. Ada tandas dan surau juga, tau.

2) Sistem pilihan makanan dan bayaran - Pelanggan boleh pilih menu yang mereka nak dan kena terus bayar. Untuk bisnes jenis servis, bayaran in advance memang bagus. Tapi ada catch nya seperti dihuraikan di bawah.

3) Masa menunggu - Di sinilah catch nya. Lepas bayar, kena tunggu lebih kurang 1 jam untuk dapat makanan. Kalau pelanggan tengah lapar gila nak pengsan, memang mengamuklah.

Yang bawa budak kecil, tolonglah standby stroller kalau-kalau mereka meragam nak tidur. Yang bawa warga emas, elok juga kalau standby makanan ringan yang lembut sementara menunggu makanan sampai.

Buat pengurusan Ocean Hauz, tolong perbaiki aspek waiting time ini, tau! Don't mess with hungry people. They can go crazy! Haha.

4) Rasa - Alhamdulillah penantian kami berbaloi. Makanan memang sedap sangat untuk tekak kami yang lapar like mad haha! Cuma nasi kami agak mentah, tapi berjaya cover dengan kuah yang banyak.

5) Hidangan - Aku sebenarnya agak skeptikal bila fikir makanan dilambakkan atas meja begitu saja. Macam pelik sebab tiada pinggan atau mangkuk langsung. Tapi Alhamdulillah staf yang menyajikan makanan memang give full respect to the food. Sangat teliti cara mereka susun makanan di atas alas putih di atas meja. Saiz hidangan pun berbaloi dengan harga. No complain on this at all!

Berapakah jumlah damage kami? Lebih kurang RM380 untuk 8 orang. Not bad, bukan? Kami makan sotong goreng tepung, udang, kepah, lala, pahat, ketam dan salmon. Ada jagung dan kentang juga, ya. Berbaloilah segala damage dan masa menunggu kami heheheh.

Bolehlah pakat-pakat cuba OK.  Kalau boleh jangan pergi lewat malam sangat, takut lama menunggu sampai tengah malam. Terutama kalau kita bawa budak kecil dan orang tua.

Peace!

Monday 3 April 2017

Trip Penang 3 hari 2 malam

Habis closing year end hari itu(11/3/2017-13/3/2017), aku terus terbang ke Penang. Trip bajet 3 hari 2 malam. Trip kali ini memang asalnya solo. Aku dah book tiket dan hotel pun. Tapi mak aku nak join daaaaa...kebetulan pula birthday dia maka aku pun belanjalah tambang dan lain-lain untuk dia (kebetulan lepas trip terus dapat bonus muehehhe).

Ini bajet aku:

Tiket flight Air Asia: RM 96(aku) + RM150 (mak-booking lambat sikit)=RM246

Nota: Aku dapat beli tiket 20% diskaun RM48 one way.

Hotel-Malabar Inn (Twin bed with private bathroom): RM180 (2 malam)

Nota: Uncle di hotel ini baik gila. Hotel ini berbaloi sangat-sangat dengan harganya. Ada Astro OK! Tapi next time aku nak cuba hotel di kawasan Lebuh Chulia pula.

Bukit Bendera: RM20 (RM10 seorang)

Nota: Kena tunjuk kad pengenalan masa di kaunter pembelian tiket. Kalau tak, harga jadi RM30 seorang, sama dengan pelancong asing.

Makan-makan: RM218 (2 orang, 3 hari)

Pengangkutan (Uber + Bas + Teksi): RM260

Nota: Portion paling besar mestilah transfer ke/dari airport. Yang lain,  paling mahal pun RM10.

Cenderahati untuk kawan office (Biskut Tambun jenama Ban Heang): RM36

Nota: Ban Heang ada logo Halal JAKIM. Ada perisa original, durian, kacang merah, pandan dan sambal udang. Jangan beli di airport sebab agak mahal. Beli di kedai berderetan dengan Jeruk Madu Pak Ali (Chowrasta).

Jumlah hangus kebabommmm: RM960

Ini pula itinerari aku:

Hari pertama:
-Sampai Georgetown pukul 9.30
-Sarapan di Line Clear. Masa ini belum kena raid lagi. Halal lah labu!
-Naik bas percuma CAT pusing seluruh Georgetown.
-Makan tengahari
-Rehat di hotel. Uncle bagi check-in pukul 12. Rehat sampai Maghrib juga sebab aku pening kepala teramat-amat. Plan nak buru street art terbantut hari ini.
-Makan pasembur dan char kuey teow di Gurney Drive. Aku makan pasembur yang tak ramai orang datang kedai dia. Kuah dia sedap!

Hari kedua:
-Separuh hari di Bukit Bendera.
-Lunch di Restoran Kapitan-Nasi briyani chicken cheese Milano. Terbaik! Mak aku makan nasi briyani kambing. Sedap!
-Rehat
-Dinner di Restoran Kapitan (again???)-set roti naan garlic cheese ayam tandoori.

Hari ketiga:
-Lepak sampai masa untuk check-out
-Check-out dan terus ke Ban Heang dan Jeruk Madu Pak Ali
-Gerak ke airport, lunch dan balik KL

Nota:
1) Itinerari aku banyak rehat dan lepak sebab mak aku tak larat nak berjalan lama-lama. Kami just enjoy and chill.
2) Bulan Julai 2017 nanti aku ke Georgetown lagi (Inshaallah) untuk memburu street art dan trick art museum. Dah book tiket flight dah OK. Heheh. 

Ada rasa ralat sebab tak mampu nak berikan yang terbaik untuk mak aku. Kesian mak aku. Tidur bilik murah. Huhu. Mak aku tak nak aku solo. Dia risaukan aku. Aku faham. Tapi aku tetap nak usaha solo juga nanti. We will see.

If I have money, I will travel every month to all the countries. Ameen.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...